Sabtu, 11 Februari 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pertemuan PM-Sultan: Pengganti MB jadi agenda

Posted: 11 Feb 2012 09:34 PM PST

NONESpekulasi bertiup kencang mengenai pertemuan empat mata yang dijadualkan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, di istana baginda di Johor Baharu, hari ini.

Najib akan hadir bagi upacara ulang tahun ke-15 sambutan pembangunan Danga Bay yang terletak di sepanjang beberapa hektar pantai yang menghadap Selat Tebrau.

Sambutan dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang dan selepas itu, Najib akan ke istana Bukit Serene, Johor Baharu untuk mesyuarat dengan baginda yang dijangka bermula pada jam 5.30 petang.

Baginda juga dijadual akan mencemar duli dengan sambutan ulang tahun itu dengan melancarkan yayasan kebajikan yang berkaitan dengan projekDanga Bay itu. Justeru, pertemuan baginda dengan perdana menteri menimbulkan pelbagai spekulasi, lebih-lebih lagi apabila aturcara seterusnya bagi Najib adalah bagi menyaksikan perarakan Chingay di pusat bandar yang hanya bermula pada jam 8.30 malam.
Read More / Baca Lagi >>

‘Jangan halang Nik Aziz tanding PRU13 jika masih mampu’ kata Harussani

Posted: 11 Feb 2012 09:33 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yakin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mampu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13, menambah agar jangan mempersoalkan kelebihan Mursyidul Am PAS itu.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini mengumumkan akan menyertai pilihan raya umum ke-13 walaupun didesak berundur oleh Umno.
Pemimpin veteran PAS berusia 81 tahun ini mula bertanding sejak pilihan raya umum 1967 dan mengetuai pentadbiran Kelantan selepas pilihan raya umum 1990 sehingga kini.
Menurut Harussani, Nik Aziz (gambar) masih mampu untuk meneruskan perjuangan Islam walaupun dianggap "sudah terlalu uzur" untuk terus melibatkan diri dalam arena politik negara.
"Masalah perjuangan tidak kira umur, kalau beliau (Nik Aziz) mampu untuk teruskan mengapa perlu dihalang?
"Walaupun beliau lebih berusia daripada saya tetapi saya sudah tidak mampu untuk menyertai politik...saya juga tidak larat untuk melawat kawasan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Justeru Harussani menegaskan semua pihak termasuk pemimpin Umno tidak mempersoalkan kesediaan Nik Aziz untuk terus terlibat dalam politik dan pilihan raya umum ke-13.
Read More / Baca Lagi >>

Kajian: PAS lebih dipercayai jaga agama Islam berbanding Umno

Posted: 11 Feb 2012 06:19 PM PST

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini ke Terengganu membentangkhttp://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/03/pas23.jpgan beberapa dapatan kajian berhubung persepsi pengundi terhadap parti itu, khususnya di negeri itu sendiri. Menurutnya, fakta dan angka diberikannya itu adalah sebagai rumusan kepada kajian lima pihak berasingan dalam tempoh berbeza.

Read More / Baca Lagi >>

Percayalah saya. Awak tolong saya, saya tolong awak…

Posted: 11 Feb 2012 06:19 PM PST

Oleh Fairuz Azhan
"Percayalah saya" – satu "perutusan" Datuk Seri Najib Razak sempena Thaipusam di Batu Caves Selasa lalu jhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhh74faHK-8z6a-pTOAUmr_Xiw6vdz1qXST_E1fcEs1ZN55JK_r4qxoM_ZYeOgWCoTkwsHWnhAGP-8yfRovZY_ZeT81AX_Ov3G1WF3SRLNNuN8g8FIUrvjQipnViK9jXbhOE93R-h099dGl/s1600/Dewa+Najib.pngelas memberi satu lagi petanda kebimbangan Barisan Nasional untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Isi penting ucapan Najib yang ditayangkan oleh TV3 pada malam tersebut adalah, "awak tolong saya, saya tolong awak". Kalau dulu, Perdana Menteri menawarkan perkara yang sama kepada kaum Cina, kini sasarannya kaum India pula.

Read More / Baca Lagi >>

Adakah Najib Seorang Yang Sentiasa Dan Semulajadi Bersifat Pemurah?

Posted: 11 Feb 2012 06:16 PM PST


Oleh Shahbudin Husin
Sejak penghujung tahun lalu, Najib bersifat begitu pemurah kepada rakyat Malaysia. Bermula dengan penghttp://www.harianmalaysia.my/SPWORBKnnyOEBR32RDT/najib2.jpgumuman dalam Belanjawan 2012 di mana beliau memberikan bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah, RM200 berupa baucer buku kepada pelajar universiti dan bantuan RM500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah, Najib juga kerap menghulurkan pelbagai jenis bantuan dalam bentuk wang tunai kepada pelbagai jenis institusi dan kelompok masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

Dua kondo berdekatan Kasino: Pendapatan keluarga Shahrizat perlu RM500k sebulan

Posted: 11 Feb 2012 06:15 PM PST

Dua lagi kondo berdekatan Kasino: Pendapatan keluarga Shahrizat perlu RM500k sebulan Rafizi Ramli telah memegang janji beliau dengan mendedahkan banyak lagi mengenai skandal RM250 juta NFC. Terdapat dua lagi kondo mewah yang dibeli oleh keluarga Shahrizat yang terletak di Marina Bay, berdekatan kasino dan bernilai lebih kurang RM 17 juta ringgit.
Rafizi juga mendedahkan satu lagi tren yang agak merisaukan. Beliau percaya bahawa suami Shahrizat, Salleh Ismali yang juga pengerusi NFC dan Wan Shahinur Izran, anak mereka yang merupakan pengarah NFC telah membeli kondo-kondo tersebut menggunakan projek penternakan NFC yang dikawal kerajaan sebagai cara untuk mendapat kelulusan.
"Kami percaya pinjaman tersebut diluluskan kerana mereka mengawal dana RM250 juta itu yang sangat menarik buat mana-mana bank. Bank mana yang tidak mahun RM250 juta? Mereka meletakkannya [RM250 juta] dalam bank untuk seolah-olah sebagai jaminan pembelian peribadi mereka. Ini adalah pembelian yang harus disiasat oleh pihak polis," Rafizi dilaporkan memberitahu wartawan pada Rabu.
Read More / Baca Lagi >>

UST AZHAR IDRUS BUKAN AHLI PAS, MAKA BELIAU SOKONG UMNO?...ha..ha..UMNO boleh blah..!!!!

Posted: 11 Feb 2012 06:12 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

Ustaz Azhar Idrus
SINAR semalam menyebut bahawa Pendakwah terkenal, Us Azhar Idrus tidak menjadi ahli PAS.  Maka, seronoklah puak-puak Umno yang sekular itu mendengar berita sedemikian.  Cuma, wartawan tidak bertanya kepada Us Azhar, apakah parti yang beliau pangkah sewaktu Pilihanraya?  Umno atau Bn? 
Aku sokong Us Azhar tidak menjadi ahli PAS, tetapi siapa boleh bertaruh bahawa Us Azhar mengundi Umno/Bn dan tidak mengundi PAS?  Kepada sesiapa sahaja yang sering mengikuti kuliah Us Azhar pasti tahu parti mana pilihan Us Azhar Idrus.  Sebab itu, bak kata Us Azhar sendiri dia tidak pelik jika Umno tidak menjemputnya berceramah atau memberi Kuliah.  Tidak pelik juga beliau sering dijemput oleh PAS untuk memberikan kuliah atau ceramah.

Menjadi ahli PAS tidak wajib pada pendapat aku.  Yang wajib adalah menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.  Aku sendiri pun bukan ahli PAS, tetapi aku merasa satu kewajipan menyokong PAS.  Aku ahli PKR selagi PKR bekerjasama dengan PAS yang dasarnya Islam.  Andaikata PKR menjalinkan kerjasama dengan Umno, aku tidak akan setia dengan PKR dan aku akan keluar parti untuk menyertai PAS. 
Read More / Baca Lagi >>

Umno mula berkeras dengan Shahrizat: Najib keluarkan kata dua dan wanita tunggu EGM

Posted: 11 Feb 2012 06:05 PM PST

Umno mula berkeras dengan Shahrizat: Najib keluarkan kata dua dan wanita tunggu EGM Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua Wanita Umno.
Menurut sumber Umno, Perdana Menteri Najib Razak telah pun memberitahu beliau untuk membuat keputusan dan "jangan paksa saya pecat kamu" untuk jawatan Menteri Wanita beliau. Bagi jawatan ketua Wanita Umno pula, ad aura-ura bahawa beberapa orang pemimpin termasuk timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua Wanita Rafidah Aziz akan memangil mesyuarat luar biasa untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap beliau.
"Sekarang sudah tiada jalan keluar. Yang terakhir adalah apabila anaknya mengeluarkan kenyataan bahawa keluarganya tiada kepentingan untuk melabur untuk kondo-kondo tersebut. Keluarga ini sememangnya salah anggap terhadap persepsi rakyat. Mereka tidak sedar bahawa mereka kelihatan bongkak walaupun jika mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Tetapi Umno sekarang sudah sedia maklum betapa NFC telah memburukkan nama Umno. Shahrizat ibarat bom jangkamasa dan Umno harus mematikan beliau dengan apa cara sekalipun," ujar sumber dalam Umno kepada Malaysia Chronicle.
Read More / Baca Lagi >>

1Care: Healthcare for the people or for the cronies

Posted: 11 Feb 2012 06:04 PM PST

1Care: Healthcare for the people or for the croniesAFTER the massive whacking of Barisan Nasional (BN)'s bid to introduce a 1Care national health scheme (NHS), let's look at the idea from a different and more positive perspective.
The Health Ministry has confirmed that 1Care would entail mandatory monthly contributions from all Malaysians – meaning, the government is going for your pockets, despite paying all kinds of taxes and service charges.
It is extremely illogical, nauseating to say the least, for a "caring" government to even think of asking the rakyat to surrender 10% of their monthly salary to support 1Care.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng upahan UMNO bergaduh dengan kerusi, polis arah batalkan ceramah PKR

Posted: 11 Feb 2012 06:03 PM PST

Gaya mafiaRekod Jalan Kebun Telah Pecah : Di Kg Idaman Ceramah Belum Mula Kerusi Dah Pecah!!!

Apa cer? Game MU Vs Liverpool belum mula, kerusi dah pecah.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Tiga kerusi BN jadi sasaran di N9.....

Posted: 11 Feb 2012 06:01 PM PST


PR
SEREMBAN – Tiga kerusi di Jelebu milik Barisan Nasional (BN) menjadi sasaran Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan untuk dirampas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kali ini.

Ketua pembangkang, Loke Siew Fook berkata, PR meletak harapan tinggi untuk menawan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Parlimen Jelebu, walaupun pada PRU12, mereka gagal memenangi sebarang kerusi di sana.

Sebab itu, katanya, beberapa strategi khas sudah pun dirangka bagi membolehkan misi untuk menawan tiga kerusi berkenaan terlaksana.
Read More / Baca Lagi >>

Buku Cerita Lucah Ini Ditemui Bersepah Di Pahang

Posted: 11 Feb 2012 05:59 PM PST

UMNO Rela 'Cetak Buku Dan Edar' Kepada Pengundi Melayu Supaya Sokong BN Pada PRU-13

                                   Kulit buku, naskah yang diedarkan di sekitar Kuantan itu

 KUANTAN, 11 Feb - UMNO Barisan Nasional nampaknya semakin kemaruk untuk menarik sokongan rakyat terutamanya orang-orang Melayu, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Tidak cukup dengan propaganda di media arus perdana, kini mereka menyebarkan pula buku berjudul "Pilihan Raya Umum Ke-13: Nak Pilih Siapa?" kepada orang ramai di sekitar bandar ini.
Read More / Baca Lagi >>

Punca Rotavirus dikenal pasti

Posted: 11 Feb 2012 05:56 PM PST


makna
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang mengenal pasti punca virus menyebabkan 2,236 kes dengan dua kematian dilaporkan menyerang daerah Hilir Perak dan Batang Padang dalam tempoh dua minggu lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian terperinci dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca wabak berkenaan.

Menurutnya, kes serangan tersebut berpunca daripada penyakit bawaan air dijangkiti sejenis virus, dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes Acute Gastroenteritis (AGE), namun beliau menafikan ia berpunca daripada virus kencing tikus.
Read More / Baca Lagi >>

Electoral graft due to voter expectations, say pundits

Posted: 11 Feb 2012 05:55 PM PST

KUALA LUMPUR, Feb 11 — Voters may not realise it but they are promoting corruption among politicians by demanding handouts, pundits said today.
A political academic, an independent think-tank chief and two lawmakers from opposing sides suggested today that the public is responsible for encouraging politicians to offer handouts in return for electoral support.
Nurul Izzah agreed that people have high expectations of their MP. — File pic
"The rakyat should not have this very high expectation that their MPs should be a Superman …," said Anis Yusal Yusoff, adding "that the MPs have to be there [is] because obviously you are promoting corruption without realising [it]." The Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) principal research fellow said that many Malaysians expect their MPs to give money but when the MP "donates" RM10, he would be criticised for being stingy.
"This is the problem because of that expectation," Anis Yusal said.
However, he said some MPs were partly to be blamed as they liked to behave "as if they are Superman."
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 pada bulan Mac 2012 ... mustahil...Altantuya kembali lagi...!!!

Posted: 11 Feb 2012 05:53 PM PST

Secara umumnya adalah mustahil Najib akan mengadakan PRU13 pada bulan Mac depan, kenapa,,, sekarang dah pertengahan bulan 2,,, tinggal berapa sahaja lagi,,, Namun yang itu semua tak penting,, ada satu isu yang menjadi kenangan mengusik jiwa....


MAHKAMAH

ARKIB : 11/02/2012

Urusan kes rayuan dua tertuduh bunuh Altantuya ditetapkan 9 Mac

PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Rayuan menetapkan 9 Mac depan bagi satu lagi pengurusan kes berhubung rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas sabitan dan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hampir enam tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Tun Mohd Dzaidin Abdulah : Hakim Takut Kepada Tun Dr Mahathir

Posted: 11 Feb 2012 05:52 PM PST


KUALA LUMPUR, 11 Feb[TMI] — Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.
"Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen," kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa "Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman."
Read More / Baca Lagi >>

Pembaziran UMNO@BN

Posted: 11 Feb 2012 05:50 PM PST


Akibat apa yang didakwa sebagai 'ketirisan' dan kelemahan pentadbiran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), lima daripada lapan aset udara pihak berkuasa itu kini tersadai ibarat gajah putih.
Menurut sumber, selain masalah penggantungan operasi aset udara, sepasukan petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah beberapa kali melakukan pemeriksaan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya berkaitan 'Bayaran Insentif Penerbangan' kepada anak kapal yang tidak berkelayakan sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, kelemahan itu antara lain menyebabkan dua pesawat amfibia agensi berkenaan iaitu Bombardier CL415MP dihentikan operasi sejak Disember 2010 manakala tiga helikopter AgustaWestland AW139 berhenti beroperasi mulai September 2011.
Read More / Baca Lagi >>

Salahuddin: Kubu kuat UMNO@BN Johor akan runtuh

Posted: 11 Feb 2012 05:49 PM PST


salahuddin
SKUDAI – Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan dapat menakluki Johor sekali gus memadamkan stigma bahawa negeri itu kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Keyakinan tersebut disuarakan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang diuar-uarkan akan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Salahuddin berkata, persoalan siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Johor jika PR berjaya menakluki negeri ini bukan menjadi matlamat utama mereka.
"Soal siapa jadi Menteri Besar, itu perkara tidak berapa penting. Tetapi apa yang menjadi keutamaan ialah memastikan PR menang di Johor pada PRU13.
Read More / Baca Lagi >>

ANAK : Isa Samad Buat Rumah Terbuka FELDA Sepuluh Kali Lebih Mahal

Posted: 11 Feb 2012 05:47 PM PST



SHAH ALAM 12 FEB : Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad didakwa membelanjakan lebih RM353,000 untuk rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri FELDA tahun lepas, iaitu 10 kali lebih tinggi daripada kos majlis tersebut pada tahun-tahun yang sebelumnya.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman juga mendakwa isteri Isa, Bibi Sharliza Mohd Khalid turut mengadakan satu lagi majlis rumah terbuka yang lain seminggu selepas majlis yang sama diadakan di rumah Isa.
Mazlan berkata, majlis di rumah Isa di Port Dickson pada 10 September lepas dan majlis di rumah Bibi Sharliza di Taman Fatimah Kuala Pilah pada 17 September masing-masing menelan belanja RM353,370 dan RM17,875.
Read More / Baca Lagi >>

Najib sertai Thaipusam perlu fatwa jelas, telus

Posted: 11 Feb 2012 05:46 PM PST


GOMBAK, 11 Feb: "Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri," tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.
Beliau menyatakan ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merayakan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Beliau menyokong tindakan itu dan berharap lebih ramai agamawan tampil menyatakan pendirian.


Baginya, ahli PAS yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali juga harus menyatakan pendirian jika benar mendakwa dirinya pembela akidah umat Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi : BBC minta maaf atas skandal berita berbayar melibatkan Malaysia

Posted: 11 Feb 2012 05:45 PM PST


KUALA LUMPUR, 11 Feb — The British Broadcasting Corporation (BBC) telah berjanji untuk meminta maaf kerana telah menyiarkan program berbayar yang berat sebelah kepada sesetengah negara termasuk Malaysia.
Akhbar UK theIndependent hari ini melaporkan bahawa BBC akan meminta maaf kepada 74 juta rakyat seluruh dunia untuk satu laporan skandal di mana ia disiarkan sebagai program dokumentari yang telah dibayar dalam satu perjanjian dengan satu fima publisiti di London firma.
Menurut The Independent hari ini, pemaafan global oleh BBC dijangka dibaca: "Sebilangan kecil program-program disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011 melanggar peraturan-peraturan BBC bertujuan untuk melindungi integriti editorial kita.
Read More / Baca Lagi >>

Isu sedekah & kanak-kanak

Posted: 11 Feb 2012 05:42 PM PST

Daim - Selesaikan Segera Isu NFC

Posted: 11 Feb 2012 05:39 PM PST

Haji Husam Musa - Seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Kelantan

Posted: 11 Feb 2012 05:31 PM PST

Maldives political crisis continues

Posted: 11 Feb 2012 11:42 AM PST

Tiada ulasan: