Khamis, 23 Februari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tangan politikus laknat yang rosakkan sistem kehakiman negara

Posted: 22 Feb 2012 10:00 PM PST



Dakwaan bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah tentang mengapadan bagaimana sistem kehakiman negara menjadi rosak, pincang dan hilang integritinya mula terserlah kebenarannya.

Dengan meletopnya isu habuan buat peguam UMNO serta Ketua Hakim pada masa itu dalam kes rampasan kuasa negeri Perak juga membuktikan bahawa UMNO adalah parti rasuah dan pelingkup kepada segala kepincangan dalam sistem pentadbiran negara.

Betoi kata Ku LI..... UMNO ialah parti rasuah. Dan, betoi kata Mahathir... UMNO busuk sampai ke usus!! Rasuah sana rasuah sini. Suap sana, suap sini. Habuan sana, habuan sini. Sumbat sana sumbat sini. Cilok sana bagi sini.

Walau pun apa alasan yang derang beri, apa istilah yang gunakan.... MERIT ke or whatever ler, tapi semua orang sudah tahu tembelang itu. Strategi yang diperkenalkan dan dipraktikkan oleh regim Najib Razak iaitu.... " I help you, You help me" amat jijak, busuk, penghor dan meloyakan!! Wheekkk!

Hanya mereka yang KOTOR saja yang tak kisah dan akan terus sokong perbuatan keji puak-puak UMNO ni. Bergelumnglah komer dengan UMNO yang dulu, kini dan selamanya penuh dengan najis rasuah!!

Hafarizam: Kontrak bukan habuan tapi merit

Hafiz Yatim
4:25PM Feb 21, 2012

Penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun menafikan dakwaan bahawa dua syarikat yang dianugerahkan konsesi lebuh raya RM2.2 bilion dan dikaitkan dengan dirinya adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

perak state govt crisis 030309 hafarizam harunSebaliknya, Hafarizam berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender. Namun pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira.

"Kami mempunyai rekod pencapaian yang baik (dalam projek landasan berkembar) dari Rawang ke Ipoh. (Dakwaan) habuan untuk Perak, saya fikir ini tuduhan keterlaluan.

"Ini langsung tidak mempunyai kaitan sama sekali. Kami menang atas merit! Kami adalah antara beberapa syarikat bumiputera yang dianugerahkan. Mengapa serang kami apabila ada yang lain ... Saya pasti awak juga tahu siapa yang lain yang juga dapat," katanya dalam teks pesanan ringkas kepada Malaysiakini.

Hafarizam diminta mengulas dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara.

Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

NONEBeliau membayangkan bahawa Hafarizam dan Zaki mungkin diberi habuan untuk peranan masing-masing dalam pergelutan di mahkamah selepas BN merampas kerajaan negeri Perak pada Februari 2009.

Hafarizam adalah antara peguam yang mewakili Menteri Besar Perak sekarang, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, manakala Zaki pula adalah Ketua Hakim Negara ketika itu. Zaki bagaimanapun tidak menduduki mana-mana panel yang membicarakan kes berkenaan.

[Baca juga di sini]

Jangan telan buat-bulat. Boleh mudarat... Tapis-tapis dulu.

Posted: 22 Feb 2012 07:15 PM PST


Lately ni teman sibuk memanjang. Ya, very busy amat, hinggakan nak update blog pun kekadang tak der masa. Nasib baikler, ada anak buah yang gatei tangan mahu tolong tengok-tengokkan blog ini. Alhamdulillah and TQ.

Lately ni juga, sibuk satu Malaysia dengan temberang si Hassan Ali. Weh... yang syiuknyer lagi.... Harussani dah jadi geng Hassan Ali. Demi agama, bangsa dan raja. Don't play-play.... Raja ialah bayangan Allah, sabda Harussani.

Oleh itu, orang Melayu semua... sokonglah perjuangan Hassan '3 sixes'. Kalau tidak hancurlah agama, musnahlah Melayu dan terkuburlah raja-raja.

Kah kah kah kah....

Lawak terhebat.... terkini dan ternow!!

Apa-apa pun.... baca juga apa kata Dr Asri agar kita tak terkeliru, terpedaya dan terima bulat-bulat mainan dan wayang, dua orang yang lebih Melayu daripada sekelian Melayu dan yang lebih Islam daripada sekelian muslim yang lain.

Perjuangan bangsa boleh menjadi 'asabiyah,' yang ditentang Islam, kata Dr Asri

February 22, 2012

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perjuangan atas nama bangsa boleh menjadi "asabiyah" yang ditentang Islam menambah ia boleh membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada bangsa lain.

Bagaimanapun beliau berkata Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan bangsa sendiri jika ada keperluan ke arah itu selain tidak mewujudkan permusuhan dengan bangsa lain.

"Ada pun asabiyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada pihak lain," katanya dalam satu kenyataan.

"Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain."

Asri (gambar) berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu perlu mempertahankan hak mereka di negara ini selain mengatakan Nabi Muhammad juga berbuat demikian.

Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada bangsa Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu," katanya pada pelancaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan "Jati" pimpinan Datuk Dr Hasan Ali semalam.

Jati merupakan platform terbaru Hasan selepas dipecat PAS awal Januari lalu untuk meneruskan agenda memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Tambah Asri, usaha memartabatkan bangsa bukan prinsip perjuangan Islam namun boleh menjadi keperluan sementara apabila keadaan mendesak.

"Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa," katanya menambah prinsip Islam melampaui semua aspek termasuk bangsa.

"Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji."

Beliau menambah perjuangan menentang bangsa lain bukan ajaran Islam.

Sementara itu Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata kenyataan Harussani itu perlu diteliti dengan sebaik-baiknya kerana ia bertentangan dengan fakta sejarah.

"Kenyataan itu perlu teliti dan diteliti. Dari sudut perkataan nabi dan sejarah nabi, memang tidak ada fakta seperti itu.

"Tentang pertahan kaum, nabi suruh pertahan yang hak dan yang benar. Kena bela kaum masing-masing tapi bukan atas asas kezaliman," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga menambah "asabiyah" ditolak Nabi Muhammad kerana bertentangan dengan ajaran Islam.-MI

Pendek ceriter

Posted: 22 Feb 2012 04:54 PM PST


Di atas ialah sebuah graf.
Cer komer perhatikan.
Apa pandangan komer?

Hahahahaha....

Pendekkan citer...
UMNO@BN terus memerintah
, negara akan bangkrap

Tepat sekali!!
Jalan kuarnyer??

Tolak UMNO undi Pakatan Rakyat!!
Malaysia akan selamat, insyaallah.

Tiada ulasan: