Rabu, 1 Februari 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Tomato Berwarna Hitam

Posted: 31 Jan 2012 09:00 PM PST


TEL AVIV: Pakar hortikultur Israel menghasilkan rangkaian kacukan tomato yang merah di dalam dan hitam di luar.

Untuk menghasilkan buah yang dinamakan 'Black Galaxy itu, mereka mengacukkan tomato dengan pelbagai jenis tomato hutan.

Warna hitam itu datang daripada pigmen yang sama yang didapati dalam beri biru.


Pigmen itu fotosensitif supaya di mana lebih lama tomato itu dibiarkan terdedah kepada matahari di ladang, warnanya akan menjadi lebih pekat.

Syarikat yang menghasilkan tomato spesies baru itu, Technological Seeds, pakar dalam menghasilkan sayur hibrid.

"Selain warna, tomato itu juga mempunyai kelebihan antioksida," kata seorang petani syarikat berkenaan.

Malah, seorang penyelidiknya berkata, ia mungkin mengandungi lebih banyak khasiat memandangkan pigmen unik itu mempunyai kandungan kepekatan antioksida dan vitamin C yang tinggi yang diketahui boleh meningkatkan sistem imunisasi.

Isi dalam warna merah

Buah ganjil itu adalah kacukan tomato kultur dan hutan. Ia akan dipasarkan di hotel terkemuka kerana warnanya yang unik.

Ada kemungkinan ia boleh diperoleh di pasaran tempatan dalam masa setahun.

Buah tomato ganjil itu akan mula dipamerkan kepada orang ramai minggu depan di Pamerah Pertanian Arava. Ekspo berkenaan juga akan mempamerkan lemon tanpa biji, spesies terbaru strawberi, lemon merah dan lobak pelangi yang berwarna kuning, ungu dan merah jambu. - DM

Percaya Tak Apabila Gajah Pakai Kanta Lekap

Posted: 31 Jan 2012 07:30 PM PST



AMSTERDAM: Sebuah zoo di Amsterdam mencatat sejarah setelah berjaya memakaikan kanta lekap yang besar untuk seekor gajah yang mengalami kecederaan mata.

Artis Zoo dalam laman webnya menulis, "Win Thinda adalah gajah pertama di Eropah yang memakai kanta lekap." Gajah Asia berusia 44 tahun itu secara tidak sengaja mencalarkan kornea mata kirinya ketika bermain dan matanya asyik berair.

Menurut kenyataan, prosedur itu mengambil masa satu jam.

Ikan Banyak Atas Darat Dari Dalam Air, Betul ke?

Posted: 31 Jan 2012 05:49 PM PST


COUNTY DOWN: Perasaan terkejut seorang petani mungkin dapat difahami apabila 20 tan ikan kembung bertaburan di tanahnya selepas sebuah lori terbalik.

Lori berkenaan dalam perjalanan menuju ke Ardglass di County Down, Ireland Utara, minggu lalu apabila ia terbalik di tanah milik Gordon Flinn, 71. 
Sebuah kren dan jentera penyodok dipanggil untuk membantu 12 orang yang bekerja selama tujuh jam dalam satu operasi pembersihan besar-besaran. 

Flinn, penternak biri-biri dan lembu berkata, ikan berkenaan berlonggokan setinggi setengah meter.

"Kami menerima panggilan daripada polis kira-kira jam 3 petang. Mereka memberitahu berlaku satu kemalangan di tanah saya dan ikan bertaburan.

"Pemandu lori terlanggar bahu jalan dan ikan itu tercampak pada pagar, memusnahkannya dan bertaburan di tanah saya. 

"Ketika sampai, saya menjangka melihat beberapa kotak ikan. Sebaliknya, apa yang saya lihat ialah lautan ikan. 

"Beribu-ribu ikan bertaburan di tanah saya. Ia amat mengejutkan. 

"Mereka mengambil masa dari jam 7 malam hingga 2 pagi untuk membersihkannya," kata Flinn. - Agensi

Tiada ulasan: