Addin |
- PAS Kedah Beri Amaran Keras Buat PKR
- Fakta Kronologi Hubungan Malaysia - Israel Sejak 1960an
- Shahrizat Sudah Mula Cakap Merapu..
- CTOS Malaysia Menjalankan Perniagaan Tidak Sah?
- Rosmah Pun Dapat Elaun.. Apa Hal Nih?
- Gempar!! Ketua Cawangan UMNO Benarkan Rumahnya Menjadi Lokasi Ceramah Pimpinan Pakatan Rakyat
- Rahsia Besar UMNO BN Terbongkar!!
| PAS Kedah Beri Amaran Keras Buat PKR Posted: 10 Feb 2012 02:30 PM PST ALOR SETAR - Beberapa Pas kawasan di Kedah mendesak pihak luar termasuk pemimpin dalam kalangan rakan Pakatan supaya tidak lagi mendesak tindakan diambil terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). Sumber dalaman parti itu berkata, jika desakan terus dibuat, Pas Kedah tidak teragak-agak membuat desakan sama, namun membabitkan isu berbeza. "Jika pemimpin PKR atau DAP terus desak pimpinan Pusat ambil tindakan terhadap Azizan, walaupun selepas Pesuruhjaya Pas Kedah itu membuat penjelasan, Pas juga boleh buat tindakan sama atas isu berbangkit yang menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap rakan pakatan itu. Namun atas dasar persefahaman, kita ketepikan," katanya. Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari menggesa pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan berhubung penggantungan penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwa bercanggah dengan kandungan Buku Jingga. Isu Kuin dikatakan menjadi 'senjata baru' kepada kelompok tertentu yang cuba menjatuhkan Azizan daripada kerusi Menteri Besar Kedah. Azizan juga dikatakan tidak disenangi beberapa pemimpin PKR dan DAP kerana dilihat melakukan beberapa tindakan yang dianggap boleh merugikan pakatan pembangkang. Sumber berkata, pihak luar tidak wajar campur tangan dalam isu pentadbiran Kedah, kerana Pas Kedah tidak pernah mencampuri isu dalaman negeri lain. "Jika mereka terus menekan Azizan, kita boleh desak parti buat keputusan drastik dengan ambil kerusi PKR yang wakil rakyatnya lompat parti. Kita ada alasan kukuh demi pertahan Pakatan Rakyat (PR) Kedah. Bolehkah mereka terima jika kita bertegas," katanya. Empat wakil rakyat PKR Kedah yang menang pada PRU12 lalu, yang kini wakil rakyat bebas ialah, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin; Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh; dan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu. "Sumber lain memberitahu, PKR dijangka meletakkan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bertanding di parlimen Kulim/Bandar Baharu pada PRU13. Jika akar umbi bertegas dalam isu desakan PKR terhadap Azizan, saya jangkakan Saifuddin berdepan laluan sukar dengan jentera pilihan raya Pas di kerusi itu," katanya. Menurutnya, sebagai pemimpin kanan politik dan bekas profesor perlembagaan, dua tokoh itu patut memohon maaf secara terbuka kepada Azizan atas keceluparan mereka. "Saya gesa pihak luar hentikan cubaan mengapi-apikan atau mengkudakan pelajar IPT dan gerakan mahasiswa khususnya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk menyerang Pas Kedah dan mencalarkan imej Azizan. Jika berterusan, tuntutan ke atas kerusi lompat tidak dapat dielak sebagai tindak balas ke atas tindakan mereka," katanya. Sumber itu turut meramalkan tidak berlaku sebarang perubahan agihan kerusi bertanding dalam PR Kedah dalam PRU13 akan datang. "Kedah adalah negeri pertama yang berjaya selesaikan isu pertindihan kerusi bertanding dalam PRU13. Difahamkan, Kedah akan kekalkan formula agihan kerusi 2008," katanya. Sekiranya dakwaan itu benar, ini bermakna DAP kekal bertanding di dua kerusi (Kota Darul Aman dan Derga). Sebelum ini, Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik mahu DAP bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU13. DAP menuntut supaya parlimen Padang Serai dan Alor Setar diserahkan kepada parti itu, manakala enam Dun babitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas. Berdasarkan formula agihan 2008, Pas bertanding 24 kerusi manakala 12 lagi kerusi dibahagikan antara DAP dan PKR, di mana 10 daripadanya diberikan kepada PKR. DAP hanya bertanding di Kota Darul Aman dan Derga. Daripada enam kawasan Dun yang dituntut DAP itu, lima kerusi berlaku pertindihan antara DAP dan PKR. ~sinarharian |
| Fakta Kronologi Hubungan Malaysia - Israel Sejak 1960an Posted: 10 Feb 2012 09:52 AM PST Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat. dasar keling.. Pada 26 September, Menteri Luar Malaysia, Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel, Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini. PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas. Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin adalah "empty pledge". Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel. Bagaimanapun surat ini tidak dapat disahkan. Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis. Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir. Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan kesamaan, akan di sambut dgn mesra lagi di hormati sudah tentu lah melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang,Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat. Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel. Konvoi Malaysia turut terlibat dalam Viva Palestina pergi ke Gaza pada 2009 . Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia. Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel . Penjelasan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana berkata benar. Laman blog CheguBadrul Hisham Shahrin mempersoalkan Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H) berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta. Beliau curiga maklumat keselamatan, pertahanan dan data sulit PDRM akan terlepas kepada 'programmer' tentera Israel. Izhak David Naskar memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Beliau adalah pakar komputer dan telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Beliau membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi ialah yang membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Pada 6 April 2010, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa ejen Israel wujud dalam PDRM. Pada 13 April 2010, Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan di Parlimen bahawa kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek "Police Reporting System" (PRS) PDRM terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India. Fasa 1 dan Fasa 2 oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) . Fasa 3 oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd. 70 % saham syarikat ini dimiliki rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura linknya di Tel Aviv, Israel. Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong (49 %) dan Top Image Systems Ltd (TIS) (51 %). Dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel tegar. Fasa 3 telah disiapkan pada Oktober 2006, sebelum penstrukturan. Selepas siasatan, subkontraktor Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Dis 2008. ~erapasca |
| Shahrizat Sudah Mula Cakap Merapu.. Posted: 10 Feb 2012 08:58 AM PST Makin lama.. makin Shahrizat cakap merapu. Hari ni cakap lain esok cakap lain pulak. Addin rasa ini berkemungkianan tekanan melampau yang dihadapi ekoran isu NFC yang makin hangat. Addin rasa sebelum Shahrizat merapu lagi jauh, eloklah letak saje jawatan tu. Jangan diikut nasihat Ketua Penerangan UMNO tu.. nasihat yang akan membuatkan Shahrizat lebih merapu. Shahrizat yang semakin hilang kewarasan itu mula menunjukkan taringnya terhadap Rafizi Ramli, Pengarah Stategik PKR tetapi tidak berani membidas senior-senior beliau dalam parti, begitu juga timbalam beliau dalam Umno yang mahukan beliau berundur sebelum beliau memusnahkan parti. "Ia satu komen yang agak murahan dan saya faham beliau semestinya merasa tertekan sekarang. Tetapi kita haruslah bersikap professional. Jika beliau dan keluarga beliau tidak bersalah, beliau seharusnya menyambut baik peluang untuk membuktikan mereka tidak bersalah," beritahu Rafizi kepada Malaysia Chronicle. Apabila tertekan, Shahrizat menjadi tidak waras dan kasar Setelah secara terang-terangan diberitahu oleh bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz untuk pergi sahaja dan tinggalkan Umno dan sebelum itu oleh Mahathir untuk berundur sebelum dihalau serta sehari yang lalu timbalan beliau membuat kenyataan agar beliau jangan membebankan Umno – Shahrizat kelihatan gagah menunjukkan wajah yang selamba. Dengan melupakan maruah beliau, beliau telah mengutarakan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan kurang ajar. Beliau menyalahkan Rafizi kerana mendedahkan penyalahgunaan dana kerajaan dalam skandal RM250 juta NFC untuk projek ternakan lembu. Shahrizat yang juga menteri Wanita memanggil Rafizi pondan kerana sangat memberi perhatian terhadap skandal NFC dan juga menawarkan baju kurung merah putihnya kepada Rafizi. "Dia akan kelihatan cantik dalam baju kurung merah putih saya kerana dia seorang pondan. Nanti wanita Umno akan kirimkan baju tersebut kepada 'stalker' saya," Malaysia Insider melaporkan Shahrizat sebagai berkata. "Sebab saya rasa dia ni bercita-cita jadi ketua Wanita Umno, mungkin dia memang mahu jadi pemimpin tetapi parti beliau tidak begitu ramai ahli. Wanita Umno ada 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasakan kekuatannya." Bila dengan Rafidah dan Dr M, jadi penakut pula.. Sebelum ini, beliau telah menunjukkan sifat penakut beliau dalam berhadapan dengan orang dalam Umno sendiri. Beliau tidak berani menjawap komen Rafidah yang terang-terangan menyuruh beliau berambus dari Umno sebelum merosakkan parti itu. "Saya tidak mahu menyerang orang yang lebih tua daripada saya. Ibu bapa saya mengajar saya untuk jangan bersikap kurang ajar dengan orang lain apa lagi orang yang lebih tua daripada saya, jadi, ada baiknya saya tutup mulut sahaja," ujar Shahrizat. Wanita Malaysia adalah lebih baik daripada itu Menurut pengkritik, daripada cara beliau menyerang Rafizi, Shahrizat tidaklah sebaik yang beliau canangkan. Bermuka-muka dan menipu diri sendiri adalah sebab kepada kenyataan biadapnya terhadap Rafizi. Tidak hairanlah Shahrizat menghina Rafizi dengan mempersoalkan kemaskulinan beliau tetapi pada masa yang sama menhancurkan sifat femininnya – yang semestinya adalah tonggak kepada kelembutan dan maruah beliau sebagai seorang wanita. "Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, PKR tidak akan tertekan dengan serangan peribadi demi membongkar salahlaku Shahrizat dan keluarganya. Sebaliknya, kita akan menjadi lebih fokus dalam memastikan agar tuduhan kami ini berasas dan sukar untuk beliau dan keluarga beliau melepaskan diri daripadanya. Ini bukan balas dendam. Tiada siapa yang kisah sangat pasal Shahrizat dan keluarganya tetapi semua orang berminat mengetahui di mana perginya RM250 juta itu," beritahu Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kepada Malaysia Chronicle. "Sebagai pemimpin wanita, saya berasa amat malu dengan komen Shahrizat. Bukan sahaja ia tidak sepatutnya dan biadap, ia juga memalukan kaum wanita. Wanita harus bermaruah dan bertenang dalam menghadapi saat-saat getir dalam hidup mereka. Wanita adalah asas kepada sebuah keluarga dan negara. Tetapi Shahrizat sudah menjadi seperti Ummi Hafilda, yang cakap apa sahaja mereka mahu dengan tidak menghiraukan sekiranya ia seperti cakap-cakap orang gila. I saya rasa mungkin beliau sudah terlalu tertekan dan mungkin ada baiknya beliau ambil nasihat bukan sahaja daripada Pakatan Rakyat tetapi juga senior beliau dalam Umno- berundur dengan penuh maruah sebelum beliau dihalau keluar. Juga jangan terus memalukan wanita di Malaysia dengan komen-komen bodoh beliau. Wanita di Malaysia adalah lebih tinggi maruah daripada itu." ~malaysiachronicle |
| CTOS Malaysia Menjalankan Perniagaan Tidak Sah? Posted: 10 Feb 2012 07:39 AM PST Baru-baru ini kalau anda ada menyemak laporan Bernama mengenai kes saman CTOS Malaysia terhadap bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri M Kayveas ada yang menarik untuk kami kongsikan di sini. Sebenarnya kes berkaitan dengan CTOS Malaysia ini telah lama diperbincangkan dan mendapat pertikaian ramai.
2 Masalah Yang Kerap Dihadapi Oleh Individu Yang Pernah Ada Rekod Dengan CTOS?
Kes Saman CTOS Malaysia Terhadap Datuk Seri M Kayveas
Terus-terang kami katakan di sini agak asing untuk mendengar waima menteri ataupun bekas menteri Malaysia yang sanggup turun naik mahkamah mempertahankan kenyataan semata-mata membela dan memperjuangkan hak rakyat terutamanya melibatkan isu CTOS yang sudah lama membelengu kalangan peminjam di Malaysia. Jarang sekali. Kami ucapkan syabas kepada beliau.
Apatah lagi Kerajaan tidak pernah mengiktiraf Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. Sepatutnya CTOS tidak boleh sama sekali menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan. Jadi apa hak CTOS Malaysia untuk mendapatkan maklumat peribadi & menyimpan maklumat peribadi pelanggan serta orang ramai? ~beritasemasa |
| Rosmah Pun Dapat Elaun.. Apa Hal Nih? Posted: 10 Feb 2012 07:15 AM PST Dia dah buat lagi dah. Tak habis-habis asyik cerita Rosmah sahaja yang keluar. Rupa-rupanya, sebagai isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah layak untuk mendapat elaun perbelanjaan tertentu seperti elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas. Inilah pertama kali rasanya, kami dengar yang bahawa isteri perdana menteri boleh menuntut elaun-elaun tersebut. Berikut merupakan kenyataan dari Perdana Menteri sendiri berikutan soalan yang dikemukakan Liew Ching Tong, wakil DAP dari Bukit bendera. "Ia termaktub di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berkenaan elaun-elaun dan keistimewaan bagi Perdana Menteri." "Akta itu menyatakan isteri Perdana Menteri yang mengiringi semasa lawatan rasmi atau semasa membuat lawatan rasmi secara bersendirian ke luar negara atau dalam negeri adalah layak menerima dan menuntut perbelanjaan seperti kelayakan elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas." Haish.. Sapa yang jadi Perdana Menteri sebenarnya ni? Yang buat kerja si suami, yang si isteri mengiringi pun dapat elaun jugak? Gaji dan elaun Najib pun dah cukup dah nak buat belanja sara diri kalau ada lawatan. Melainkan kalau pergi membeli-belah sampai tak ingat dunia, itu lainlah. Memang tak cukup. Yang kami kecewa di sini, tidak perlulah isteri Perdana menteri untuk menuntut elaun. Tidak ada apa peranan pun. Yang berurusan hanyalah si suami. Yang tukang teman pun dapat elaun sekali apa kes. Cubalah fikir wahai pemimpin. Tak cukup ke hampir RM 50,000 elaun dan gaji Perdana Menteri untuk tampung perbelanjaan isteri? Dah cukup banyak dah tu RM 50,000 nak membazirkan duit rakyat. Lagi pun kenapa perlu ada peruntukan sebegitu? Patutlah dalam Bajet 2011 peruntukan pengurusan naik. Atas sebab-sebab elaun tak berfaedah inilah yang di antara menyumbangkan kenaikan tersebut. Cukup-cukuplah membazir. ~beritasemasa |
| Gempar!! Ketua Cawangan UMNO Benarkan Rumahnya Menjadi Lokasi Ceramah Pimpinan Pakatan Rakyat Posted: 09 Feb 2012 08:03 PM PST Ini penangan besar bagi UMNO Perak.. seorang Ketua Cawangan UMNO sanggup memberikan rumahnya untuk pimpinan Pakatan Rakyat berceramah. Apa makna semua ini? Addin percaya ini bukannya kebetulan. Bermakna orang UMNO sendiri sudah hilang kepercayaan kepada UMNO serta BN. Ekoran terlalu banyak kontroversi yang melanda UMNO seperti skandal NFC, isu boros Rosmah Mansor yang tidak dapat ditangani oleh pimpinan UMNO BN secara bijak. Tindakan yang di buat pimpinan UMNO BN tidak menyakinkan rakyat serta ahli UMNO sendiri. Ini petanda UMNO Perak bakal melalui pusingan yang amat getir di PRU 13 nanti. PANAS!!! Ketua Cawangan UMNO benarkan rumahnya dijadikan tempat ceramah Pakatan Mesti esok Pak Chik ni akan dapat surat tunjuk sebab kenapa dia tak boleh disingkir dari Umno kerana telah membenarkan rumah nya digunakan sebagai tempat ceramah PKR. ... dan pak chik ni juga akan terus menghantar borang penyertaan dalam PKR. hhahahahha Zambry macamana ni? ... Depa dah tak suka kat hang dah ... hahahahaha Wa tabik spring la chegu bard pada lu .... harap akan ada lagi kejadian yang macam ni ... hehehe |
| Rahsia Besar UMNO BN Terbongkar!! Posted: 09 Feb 2012 05:05 PM PST Bercanggah dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel. Menurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (kiri), dua syarikat tersebut didakwa mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard. Chegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu. Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel. Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. ~mk |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan