Ahad, 5 Februari 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


BN PARAH!!! Hanya mampu menang 90 kerusi, paling tinggi 105 kerusi

Posted: 04 Feb 2012 05:56 PM PST




Tarikh pilihanraya umum kini menjadi perhatian dan tumpuan semua orang. Mereka berdebar menantinya dengan pelbagai perasaan dan harapan. Najib sebagai Perdana Menteri tentulah mengharapkan kemenangan supaya boleh terus berada di tampuk kekuasaan sementara Anwar yang kini Ketua Pembangkang dan mengetuai gabungan Pakatan Rakyat sedang berusaha keras untuk mengambil alih Putrajaya.

Melihat kepada perkembangan politik mutakhir ini, terutama selepas Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan liwat kedua (kes kini dalam proses rayuan) yang menyebabkan semangat dan moral penyokong pembangkang amat tinggi semantara moral penyokong UMNO dilihat merudum serta UMNO terus diselubungi pelbagai isu, kedudukan antara BN dan Pakatan Rakyat nampaknya seimbang dan mempunyai peluang 50-50.

Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat dilihat cukup yakin untuk mengambil alih Putrajaya, hakikatnya mereka tetap berhati-hati dengan permainan dan "senjata sulit" yang mungkin digunakan oleh BN di saat-saat akhir. Kebimbangan nampaknya tetap ada kerana sedikit kecuaian sahaja akan membuatkan semuanya musnah begitu saja.

Bagi Najib dan UMNO pula, meskipun mereka mendakap kuasa melalui warisan yang dtinggalkan oleh Pak Lah dan terus berusaha dengan pelbagai program, pendekatan dan pemberian "gula-gula" untuk meyakinkan rakyat, yang jelas juga tidak sesiapa pun dari kalangan pimpinan UMNO dan BN yang benar-benar yakin akan memperolehi kemenangan dalam pilihanraya nanti.

Baik Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Afdal dan lain-lain pemimpin, tidak ada yang berani meluahkan keyakinan bahawa BN akan menang dengan selesa. Muhyiddin sendiri, selepas beberapa kali turun padang dan meninjau sokongan serta bertemu rakyat di seluruh negara, tetap menyatakan kedudukan BN dalam PRU 13 ini adalah kritikal. Beliau juga menyeru supaya jentera parti di semua peringkat terus dipertingkat sementara perpaduan dikekalkan.

Tun Mahathir juga mempunyai pendirian yang sama. Bekas Perdana Menteri itu malahan meminta Najib menangguhkan tarikh pilihanraya lebih lama lagi dan menggunakan masa yang ada untuk terus menarik sokongan rakyat, terutamanya kaum Cina serta mengenalpasti calon-calon yang terbaik untuk mewakili BN.

Najib sendiri kelihatannya sedang bergelut untuk meraih sokongan rakyat sebanyak mungkin sambil menawarkan pelbagai "umpan" dan "gula-gula" kepada rakyat meskipun dalam masa yang sama diri dan keluarganya menjadi sasaran pelbagai bentuk kecaman pihak pembangkang. Beliau dilihat cuba menampilkan wajah yakin di mata rakyat tetapi apa yang ditunjukkan oleh beliau melalui gerak kerja, siri bertemu rakyat dan pelbagai habuan yang diberikan kepada rakyat, jelas menggambarkan keadaan sebaliknya. Ada kebimbangan yang besar sedang bersarang di kepalanya.

Sementara banyak pihak melihat peluang antara BN dan Pakatan Rakyat adalah 50-50 dan faktor kemenangan banyak bergantung kepada strategi di saat-saat akhir, terdapat beberapa pihak yang meramalkan bahawa BN akan tewas dalam PRU 13 ini. Selain kelemahan Najib sebagai antara faktornya, skandal berterusan dalam kerajaan, kedudukan UMNO yang tdak mahu berubah sedangkan rakyat amat mengharapkan perubahan, adalah antara faktor-faktor penolakan itu. Pengundi Cina pula didapati masih tetap bersama Anwar dan Pakatan Rakyat. Isu lembu yag membabitkan Shahrizat Jalil meletakkan UMNO semakin parah di mata rakyat.

Kalangan veteran UMNO, bekas-bekas menteri dan mereka yang berpengaruh dalam masyarakat juga merasakan BN akan tumbang kali ini. Mereka ini yang sering bertemu rakyat dan meninjau ke seluruh negara untuk mengetahui hakikat sebenar dan mendapati ianya makin kritikal hari demi hari. Difahamkan badan-badan yang sering membuat tinjauan tentang arah aliran sokongan rakyat seperti perisikan polis, perisikan tentera, JASA, Kemas, Biro Tatanegara dan pelbagai lagi hampir senada bahawa keadaan amat kritikal dan dan harapan untuk BN kehilangan kuasa amat besar sekali. Malahan dikatakan ada pegawai tinggi kerajaan yang berkaitan dengan soal tinjauan kepada rakyat telah memberi pandangan kepada Najib bahawa pilihanraya masih tidak boleh diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Diramalkan bahawa kali ini BN hanya mampu menang sejumlah 90 kerusi Parlimen saja daripada 222 kerusi keseluruhannya. Atau paling tinggi pun 105 kerusi sahaja. MCA dan MIC akan terus kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India dan tidak akan mampu menyumbang banyak kerusi untuk BN. BN juga dijangka akan kehilangan banyak kerusi di Sabah dan Sarawak berikutan pergolakan semasa di kedua-dua negeri itu, selain undi Cina yang masih tidak memihak kepada BN. Sebelum ini Sabah dan Sarawak menyumbang kemenangan hampir 100 peratus untuk BN.

Di Sabah kini beberapa parti baru sudah muncul disebalik penolakan yang semakin kuat kepada UMNO dan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Di Sarawak pula, perpecahan parti dalam BN Negeri yang makin ketara dan isu Ketua Menteri Taib Mahmud, selain kehilangan sokongan undi Cina, akan menjadi punca utama Pakatan Rakyat akan menang lebih banyak kerusi.

Untuk sesebuah parti menubuhkan kerajaan, jumlah kerusi Parlimen yang paling minimum diperlukan ialah sebanyak 112 kerusi. Berdasarkan jangkaan bahawa BN hanya mampu menang antara 90 hingga 105 kerusi sahaja, logiknya kerajaan BN yang dipimpin oleh Najib akan tumbang dan terpaksa menyerah kalah kepada Anwar Ibrahim.

Namun demikian Najib, UMNO dan BN masih boleh berharap kerajaan yang dipimpinnya tidak tumbang serta-merta jika kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR juga tidak melebihi 112 kerusi. Andai kata BN dan Pakatan Rakyat masing-masing gagal memperolehi lebih daripada 112 kerusi, ini akan menjadikan Parlimen tergantung. Keadaan ini pernah berlaku di Britain dua tahun lalu di mana Parti Buruh dan Konservatif masing-masing tidak cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan dan akhirnya Parti Liberal Demokratik menjadi "kuasa ketiga" memastikan gabungan Konservatif dan Liberal Demokratik menubuhkan kerajaan campuran.

Jika BN dan Pakatan Rakyat gagal mendapat sekurang-kurangnya 112 kerusi itu dan ada pula parti-parti lain, baik di Semenanjung mahu pun di Sabah dan Sarawak serta calon Bebas turut memenangi pilihanraya, kedudukan Parlimen tergantung akan berlaku. Ketika itu akan berlaku tawar-menawar untuk masing-masing menubuhkan kerajaan dan sesiapa yang mampu memberi tawaran yang lebih baik akan berjaya menubuhkan kerajaan.

Walaupun begitu, jika ini berlaku, BN sebagai pihak yang berkuasa akan terpaksa menjadi pengemis kepada parti-parti kecil itu. Sama ada mereka menerima atau menolaknya sukar diramalkan tetapi mengikut logiknya parti-parti kecil itu sendiri bertanding adalah untuk menentang BN dan sokongan rakyat yang diperolehi mereka juga adalah berupa undi protes kepada BN. Dalam hal ini amatlah sukar bagi parti-parti kecil atau kuasa ketiga ini mengkhianati undi rakyat yang diberikan kepada mereka.

Sesuai dengan kehendak rakyat yang mahukan perubahan, kedudukan Pakatan Rakyat dilihat lebih selesa untuk menubuhkan kerajaan baru jika berlaku kedudukan tergantung itu. Kebarangkalian parti-parti kecil dan kuasa ketiga ini bergabung dengan mereka juga adalah lebih besar atas nama membawa perubahan. Namun mereka juga menyedari dari segi memberi tawaran, kedudukan BN adalah lebih baik kerana BN sebagai pihak yang sedang berkuasa, mempunyai segala-galanya untuk ditawar, malah digadai sekalipun. Dalam hal ini Pakatan Rakyat tidak ada pilihan, mereka seboleh-bolehnya mesti memenangi lebih daripada 112 kerusi Parlimen supaya peluang menawan Putrajaya tidak kecundang di saat-saat akhir.

Sebagaimana moral dan semangat ahli serta penyokong UMNO agak merudum apabila Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, kedudukan UMNO dan BN yang agak genting dengan jumlah kerusi selesa dimenangi hanya antara 90 hingga 105 kerusi sahaja, ia tidak pula mencetuskan semangat untuk berusaha lebih kuat dan mengelakkan kekalahan itu daripada berlaku. Sementara rakyat terbanyak mahukan perubahan dan yakin perubahan itu akan membawa kebaikan, sebahagian ahli dan penyokong UMNO juga berpendirian sama dan atas keyakinan bahawa "hanya rebah UMNO akan berubah"

Tiada ulasan: