Ahad, 5 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Tengku Mahkota Pahang Bertitah Supaya Orang Islam Bersatu Untuk Bincangkan Masalah Umat

Posted: 05 Feb 2012 07:10 AM PST

KUANTAN, 5 Feb - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) hari ini menceriakan orang ramai yang hadir ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Jalan Teluk Sisek dekat sini dengan titahnya yang dilihat lebih bersikap lebih "neutral" tentang politik tanahair. "Saya teringin nak tengok dua parti utama 'biru hijau' boleh duduk semeja tanpa membincangkan hal-hal politik. Saya teringin nak tengok pemimpin politik macam Nik Aziz (MB Kelantan), Hj.Hadi (Awang), Adnan (MB), Hj.Rahman (Mufti Pahang) duduk semeja berbincang secara santai tanpa fikirkan hal-hal politik", titah Tengku Mahkota. Titahnya itu membuatkan ribuan umat Islam yang hadir ke sambutan tersebut bertepuk tangan dan gembira. Masing-masing teruja bila melihat Tengku Mahkota bertitah demikian di saat kekalutan politik yang berlaku di negara kita hari ini. Sementara itu, penceramah undangan Ustaz Zawawi Yusof pula berkata beliau amat setuju dan menyokong titah Tengku Mahkota Pahang itu. "Kenapalah biru hijau asyik berbeza pandangan jer.. Cuba kita dongak ke langit.. warna apa ... Biru (dijawab oleh hadirin) dan cuba kita tunduk pula ke bawah, bumi yang kita pijak ni warna apa ... Hijau (jawab hadiri). Dia orang tak pernah pun bergaduh.. malah langit selalu mencurahkan hujan untuk suburkan bumi. Dua-dua saling memerlukan", titah baginda sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin. Baginda juga menyeru agar pemimpin politik di negara ini duduk semeja bagi membincangkan mengenai masalah umat Islam dan perpaduan ummah di negara ini. Baginda bertitah, setiap pemimpin walaupun berbeza fahaman politik perlu berbincang dan bermuafakat mengenai perpecahan umat Islam yang dilihat semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. "Perpecahan di kalangan umat Islam menunjukkan satu situasi yang tidak sihat di dalam masyarakat. "Jika ia dilaksanakan (perbincangan) ia akan menyejukkan hati umat Islam yang lain dan beta adalah orang yang paling bersyukur jika perkara itu menjadi kenyataan," titah baginda. Titah baginda lagi, perpaduan di dalam umat Islam boleh dicapai jika umat Islam memperbetulkan kesilapan dan kembali kepada prinsip perpaduan sebenar yang dianjurkan oleh Islam. "Ini selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul hari ini iaitu Persefahaman Asas Perpaduan Ummah."Budaya dendam kesumat, buruk sangka juga tak harus dibiarkan terus menular di dalam masyarakat Islam kerana ia akhirnya akan meruntuhkan perpaduan umat Islam itu sendiri," titahnya. Baginda bertitah, umat Islam perlu terus melakukan transformasi dari segi sahsiah dan ilmu dalam usaha memantapkan Islam dan memastikan ia terus relevan serta dipandang mulia oleh masyarakat bukan Islam. "Harapan beta supaya Islam terus diperkasakan dan terus dipandang mulia oleh masyarakat bukan Islam. "Semoga dengan transformasi sahsiah dan ilmu, Islam terus gemilang sepanjang zaman seperti yang pernah dikecapi empayar Islam satu ketika dulu," titah Tengku Mahkota Pahang lagi.Link

Dato' Tuan: Pakatan Rakyat, Akan Selesaikan Isu Tanah Jika Di Beri Kuasa Perintah Negeri Pahang

Posted: 04 Feb 2012 09:04 PM PST

MARAN, 5 Feb - Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), membidas kegagalan kerajaan BN meluluskan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah sebaliknya memberikan tanah kepada syarikat swasta. Katanya, jika Pakatan Rakyat berkuasa, Kerajaan Negeri akan memberi keutamaan kepada rakyat dengan menyelesaikan isu tanah yang kini menjadi isu besar bagi rakyat Pahang terutama golongan muda. Menurutnya, seperti yang dijanjikan didalam buku jingga, Pakatan Rakyat akan menutup Felda Plantations dan tanahnya akan diagih-agihnya kepada rakyat yang layak. Di Pahang , kata beliau terdapat lebih kurang 134 ribu hektar ladang Felda Plantations yang mampu mengisi ribuan peneroka. "Kita akan agih-agih tanah tersebut kepada rakyat yang berkeyakan dan sudah tentu ia mampu menyelesai sebahagian besar masalah itu," katanya ketika berucap pada majlis dialong sempena Program Hi-Tea anjuran Keadilan Cabang Maran di Felda Jengka 2 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul dekat sini Jumaat lalu. Katanya, dasar kerajaan negeri sekarang dilihat lebih mengutamakan pelabur asing dan syarikat korporat untuk mendapat tanah. Beliau memberi contoh bagaimana syarikat Lynas yang penuh kontroversi itu telah beri tanah kira-kira 200 ekar sedangkan masih ramai rakyat Pahang belum mempunyai tanah untuk tapak rumah.


Sebahagian daripada orang ramai yang memenuhi lokasi program terbabit

Kaum Tionghua juga hadir, bersama team ABU promosikan T-Shirt mereka
[Turut hadir dalam program tersebut ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), YB Fuziah Salleh (Naib Presiden PKR), Boestamin Bakar (Ketua Cabang Maran) dan lain-lain. Turut bersama ialah team "Asal Bukan UMNO" yang mengadakan promosi T-Shirt kepada orang ramai. Nampaknya, Pakatan Rakyat terutamanya PKR sudah mula "menyerang" kawasan Felda di Pahang sekarang. UMNO perlu lebih bersedia untuk terus menarik perhatian masyarakat peneroka, ini kerana sebahagian besar mereka kini sudah mula membenci Felda gara-gara penipuan isu KPG minyak sawit. Malah, difahamkan ramai ahli-ahli UMNO dan penyokong kerajaan sendiri sudah mula mengusahakan ladang mereka secara sendiri dan tidak mahu lagi Felda menguruskannya. Semua ini jelas membuktikan yang mereka sudah mula hilang kepercayaan kepada Felda atas isu ini. Jika pembangkang berjaya menyakinkan mereka bahawa Felda yang dinaungi oleh Kerajaan UMNO BN itu kini sudah mula untuk menipu , maka kemungkinan pengaruh BN di Felda akan terhakis dari masa ke semasa. Jika ini berlaku, maka peluang pembangkang rampas Pahang makin cerah].Link

Tiada ulasan: