Rabu, 1 Februari 2012

Addin

Addin


Gempar!! Cyber Troppers UMNO Ciplak Laman Web Pro Pakatan Rakyat

Posted: 01 Feb 2012 11:16 AM PST


Skuad BO menemui satu laman ciplakan www.buletinonline.net (BO) dengan menggunakan tema dan bentuk penampilan yang sama.

Laman yang beralamat www.buletinonines.net tersebut adalah laman fitnah yang memuatkan berita-beritadan gambar-gambar BO yang diputarbelitkan.

Sebagai contohnya poster ucapan Selamat tahun Baru Cina yang dipaparkan baru-baru ini dengan meletakkan gambar-gambar Pesuruhjaya dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah di tukar kepada gambar Limkit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Gambar Mohamad Sabu telah diubahsuai pula dengan memakai topi yag tertera 'tiga bintang' merujuk kepada lambing parti komunis. Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia adalah satu kerja jahat yang cuba mengelirukan rakyat.

"Ini bermakna PAS Terengganu melalui laman rasminya buletinonline.net telah berjaya mengenengahkan isu-isu benar dan tepat tentang rakyat Terengganu, "sebab itu lawan kita merasa terdesak dan bertindak menciplak laman tersebut,"ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.


Beliau berkata, pihaknya sedag mengkaji tindakan yang akan dibuat bagi menghalang laman ciplak tersebut meneruskan operasi menyebarkan fitnah. Antaranya, kata beliau, membuat laporan polis dan aduan kepada pihak Suruhanjaya Multimedia.

Siasatan awal skuad BO mendapati, salah seorang yang terlibat dalam penciplakan laman BO adalah individu yang memakai nama 'keris warisan' dalam laman sosial facebook. ~buletinonline.net


Wajah Sebenar Ali Rustam

Posted: 01 Feb 2012 07:32 AM PST

Umum dah mengetahui gelagat Ketua Menteri Melaka nih.. dari 680 laporan tuduhan rasuah (ntah betul ntah tidak, ini ucapan Mahfuz Omar semasa persidangan parlimen 2008) semasa menduduki kerusi empuk Naib Presiden Umno pada 2008.  Ali Rustam terus tenggelam dengan kes rasuah semasa pemilihan Umno 2009, masa itu Ali Rustam bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno (baca sini). Hari ini, Ali Rustam di hentam teruk pula oleh warga peniaga di Ayer Keroh, Melaka. Antara tuduhannya.. Ali Rustam cakap tak serupa bikin. 

Di tuduh macam  pelakon Hindustan... memang pun. Shah Rukh Khan dapat anugerah Datok pun di tangan Ali Rustam.. Melaka Darul Hindustan..

IKHLAS dakwa KM Melaka ibarat pelakon Hindustan

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah mengganggap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam seorang pelakon yang hebat dalam menyelesaikan isu 11 peniaga di Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri Melaka gagal mengotakan janji membenarkan mereka berniaga di lokasi itu ketika kerja naik taraf taman berkenaan dilaksanakan.

Malah mereka turut kecewa dengan projek yang diuruskan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) itu berikutan nilai pampasan ditawarkan yang dianggapnya tidak masuk akal.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, terbaru peniaga terbabit menerima notis arahan berpindah ke gerai sementara berhampiran Taman Lebah, pada 29 Januari lalu.

"Notis arahan berpindah ini bertentangan dengan apa yang sudah dipersetujui ketika rundingan peniaga bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada November lalu.

"Lebih kurang ajar apabila ada pegawai PKNM yang cuba mengugut untuk merobohkan premis peniaga sekiranya mereka enggan berpindah," katanya pada sidang media mengenai masalah berkenaan di Taman Mini Malaysia di Melaka, hari ini.

Menurut Mohd Ridzuan, sewaktu rundingan November tahun lalu yang dipengerusikan ketua menteri, mereka arahkan pemaju berunding soal pampasan namun sehingga saat ini tidak ada seorang pun wakil tampil untuk berbincang.

Bawa ke PM


"Saya anggap sikap kerajaan negeri Melaka ini, tidak ubah seperti pelakon Hindustan dalam menyelesaikan isu ini kerana dalam perbincangan awal lain tetapi kemudiannya lain pula jadinya.

"Sekiranya masalah ini masih gagal diselesaikan, pihaknya bercadang membawa isu terbabit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memohon supaya pihak berkenaan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Malaysiakini sebelum ini pernah beberapa kali melaporkan tentang isu peniaga di Taman Mini Malaysia yang timbul sejak kerajaan negeri memutuskan untuk menaiktaraf pusat pelancongan itu, April lalu.

Projek di bawah PKNM itu pada awalnya menawarkan gerai sementara berhampiran Taman Lebah yang sudah ditamatkan operasinya dan bayaran pampasan RM500 sebulan kepada setiap peniaga bagi tempoh enam bulan, sepanjang kerja naik taraf taman.

Bagaimanapun, 11 peniaga terbabit menolak tawaran itu yang dianggap mereka terlalu rendah dan langsung tidak munasabah.

Mereka kemudian menghantar memorandum bagi menuntut pampasan RM5,000 sebulan untuk setiap peniaga sebelum jumlah itu dikurangkan menjadi RM3,000.

Ia bagi menampung kehilangan pendapatan ketika tempoh itu selain merayu tidak dipindahkan ke gerai sementara pada April lalu.

Tak akan pindah

Sementara Pengerusi IKHLAS Negeri Melaka, Mohd Ahyad berkata, mereka tidak akan berpindah selagi tiada kata putus daripada kerajaan negeri dan PKNM berhubung hasil rundingan yang dipersetujui pada pertemuan ketiga-tiga pihak pada November lalu.

"Kami bukan mahu menentang kerajaan dan bukan juga berdegil kerana kami tidak pernah gagal hadir pada setiap perbincangan dan rundingan yang dilakukan pihak berkenaan sebelum ini.

"Apa yang hanya kami mahukan ialah pampasan setimpal dan tidak berpindah ke gerai sementara," katanya yang juga salah seorang peniaga di situ.

Sementara itu, peniaga, Joanne Low, 54, yang sudah berniaga di taman itu sejak 21 tahun lalu, berkata beliau berharap pihak berkenaan menunaikan janji mereka semasa rundingan November lalu dan membayar pampasan setimpal kepada peniaga.

"Kerajaan menyediakan bantuan khas kepada rakyat berpendapatan kurang daripada RM3,000, bagaimana mungkin PKNM boleh bercadang membayar pampasan sebanyak RM500 sebulan sahaja kepada kami? Jumlah itu terlalu rendah.

"Kami juga mempunyai banyak tanggungan lain yang perlu dibayar setiap bulan, justeru, saya berharap Ketua Menteri dapat melihat semula masalah ini dan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

"Mengenai gerai sementara yang ditawarkan juga tidak menepati dari segi lokasi dan saiznya berikutan kawasan berkenaan sudah jarang dikunjungi pelawat serta dikhuatiri menjejaskan perniagaan kami.

"Ia juga satu pembaziran kerana lebih baik perbelanjaan membina gerai berkenaan diberi dalam bentuk bayaran pampasan kepada peniaga," katanya. ~malaysiakini

BN Sarawak 'Benci' UMNO.. Ini Buktinya

Posted: 01 Feb 2012 06:01 AM PST

Usaha segelintir pihak yang mahu menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di utara negeri Sarawak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) di Miri, yang menganggap usaha itu boleh memecahbelahkan perpaduan di kalangan penyokong BN kerana UMNO tidak wujud di Sarawak. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau (gambar bawah) berkata, isu itu boleh menjadi sesuatu yang sensitif jika ada yang salah faham mengenai penubuhannya, terutama jika ada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan ketika ini.



Katanya, ketika ini semua mata tertumpu dengan usaha wakil rakyat BN yang tidak berparti menubuhkan Kelab Penyokong BN dan jika kelab ini diterima umum, maka mereka juga terpaksa menerima Kelab Penyokong UMNO dan kemudian akan ada lagi kelab-kelab lain yang tidak pasti keperluannya.

Menurut Dennis beliau secara peribadi merasakan bahawa kelab seumpama itu tidak perlu ditubuhkan bagi mengelak salah faham atau kekeliruan di kalangan penyokong BN sendiri.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang (gambar bawah) ketika dihubungi dari sini, semalam enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu sebaliknya berkata ia terpulang kepada individu itu sendiri sama ada mahu menubuhkan kelab berkenaan dengan niat yang baik atau sebaliknya.


Ahmad Lai berkata beliau tidak menyokong, namun tidak pula menentang, terutama jika ditubuhkan secara sah dan direstui. ~utusanborneo

Addin :

UMNO bukan hanya dibenci oleh rakyat tetapi parti-parti komponen BN pun dah mula meluat dengan UMNO.. petanda BN bakal berkubur PRU 13..

(Video) Wajib Tengok!! Debat Khairy vs Rafizi Di London

Posted: 01 Feb 2012 03:00 AM PST


Selalunya orang tengok debat dulu baru buat ulasan tetapi nih terbalik sikit. Buat ulasan baru tengok debat secara rakaman. maklumlah debat nih berlangsung di London dan tiada siaran langsung di mana-mana web pun setahu Addin.

Ulasannya panjang berjela-jela dan pelbagai blog dah keluarkannya. Ada jugak pembaca blog Addin mintak uploadkan video debat nih sekiranya ada. Puas jugak Addin mencari dan melayari sehinggalah ketemu di blog Semut Dan Papan Kekunci. Mari kita layan video nih.. kita lihat siapa yang tersungkur..layan!!



Sumber : (Video) Wajib Tengok!! Debat Khairy vs Rafizi Di London


Makin Celupar Mamat Nih..

Posted: 31 Jan 2012 11:32 PM PST

Buat kali pertama, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan pemimpin Pas yang selama ini dianggap 'parasit' dengan menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Khalid Samad sebagai individu terbabit. Beliau yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam negeri pada 13 Januari lalu.

Telah mendakwa, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang menentang usahanya untuk melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.

Hasan berkata, Khalid juga beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) meskipun pihak berkuasa menerima maklumat mengenai penganjuran satu majlis yang bermatlamat bagi menyelewengkan akidah umat Islam di negeri ini.

"Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket Pas.

"Sebab itu saya hendak ingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan beri satu undi pun kepada dia (Khalid) pada pilihan raya umum akan datang kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam," katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 di sini malam ini.


Program itu dihadiri lebih 1,000 orang termasuk bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Aidit Ghazali.

Hasan berkata, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk mempertahankan Islam, Melayu dan institusi diraja di negara ini.

Kata beliau, pertubuhan yang akan dikenali sebagai Jati itu akan menggabungkan beberapa NGO lain yang turut mempunyai perjuangan sama selain individu yang berminat untuk menyertainya.

"Pertubuhan itu dijangka dilancarkan pada 21 Februari di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 keahlian.

"Matlamat kami adalah untuk mewujudkan jaringan ketiga iaitu sebagai pengimbang kepada parti pemerintah serta parti pembangkang dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja Melayu (IMR) di negara ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Hasan Basri berkata, penyebaran fahaman 'Anwarism' kini semakin merbahaya kerana ia jelas bersifat sekular dan liberal yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

"Sebagai contoh, demi untuk kuasa dan mendapat sokongan negara Barat, Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sanggup mengiktiraf sebuah negara haram Israel yang sejak sekian lama melakukan kekejaman terhadap umat Islam di Palestin.

"Selain itu, atas nama hak asasi manusia, Anwar juga bersungguh-sungguh menganggap Seksyen 377B (Kanun Keseksaan) yang melarang seks gay dan lesbian sebagai lapuk serta tidak lagi relevan dan sebab itulah saya kata fahaman 'Anwarisme' ini merbahaya kepada umat Islam di negara ini," tegasnya.

Aidit pula mengingatkan umat Islam di negara ini supaya taksub hanya kepada Allah dan bukannya kepada seseorang pemimpin mahu pun organisasi kerana ia adalah tuntutan Islam.

Sumber : Makin Celupar Mamat Nih..

Addin :

Makin celupar mamat nih.. wajib di ajar supaya jangan kurang ajar..


Allahu Akhbar!! Rumah Hangus, Kitab Al-Quran Tidak Terjejas

Posted: 31 Jan 2012 10:15 PM PST

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam. Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.


Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak 'terusik' dek api dalam kejadian itu.

Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.

Inilah yang dikatakan kebesaran Allah. Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam.. ~mynewshub


Sumber : Allahu Akhbar!! Rumah Hangus, Kitab Al-Quran Tidak Terjejas

Akhbar Yahudi Dakwa Mahathir Ada Hubungan Dengan Yitzak Rabin?

Posted: 31 Jan 2012 08:58 PM PST


Artikel dari "Australian Jewish News" di bawah memberitahu kita beberapa perkara menarik berkaitan Dr Mahathir, sejauh mana kebenaran dakwaan portal online ini?

1.0 Dr Mahathir berkawan baik dengan seorang Yahudi Singapore bernama Yahya Cohen.

1.1 Yahudi Yahya Cohen ini adalah rakan sekelas Dr Mahathir sewaktu beliau belajar di Universiti Malaya di Singapore.

1.2 Yahya Cohen kemudiannya menjadi Pengerusi Persatuan Perubatan Singapura

2.0 Dr Mahathir sering berutus surat dengan Yitzak Rabin, bekas Perdana Menteri Israel.


Artikel ini telah menyebabkan Hanief dari Hanief.blogspot.com disiasat oleh pihak MCMC. Oleh kerana Hanief bekerja di Singapura, maka ibu bapa Hanief telah diseret MCMC.

Jelas sekali, UMNO takut sekali rahsia hubungan Mahathir dengan beberapa ekor Yahudi antarabangsa ini terdedah.



Ini kerana, selama ini Dr Mahathir ke hulu ke hilir menjual cerita kononnya Anwar Ibrahim adalah agen Barat dan Agen Yahudi.

Saya tak sabar nak dapatkan penerangan dari Dr. Mahathir berkaitan artikel dan beberapa dakwaan dalam artikel di bawah ini. Amat menarik sekali kalau boleh didapatkan penerangannya.

Sumber dan di edit dari malaysiawaves 

Baca di SINI.

Bukti Pengiktiran UMNO Terhadap Israel

Posted: 31 Jan 2012 08:02 PM PST


Kepada Umno, Isreal bukan musuh mereka. Musuh utama Umno adalah orang Melayu Islam yang berada dalam parti PAS, PKR dan DAP. 
 
Pemimpin Umno amat sedar, Isreal tidak menghalang mereka untuk terus meratah khazanah negara ini. Pemimpin Umno juga amat sedar Umno perlukan bantuan dan sokongan Isreal untuk melawan musuh-musuh politik mereka dikalangan orang Melayu Islam yang berada di dalam parti PAS, Keadilan dan DAP. ~kerajaanrakyat

Tiada ulasan: