Jumaat, 10 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Apa dah jadi dengan UMNO?.. Kadir Sheikh Fadzir dedah kepincangan UMNO selepas 80an (Video Inside)

Posted: 10 Feb 2012 07:49 AM PST

Video diakhir entry..



Pendedahan tentang keburukkan atau kepincangan dalam UMNO selepas tahun 80an oleh Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir bermula pada minit ke enam dalam video ini..


Buat pencacai-pencacai UMNO kalau nak kritik atau kondem kenyataan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir ini.. tanya diri sendiri dulu "sudah berapa tahun aku bersama UMNO".. sebabnya Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir sendiri telah bersama UMNO selama 55 tahun iaitu sejak dari belum merdeka..

Kadir: Apa dah jadi dengan Umno...


Timbalan Presiden Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkata Jawatankuasa Displin Umno "tidak perlu bersusah payah" untuk menyiasat kenyataan akhbar dan rakaman temubualnya di internet TV yang dianggap satu kritikan terhadap parti.

Sebaliknya, beliau sendiri akan menghantar rakaman "penuh dan tidak diedit" kepada jawatankuasa displin pada minggu depan.

Katanya, kenyataan dan rakaman temubual dengan Malaysiakini, Harakahdaily dan MOBTV serta ucapannya di Seminar ASLI telah direkodkan dalam DVD dan akan diserahkan pada minggu depan.

"Saya buat apa. Kalau benda ini, tak boleh beri pandangan, apa dah jadi dengan Umno.

"Itu sahaja, sebab saya kenal Umno. Tahun 50-an, 60-an dan 70-an, Umno memang demokratik, boleh kritik pemimpin, tak ada tindakan displin," katanya.

Bercakap dalam sidang media, Kadir mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" sebelum tindakan diambil.

Kaji dahulu 'kritikannya'

Bercakap dalam sidang media, Kadir yang juga bekas menteri pelancongan mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" dan melaksanakannya kerana beliau yakin ia akan membawa kebaikan kepada semua bagi jangka masa pendek atau panjang.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata jawatankuasa displin parti itu mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap ahli yang melanggar etika parti termasuk jawatankuasa itu akan merujuk kenyataan Kadir yang didakwa menjejaskan kepentingan parti.

Mengulas lanjut, Kadir berkata beliau menerima rombongan ahli keluarga rapatnya yang meminta supaya "jangan buat itu dan buat ini", bahkan dihubungi pihak media meminta komen berhubung jawatankuasa displin yang diminta menyiasat kenyataannya.

Antaranya cadangan dan pandangannya kepada Umno yang dilaporkan pihak media, yang dianggap sebagai "kritikan" ialah berhubung dakwaaan rasuah politik untuk mendapat tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi dalam parti.

Kadir menganggapnya ianya satu perkara "keji dan jijik" dan mendesak kerajaan dan parti supaya menghentikan apa yang didakwanya "pemberian rasuah" - secara langsung atau tidak - kepada rakyat untuk menjadi popular dan mendapat undi dalam pilihan raya.

"Saya yakin ada cara-cara lain yang lebih berkesan dan berkekalan untuk mencapai objektif tersebut.

'Kita diperhati'

"Percayalah bukan sahaja rakyat dalam negeri tetapi masyarakat antarabangsa juga sedang memerhati kita. Perbuatan ini adalah hodoh dan ketinggalan zaman," tegasnya.

Kadir yang juga bekas menteri pelancongan mendakwa pengedaran wang tunai kepada rakyat, akan merosakkan nilai murni dan cara hidup mereka.

"Adakah ini yang kita hendak wariskan kepada generasi akan datang?" soalnya.

Selain itu, Kadir turut membangkitkan berhubung kegagalan pemimpin bumipitera meletakkan kedudukan sosio-ekonomi bumiputera ditempat seadil dan sepatutnya.

Menurutnya, pandangan yang diberikan dalam rakaman tersebut "tidak sampai 10 peratus" daripada yang dilakukannya sewaktu beliau menjadi exco Pemuda Umno pada tahun 60-an dan 70-an termasuk berhujah, mengkritik dan memberi pandangan.

Beliau yang pernah bekerja di bawah bekas ketua Pemuda Umno ketika itu Allahyarham Datuk Harun Idris, ketika itu bukan sahaja tidak perlu menghadapi jawatankuasa displin teatpi sebaliknya diberikan peluang berkhidmat dengan pelbagai jawatan.

"Saya sendiri dilantik oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan kemudiannya menyambung jawatan sebagai setiausaha politik kepada menteri-menteri kabinet. Allahyarham Tun Hussein Onn pula memilih saya untuk bertanding di kawasan parlimen Kulim-Bandar Baharu pada tahun 1978.

"Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan semua yang berkaitan janganlah menghina Umno yang sepatutnya terus dikekalkan sebagai sebuah parti demokratik.

"Ahli di semua peringkat harus dibenar bersuara dan pemimpin pula harus mengkaji hujah-hujah dari ahli ini," katanya sambil menyatakan keyakinan hujah itu akan menyubur dan menguatkan perjuangan parti.

Menjawab soalan pemberita mengenai statusnya dalam parti, Kadir yang juga bekas menteri penerangan menjawab beliau masih lagi ahli Umno.

Ditanya sama ada beliau bersedia berdepan dengan apa sahaja tindakan jawatankuasa displin, Kadir yang juga bendahari Umno Kulim-Bandar Baharu berkata beliau "tidak ada masalah".

"Saya tak ada masalah apa. Saya pun tidak bergantung hidup dengan parti....Tak ada masalah, cuma saya kesianlah bahawa kita sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal. Itu sahaja," katanya.

Isu Pasir: Jawapan dari dua YB PKR.. (Video Inside)

Posted: 10 Feb 2012 04:25 AM PST



PETALING JAYA: Dua ahli dewan negeri (Adun) Selangor dari PKR, Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) dan Amiruddin Shari (Batu Caves) menolak dakwaan pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa mereka terlibat dalam skandal perlombongan pasir di negeri itu.


Mereka juga menafikan dakwaan bahawa Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali turut terlibat dalam skandal ini dan sebaliknya menyifatkannya sebagai fitnah terbaru daripada blogger mesra Umno itu.

RPK dalam blognya semalam mendakwa dua Adun PKR itu terlibat dalam skandal perlombongan pasir dan mereka adalah ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang membuat permohonan untuk melombong pasir di Dengkil.

"RPK terkeliru di antara dua personaliti yang mempunyai nama yang sama iaitu Azmin Ali dan Azmin Mohd Karim iaitu pegawai di Pusat Khidmat saya," kata Shuhaimi dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini yang turut dihadiri rakan sejawatnya Amiruddin.

Shuhaimi mendakwa tulisan RPK yang turut menyentuh mengenai rakaman perbualan telefon antara lain menyebut beliau akan berbincang dengan individu dikenali sebagai Azmin hanyalah rekaan putar belit dialog yang diselang seli dengan perbuatan sebenar dan mungkin dirakam.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya cubaan untuk mengaitkan fitnah ini dengan Azmin Ali kerana beliau langsung tidak terbabit dalam perkara ini. Beliau (Azmin Ali) tiada kena mengena dengan hal ini," tegasnya.

Shuhaimi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan RPK kononnya syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd mendapat kontrak melombong pasir termasuk beberapa bayaran yang dibuat berhubung dengan perkara ini.

Syarikat tidak berdaftar dengan Kumpulan Semesta

RPK dalam tulisannya juga mendakwa, Shuhaimi beberapa kali meminta wang daripada seorang kontraktor antara 15 Ogos 2009 hingga 5 Januari 2010; di antaranya, RM5,000 untuk perbelanjaan kempen pilihan raya, RM35,000 perbelanjaan bulan Ramadhan, RM10,000 jamuan Hari Raya dan RM50,000 dimasukkan dalam akaun bank sebuah syarikat untuk kegunaan pilihan raya.

Menjelaskan pelbagai dakwaan itu, Shuhaimi berkata beliau mengenali Adnan yang juga pemilik Double Dignity sejak 2009 melalui pegawai peribadi seorang ahli parlimen di Perak.

Katanya, Double Dignity ditubuhkan sebagai sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perladangan kelapa sawit di Sabah malah beliau memberi persetujuan dilantik sebagai pengarah bermula Jun 2009.

"Saya tidak dimaklumkan oleh Double Dignity bahawa pelantikan saya sebagai ahli lembaga pengarah hanya disempurnakan pada 18 Januari 2010 seperti dalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia bertepatan tarikh 18 Januari 2010 dalam surat sokongan disiarkan Raja Petra," katanya.

Malah ujar beliau Double Dignity tidak pernah berdaftar dengan Kumpulan Semesta sehingga hari ini maka sebarang permohonan projek pembersihan pasir tidak timbul dan tidak benar.

Menyentuh mengenai wang RM50,000, Shuhaimi berkata ia adalah pinjaman yang diberi oleh Adnan kepada rakannya yang dikenali sebagai 'A' untuk membuka pusat Smartreader di Kota Damansara.

Beliau hanya bertindak menjadi orang tengah membantu rakan dikenali 'A' itu, malah ujarnya wang RM50,000 itu kini disimpan dalam akaun Azmin Mohd Karim memandangkan Adnan sehingga kini masih gagal ditemui.

Shuhaimi masih ahli lembaga

Walau bagaimanapun, Shuhaimi mengakui bahawa beliau masih ahli lembaga pengarah Double Dignity dengan menerima enam kali bayaran elaun sebanyak RM5,000 dari Jun hingga Disember 2009 manakala Amiruddin pula menerima tiga kali bayaran elaun untuk tempoh Oktober hingga Disember 2009.

Ketika diasak pertanyaan pemberita mengenai pengekalan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah, Shuhaimi menjelaskan perkara itu perlu dibawa dalam mesyuarat syarikat.

Dalam pada itu, Amiruddin pula berkata beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan pada 18 Januari 2010 namun tiada sebarang jawapan berhubung hal tersebut.

Shuhaimi menjelaskan beliau dan Amiruddin telah memperjelaskan hal ini sejak 2010 lagi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah individu yang terlibat juga dipanggil berhubung hal sama.

Kertas siasatan SPRM kepada panel bebas

Sementara itu SPRM memberitahu bahawa kes siasatan isu penyelewengan and sindikit kecurian pasir di Selangor akan dibentangkan kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) pada 23 Februari untuk tindakan lanjut.

SPRM memberitahu dalam satu kenyataan media hari ini bahawa siasatan terhadap Amirudin dan Shuhaimi telah pun lengkap and sudah pun dikaji and diteliti oleh Pejabat Peguam Negara.

"Kes tersebut kini telah diterima semula oleh SPRM and seterusnya akan mengemukakan kertas tersebut kepada PPO untuk mengkaji, meneliti and mengesyorkan hasil daripada keputusan yang diperolehi daripada JPN," kata SPRM dalam kenyataannya.

PPO adalah satu mekanisme bebas yang telah dibentuk oleh kerajaan bagi memastikan SPRM menjalankan tugas dengan bebas and telus.

Selain daripada kes sindikit pasir, SPRM akan turun membincangkan berhubung kes Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Najib 'gadai akidah' sambil hina penganut Hindu..

Posted: 10 Feb 2012 01:35 AM PST



Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.


Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah – sepenuhnya sila baca di SINI

Itu adalah kritikan dari seorang yang berugama Islam, bagaimana pula dengan pendapat dari masyarakat India berugama Hindu yang merayakan perayaan tersebut?

Bacalah kat bawah ni..

Kalungan Bunga Thaipusam Najib Hina Kaum India!!

Perdana Menteri Malaysia dan isterinya difotografkan dimana mereka dikalungkan dengan kalungan bunga yang amat besar di Batu Caves semasa perayaan Thaipusam berlangsung.

Saiz kalaungan itu adalah antara isu yang telah menimbul seribu tanda tanya.

Kenapa pihak Kuil membiarkan ahli politik mengambil kesempatan ke atas perayaan yang sedang diadakan?

Adakah kita begitu terdesak sehinggakan erti perayaan dan maknanya digunakan untuk tujuan politik semata-mata?

Jangan merendah-rendahkan Thaipusam

Pertama sekali, kenapa ada kalungan bunga yang besar dipakaikan kepada PM dan isteri seolah-olah merekalah yang sepatutnya diraikan.

Bukankah tumpuan perayaan adalah untuk penganut-penganut menyembah tuhan sebagai tanda kesucian, keabdian dan penyerahan diri?

Bukankah prinsip dan makna Thaipusam sepatutnya diraikan dan dijadikan tumpuan?

Kalungan bunga sebesar itu sudah semestinya mahal dan memakan masa yang lama untuk disiapkan.

Kenapa wang itu tidak digunakan sahaja untuk keperluan perayaan dan korban yang merupaka tujuan utama Thaipusam?

Adakah PM atau isteri beliau tidak mempunyai bahawa rasa rendah diri dan peka untuk menasihati pihak kuil yang cuba membodek ahli politik sekaligus menunjukkan kebodohan mereka dengan persembahan yang melibatkan kalungan gergasi itu?

Tiada rasa malu dan sensitif

Mengapa Perdana Menteri bercakap pula tentang 'nambikai' - tentang saling mempercayai di antara satu sama lain di tempat lelaki dan wanita berkumpul dari jauh dan dekat untuk melakukan penebusan dosa dan melakukan pemberian kepada dewa-dewa masing-masing?

Dan kenapa menggunakan Thaipusan untuk berpolitik dengan mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan pusat baru di Batu Caves?

Jika niat itu benar-benar ikhlas ia boleh diumumkan pada bila-bila masa atau hari lain dan bukankah ini akan memberi makna yang lebih positif?

Semua yang terus bersubahat, membiarkan sahaja dan menyokong penodaan perayaan keagamaan seperti Thaipusam dengan berpolitik secara kotor sepatutnya malu.

Jangan cuba untuk menjustifikasikan perbuatan itu.

Apakah komen ahli politik India?

Apa pula kata pemimpin agama Hindu?





J. D. Lovrenciear adalah seorang pembaca Malaysia Chronicle

Najib ‘Gadai Akidah’ demi undi masyarakat India..

Posted: 09 Feb 2012 11:26 PM PST



Demi mengekalkan kuasa dan demi meraih undi dari masyarakat India yang merakakan perayaan Thaipusam baru-baru ini.. Najib telah menggadai Akidah nya... bukan aku kata tapi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang kata..


Sepatutnya beliau dinasihati oleh Menteri Hal Ehwal Agama Islam atau penasihat agama sepatutnya tidak hadir dalam perayaan itu..

Menteri Hal Ehwal Agama Islam sibuk renovate rumah kot...

Najib 'gadai akidah' hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.




Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

"Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

"Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.


The Malaysian Insider

Scandal NFC: Pinjaman tidak boleh diguna untuk beli hartanah - Pegawai Kementerian Kewangan

Posted: 09 Feb 2012 08:04 PM PST



November lalu Kementerian Kewangan telah menyatakan kepada sebuah jawatankuasa parlimen bahawa tiada peruntukan yang membenarkan Perbadanan fidlot Nasional (NFCorp) untuk menggunakan pinjaman persekutuan untuk membeli harta.


Perkara ini telah dinyatakan oleh seorang Pegawai dari Kementerian kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) semasa mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu NFCorp ini dan ianya dinyatakan "sangat khusus" bahawa pinjaman itu tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada apa yang telah ditentukan, dedah Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua hari ini..

Hal ini jelas bertentangan sama sekali dengan apa yang dinyatakan oleh anak lelaki Sharizat, Wan Shahinur Izmir semalam dimana beliau telah mendakwa syarikat tersebut tidak boleh disalahkan kerana membeli hartanah apabila projek fidlot tersebut dihentikan sementara untuk kajian daya maju.

Menurutnya, perjanjian pinjaman itu tidak menyatakan sebarang larangan untuk membuat pelaburan – sepenuhnya sila baca di SINI

Jadi sekarang siapa yang berbohong dalam hal ini Pegawai dari Kementerian Kewangan atau anak lelaki Sharizat.. tetapi untuk apa Pegawai dari Kementerian Kewangan itu berbohong??

Jika Pegawai dari Kementerian Kewangan itu menyatakan yang benar… Anak Sharizat lah yang berbohong…

Mungkin juga anak lelaki Sharizat tidak faham kandungan perjanjian tersebut…

Apapun.. apa yang jelas kini pihak yang cuba menegakkan benang basah semakin terbelit.. sudah hampir seluruh keluarga yang terbelit..


******************************************

Parliamentary panel was told NFC cannot use loans for property
By Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, Feb 10 — The Finance Ministry had told a parliamentary committee last November that there was no provision that permits the National Feedlot Corporation (NFCorp) to use its federal loan to purchase property.

A ministry official had disclosed this to the Public Accounts Committee (PAC) during a meeting convened to discuss the NFCorp issue and was "very specific" that such loans could not be used for purposes other than what had been specified, Petaling Jaya Utara MP Tony Pua revealed today.

Pua (picture), who sits on the PAC, said the senior official had explained during the meeting on November 23, 2011 that the purpose of each drawdown must be clearly stated, and that the ministry had never received an application from NFCorp to purchase property.

"Therefore if the senior MoF official was telling the truth when testifying with the PAC, then Wan Shahinur Izmir (Salleh) must be lying through his teeth to defend the indefensible," Pua said in a statement.

Wan Shahinur Izmir, NFCorp's chief executive, said yesterday that the company had the right to use its RM250 million soft loan from the government as it saw fit, even to invest in property, as long as it repaid the interest.

He was responding to claims by PKR that NFCorp had purchased two luxury condominiums worth RM34 million in Singapore's posh Marina Bay Suites.

Wan Shahinur Izmir said the company had decided that it would make better use of the money by investing in property during a break in business operations caused by the government's decision to suspend construction of an abattoir that would have been rented to NFCorp.

Pua said PAC has yet to be presented with documents relating to NFCorp — including the loan agreement, schedule, terms and conditions of the loan drawdown and financial reports — despite specifically requesting for them at the November meeting.

"It was decided during the meeting that the next meeting shall be held at the soonest possible time in January to ensure that the PAC is able to get to the bottom of the scandal," he said.

"It is unfortunate that no meeting has yet been called by the PAC chairman to date on this matter... We hope that the matters will not be delayed further as the rakyat deserves to know the truth, and nothing but the truth."

NFCorp hit the headlines following last year's Auditor-General's Report, and has continued to hog the limelight after it was linked to federal minister Datuk Seri Shahrizat Jalil's family.

The publicly-funded company is headed by her husband, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. Their three children, including Wan Shahinur Izmir, also hold executive posts in the company.

PKR has since made several revelations relating to the scandal, including NFCorp's purchase of two luxury condominium units in Bangsar, Kuala Lumpur, and the alleged use of project funds to pay for Shahrizat and her family's personal expenses.

The opposition party has also alleged that Shahrizat's family used nearly RM600,000 from NFCorp's funds to settle their credit card bills in 2009.

But the management of NFCorp has maintained that the credit card expenses were solely for business purposes.

It has also denied allegations that funds from the RM250 million government loan were channelled into its accounts before the loan agreement was signed.

Shahrizat applied for three weeks' leave from her duties last month after new allegations of bribery surfaced. She has since resumed her duties.

On Wednesday, she was called in for questioning by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin announced last month Putrajaya would appoint an auditor to scrutinise NFCorp's books in light of accusations made against the company.


The Malaysian Insider

Isu pasir: SPRM sudahpun siasat pada tahun 2010.

Posted: 09 Feb 2012 06:43 PM PST



ADUN Batu Caves Amirudin Shaari berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telahpun menyoal-siasatnya mengenai dakwaan hubungannya dengan sindiket perlombongan pasir haram pada tahun 2010.


Mengulas isu itu yang dibangkitkan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Amirudin (kiri) berkata badan anti-rasuah itu tidak memintanya untuk kembali sejak beliau disiasat pada 2010.

"Ini isu lama. Saya berikan kenyataan saya kepada SPRM pada Julai 2010 mengenai surat sokongan yang dikeluarkan. Apabila saya bertanya kepada mereka apakah saya perlu kembali mereka berkata, 'Jika mahu, boleh tetapi kita mempunyai kes lain untuk disiasat '.

"Mereka tidak hubungi saya sejak itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, semalam.

Dalam blog terbarunya, Raja Petra menuduh Amirudin dan ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafie terbabit dalam rasuah perlombongan pasir yang melibatkan syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd.

Raja Petra mendakwa kedua-dua wakil rakyat PKR itu adalah pengarah syarikat berkenaan dan menerima elaun bulanan sebanyak RM5, 000.

Beliau juga memuat-naikkan satu salinan surat dari Amirudin kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) - syarikat kerajaan negeri Selangor yang mengendalikan perlombongan pasir di negeri itu - untuk menyokong permohonan Double Dignity bagi mendapatkan kontrak perlombongan pasir.

"Tetapi jika anda lihat dokumen yang Raja Petra 'dedahkan' itu, ia jelas menunjukkan bahawa saya kata saya beri sokongan terhadap permohonan selagi ia mematuhi prosedur dan undang-undang yang ditetapkan. Saya jelas tentang itu.

"Saya tidak tolak permohonan rakyat apabila mereka minta surat sokongan dan amalan Pakatan Rakyat adalah untuk menyatakan bahawa sokongan adalah dengan syarat bahawa semua prosedur dipatuhi. Ada juga yang permohonan mereka ditolak walaupun berserta surat saya," katanya.


Malaysiakini

Tiada ulasan: