Rabu, 1 Februari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Anwar nasihatkan Mahathir supaya 'duduk diam-diam'

Posted: 01 Feb 2012 06:30 AM PST

ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya "duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah" serta tidak 'menyerangnya' tanpa sebarang asas.
anwar at pkr chinese new year open house at batuKatanya, beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak bertahun-tahun itu.

"Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion.

"Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.

Anwar yang juga ketua umum PKR mengulas serangan bekas ketuanya pada Isnin lalu yang berkata bekas timbalan perdana menteri itu memang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi dan malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

Mahathir juga dilaporkan berkata Anwar suka jika dipuji oleh orang Barat.

"Dia kata saya dekat dengan orang Israel. Dulu dia kata saya ikut orang Cina. Kalau jadi PM, saya akan jual negara ini pada orang Cina."

"Dey ane! Mana satu ini.

anwar at pkr chinese new year open house at batu"Hari itu saya pergi majlis Ponggal, saya pakai topi India. Macam MGR (bintang filem India). Nanti dia kata saya ikut orang India pula!" sindir Anwar.

Ucapannya disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina yang telah menyambut beliau dengan paparan tarian singa sebelumnya.

Anwar juga diraikan dengan hidangan 'yee sang' dan disertai oleh pemimpin-pemimpin PKR serta komponen Pakatan yang lain.
Turut hadir Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.
Selain di Jinjang, Anwar turut mengunjungi Tokong Pooling Keong, di Setapak, perumahan rakyat di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Little India di Brickfields.
Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Putrajaya dari kerajaan yang mengamalkan rasuah dan dasar memecah belahkan kaum.
anwar at pkr chinese new year open house at batu"Kita tak mahu kerajaan yang 'pu hau' (tidak baik) dan 'siau ren' (orang yang bingung)
"Di sini dia (kerajaan) cakap tentang satu Malaysia, tapi di sana ada kes baling kepala babi (di masjid). Di sini dia kata nak jaga rakyat, tapi tanah, balak beri pada anak bini menteri.
"Sampai 'lembu' pun dia nak angkat," katanya merujuk skandal National Feedlot Corporation (NFC), sambil disambut ketawa orang ramai.
Justeru, katanya, rakyat tidak ada pilihan selain menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Skim 1Care dapat bantahan sebelum dilancar lagi

Posted: 01 Feb 2012 05:51 AM PST

Di sebalik gembar-gembur kerajaan dalam satu lagi percubaan untuk menyusun semula perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia, petanda awal adalah Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1 Care dijangka akan mendapat bantahan.

NONEBuat permulaan, warga maya telah meluahkan bantahan mereka di internet dengan mendidik rakyat tentang apa yang akan berlaku apabila kerajaan melancarkan skim berkenaan yang menyaksikan pelbagai subsidi perubatan yang luas, sebelum ini akan ditarik balik.

'TakNak1Care' atau 'Katakan Tidak kepada Kempen 1Care' di Facebook dan Twitter adalah anjuran Citizens' Healthcare Coalition (CHC) dan disokong oleh Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM).

Kempen 'Malaysians against 1Care' setakat ini telah menjana sokong 454 orang yang memilih 'like' di Facebook dan 20 pengikut di Twitter. Beberapa persembahan multimedia interaktif mengenai kelemahan skim yang dicadangkan juga disediakan.

CHC berharap rakyat Malaysia akan menyuarakan pandangan mereka sebelum skim yang dicadangkan itu diperkenalkan di seluruh negara. Hujah mereka perkhidmatan kesihatan adalah tanggungjawab sosial dan bukannya sebagai komoditi untuk menjana keuntungan.

Menurut CHC, 1Care bukan sahaja mahal kerana rakyat Malaysia akan dipaksa menyumbang 10 peratus daripada pendapatan bulanan mereka kepada sebuah badan kawal selia untuk penjagaan kesihatan asas, tetapi mereka juga tidak mempunyai pilihan dan dikenakan beberapa sekatan.

Spekulasi bertiup kencang cadangan menubuhkan skim itu akan dibentangkan pada sidang Parlimen pada Mac ini sebelum ia dijadikan undang-undang.

NONE"Selepas membayar begitu banyak, awak tidak boleh memilih doktor awak sendiri kerana kerajaan akan memilih doktor untuk awak dan awak hanya boleh berjumpa dengan doktor yang ditetapkan itu  enam kali setahun," kata CHC.

Masalah lain yang dibangkitkan oleh CHC termasuk pesakit hanya boleh berjumpa doktor untuk satu masalah atau penyakit pada satu-satu masa dan kemudian mendapatkan ubat generik.

HASSAN ALI DALAM ALAM KEHERAN HERANAN ATAU DALAM FANA?

Posted: 31 Jan 2012 09:08 PM PST

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

NONE"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.
Serang Anwar

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

NONE"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa  menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

NONEKatanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

NONEBekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.

Tiada ulasan: