Jumaat, 10 Februari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Sejarah gila meroyan si Asang Jati

Posted: 09 Feb 2012 11:15 PM PST


Dia dibuai mimpi indah
Mimpi mau menjadi embi

Fulamakk.. !!
Semua tak layak kecuali aku
Aku jer yang layak jadi embi

Tup-tup.....
Oh no... aku hanya bermimpi
Aku hanya seorang EXCO jer...
Apa sudah jadi??
Ini tak boleh jadi..
I want to be an Embi!!
Aha... kalau PAS berpadu dengan UMNO
I got the chance to be Embi, what??

Berkhalwat ler dia dalam gelap dengan UMNO
Demi bangsa Melayu dan demi agama Islam
Kerajaan Perpaduan mahu diwujudkan.
Yaahoo... Peluang untuk jadi Embi terbuka lagi
Ada chance aku!! Ada chance aku!!
Fulamakk.. YAB Datuk Asan Jati.

But wait.... dengar suara tu.
No Kerajaan Perpaduan!! No Kerajaan Perpaduan!!
Jerit akar umbi dan yang bencikan UMNO
Berkahwin dengan UMNO tak sior kami!!
Kami mahu bersama Pakatan Rakyat untuk 'bunuh' UMNO
UMNO mesti tumpor!! UMNO mesti tumpor!!

Frust menongeng si Asan Jati!!
Kecewa... Sakit hati...
Lantas si Asan Jati mula atur strategi
Bagi menjayakan agenda diri
Gunakan JAIS... lancarkan strategi
Islam diperguna sebagai landasan serangan
Gilerr Asan Jati!!

Serbu sana serbu sini
Tak dak runding... tak dak bincang....
Terjah !! Redah!! Sondol!!
Ya Allah... inikah cara pakar motivasi berdakwah??
Membetulkan akidah umat Islam...
yang kononyer sedang parah??
Astaqfirullah...

Dia menjadi lebih Melayu dari Melayu
Don't play... play...
Dia sorang sajalah pencinta Islam sejati
Taatnya pada raja, tak sapa lagi....
Lebih UMNO daripada UMNO jadinyer dia
Asan Jati....Asan Jati...
Kerana tak dapat jadi Embi... sampai jadi begitu sekali??

Setelah terpecat... dia meroyan, dia gilerr babi.
Menyalak ke sana, menyalak ke sini
Aku dipecat kerana, bla .. bla... bla...
Salahkan orang tu, salahkan orang ni
Tapi tidak.... dirinya sendiri.

Riaknya terserlah... angkuhnya menyerlah
Kalau bercakap tak saper lagi lah...
Ciittt!! Mulut jamban!! Mulut neraka!!
Apa yang terhambur keluar busuk-busuk belaka
Eeiyaa.... Busuknya hati si Asan Jati!!

Dek kecewa tak dapat jadi Embi...
Dek terkejut akibat dipecat..
Dek terlucut segala jawatan
Meranalah hati si Asan Jati
Siapalah kini dia....
Huhuhuhu... He's nobody.

Lantas.. tetiba dia tersedar.
Tersedar, kononnyer Pakatan Rakyat itu bahaya besar
Habislah Islam!! Habislah Melayu!! Habislah Raja-raja Melayu!!
Hahahahaha...
Don't worry. Asan Jati is here to save you!!

Kah kah kah kah kah...
Asan Jati... Asan Jati...
Kau ingat orang akan terpedaya dengan propaganda murahan kau tu??
Sori ler pakcik... kami generasi celik IT.
Well informed. We know siapa you.
Parasit tak guna, pelesit durjana
Itulah karektor sebenar, si Asan Ali.

Keliling negeri mencerca orang.
Sambil mencerca, mencari simpati
Harapan dapat raih sokongan
Kesian... dia kini keseorangan
Akar umbi lari, para pemimpin jauhkan diri
Bahaya.... Bahaya...
Asan Jati sudah gila babi
Sudah hiang maruah diri.

Dia sakit hati, dia iri hati
Yang paling dia jaki... Khalid Samad
Kerana tak sokong dia jadi Embi
Yang paling dia benci...
Khalid Ibrahim..... Embi terkini.
Kerana Khalid ler, dia tak dapat jadi Embi

Serangan dia dibalas Khalid
Ditambah pulak di Husam Musa
Semua sepakat dan sependapat
Dia meroyan sabotaj parti...
Kerana kecewa tak dapat jadi Embi!!!

Dia kata... Eh, mana bukti??
Mana bukti aku meroyan nak jadi Embi??
Kita kata... pigiraaahhh!!
Orang gila takkan mengaku dia gila
Biarkan dia!!
Usah dilayan orang gila
Usah kita layan meroyannyer


Biarkan... Biarkan...
Ibarat buah busuk... lama kelamaan jatuh sendiri

Gedebub.... tergolek ke bumi. Innalillah....

Jam tu....
Tak siapa akan endahkannya.

Aha... Padan muka!!

Pesen terbaru dan desakan terbaru

Posted: 09 Feb 2012 09:15 PM PST


Gerakan gesa Sharizat undur diri demi BN
Wartawan Sinar Harian
9 Februari 2012

SHAH ALAM – Demi kepentingan Barisan Nasional (BN), Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil wajar mengosongkan jawatannya dalam Kabinet, dan memberi tumpuan ke atas usaha memerangi serangan Pakatan Rakyat (PR) terhadap keluarganya berhubung kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, walaupun saranan itu merupakan satu pengorbanan di sebelah pihak, tetapi langkah tersebut satu langkah bijak untuk menyelamatkan BN daripada serangan melulu pihak pembangkang.

"BN mesti dibebaskan dari implikasi yang tidak diingini kerana beban yang timbul dari NFC hanya akan menjejaskan imej BN.

"Bagaimanapun, beliau (Sharizat) boleh kembali ke Kabinet selepas episod ini dan namanya dibersihkan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Shahrizat baru kembali meneruskan tugas dan tanggungawabnya sebagai menteri selepas tiga minggu bercuti.

Sebelum ini, ada beberapa pemimpin Umno menggesa beliau melepaskan jawatan dalam kerajaan.

Semalam, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung isu NFC.

Malah dalam kenyataannya semalam, Shahrizat berkata: "Saya telah katakan bahawa saya bukan sebahagiannya."

Isu mengenai NFC, yang diterajui suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebagai Pengerusi Eksekutif NFCorp, mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang dikeluarkan Oktober lalu, menyatakan bahawa NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Dalam kenyataannya, Ko Youn menambah, ketika ini kempen 'fitnah' yang dilancarkan oleh PR dilihat bersifat tidak adil dan kejam.

Beliau turut bersetuju bahawa Shahrizat bukan sebahagian daripada NFC dan yakin bahawa beliau tidak bersalah sehingga terbukti melakukan kesalahan.

Beliau berkata, adalah juga bercanggah dengan lumrah keadilan untuk mengutuk seseorang atas dasar tuduhan dengan bukti yang tidak berasas.

"Namun begitu, saya berharap, ahli keluarga beliau (Shahrizat) tampil memberikan penjelasan di pihak mereka untuk menghilangkan sebarang keraguan yang ditimbulkan dengan menyertakan semua salinan dokumen yang dapat menyokong pembelaan.

"Sebagai tokoh umum, setiap apa yang dilakukan akan menjadi perhatian," katanya.-SinarHarian

Mulut longkang punya orang!!

Posted: 09 Feb 2012 07:45 PM PST


Weh.... rakyat Kelantan tak suka diperbodoh tahu. Kalau nak tipu pun.... tengok kaki ler dulu. Rakyat Kelantan sekarang dah cerdik-cerdik belaka. Yang masih bangang ialah para penyokong UMNO Kelantan.

Mana tak bodohnyer.... Kena tipu hidup-hidup dengan kerajaan pusat pasal isu royalti minyak pun, mereka masih terhegeh-hegeh menyokong UMNO. Isu penipuan dan pengkhianatan UMNO terhadap negeri dan rakyat Kelantan ini sepatutnya menjadi faktor kukuh, mengapa rakyat Kelantan kena bersatu menolak UMNO@BN.

Kini.... Stopa Mamat nak tipu lagi. RM600 juta pinjaman kerajaan negeri daripada kerajaan pusat serta isu air di Kelantan pulak cuba dimainkannyer untuk merosakkan imej kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz.

Weh... sedarlah yang penipuan yang mu buat ni, makan dirimu sendiri. Rakyat bukan marah pada Tok Guru, sebaliknya mereka bertambah bencikanmu dan UMNO. UMNO pasti akan tumpor di Kelantan dalam PRU13 nanti.

Haishh.... ini sorang lagi species Asang Akidah al Poodaahh. Hahahaha.... Mamat ni pun, gila nak jadi Embi Kelantan, kot???

Hello.... sedarlah diri dan berhentilah bermimpi!!



Pemuda Jeli minta polis siasat kenyataan Mustapa


JELI, 9 Feb: "RM600 juta sudah diberi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara percuma tetapi sampai ke hari ini mereka gagal menyelesaikan masalah air.

"Duit sebanyak ini kalau kita buat pinjaman di bank akan dikenakan kadar faedah sehingga tujuh peratus, tetapi mereka dapat percuma namun tiada hasil yang kita lihat," petikan kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed seperti disiar beberapa akhbar 5 Febuari lalu.

Ekoran penyiaran dakwaan itu Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Ir Hanapi Mahmud menjelaskan kenyataan menteri terbabit tidak berasas sama sekali.

Malah katanya, sebanyak RM12 juta telah dibayar pada 2008 daripada lebih RM500 juta pinjaman yang dilulus kerajaan pusat pada 2001.

Penjelasan itu dimuatkan Harakahdaily dan Harakah dengan menyifatkan Mustapa secara terang-terangan membohongi rakyat Kelantan.

Namun dua hari kemudian Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan mendakwa kenyataannya diputar belit Harakah sambil menjelaskan beliau tidak kata RM600 juta itu percuma.

Biar apa pun usaha Mustapa cuba menegak benang basah, namun kenyataan awalnya sudah tersebar luas dalam media baru sehingga membangkit kemarahan rakyat.

Dan petang semalam seorang pemuda, Abdullah Hasyim Abdullah, 22 dari Kampung Layat dekat sini membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Jeli di atas kenyataan tersebut.

Beliau berkata, akhbar tempatan pada Ahad lalu secara jelas melaporkan kenyataan menteri terbabit dengan menyebut, RM600 juta diberi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz secara percuma tetapi sampai ke hari ini mereka gagal menyelesaikan masalah air.

"Setahu saya RM600 juta tersebut merupakan pinjaman kerajaan pusat kepada kerajaan Kelantan dan bukannya pemberian percuma sebagaimana dakwaan Datuk Mustapa.

"Oleh yang demikian saya mohon pihak polis menyiasat dakwaan tersebut kerana ia terdapat unsur penipuan serta memburukkan nama kerajaan negeri," katanya dalam laporan tersebut.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Jeli, Khairul Anwar Ismail berkata, pihaknya mengutuk keras kenyataan Mustapa yang cuba mengelirukan rakyat Kelantan berhubung pinjaman RM600 juta.

"Ini suatu pembohongan bertujuan menggugat kredibiliti kerajaan negeri menjelang PRU-13," ujarnya.-Harakahdaily

Jangan cari penyakit dengan memilih sang katak

Posted: 09 Feb 2012 06:00 PM PST


Memacam yang keluar daripada mulut orang tu dan orang ni, kononnya Zaid Ibrahim ditawarkan untuk bertanding di Kota Bharu atas tiket PAS. Fuuhh.... berita yang tak diketahui hujung pangkalnyer ini pun, disebarkan pulak dalam akhbar. Riuh satu Malaysia, wa kasik tau.

Yang syiuknyer.... dikhabarkan kononyer, yang mencadangkan Zaid Ibrahim ialah Mat Sabu. Banyak juga orang PAS yang berbunyi apabila mendengar berita ini. Ehhh... apa ke heinyer Mat Sabu ni mencadangkan kerusi Kota Bharu ditandingi oleh Zaid Ibrahim?? Nak cari nahas ke?? Cukup ler sekali PAS kena khianat dengan sekor katak. Not again please...

Apa-apa pun, Tok Guru Nik Aziz dah bagi jaminan bahawa ia belum diputuskan lagi. Yang akan menentukannyer ialah PAS Pusat. Fuuhhh.... legaaaa!!

Para penyokong dan pendokong parti dalam Pakatan Rakyat, kalau boleh, mahu calon kerusi yang ditandingi, datang daripada komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Kita tak mahu politikus oportunis seperti Zaid Ibrahim. Kita mahu yang setia dan istiqamah dengan hala tuju perjuangan kita. So... tolong jangan kecewakan para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat.

Bercakap pasal Zaid Ibrahim.... jangan lupa sekor lagi maloan dalam KITA yang dengar khabarnya akan dipecat. Hahahha... siapa lagi kalau bukan si katak pengkhianat Tan Tee Beng. Dia kata.... Mat Sabu yang pelawa Zaid bertanding di Kota Bahru. Tapi.... Mat Sabu nafi apa yang dia kata. Aaarr.... mau tipu ka??

Jom kita dengar apa Mat Sabu kata tentang dongeng si katak bernama Tee Beng ni.




Udah.... Usah ler you all percaya cakap katak yang kini dah nak kena 'steamroll. Hahahaha.... katak yang kiamat kecilnya dah nak tiba sesangat. Jangan percaya dengan katak-katak oportunis ni. Mereka sebenarnya sudah semakin terdesak, sebab tahu yang hayat politik mereka dah sampai ke penhujungnya. Pedulikan jer mereka!!

Just say adios to them.

Sumber: sini dan sini

Fuad Zakarshi.... Lu pergi cermin lu punya diri!!

Posted: 09 Feb 2012 04:30 PM PST


Ek ele... si Fuad Zakarshi ni betoi-betoi tak sedar diri. Hahahaha... Ada ke dia kata Nik Aziz kena ditarbiahkan??

Uishh.... buat lawak pulak dia. Lawak bodoh daripada sekor badut UMNO yang bodoh. Weh... lu pergi cermin lu punya muka dulu., boleh tak??


Menjawab komen Fuad Zakarshi

Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel.

Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini.

Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama.

Sebaiknya Fuad dapat berjumpa sendiri Anwar jika benar ingin mencari pencerahan. Kerana Anwar pernah jadi ketuanya.

Justeru adalah sesuai kalau dia ingin mencari kebenaran, baik sahaja pergi beribadat di masjid. Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid.

Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai––banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya––menjadi waras selari dengan otak sekular.

Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah.

Mana ada hak bagi manusia seumpama Fuad Zakarshi untuk mentarbiyah orang lain, sedangkan dia sendiri sedang menganut ideologi yang bercanggah dengan keredhaan Allah SWT.

[sumber]

Anak Pak Arip diserang sawan babi

Posted: 09 Feb 2012 09:33 AM PST


Mungkin akibat terlalu frust kerana Anwar yang dikhianati tak tumbang-tumbang juga maka anak Pak Arip ni telah diserang sawan babi. Berbuih-buih mulut beb!!

Puas dia dan koncu-koncunyer cuba memainkan beberapa rentak lagu agar Anwar menari tapi mereka kecewa kerana Anwar buat donno jer. Macamana Anwar nak menari kalau irama dan rentaknya sumbang??

Daripada stepnyer jadi tonggang-langgang dan kelihatan macam orang bodoh jer, lebih baik ler dia duduk diam-diam dan buat kerja yang berfaedah bagi melancarkan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Peliknya.... Orang tak nak saman, yang si mamat sawan ni sibuk, apa hal?? Tak der kerja dia nak layan kerenah puak-puak porno ni.

Hahahaha.... Bolayan kerenah mereka lebih afdal.


Anwar dicabar saman 3 pihak
MOHD IDROS MOHD ALI
9 Februari 2012

PERMATANG PAUH - Demi membersihkan namanya yang tercalar dengan pelbagai tuduhan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menyaman tiga pihak untuk menyelesaikan kemelut yang memalukan itu.

Bekas Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip berkata, tiga pihak itu ialah Datuk Eskay Abdullah, Ummi Hafilda Mohd Ali dan akhbar berpengaruh Wall Street Journal edisi Asia.

Beliau berkata, Eskay adalah orang yang bertanggungjawab mendedahkan bahawa individu atau pelaku yang terlibat dalam video seks dengan 'China Doll' ialah Anwar, termasuk membuat sumpah di dalam sebuah masjid di Wilayah Persekutuan bagi mempertahankan kenyataannya.

"Ummi mendakwa Anwar berzina dengan kakaknya iparnya. Wall Street pula melaporkan kenyataan Anwar yang menyokong segala langkah untuk menjamin keselamatan rakyat Israel walaupun beliau menyatakan kenyataan itu tidak tepat.

"Sebagai seorang yang kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar tidak boleh berdiam diri atau sekadar hanya menjawab di pentas ceramah.

"Dia perlu tampil membersihkan dirinya dengan mengheret individu terbabit ke muka pengadilan dengan segera dengan memfailkan saman malu," katanya pada sidang media di sini petang ini.-SinarHarian

Tiada ulasan: