Sabtu, 11 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Azalina Othman : Mimpi lenanya terganggu

Posted: 11 Feb 2012 10:25 PM PST

Blog ibn75.wordpress.com

PENGERANG – Kedudukan Dato' Seri Azalina Othman Said sebagai Ahli Parlimen Pengerang, Kota Tinggi dianggap selesa bagi sesetengah orang.

Hal ini, kerana umum mengetahui kemenangannya di situ kononnya berkubu 'kebal' menyebabkan seolah-olah kedudukannya tidak terancam.

Walau bagaimanapun, siapa sangka dalam diam, terdapat masalah di kawasannya itu yang perlu diselesaikan segera.

Terbaru, kira-kira 100 penduduk yang melibatkan 6 buah kampung di bandar itu berpiket bagi menuntut pemberian pampasan yang setimpal berikutan pembangunan yang akan dibina di lokasi berkenaan.

Antara kampong yang terlibat adalah ..... 
Kampung Sungai Kapal, Sungai Buntu, Teluk Empang, Kampung Jawa, Kampung Sebong, Langkah Baik dan Batu Mas.

Dipercayai, Projek Hub Industri Minyak Dan Gas yang dirancang, telah menjadi keresahan banyak pihak kerana didakwa kawasan itu turut mempunyai kesan-kesan sejarahnya.

Malah ada juga yang telah mengusahakan ladang sayur kira-kira 30 tahun dahulu.

"Apakah kami akan mendapat pampasan yang setimpal dengan apa yang kami perolehi sekarang setelah memberikan tanah kami untuk projek pembangunan ini?," kata seorang penduduk, Lim Eng Guat yang dipetik Sinar Harian.

Semalam akhbar itu melaporkan sebahagian penduduk menyuarakan bantahan berhubung isu ini ekoran ketiadaan perjanjian yang menyenaraikan imbuhan yang bakal diterima jika mereka mempersetujuinya.

Soalnya, adakah beliau masih lagi diulit mimpi-mimpi indah?

Kalaupun sebelum ini beliau digelar 'superwomen' kerana kemampuannya menyelesaikan isu nelayan tempatan yang pernah ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara jiran itu baru-baru ini.

Mengapa tidak, isu yang dianggap senang ini, diberi perhatian segera.

Atau hanya menanti jawapan sama ada kekal atau tidak sebagai ahli parlimen itu selepas PRU 13 nanti. - selatanonline

Whitney Houston 48 ditemui mati di bilik hotel

Posted: 11 Feb 2012 09:02 PM PST


Whitney Houston in Brisbane 2010Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat pada sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills.

Penyanyi berbakat itu dipercayai terbabit dalam penggunaan dadah disahkan mati pada jam 3.55 pagi di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton.

"Pada pukul 3:55 petang (semalam), Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills," kata jurucakap polis, Mark Rosen.

Beliau yang dipetik AFP berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat empat ketika usaha dibuat untuk memulihkan beliau.
"Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes sedang disiasat oleh polis Beverly Hills," kata jurucakap itu.

Sementara itu, AP pula melaporkan pegawai peribadi Whitney, Kristen Foster, berkata punca kematian penyanyi pop itu masih tidak diketahui.

Mayat penyanyi legenda itu masih berada di hotel berkenaan dan anggota polis sedang menyiasat punca kematiannya.

Mendiang pernah memenangi enam Anugerah Grammy, termasuk rekod untuk tahun itu bagi lagu "I Will Always Love You" dan album tahunan bagi "The Bodyguard".

Houston berada di Los Angeles bagi majlis Anugerah Grammy yang akan berlangsung pada malam Sabtu waktu tempatan

RINGKASAN SERANGAN UMNO/BN KE ATAS INSIDEN KG IDAMAN. -

Posted: 11 Feb 2012 08:32 PM PST

- Dimaklumkan dewan lokasi program telah ditawan, digeledah dan dijarah oleh samseng UMNO/BN sebaik sahaja selesai solat Maghrib di Masjid Tok Dagang. Kg Jawa.

- Makluman daripada penduduk tempatan; samseng UMNO/BN diketuai oleh anak arwah Dato Z yang dikenali sebagai "BOY".

- Samseng UMNO/BN menghalau orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah. Mereka memenuhi setiap ruang dalam dan luar dewan selain berkawal dan mengugut orang ramai di semua jalan masuk menuju ke dewan.

- Kerusi bukan setakat diterbalikkan, malah dipatahkan dan dihancurkan.

- Mereka hanya mahukan Adam Adli.

- Ceramah kemudiannya dialihkan ke padang berhampiran dan samseng UMNO/BN berkawal di kawasan padang tersebut sebaik sahaja mengetahui perubahan lokasi program. Kereta yang dinaiki oleh Tuan Speaker dihalau keluar daripada kawasan padang oleh samseng UMNO/BN.

- Dalam masa yang sama, kereta yang dinaiki Farel Dedek Samm dan rakannya sedang ditahan di kawasan berhampiran dewan oleh samseng UMNO/BN sebelum mereka berjaya melepaskan diri.

- Khalid Mohd Ismath, Xsan Ekhsan dan beberapa orang tempatan telah ke Balai Polis Pandamaran untuk membuat laporan polis terhadap gangguan melampau yang sangat tidak bertamadun oleh samseng UMNO/BN.

- Samseng UMNO/BN memenuhi ruang di luar pagar Balai Polis Pandamaran. Malah, mereka membentuk laluan sehingga ke hadapan pintu Balai Polis Pandamaran. Polis hanya buat buat bodoh.

- Adam Adli dihina dan dikeji ketika sampai di Balai Polis Pandamaran oleh samseng UMNO/BN dengan gelaran "budak jambu", "gayboy" dan sebagainya.

- Kereta yang dinaiki oleh Adam Adli dan Tuan Speaker diludah, dibaling batu dan ditendang ketika mahu beredar ke IPD Klang oleh samseng samseng UMNO/BN. Berlaku percubaan untuk "mengangkut" Adam Adli tapi gagal kerana pemandu kereta memecut kereta.

- Kegagalan mendapatkan Adam Adli membuatkan kenderaan yang dinaiki oleh Khalid, Ehsan dan sahabat yang lain diserang dahsyat sehingga memaksa pihak polis mengiringi mereka ke IPD Klang. Kekuatan polis pengiring yang digunakan adalah 2 buah kereta peronda dan 3 buah motorsikal polis trafik. Dah macam menteri dah jadinya.

- Samseng UMNO/BN mengejar konvoi tersebut sehingga ke hadapan IPD Klang dan mereka terus berkampung di sana sehingga sahabat sahabat selesai urusan di IPD Klang sekitar jam 2.30 pagi.

- Samseng UMNO/BN menunjukkan banyak isyarat lucah ke arah kereta yang dinaiki oleh Adam Adli sehingga memaksa pemandu memilih untuk keluar daripada laluan asal apabila arahan "Dr, selamatkan Adam Adli dan mahasiswa yang lain. Abaikan politician yang masih mahu bermegah megah dan mahu menjadi hero dan deal direct dengan orang tempatan yang mempunyai hubungan kukuh dengan grassroot".

- Gambar tak dapat nak ambil sebab setiap yang berkamera jika bukan orang mereka, pasti akan diugut dan nyaris dibelasah.

- Terima kasih kepada orang tempatan yang banyak membantu.

Pandangan Tuan Speaker : -

- Perancangan perlu teliti dan nawaitu perlu betul. Tujuan kita adalah untuk menyampaikan maklumat dan bukannya menjuarai isu. Provokasi adakalanya perlu tetapi jangan sampai orang menyampah. Belajarlah untuk mendengar supaya ego yang bersarang di dalam kita dapat dikalahkan.

- Bukan soal berani atau takut tetapi soal bijak atau tidak. Strategi adalah perlu supaya budaya sembrono dapat diatasi. Bersemangat tinggi bukan bererti perlu marah marah atau keras kepala. Rasionallah dalam bertindak supaya kita tidak dilihat sebagai budak nakal.

- Prinsip kita lain walaupun tujuan kita adalah sama. Jangan korbankan rakan rakan untuk "keagungan prinsip" yang kita imani.

Moral of the incident : Belajarlah untuk mendengar.

TUAN SPEAKER (Dr Ahmad)
SAMM Wilayah

- edyesdotdom

Umno BN Johor makin cemas

Posted: 11 Feb 2012 08:07 AM PST

Blog ibn75.wordpress.com

KULAIJAYA – UMNO-BN Bahagian Kulai dipercayai semakin cemas berikutan penubuhan empat ranting atau cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen itu, dekat sini, semalam.

Untuk rekod, Parlimen Kulai meskipun telah dimenangi oleh Ong Ka Ting (BN), bekas Presiden MCA dalam pilihan raya Umum yang lepas namun difahamkan mereka terpaksa menerima saingan yang sengit daripada Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.

Hal ini, kerana majoriti pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Tiong Hwa mula menampakkan riak-riak perubahan.

Ramalan ini boleh dikuatkan dengan .....
pencapaian BN pada PRU lepas iaitu di Dun Bukit Batu didakwa tidaklah begitu membanggakan apabila penyandangnya Cheong Chin Liang hanya mampu meraih undi 8805 manakala Liew Shin Kheong (PKR) pula mendapat 6464 undi.

Walaupun dengan majoriti sekitar 2341 namun adalah suatu yang tidak mustahil PKR mampu memenangi kerusi tersebut berdasarkan situasi di sana.

Sementara itu, penyempurnaan perasmian tadi telah dilakukan oleh Naib Presiden PKR Pusat merangkap Ahli Parlimen Batu, Y.B Tian Chua.

Empat penubuhan Ranting bagi Cabang Kulaijaya iaitu Ranting Taman Kulaijaya, Ranting Bandar Putra, Ranting Rumah Pangsa Kulai dan Ranting Taman Saga membabitkan keahlian lebih 500 ahli baru.

PANAS TERKINI : MP dijangka lompat parti jika BN tergugat - Ketua Pemuda Gerakan

Posted: 11 Feb 2012 05:04 AM PST

OLEH Aidila Razak
Feb 11, 2012

Beberapa kes lompat parti dijangka berlaku di kalangan wakil rakyat selepas pilihan raya umum jika kekuatan kerajaan BN semakin tergugat.

Bercakap di forum Pusat Kajian Dasar Awam di Bangsar semalam, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin (kanan) berkata, ini adalah satu "kemungkinan" jika BN kehilangan lebih banyak kerusi di Semenanjung.

"Politik adalah mengenai survival anda sebagai ahli parlimen serta parti anda," katanya sambil menambah ada kemungkinan ahli parlimen menyertai gabungan baru apabila bilangan kerusi yang dimenangi BN di Semenanjung kurang untuk mampu menjadi sebuah kerajaan yang stabil.

Menurut Lim, .......
kes lompat parti dalam situasi seumpama itu akan berlaku di kalangan ahli politik Sabah dan Sarawak.

"Seseorang tidak boleh menganggap Sabah dan Sarawak sebagai deposit tetap. Tidak ada lagi kubu kuat di Malaysia," katanya sambil menambah semua orang mahu menyelamatkan diri masing-masing, terutama di Sarawak.

Seorang lagi ahli penal forum tersebut, ahli sains politik Ong Kian Ming
bersetuju dengan pendapat Lim, dengan berkata "pemburuan katak akan berterusan" jika mana-mana pihak menang dengan kurang daripada 55 peratus kerusi, atau margin tidak lebih daripada 22 kerusi.

Oleh itu, jika sebelas ahli parlimen lompat, ia akan membawa perubahan kuasa. - Malaysiakini

Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita

Posted: 11 Feb 2012 02:04 AM PST


Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua Wanita Umno.

Menurut sumber Umno, Perdana Menteri Najib Razak telah pun memberitahu beliau untuk membuat keputusan dan "jangan paksa saya pecat kamu" untuk jawatan Menteri Wanita beliau. Bagi jawatan ketua Wanita Umno pula, ad aura-ura bahawa beberapa orang pemimpin termasuk timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua Wanita Rafidah Aziz akan memangil mesyuarat luar biasa untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap beliau.

"Sekarang sudah tiada jalan keluar. Yang terakhir adalah apabila anaknya mengeluarkan ..............
kenyataan bahawa keluarganya tiada kepentingan untuk melabur untuk kondo-kondo tersebut. Keluarga ini sememangnya salah anggap terhadap persepsi rakyat. Mereka tidak sedar bahawa mereka kelihatan bongkak walaupun jika mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Tetapi Umno sekarang sudah sedia maklum betapa NFC telah memburukkan nama Umno. Shahrizat ibarat bom jangkamasa dan Umno harus mematikan beliau dengan apa cara sekalipun," ujar sumber dalam Umno kepada Malaysia Chronicle.

Pendedah maklumat yang dirahisakan



Begitu banyak wartawan menunggu di luar kediaman Perdana Menteri seawal 8 pagi pada hari Khamis setelah ada khabar angin mengatakan perletakan jawatan Shahrizat yang tidak dapat dielakkan lagi. Tidak lama kemudian pembantu Shahrizat memberitahu para wartawan bahawa beliau telah pergi ke kediaman rasmi PM untuk menghadiri mesyuarat Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Sumber Umno juga memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan Najib.

"PM telah memberi kata dua kepada beliau untuk berundur dan membiarkan Shahrizat untuk memutuskan sendiri bila beliau akan berbuat demikian tetapi semestinya dalam masa terdekat. PM juga mengatakan bahawa ini hanyalah untuk jawatan kabinet tetapi bagi jawatan ketua wanita, beliau harus menyerahkan ia kepada delegasi wanita. Jika Shahrizat bersedia untuk berundur, beliau akan terselamat daripada EMG yang akan memalukan beliau," ujar orang dalam Umno.

Keluarga Shahrizat telah dianugerahkan Projek Penternakan Feedlot Kebangsaan pada tahun 2006 dan diberikan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk membina skim itu yang didakwa akan memberikan bekalan daging lembu yang lebih murah untuk rakyat Malaysia.

Dalam masa 3 bulan, terima kasih kepada pendedahan yang dibuat oleh seorang pemberi maklumat yang identitinya dirahsiakan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membongkar beberapa transaksi yang menunjukkan penyelewengan dana itu. Walaupun Shahrizat telah menyalahkan pihak PKR kerana kejatuhan beliau, dipercayai pendedahan sebenarnya dimulakan oleh orang Umno sendiri.

Antara yang disyaki adalah Menteri Wilayah dan Ketua Umno Lembah Pantai, Raja Nong Chik – seorang protégé Naib. Juga dipercayai bahawa PM mahukan Raja Nong Chik untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU 13 tetapi Shahrizat enggan memberi laluan kepadanya, kerana itu adalah kerusi beliau sehinggalah beliau kalah kepada Nurul Izzah dari PKR pada 2008.

Tanpa jawatan dalam kabinet, dapatkah keluarganya menang projek NFC?



Pinjaman itu telah digunakan untuk membeli 5 kondo mewah, sebuah Mercedes Benz super-class, percutian keluarga yang mahal dan juga diskaun berjuta-juta ringgit dan pemindahan wang kepada firma keluarganya sendiri.

Shahrizat yang disoal siasat oleh SPRM pada hari Rabu telah menegaskan bahawa tiada kepentingan beliau dalam projek itu dan beliau tidak terlibat dengannya sama sekali.

Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menerima penjelasan beliau dan aada seorang ahli Umno yang memberitahu wartawan bahawa tiada seorang pun yang tahu suami beliau, Salleh Ismail, pengerusi NFC "daripada Adam". Implikasinya adalah, jika Shahrizat bukan menteri dalam kabinet, Salleh, yang tiada pengalaman dalam projek ternakan lembu sudah tentunya tidak akan menang projek tersebut.

Ada yang berbohong



Anak beliau, Izmir Salleh terlalu tertekan semasa beliau cuba mempertahankan ibu bapanya dengan menegaskan bahawa pinjaman RM250 juta yang diberi kepada keluarga mereka boleh dilaburkan sesuka hati.

Beliau bukan menenagkan rasa marah rakyat tetapi semakin menyemarakkannya. Pemimpin pembangkang telah mendesak satu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat projek NFC dan juga pinjaman itu.

"Semasa mesyuarat Komiti Akaun Rakyat pada 23 November lalu ke atas NFC, dua orang pegawai senior MOF telah dengan jelas mengatakan bahawa pinjaman itu tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang sepatutnya dan semestinya tiada yang membolehkan ia digunakan untuk tujuan pelaburan hartanah," ujar Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara pada Jumaat lepas.

Pegawai MOF itu telah menerangkan bahawa tujuan untuk pengeluaran wang mesti dijelaskan dengan terperinci. Apabila ditanya lagi, pegawai MOF mengesahkan bahawa mereka yang memberi pinjaman RM250 juta itu tidak pernah mendapat permohonan untuk memberi hartanah. Jadi sekiranya, pegawai MOF ini bercakap benar, sudah tentulah Wan Shahinur Izmir yang berbohong untuk menegakkan benang yang basah."

Malaysia Chronicle

Haramjadah ni rogol adik sendiri kerana metamphetamin

Posted: 11 Feb 2012 12:57 AM PST

Bekas Banduan Rogol Adik


BESUT: Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis metamphetamin bertindak merogol adiknya sendiri dengan mengugutnya menggunakan sebilah pedang dalam kejadian malam Khamis. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini.

Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru dibebaskan dari penjara 8 Februari lalu ke rumah adiknya berumur 24 tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang tinggal tidak jauh dari situ.

Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya .......
mengugut dengan meletakkan sebilah pedang di kiri lehernya.

"Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sektor yang diadakan di Kampung Lak Lok di sini, Sabtu.

Kamaruddin berkata adiknya yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek.

Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya.

Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis.

Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencingnya mendapati suspek positif pil kuda.

Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga mengakui telah mengambil pil kuda di Kuantan, Pahang sebelum ke Besut untuk mencari bapa saudaranya malam semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini.

Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru dibebaskan dari penjara 8 Februari lalu ke rumah adiknya berumur 24 tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang tinggal tidak jauh dari situ.

Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya mengugut dengan meletakkan sebilah pedang di kiri lehernya.

"Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sektor yang diadakan di Kampung Lak Lok di sini, Sabtu.

Kamaruddin berkata adiknya yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek.

Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya.

Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis.

Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencingnya mendapati suspek positif pil kuda.

Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga mengakui telah mengambil pil kuda di Kuantan, Pahang sebelum ke Besut untuk mencari bapa saudaranya malam Sabtu. -BERNAMA

Tiada ulasan: