Khamis, 23 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


APA?? Putera UMNO ini terlibat menyerang kereta Anwar?

Posted: 23 Feb 2012 06:22 AM PST



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau langsung tidak gentar dengan kejadian di Sembrong, Johor pada Ahad lalu.


Menceritakan pengalaman di mana keretanya diserang, ketua umum PKR itu berkata kerajaan, khususnya Umno tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat.

Menurut Anwar, beliau tiba di Sembrong kira-kira jam 11:30 malam dari Endau.

"Apabila saya berada di Semborong, kereta saya diserang dan ditendang, cermin hadapan dipecahkan oleh sekumpulan anak-anak muda.



"Terdapat polis di kawasan sekitar tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengawal keadaan. Malah semasa saya menyampaikan ucapan, mereka membaling mercun," katanya.

Anak-anak muda ini, dakwa Anwar, telah dibayar oleh Umno untuk menimbulkan kekacauan dan masalah.

"Mereka dibayar RM20 untuk menimbulkan kekacauan… inilah mentaliti belia kita yang telah rosakkan di tangan Umno.

"Jika masih ada sisa-sisa Umno di dalam diri kamu, buangkannya, sila berhenti, kerana ini memalukan bagi diri kita.

Dalam kejadian tersebut kereta yang dinaiki oleh Anwar dilastik, dibaling dengan mercun bola, batu dan sebagainya.

Malah kereta beliau turut dilastik dan disepak sehingga kemik di bahagian tepi, serta mengalami keretakan di cermin hadapan kereta tersebut.

Di bawah ini gambar yang sempat diambil di HQ KEADiLAN keadaan kereta Anwar Ibrahim akibat serangan tersebut.




Lagi gambar sila lihat di SINI

Seperti biasa pencacai-pencacai UMNO akan memutarbelitkan cerita menggunakan kaedah yang sama, iaitu Keadilan atau Anwar sendiri yang menyerang diri sendiri untuk mendapat simpati rakyat.

Sama saja seperti sebelum ini, mahasiswa dituduh cederakan diri sendiri, Anwar tumbuk mata sendiri sampai lebam, Teoh Beng Hock bunuh diri sendiri.

Lebih lucu, peserta himpunan 901 dituduh letupkan bom untuk membunuh diri beramai-ramai kerana Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat. Adakah orang yang berfikiran waras akan mempercayai propaganda seperti ini?

Sebenarnya yang mempercayai propaganda sebodoh itu hanyalah pencacai=pencacai UMNO yang sememangnya bodoh atau mudah untuk diperbodohkan pemimpin mereka.

Begitu juga dengan pelaku atau penyerang kereta Anwar itu..

Kerana terlalu bodoh beliau telah menceritakan akan perkara yang telah dilakukannya itu dilaman Facebook milik beliau.. ( SINI )



Kerana takut diserang pula jika korang klik pada link diatas itu yang kelihatan ialah seperti di bawah..


Siapakah anak muda ini yang dilihat begitu benci dengan Anwar Ibrahim, sehingga sanggup membuat kacau di ceramah beliau di Sembrong, Kluang Johor baru-baru ini?

Salah satu gambar di dalam akaun facebooknya menjelaskan segala-galanya.

Memandangkan laman Facebooknya "is currently unavailable,The page you requested cannot be displayed right now. It may be temporarily unavailable" ... korang lihatlah di SINI

Aznil bakal dilantik sebagai Senator?

Posted: 23 Feb 2012 04:19 AM PST



Yahoo! Malaysia melaporkan Pensyarah Kanan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah menyatakan tentang peranan dan pengaruh industri hiburan yang berkembang ke period yang lebih besar di dalam kurun informasi ini.


Bahkan kepentingannya berlebihan berbanding di dalam kurun-kurun sebelumnya yang rata-rata hanya berlegar tentang posisi hiburan khususnya pada media seperti filem, televisyen, dan bahan bercetak misalnya akhbar dan majalah. Kandungan hanya berpusat pada hal ehwal kehiburanan seperti naskah-naskah filem, drama, lagu, artis dan sebagainya.

Sebaliknya sekarang kata Dr Abu Hassan, adalah era ekonomi kreatif dengan industri kreatif sebagai salah satu industri utama, atau industri ketiga dalam KDNK negara bahkan dunia seluruhnya.

Maka tentulah untuk menguruskan industri kreatif memerlukan mereka yang memiliki keupayaan pengetahuan yang mendalam tentang makna, bentuk, kandungan, dasar-dasar, rencana strategi dan masa depan bukan sekadar hanya berasaskan pengalaman dalam industri hiburan semata-mata.

Justeru itu Dr Abu Hassan yang juga juri tetap program Pilih Kasih, semalam mencadang beberapa nama warga seni yang pada perkiraannya mampu mengambil alih suara Jins Samsuddin sebagai Senator di Dewan Negara.

Katanya juga, industri kreatif memerlukan suara untuk pihak penggubal akta atau pelaksana kerja-kerja negara turut mendengar apa yang harus diperkatakan oleh wakil industri kreatif. Aznil Nawawi, Rosyam Nor, Eirma Fatima, Aziz M Osman dan Datuk Faridah Merican antara yang disebut-sebutnya di dalam perkiraannya selaku pemerhati politik dan hiburan Malaysia.

Cadangan itu disambut baik oleh pengacara popular Akademi Fantasia, Aznil Nawawi yang menghargai perkiraan Dr Abu Hassan yang melihatnya sebagai antara yang memiliki kelayakan menjadi wakil suara industri kreatif.

"Saya merasakan amat dihargai apabila disebut sebagai yang layak untuk menjadi Senator di Dewan Negara. Namun begitu kepercayaan ini tentunya datang bersama tanggungjawab yang besar. Setelah berada di dalam dunia penyiaran dan hiburan kurang lebih 22 tahun, saya menjadi saksi kepada kepelbagaian pasang surut industri seni apalagi sepak terajang di dalam gelanggang ini. Pelbagai cerita kekecewaan dan kecapan kejayaan dapat dijadikan pemangkin kepada penggubalan dasar hiburan negara yang lebih terancang, realistik dan komprehensif.

"Bagi saya perlantikan seseorang untuk mewakili bidang hiburan di peringkat tertinggi dan melaporkan diri secara terus kepada pemerintah adalah umpama seorang menteri yang mempunyai KPI nya tersendiri. Bagi saya dia adalah Menteri Hiburan.

"Saya bersedia untuk menjadi perwakilan golongan seni ke Dewan Negara jika diberi peluang dan akan memastikan segala penggubalan undang-undang dan dasar pembangunan negara mengambil kira hak dan suara penggiat seni. Pemahaman mengenai sosio ekonomi dan politik negara amat penting dan bukan sekadar mampu berdebat mengenai isu-isu kecil dunia seni seperti gosip, kontroversi dan skandal," kata Aznil.

Aznil yang kini sudah menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Era, melihat tanggungjawab ini bukan sahaja untuk golongan seni semasa malah untuk mereka pada masa akan datang. Baginya ia satu tanda aras belum kita nampak dalam pencapaian kemajuan bidang ini sejak negara mensasarkan tahun 2020 sebagai tahun Malaysia Maju.

Bidang hiburan agak ketinggalan jauh berbanding bidang lain yang begitu cepat mengejar kemajuan terutama dari segi digital, informasi dan teknikal.

"Kita ada kurang dari 8 tahun untuk tujuan itu supaya dunia hiburan dapat berdiri sama tinggi dengan bidang lain. Saya sudah melibatkan diri sebagai penggiat seni sejak dari zaman analog (pengurusan secara tradisional, kecil-kecilan dan hardcopy) sehinggalah di zaman digital (serba serbi secara IT) ini amat merasakan kita tidak seharusnya hanyut dalam dunia permodenan. Saya menjadi saksi dan penggiat aktif dalam perubahan infrastrukur pembangunan.

"Jadi kepandaian akademik, pengalaman jatuh bangun dan keupayaan membuat unjuran perniagaan ini di masa akan datang harus digandingkan dalam menyuarakan perjuangan di peringkat yang didengari. Ya, saya bersedia," katanya bersemangat.

Pada Aznil, seseorang Senator yang mewakili golongan seni di Dewan Negara seharusnya memainkan peranan sebagai perwakilan rakyat dan menteri dunia hiburan. Dia seharusnya berupaya mewakili golongan seni, pertama untuk bercakap mengenai sejarah - kerana hanya mereka yang tahu asal usul bidangnya yang akan memahami situasi semasa.

Menurutnya, dengan mengetahui sejarah, sektor yang diwakili itu juga memperlihatkan tindakannya lebih realistik dalam menyuarakan setiap tuntutan. Pengetahuan latarbelakangnya juga memungkinkan seseorang itu membuat analisa yang lebih mendalam.

Beliau juga akan dilihat sebagai seorang yang memahami perjuangan golongan yang sebelumnya. Senator yang mewakili golongan seni turut harus sekurang-kurangnya memahami sejarah pembangunan dunia seni hiburan negara maju lain sebagai perbandingan.

"Ini penting untuk melihat akan kesesuaian dasar mereka yang boleh digunapakai oleh negara kita. Tiada guna jika kita menjadi perwakilan di Dewan Negara jika kita sendiri tidak tahu dari mana kita bermula dan suara kita dilihat sebagai suara kosong. Jadi di sinilah peranan 'kementerian hiburan' itu memainkan peranannya sebagai penyimpan data dan sejarah jatuh bangun dunia hiburan.

"Kedua, bercakap mengenai masa kini - seseorang Senator yang mewakili dunia hiburan seharusnya seorang yang peka kepada perubahan dan perkembangan dalam dunia hiburan tempatan dan luar negara. Dia seharusnya tidak terperuk dengan kaedah lama yang sudah 'tamat tempoh' tetapi seharusnya lebih terkini.

"Fungsi Senator harus mampu bercakap dan bertindak mengikut formula dan acuan masa kini dan tidak dilihat sebagai terkebelakang. Untuk lebih relevan, fungsi Senator itu juga harus menjadi ejen perubahan kepada industri yang diwakilinya. 'Mind set' penggiat seni juga harus diubah dan melalui revolusi untuk bergerak sepantas perubahan IT.

"Tidak segan pada perubahan IT menjadikan beliau sebagai seorang yang kebal diuji arus permodenan. Kita harus didedahkan, dipersiap dan diberi peluang untuk bersaing di peringkat global pada masa kini. Fungsi mewakili masyarakat seni masa kini bukan sahaja dari segi IT tetapi juga dari segi modal insan," katanya.

Lebih daripada itu kata Aznil, Senator harus boleh bercakap, berbahas dan membuat usul mengenai hak golongan seni mengenai apa sahaja termasuk soal kebajikan, budaya, pendapatan, jati diri, pembangunan diri, penyelidikan, kesihatan, simpanan, perniagaan, moral, persaingan, anjakan diri, kebebasan berkarya, kebebasan bersuara, kebebasan memberi pendapat, kebebasan bertanya, nilai tambah, kepelbagaian berbanding pengkhususan, multi skill dan sebagainya.

Ketiga kata Aznil, harus boleh bercakap mengenai masa hadapan. Ini penting kerana fungsi Senator dilihat sebagai pencipta landasan baru untuk generasi akan datang. Fungsinya juga adalah untuk memastikan keputusan yang dibuat hari ini akan terus relevan untuk masa depan.

"Peranan yang lebih penting adalah untuk mempersiapsediakan penggiat seni kita untuk bersaing di peringkat global dan bukan hanya sebagai pemerhati. Kaedah jaguh kampung sudah tidak sesuai. Fungsi ini harus disulam dalam banyak perancangan masa depan kerajaan terutama dalam bidang pelajaran, latihan, komunikasi, teknologi dan sumber manusia.

" Wawasan yang jauh harus menjadi agenda yang tidak kurang penting dalam merangkakan pembangunan sektor hiburan di 'kementerian hiburan' ciptaan Senator Hiburan ini. Kerja ini memerlukan sokongan tenaga pakar penyelidik teknikal dan disokong oleh potfolio besar bukan persatuan kecil atau perseorangan.

"Dan keempat, bercakap mengenai sektor lain juga. Walaupun hanya mewakili golongan seni, fungsi Senator seharusnya dilihat sebagai seorang yang tahu perkembangan sektor lain dan tidak syok sendiri. Seharusnya juga dia juga mampu berdebat dan membeti pendapat pada isu negara yang lain dan tidak hanya terhad kepada dunia hiburan.

"Prioriti kepada semua fungsi di atas, bahu Senator sebagai 'menteri hiburan' tentunya bertindak sebagai pemberi maklumat, latar belakang, kajisn terperinci, resolusi dan pengukur keberkesanan kepada penggubal dasar kerajaan. Maknanya, dalam apa sahaja dasar yang ingin dibentuk atau diubah oleh kerajaan seharusnya mengambil kira suara wakil sektor hiburan," katanya.


Yahoo

Scandal NFC: Kondominium telah dibeli tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah..

Posted: 23 Feb 2012 12:22 AM PST



The Sun Daily melaporkan tiga wakil kerajaan yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp) menyatakan Pihak Pengurusan National Feedlot Corporation (NFCorp) telah membeli kondominium mewah tanpa pengetahuan mereka.


Menurut akhbar itu tiga wakil kerajaan yang menganggotai lembaga itu hanya mengetahui mengenai pembelian beberapa unit kondominium mewah melalui media.

Memetik sumber yang tidak dinamakan tetapi didakwa berkait rapat dengan siasatan yang dijalankan ke atas penyelewengan NFC, the Sun melaporkan bahawa kelulusan lembaga pengarah adalah keperluan berkanun.

"Menurut penyiasat, dokumen yang dirampas dari syarikat itu menunjukkan bahawa tiada resolusi atau usul yang dicadangkan atau diluluskan semasa mesyuarat lembaga.

Siasatan dijangka akan selesai dalam beberapa hari lagi," kata sumber itu.

Ahli Lembaga Pengarah yang dibayar RM700 sebulan sebagai elaun mesyuarat juga menyatakan biarpun mereka sering menghadiri mesyuarat, mereka tidak pernah dimaklumkan tentang jumlah pengeluaran dana RM250 Juta dari kerajaan oleh pengurusan NFCorp.

Seterusnya sila baca di bawah..

*******************************************

NFCorp directors in the dark

R. Nadeswaran
newsdesk@thesundaily.com

KUALA LUMPUR (Feb 23, 2012): The National Feedlot Corporation (NFCorp) bought luxury condominiums without the approval of the board of directors. Three government representatives who sit on the board were not consulted or told about the purchase.

Alias Mohd Yassin and Manaf Hussein represented the Agriculture and Finance Ministries respectively while Datuk Mat Ali Hassan was appointed by virtue of him being the Negri Sembilan state secretary.

These appointments were made to "safeguard the interests of the federal government and stakeholders and the state government as it provided the land."

"At no time were these directors told of the purchase of the condominiums and other so-called investments and neither were they aware of it until the matter was reported in the media," a source close to the investigations said.

It is a statutory requirement that the board approve any "investment" through a resolution.

The government representatives, the source said, were kept totally in the dark although they attended the board meetings regularly. They were not updated on the drawdown of funds from the RM250 million soft loan provided by the government.

The investigations also revealed that each of the government representatives were paid directors' and meeting allowances of RM700 each month.

As for the massive sums allegedly paid as salaries and perks to other directors, investigations showed that such emoluments and day-to-day affairs and management were left in the hands of the CEO Wan Shahinur Izmir Mohamed Salleh, who is the son of Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

The government-appointed directors had no say on such matters.

Two weeks ago, Wan Shahinur Izmir claimed the loan agreement did not stipulate any express prohibitions on investments and insinuated that the company could do what it deemed fit with the loan. However, this may not be correct in its entirety as any movement of money or major decisions had to be approved by the board of directors.

According to the investigators, documents that were seized from the company showed that no such resolution was proposed or passed during board meetings. Investigations are expected to be wrapped up in the next few days.

In December 2007, the government had approved a RM250 million soft loan to enable the NFCorp to start a feedlot centre in Gemas, Negri Sembilan. The corporation's executive chairman, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail is Shahrizat's husband, and their children are on the board of directors.

The NFCorp controversy unfolded after the 2010 Auditor-General's Report said the RM250 million National Feedlot Centre cattle breeding project which it runs had not met the targets set by the government.

Following this, allegations that the company had misused some of the money from the loan to purchase condominiums in Bangsar and property in Putrajaya surfaced, and reports were lodged with the Malaysian Anti-Corruption Commission and the police.

Shahrizat, who has come under pressure to resign over the case, applied for three weeks' leave from her ministerial duties last month to "allow investigations into the NFCorp to be completed". She has since resumed her duties.

On Feb 8, she was summoned by MACC to give her statement.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin announced last month that it would appoint an auditor to scrutinise NFCorp's books in light of accusations made against the company, but dismissed calls for a royal commission of inquiry into the NFC.


The Sun Daily

Buku yang ditulis Mahathir, tak ada satu pun yang boleh dipercayai kata Zaid Ibrahim

Posted: 22 Feb 2012 11:04 PM PST



SHAH ALAM - Datuk Zaid Ibrahim mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis sebuah buku yang benar-benar boleh dipercayai kandungannya dan menggambarkan situasi sebenar mengenai Malaysia Airlines System (MAS), salah satu syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC).


Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) ini berkata, setiap orang mahu mengetahui mengapa MAS diswastakan khususnya kepada bekas pengerusi eksekutif MAS, Tan Sri Tajudin Ramli hampir dua dekad yang lalu tetapi banyak pihak mendakwa gagal membantu syarikat tersebut.

"Di sini, saya merasakan Dr Mahathir perlu menjelaskan apa sebenarnya berlaku (ketika itu). Beliau telah menulis banyak buku, tetapi tidak ada yang boleh dipercayai," kata beliau lagi.

Katanya, sekurang-kurangnya Dr Mahathir perlu menceritakan apa sebenarnya menyelubungi kontroversi MAS yang belum diselesaikan sehingga sekarang.

Pada 14 Februari lalu, Tajudin dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd mencapai penyelesaian luar mahkamah berkaitan satu saman yang difailkan enam tahun lepas membabitkan hutang RM589 juta tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.

Peguam Lim Kian Leong yang memaklumkan perkara itu kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayua. Bagaimanapun tidak mendedahkan terma penyelesaian tersebut dan ia disahkan Tommy Thomas yang mewakili Danaharta.

Sehubungan itu, Kian Leong berkata Tajudin berhasrat menarik balik semua rayuan terhadap Pengurusan Danaharta, dua anak syarikatnya serta 24 responden lain yang dinamakan dalam tuntutan balas beliau.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tajudin membayar RM589 juta kepada Danaharta yang menguruskan pinjaman tidak berbayar akibat hutang yang ditanggung tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.

Jumlah itu merupakan baki pinjaman berjumlah RM1.79 bilion yang diberikan kepada Tajudin oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32 peratus kepentingan dalam MAS pada 1994.

Tajudin diperintah membayar jumlah asas pinjaman pada 31 Disember 2005 sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah dua peratus atas kadar pemberian pinjaman asas Malayan Banking Bhd mulai 1 Januari 2006 sehingga tarikh penyelesaian penuh kes itu kepada Pengurusan Danaharta dan dua anak syarikatnya.

Mahkamah Tinggi turut membatalkan tuntutan balas Tajudin, yang berjumlah RM13.46 bilion, terhadap 24 responden termasuk Danaharta, dua anak syarikat serta pegawainya, Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah.

Dalam buku terbarunya berjudul A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad diterbitkan tahun lalu, Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun menafikan beliau dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin telah memaksa Tajudin menyelamatkan MAS dengan membelinya pada 1994 dengan harga RM1.8 billion.

Dr Mahathir bersara pada Oktober 2003. MAS merupakan antara beberapa GLA menyaksikan masalah kewangan di sebalik kegawatan ekonomi 1997/98.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sementara kes membabitkan Tajudin sedang berjalan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mengeluarkan satu arahan kepada Danaharta dan GLC agar tidak meneruskan kes ke atas tokoh tersebut meskipun mereka menang di peringkat Mahkamah Tinggi.

"Nampaknya, Barisan Nasional tidak mengiktiraf bahawa syarikat-syarikat ini adalah bebas daripada kerajaan dari segi pengurusan mereka. Syarikat-syarikat ini ada lembaga pengarah masing-masing dan pemegang-pemegang saham yang perlu diwakili," katanya.


Sinar Harian

Lim Guan Eng vs Chua Soi Lek debate Video with BM Subtitle

Posted: 22 Feb 2012 09:00 PM PST

Berikut adalah rakaman video yang mempunyai sarikata dalam Bahasa Malaysia perdebatan antara Guan Eng dan juga Chua Soi Lek yang telah diadakan pada 18 Feb. 2012 yang lalu.. dalam video yang keempat anda akan menyaksikan Ms Tow Truck menyerang Guan Eng..












Terima kasih buat DAPMalaysia.org

Jessie Ooi @ Ms Tow Truck diberi hingga jumaat untuk mohon maaf atau diambil tindakan..

Posted: 22 Feb 2012 07:56 PM PST



Sekumpulan ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) semalam menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan Ketua Beliawanis MCA, Jessie Ooi yang mengecam kakitangan majlis tempatan itu kerana menjalankan tugas mengunci roda kereta.


Mereka berikrar untuk mengambil tindakan terhadap Jessie dan bentuk tindakan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada hari Jumaat.

Kumpulan itu mahu Jessie menarik balik kenyataannya mengenai tindakan mengunci tayar dan menunda kereta di Pulau Pinang oleh kakitangan majlis, kerana mendakwa "tuduhan itu semuanya tidak berasas ".

Ahli majlis berkenaan memberi Jessie sehingga Jumaat ini untuk menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya itu.

Jessie menjadi terkenal dalam sekelip mata ekoran cara dia mengemukakan soalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semasa debat dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pada 18 Februari lalu di Kuala Lumpur.

MCA Selayang Jessie Ooi Facebook

Sementara itu selepas menjadi sasaran hebat kritikan berhubung kenyataannya, Jessie berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnahnya di Internet.

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh ahli majlis itu di bangunan MPPP di Padang Kota Lama hari ini, klip video ditayangkan, yang menunjukkan aksi Jessie itu.




Hubungan Malaysia-Israel: Khairy marah hingga tak sedar diri?

Posted: 22 Feb 2012 05:26 PM PST



Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berego besar sehingga tidak sanggup untuk mengakui kesilapan dalam kontroversi berkaitan kenyataan menyokong kepentingan Israel.


"Apakah ego beliau terlalu besar untuk mengakui kesilapan atau memang itulah pendirian sebenarnya?

"Walau apapun sebab keengganan beliau untuk menarik balik kenyataannya, jelas tanpa tindakan itu Anwar akan terus dilihat terang-terangan pro-Israel," kata beliau dalam pendapatnya disiarkan Sinar Harian hari ini.

Khairy melahirkan pandangan ini sehari selepas pertemuan antara Anwar dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kuala Lumpur.

Anwar bertemu untuk menjelaskan kenyataannya yang disiarkan oleh Wall Street Journal bulan lalu.

Sementara Anwar berhadapan dengan kecaman pemimpin-pemimpin Umno dan BN, selain beberapa pertubuhan bukan kerajaan, pihak Pakatan Rakyat pula mendakwa kerajaan pusat memperlihatkan hipokrasi kerana membenarkan hubungan perdagangan dengan syarikat-syarikat Israel.

Berikut teks penuh tulisan Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau.

Bagai ayam lepas bertaji, Anwar Ibrahim dilihat kehilangan punca dan arah menjelaskan kenyataan kontroversi beliau yakni "(saya) menyokong segala tindakan bagi menjaga keselamatan negara Israel" di akhbar The Wall Street Journal (WSJ) apatah lagi selepas beliau disanggah teruk oleh orang Islam di luar dan di dalam negara, termasuklah daripada rakan kongsi politiknya, PAS.

Manakan tidak, ini kerana Anwar secara terang-terangannya menonjolkan belang sebenar beliau yang memberi sokongan penuh dan umum (blanket support) kepada Israel untuk melakukan apa sahaja demi menjaga keselamatan negara tersebut.

Secara spesifik, kenyataan Anwar telah menghalalkan kezaliman dan keganasan rejim Israel yang telah menggunakan alasan keselamatan untuk menyerang dan membunuh rakyat Palestin. Ribuan nyawa Palestin yang terkorban selama puluhan tahun penjajahan Israel, pembinaan tembok yang memenjarakan rakyat Palestin dan menghalang perjalanan mereka untuk mencari rezeki, sekatan ekonomi yang mengakibatkan penduduk Semenanjung Gaza miskin dan derita di samping pembunuhan sembilan sukarelawan antarabangsa dalam Misi Kemanusiaan Flotilla 2010, semuanya dilakukan oleh Israel atas alasan keselamatan negara.

Tidakkah Anwar sedar bahawa kenyataan beliau secara langsung mengiktiraf pembunuhan tersebut dan member lampu hijau untuk kezaliman ini diteruskan?

Setelah kenyataan beliau menimbulkan kemarahan orang ramai, Anwar telah cuba untuk melepaskan diri daripada kesalahannya dengan pelbagai alasan. Yang pertama, beliau menyalahkan media arus perdana dengan mengatakan kenyataan beliau tidak dipetik sepenuhnya. Beliau sebut bahawa sokongan itu bergantung (contingent) kepada aspirasi rakyat Palestin menjadi realiti.

Tetapi jika kita kaji apa yang diterbitkan dalam WSJ, kita sedar bahawa Anwar merujuk kepada pengiktirafan diplomatik untuk Israel sebagai langkah yang bergantung (contingent) kepada aspirasi rakyat Palestin dipenuhi. Itu berbeza dengan kenyataan pertama iaitu keselamatan Israel perlu dijamin dengan apa cara pun.

Kenyataan itu tidak datang dengan apa-apa syarat tetapi dibuat secara sokongan mutlak. Inilah yang menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin Islam termasuk dari Palestin rasa marah, kecewa dan mempertikaikan kredibiliti Anwar sebagai seorang yang sering mempromosi diri sebagai pejuang dunia Islam.

Bila dah tersepit dengan kenyataan yang jelas pro-Israel, tidak hairanlah apabila Anwar cuba mengalihkan perhatian dengan serangan terhadap kerajaan Malaysia yang dikatakan membenarkan perdagangan dengan Israel. Mengikut beliau, ini adalah bukti kerajaan Barisan Nasional bersekongkol dan menyokong Israel.

Walaupun tuduhannya itu agak dramatik, saya memahami mungkin inilah satu-satunya cara terdesak untuk beliau membersihkan 'dosa' memberi sokongan mutlak kepada Israel dengan cara menyalahkan orang lain.

Pertama, kita kena tanya soalan adakah benar Malaysia mempunyai hubungan dagangan dengan Israel sebab seperti yang diketahui umum, kita tiada sebarang hubungan diplomatik atau politik dengan negara tersebut? jawapannya di ( SINI dan SINI )

Di bawah Akta Kastam 1967 memang ada larangan transaksi perdagangan dengan Israel. Walau bagaimanapun kelonggaran telah diberi kepada penguatkuasaan akta ini pada tahun 1996 untuk membenarkan syarikat-syarikat swasta import dan eksport barangan ke Israel.

Mungkin Anwar mudah lupa, tetapi saya masih ingat bahawa beliau sendiri yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan lebih penting lagi Menteri Kewangan yang bertanggungjawab atas Jabatan Kastam pada 1996. Oleh itu Anwar tidak boleh buat-buat tidak tahu mengenai wujudnya kelonggaran tersebut yang beliau sendiri meluluskan dengan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional semasa.

Ada yang tanya, kalau dia memang buat dahulu, kenapa sekarang tidak ubah balik dan langsung melarang perdagangan dengan Israel? Yang pertama, perdagangan ini dibuat oleh syarikat-syarikat swasta. Ia tidak digalakkan oleh kerajaan. Kedua, kebanyakan daripada perdagangan ini dibuat oleh syarikat-syarikat antarabangsa (MNCs) yang ada kilang di seantero dunia termasuk Israel.

Kita kena faham bahawa di arus era globalisasi, MNCs yang melabur di negara kita mempunyai sistem rantaian penawaran (supply chain) dan perniagaan yang merentasi pelbagai negara. Sebagai contoh, syarikat-syarikat antarabangsa seperti Dell, Intel, Motorola, IBM, Agilent Technologies dan Oracle kesemuanya mempunyai kilang dan pejabat di merata negara termasuklah Malaysia dan juga Israel.

Realiti ini boleh dijelaskan dengan contoh proses pembuatan mikroprosesor Intel yang bermula di Amerika Syarikat dan Israel sebelum dihantar ke kilangnya di Malaysia untuk diuji. Ada juga produk-produk yang dibuat di Malaysia yang mana bahan mentahnya hanya boleh dibeli dari syarikat yang ada kilang di Israel. Apakah ini sama dengan sokongan politik untuk meneruskan pembunuhan rakyat Palestin? Sudah pasti tidak. Ini realiti globalisasi dan proses pembuatan yang merentasi sempadan.

Tetapi dalam keghairahan Anwar dan konco-konconya cuba menutup kesalahan kenyataan pro-Israel beliau, mereka sanggup menyerang perdagangan antara syarikat-syarikat yang berpangkalan di Malaysia dan Israel tanpa mengakui globalisasi merumitkan halangan-halangan perdagangan. Namun, jika pembangkang masih berterusan dengan hujah ini untuk pertahankan kenyataan Anwar, saya nak cabar mereka buat pendirian bersama sebagai Pakatan Rakyat (PR), bahawa jika mereka menang pilihan raya kelak, semua perdagangan yang saya sebut di atas akan dilarang oleh mereka. Berani ke tidak mereka buat demikian?

Sebenarnya, tak perlu kita tunggu sehingga pilihan raya. Jika Anwar sudah tidak setuju dengan kelonggaran yang beliau sendiri beri pada 1996 untuk membenarkan perdagangan swasta bersama syarikat-syarikat yang ada di Israel, saya cabar beliau sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat minta kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR untuk menarik balik lesen premis yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan kepada kilang dan pejabat syarikat-syarikat seperti Intel, Agilent dan Motorola yang beroperasi di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah atas sebab mereka mengimport barangan dari Israel.

Saya juga cabar Anwar mengarahkan semua petugas parti beliau buang semua komputer dan telefon bimbit mereka yang ada komponen Intel atau Motorola kerana ia berasal dari kilang di Israel. Kalau tak dapat buat demikian, jangan nak menuding jari pada kerajaan Barisan Nasional.

Yang jelas di sini ialah wujudnya perdagangan antara syarikat-syarikat swasta yang berpangkalan di Malaysia dan Israel atas tuntutan dan keperluan globalisasi jauh beza daripada sokongan dan pembelaan politik yang telah diberi oleh Anwar terhadap Israel dalam kenyataan beliau dalam WSJ. Kerajaan Barisan Nasional konsisten menyokong perjuangan Palestin dan langsung tidak tergamak untuk bercakap soal keselamatan Israel sepertimana Anwar kerana sedar bukannya Israel yang dizalimi tetapi sebaliknya adalah rakyat Palestin.

Yang paling sedih ialah bagaimana seorang pemimpin yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam sejagat begitu enggan untuk menarik balik kenyataan beliau walaupun konteksnya jelas menunjukkan sokongan mutlak kepada Israel sehingga menghalalkan pembunuhan rakyat Palestin.

Apakah ego beliau terlalu besar untuk mengakui kesilapan atau memang itulah pendirian sebenarnya? Walau apapun sebab keengganan beliau untuk menarik balik kenyataannya, jelas tanpa tindakan itu Anwar akan terus dilihat terang-terangan pro-Israel.


Sinar Harian

Tiada ulasan: