Ahad, 12 Februari 2012

PERAKITE

PERAKITE


Perakite jadi jenama kempen PAS Perak

Posted: 11 Feb 2012 05:32 PM PST

PAS Perak lancar 'Perakite'
PAS Negeri Perak merangka gerak kerja strategik kempen PRU ke-13  dengan memperkenalkan satu pendekatan mesra rakyat dengan penjenamaan slogan Perakite: Rakyat Sepakat Perak Berkat.
Ia dilancarkan baru-baru ini di Mosalla Al-Ehsan Paya Purnama, Paya Renggam, Padang Rengas.
Pengarah Programe, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, kempen itu diperkenalkan bagi meneruskan suasana bahang PRU 13 dan pelbagai program bersama rakyat akan disusun di semua kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandingi oleh PAS.
Katanya, program mesra rakyat dan kebajikan itu antara pengisian program yang telah dirancang sehingga tarikh PRU13 nanti bahkan tema yang dilancarkan turut dibawa oleh semua jentera parti.



ps. sekadar berkongsi nama dengan blog perakite..

Ahsan Ahli aqidah mesti perbetulkan ajibgor

Posted: 11 Feb 2012 04:27 PM PST

Mufti Perak dah cakap mengenai kegelinciran akidah ekoran merayakan Thaipusam oleh orang Islam..tapi juara aqidah Ahsan Ahli Alqidahtul diam je.. Buatlah bising... dah  jelajah serata alam tapi bila bab terkena pada DS Najib Razak..diam membisu.

Akuan Bersumpah Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Pucong, Selangor yang berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran iaitu kawan karib Dato' Seri Najib Razak.

Ini adalah akuan bersumpah yang tidak disiasat oleh PDRM , Thagarajoo juga pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan. Beliau mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan khidmat bomoh Hindu.

Antara  kandungan akuan bersumpahnya ialah :-
Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.

Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.

Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu.

Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.

Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.

Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.

Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.

Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.
Di bawah ini disertakan salinan asal akuan bersumpah Mr. Thagarajoo.

Tiada ulasan: