BRIGED MP SEGAMBUT |
- BENARKAH MAHADHIR JUGA SANGAT BODOH?
- ADAKAH KEMERDEKAAN SUDAH TERSURAT?
- HASSAN ALI ALAT UMNO?
- RCI Projek IC diluluskan
BENARKAH MAHADHIR JUGA SANGAT BODOH? Posted: 23 Feb 2012 08:30 AM PST KUALA LUMPUR, 23 Feb: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta tidak mengulas isu 'bai'ah' dalam PAS kerana tidak semua benda yang beliau ketahui di dalam dunia ini. (Laporan akhbar Umno, Utusan hari ini) Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, adalah lebih baik Mahathir diam sahaja dalam isu ini kerana beliau tidak tahu sebenarnya apa dia bai'ah dalam PAS. Mustafa mengulas ulasan Mahathir sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini. Menurut Mahathir, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sepatutnya meminta ahli PAS berbai'ah kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya. "Sebab itu saya kata, Mahathir tidak perlu ulas semua perkara. Dia tidak tahu hal bai'ah ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Menurut beliau, bai'ah dalam PAS sangat tersendiri kerana kesemua pemimpinnya berbai'ah untuk menegakkan perjuangan Islam di negara ini. "Oleh itu, bila Mahathir minta kita berbai'ah kepada Allah dan bukan pemimpin, saya kata Mahathir tak perlulah ulas semua benda atas dunia ini...buat malu sahaja," kata beliau. |
ADAKAH KEMERDEKAAN SUDAH TERSURAT? Posted: 23 Feb 2012 06:30 AM PST Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat dianggap amat tidak professional. Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN. "Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat tidak dipanggil menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Putrajaya pada Selasa lalu. "Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN," katanya dalam satu kenytaan media hari ini. Sambil membidas Najib mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam membincangkan kebajikan rakyat. Abdul Khalid berkata sikap perdana menteri hanya membuktikan bahawa konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanyalah sekadar gimik politik. "Adalah amat tidak professional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat. "Apatah lagi rakyat dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia," katanya sambil menambah tindakan Najib itu juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin dilakukan. Mesyuarat Selasa lalu itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta beberapa menteri kabinet. Ia lazimnya digunakan bagi menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit. |
Posted: 23 Feb 2012 01:00 AM PST Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempersoalkan motif sebenar penubuhan NGO baru, Jalur Tiga (JATI), yang diketuai bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali. Menurut Husam, jika JATI benar-benar ditubuhkan untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja, maka ia sepatutnya berganding bahu dan bukannya memilih bergaduh dengan PAS. "JATI diperalat Umno untuk menyerang PAS," kecam Husam yang juga ahli exco kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataan media, semalam. Katanya, jika benar pergerakan itu dibentuk kononnya untuk melindungi agama Islam, maka ia perlu dipimpin oleh seorang ulama. "Kenapa (Mufti Perak) Tan Sri Harussani tidak mengetuai JATI sebagaimana PAS yang diketuai oleh ulama. "Datuk Hasan Ali bukan ulama dan dia tinggalkan ulama (PAS). Malah menentang ulama PAS. Kontradiksi ini jelas," katanya. Husam juga mempersoalkan mengapa JATI perlu menjaga orang Melayu sahaja sedangkan Islam melangkaui kaum dan tidak terhad kepada satu-satu bangsa sahaja. Mengulas, ucapan yang dibuat oleh Harussani semasa pelancaran JATI bahawa Nabi Muhammad SAW juga anjur pertahankan Raja dan kaum, Husam berkata, mufti itu telah mengambil pendekatan yang salah dan tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. "Tan Sri Harussani sepatutnya lebih berhati-hati dan telus. Islam atasi kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja. "Malaysia meliputi pelbagai kaum. Jika mahukan kaum lain menerima Islam, maka tidak boleh dihadkan hanya kepada Melayu sahaja," katanya. Menurutnya, kenyataan seperti itu hanya membuktikan kegagalan Umno selama ini untuk membangunkan masyarakat Melayu. Beliau turut memberikan contoh, mengenai beberapa institusi bagi membangunkan masyarkat Melayu pada zaman pemerintahan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang telah digugurkan. Antaranya, Padiberas Nasional Berhad atau Bernas yang diswastakan dan tanah Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA di tengah-tengah bandar, katanya telah dijual, manakala Majlis Amanah Rakyat atau MARA makin mati fungsinya. "Pendekatan yang salah. Menggunakan agenda perkauman Melayu mengatasi Islam. "Islam membawa agenda keadilan, perpaduan, kesaksamaan dan kebajikan mengatasi bangsa. Umno hanya menjadikan Islam sebagai alat. Dalam konteks itulah PAS dilihat berbeza dengan Umno," katanya. |
Posted: 22 Feb 2012 11:21 PM PST Kerajaan pada dasarnya telah bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat projek IC tetapi terma rujukan dan ahli-ahlinya masih belum dimuktamadkan. Justeru, kata setiausaha agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko) Wilfred Madius Tangau, pemimpin negeri Sabah tidak bimbang apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa lawatannya ke Sabah minggu lalu, tidak mengumumkan perkara berkenaan. Menurut Tangau, jemaah menteri pada mesyuarat 8 Februrari telah meluluskan penubuhan suruhanjaya itu dan perkara itu juga telah diminitkan. "Kabinet membuat keputusan pada 8 Februari dan hari ini hanya 22 Februari. Kami telah berjuang membuat tuntutan itu sekian lama, jadi apa salah tunggu satu atau dua minggu lagi untuk menunggu pengumuman itu? "Saya difahamkan bahawa kabinet juga telah membincangkan bidang rujukan (suruhanjaya itu)," kata kata Tangau yang juga bekas ahli parlimen Tuaran. Penduduk Sabah yang meningkat secara mendadak adalah isu yang amat penting, dan oleh itu katanya, terma suruhanjaya itu tidak boleh diputuskan pada hanya satu mesyuarat sahaja. [Baca berita penuh] |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan