Khamis, 23 Februari 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Ku Li akan dipecat dari Umno?

Posted: 22 Feb 2012 03:48 PM PST






Ku Li memang dari dulu kritikal dan berani menegur kepimpinan Umno. Beliau berani menyatakan apa sahaja tentang Umno.
Hari ini beliau mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak diperintah kerajaan PAS adalah tidak wajar dan memalukan.

Katanya, adalah tidak molek untuk seorang pemimpin negara bercakap sedemikian apatah lagi dengan nada menghina negeri tersebut semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.

Beliau juga berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.

Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.

Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.

Kenyataan-kenyataan beliau di atas amat menyakitkan Umno. Mungkinkah beliau akan dipecat dari Umno kerana ia menggugat Umno dan memalukan Umno.

Tiada ulasan: