MIMPI SENJA |
- Restoran sediakan hidangan pelacur
- Mad Said diberi 3 hari untuk tarik balik kenyataan "PAS Parti Ajaran Sesat"
- Janji Pakatan nak mansuh AUKU sia-sia, mengarut
- Guru besar mati dalam bilik pelacur
- Surat Terbuka kepada Hassan Ali
- 2 YB PKR terlibat skandal pasir - RPK
- PANAS TGH MALAM : Ceramah PR di rumah Ketua Cawangan UMNO ... Zambry Kadiaq mesti bengang hahaha?
- Manohara yang seksi di pub
- PAS sedia timbang kerjasama dengan Zaid Ibrahim - TGNA
- SANTAI SENJA : Gadis ini dikurung dalam bilik air selama 1o tahun
- Kempen desak Anwar saman Eskay, Ummi Hafilda dilancar
Restoran sediakan hidangan pelacur Posted: 09 Feb 2012 11:01 PM PST KUALA LANGAT - Siapa sangka di tengah kebun kelapa sawit di sini wujud sebuah restoran yang bukan saja menyajikan masakan Cina malah mempunyai pilihan untuk mendapatkan 'hidangan tambahan' berupa khidmat seks daripada pegawai perhubungan pelanggan (GRO). Restoran itu baru sebulan beroperasi dan hanya dibina dengan kayu. Ia terletak 500 meter dari jalan besar dan kira-kira 3.5 kilometer dari pekan Jenjarom, Banting. Kegiatan tersebut terbongkar, hasil risikan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sejak seminggu lalu sebelum membuat serbuan pada pukul 8.30 malam kelmarin. - KOSMO |
Mad Said diberi 3 hari untuk tarik balik kenyataan "PAS Parti Ajaran Sesat" Posted: 09 Feb 2012 08:43 PM PST KUALA TERENGGANU: PAS memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu adalah "parti ajaran sesat". Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau. "Tuduhan itu sangat berat," katanya kepada pemberita di sini hari ini pada majlis Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pemimpin PAS negeri Terengganu yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut. Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lalu, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat". Abu Bakar berkata PAS belum menetapkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Ahamd sekiranya Menteri Besar itu gagal menarik balik kenyataan berkenaan. - BERNAMA |
Janji Pakatan nak mansuh AUKU sia-sia, mengarut Posted: 09 Feb 2012 07:04 PM PST Dua pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - yang digantung pengajian April tahun lalu - menyifatkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau akta yang mirip dengannya hanyalah "sia-sia dan mengarut". Sambil menyatakan kekecewaan terhadap tindakan itu, pelajar Fakulti Usuluddin Mohd Faiz Mohd Arsyad berkata janji yang dinyatakan itu "tidak selaras" dengan tindakan kolej - yang dimiliki kerajaan Pakatan Kedah - menggantung pengajian mereka. "Pada kami, janji Buku Jingga sia-sia sahaja. Ia tidak selaras dengan Buku Jingga yang hendak hapuskan AUKU dan akta mirip dengannya. "Tindakan dilihat lebih bersifat mencantas, apabila mereka (mahasiswa) yang ke hadapan, dilarang bersuara dan dinafikan hak itu. Bukan untuk memimpin, rundingan di meja bulat (pun) tidak dibuat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Susulan tindakan itu juga, Mohd Faiz mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu "hampir tidak ada beza" dengan kerajaan Umno-BN, yang didakwanya menafikan hak bersuara mahasiswa. "Sebelum ini Umno/BN, bila mahasiswa bersuara dikenakan AUKU. Di Kedah, kerajaan Pakatan Rakyat, bila mahasiswa bersuara, tindakan yang sama diambil," katanya yang juga presiden Majlis Perwakilan Pelajar KUIN. Mohd Faiz antara lima pelajar KUIN yang digantung pengajian kerana didakwa terlibat dengan demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan kolej Kediaman Ar-Razi April tahun lalu. Menang pilihan raya Beliau digantung pengajian selama dua semester yang berakhir April ini, manakala tempoh penggantungan empat lagi rakannya telahpun berakhir dan telah mengikuti semula pengajian mereka di KUIN. Empat mahasiswa tersebut adalah Muhamad Aiman Ab Razab, Zuki Latif, Ahmad Remy Mohd Arof dan Mohd Azlan Mat Zin - masing-masing digantung satu semester. Sementara itu, ketika dihubungiMalaysiakini, Muhamad Aiman pula menyifatkan janji Pakatan dalam Buku Jingga itu sekadar "hendak menang dalam pilihan raya". "Hendak didik mahasiswa jiwa besar tetapi tunjuk diktator. (Saya lihat) janji Pakatan Rakyat mengarut," katanya yang juga pelajar Fakulti Muamalat yang turut menyatakan kekecewaannya berhubung tindakan penggantungan itu. Sabtu ini, jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat dan memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan memberi penjelasan berhubung isu penggantungan kelima-lima pelajar tersebut. Malah, kedua-dua mahasiswa itu - Mohd Faiz dan Muhamad Aiman (kiri) - menunggu keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Aiman berkata beliau akan menyertai demonstrasi bersama-sama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 19 Februari ini, jika Azizan tidak memenuhi tuntutan menarik balik penggantungan yang menggunakan AUKU atau akta yang mirip dengannya. Manakala Mohd Faiz pula berkata beliau tidak pasti dan belum membuat keputusan sama ada menyertainya ataupun tidak. Ketika ditanya berhubung perancangan mereka sepanjang tempoh penggantungan, Mohd Faiz - yang berasal dari Batu Gajah Perak- bekerja sebagai motivator di sekolah sekitar Butterworth dan Ipoh. Buat bisnes "Sekarang saya buat bisnes sikit. Saya buka (syarikat) konsultan motivasi dengan kawan-kawan," kata Mohd Faiz akan meneruskan pengajiannya bagi tahun keempat Julai ini. Manakala Muhamad Aiman pula berkata beliau juga menjalankan perniagaannya sendiri dengan membekalkan sistem alat pembesar suara untuk majlis tertentu di sekitar Selangor. "Ia masih berjalan. Saya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain," katanya sambil mengikuti kelas pengajian 'Maqasid Syariah' sewaktu tempoh penggantungan. Muhamad Aiman berkata walaupun tempoh penggantungannya sudah tamat, beliau memutuskan untuk menangguhkan pengajiannya selama satu semester lagi bagi "menyelesaikan masalah peribadinya". Bahkan, beliau menafikan tanggapan akan meninggalkan terus pengajiannya di KUIN walaupun menerima tawaran belajar di institusi pengajian lain di ibu negara. "Saya masih sayang dengan KUIN. Prospek KUIN jauh. Semua mahasiswa berebut-rebut menuntut ilmu khususnya bahasa Arab. Saya sayang sangat KUIN," katanya. |
Guru besar mati dalam bilik pelacur Posted: 09 Feb 2012 05:45 PM PST JAKARTA- Seorang guru besar sekolah rendah kerajaan, SD Kemasan, Sugiono, berusia 52 tahun, dijumpai mati di dalam sebuah bilik bersama seorang pelacur di sebuah rumah pelacuran di Kediri, Jawa Timur, petang semalam. Ketua Polis Kendiri Komisioner Adjutan, Wayan Winata berkata, "Kami tidak tahu sebab kematiannya. Kami masih menyiasat kes itu." Wayan berkata, Sugiono baru berurusan dengan pelacur yang bernama Titik Andayani, 27 dan setuju untuk membayar Rp50,000 (RM17) untuk khidmatnya. Mereka menempah sebuah bilik di rumah kepunyaan seorang lelaki, Samiran, 48. "Pelacur itu menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah keluar dari bilik air," katanya. Penghuni rumah pelacuran itu kemudian menelefon doktor dari klinik kesihatan awam Ngasem, tetapi gagal menyelamatkan Sugiono. "Kami sudah siasat tempat kejadian dan tidak menemui bukti (yang mungkin dapat menjadi punca kematiannya), seperti pil dadah atau rangsangan," katanya. Polis sudah menghubungi keluarga Sugiono yang tinggal di Singonegaran, Pesantren, Kediri, katanya. |
Surat Terbuka kepada Hassan Ali Posted: 09 Feb 2012 05:05 PM PST YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati, Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini. Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan Datuk dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Datuk. Saya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan semua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: 'Wacana Islam moderat yang segar'; Kesediaan 'perkongsian kuasa' (power sharing); dan juga 'pengaruh di kalangan rakyat' melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas. Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik 'Dawlah Islamiyyah' (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam 'secara paksaan' seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme). Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih). Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep 'Negara Berkebajikan', PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Datuk dakwa, tetapi ia merupakan satu dinamisme tabi'i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit? Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak Umno dan BN. Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato' untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa'ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato' tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini. Apabila melihat kepada isu 'Negara Berkebajikan' pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen 'Negara Berkebajikan' PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan 'Negara Berkebajikan' merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual 'Negara Berkebajikan' yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Datuk, malah dipandang sinis. Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang 'discursive' PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui 'Kelab Penyokong PAS'. Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Datuk miliki. Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai 'pejuang aqidah yang sebenar!'. oleh Dr Maszlee Malik Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM |
2 YB PKR terlibat skandal pasir - RPK Posted: 09 Feb 2012 04:32 PM PST 2012/02/10KUALA LUMPUR: Raja Petra Kamaruddin mendakwa ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari, kedua-duanya dari PKR terbabit dalam skandal perlombongan pasir di Selangor. Dalam artikel yang disiarkan portal berita Malaysia Today semalam, beliau mendakwa ada unsur rasuah dalam urusan mendapatkan kontrak melombong pasir antara Mat Suhaimi dengan seorang kontraktor menerusi beberapa pertemuan di Pulau Pinang dan Subang serta rakaman perbualan telefon mereka. Beliau mendakwa, Mat Suhaimi beberapa kali meminta wang daripada kontraktor berkenaan antara 15 Ogos 2009 hingga 5 Januari 2010, antaranya RM5,000 untuk perbelanjaan kempen pilihan raya, RM35,000 perbelanjaan Ramadan, RM10,000 jamuan Hari Raya dan RM50,000 yang masukkan dalam akaun bank sebuah syarikat untuk kegunaan pilihan raya. Wang RM50,000 itu dimasukkan ke akaun Affin Bank, Klang menerusi transaksi pada ....... 11 Januari 2010. Pendedahan semalam adalah susulan kepada pendedahan yang disiarkan kelmarin berhubung kematian kenalannya, Datuk Patrick Wong, seorang ahli perniagaan dalam rompakan di kediamannya di Bukit Bandaraya pada 2009 yang didakwa ada kaitan dengan skandal perlombongan pasir. Raja Petra mendakwa Mat Suhaimi turut meminta kontraktor pasir berkenaan bergabung dengan sebuah syarikat, Double Dignity (M) Sdn Bhd dengan Mat Suhaimi serta Amirudin menjadi antara lima pengarahnya dengan bayaran RM5,000. Beliau mendakwa pada 18 Januari 2010, syarikat berkenaan menghantar surat permohonan untuk melombong pasir di kawasan seluas 18 hektar di Dengkil kepada Mat Suhaimi dengan tandatangan sokongan oleh Amirudin. "Apa yang penting, Mat Suhaimi dan Amirudin berdaftar sebagai Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd pada hari yang sama, iaitu 18 Januari 2010 dan ia bukan satu kebetulan. "Ia jelas wang itu adalah bayaran bagi membantu Double Dignity mendapatkan kelulusan daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd untuk melombong pasir di Selangor. Mat Suhaimi memberitahu kontraktor itu perlu membayar segelintir orang dalam Kumpulan Semesta," katanya. Kumpulan Semesta adalah anak syarikat kerajaan Selangor yang menguruskan pengeluaran pasir di negeri berkenaan. Selain itu, rakaman perbualan telefon berkenaan ada menyebut Mat Suhaimi akan berbincang dengan individu yang dikenali sebagai Azmin selepas kontraktor itu meminta bantuan untuk melombong pasir di Batang Kali. Mat Suhaimi kemudian memberitahu, wang RM50,000 itu perlu dibayar kerana Azmin ketika itu sedang mengumpul wang untuk perbelanjaan pilihan raya. Raja Petra juga mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meneruskan siasatan selepas skandal perlombongan pasir di Selangor didedahkan tahun lalu. Sementara itu, Amirudin ketika dihubungi berkata, isu yang didedahkan Raja Petra sudah dijelaskan secara terperinci kepada SPRM pada Julai 2010. "Ini bukan isu baru. Saya juga tidak ada kaitan dalam proses pengeluaran permit pasir kerana surat sokongan yang saya keluarkan adalah berasaskan peraturan dan etika. Oleh itu, ia tidak mempengaruhi keputusan yang dibuat mana-mana pegawai yang bertanggungjawab," katanya. Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga mendakwa tidak pernah mengenali Datuk Patrick Wong dan hanya mendengar nama ahli perniagaan itu beberapa hari lalu. Mat Suhaimi menerusi blog srimuda.blogspot.com pula mempertikaikan kredibiliti Raja Petra kerana gaya penulisan yang bertentangan berbanding sebelum ini. "Dalam dunia hari ini, objek manusia, gambar dan apa saja bahan spin (putar belit) boleh direka cipta dan disolek menjadi seperti asli, apatah lagi dokumen asli untuk maksud lain, boleh disalah guna bagi menjadikan tujuan spin dapat dibuktikan seyakin yang boleh," katanya. - bERITA HARIAN |
PANAS TGH MALAM : Ceramah PR di rumah Ketua Cawangan UMNO ... Zambry Kadiaq mesti bengang hahaha? Posted: 09 Feb 2012 07:46 AM PST Mesti esok Pak Chik ni akan dapat surat tunjuk sebab kenapa dia tak boleh disingkir dari Umno kerana telah membenarkan rumah nya digunakan sebagai tempat ceramah PKR. ... dan pak chik ni juga akan terus menghantar borang penyertaan dalam PKR. hhahahahha Zambry macamana ni? ... Depa dah tak suka kat hang dah ... hahahahaha Wa tabik spring la chegu bard pada lu .... harap akan ada lagi kejadian yang macam ni ... hehehe SUMBER : Twitter CheGu Bard (11.19pm) |
Posted: 09 Feb 2012 05:26 AM PST Manohara Odelia Pinot yang pernah dituduh ingkar/nusyuz dengan bekas suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra sehingga didakwa dirinya turut dirogol kini sudah pon menampakkan diri sebagai seorang yang 'luar biasa'. Luar biasa yang seperti apa? ala suka bersosial, maksudnya dia kini bebas mahu kemana sahaja dia kehendaki. Gambar dibawah adalah gambar terbaru miliknya, namun dia menafikan gambar berkenaan adalah hasil photoshop pihak tertentu, gambar dah cukup jelas, tak kan masih nak menafikan lagi, Manohara yang penuh misteri Lagi gambar di sini |
PAS sedia timbang kerjasama dengan Zaid Ibrahim - TGNA Posted: 09 Feb 2012 04:04 AM PST KOTA BAHARU: PAS bersedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Datuk Zaid Ibrahim jika beliau membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) yang diketuainya. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini kerana partinya boleh bekerjasama dengan mana-mana pemimpin parti politik, demi kepentingan masa depan PAS. "Kalau dengan Cina, India, kita boleh kerjasama, tidak ada sebab kita tak boleh bekerjasama dengan Zaid," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami-Isteri di Balai Islam di sini, Khamis. Zaid melalui blognya baru-baru ini, menyatakan hasrat ..... untuk membubarkan parti itu, walapun mendapat bantahan daripada beberapa pemimpin lain dalam parti berkenaan.Nik Abdul Aziz berkata keputusan muktamad berhubung kerjasama dengan Zaid itu akan diputuskan pucuk pimpinan parti. Mengenai c..Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang mahu Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub bertanding di Johor untuk mengukuhkan kedudukan parti pakatan pembangkang di negeri itu, Nik Abdul Aziz berkata ia terserah kepada Salehuddin dan pucuk pimpinan parti membuat keputusan. Salehuddin yang kini adalah anggota Parlimen Kubang Kerian, dalam laporan akhbar hari ini, berkata beliau tidak berhasrat menjadi Menteri Besar Johor, walaupun sudah berkhidmat lebih 30 tahun dalam parti itu. Beliau dipetik berkata apa yang penting baginya ialah kemenangan dalam pilihan raya.-BERNAMA |
SANTAI SENJA : Gadis ini dikurung dalam bilik air selama 1o tahun Posted: 09 Feb 2012 03:01 AM PST Polis bandar Qalqilya, Tebing Barat, Palestin, membebaskan seorang perempuan 21 tahun yang dikurung ayahnya di bilik mandi berukuran 1 x 1.5 meter selama 10 tahun, Sabtu (21/1/2012). Ayah perempuan bernama Baraa Melhem itu mengakui perbuatannya. Katanya dia mengunci puterinya itu sejak Baraa berusia 11 tahun. Sang ayah berkata, dia mengunci puterinya dengan alasan "perselisihan keluarga". Namun, dia tidak menjelaskan perselisihan seperti apa yang membuatnya mengurung anak perempuannya. Kepada pegawai dinas sosial yang mengurusinya saat ini, gadis itu mengaku dikurung .........selama siang hari dan dikeluarkan dari bilik mandi pada pukul 01.00 hingga 04.00 pagi untuk membersihkan rumah. Kepada Voice of Palestine, Baraa mengatakan, dia digunduli lalu alisnya dicukur oleh ayahnya. Dia hanya boleh mandi sebulan sekali. Kepala dinas kesejahteraan sosial Qalqilya, Azat Maluach, berkata, sesaat setelah bebas dari penyekapan itu, Baraa meminta gula-gula. Gadis itu mengaku selama dikurung dia tidak pernah mendapat makanan manis dalam bentuk apa pun. Baraa sangat takjub dan setengah tidak percaya ketika keluar dari rumah. "Benarkah itu matahari? Apakah itu matahari yang saya impikan? Tanyanya kepada pegawai. Menurut Maluach, ketika polis membebaskannya, gadis itu tidak percaya. "Dia kata kepada kami, dia tidak pernah melihat siang hari selama sembilan tahun," kata Maluach seperti dikutip Ynetnews, Minggu (22/1/2012). Gadis itu juga terkejut melihat begitu ramai orang. "Apakah orang-orang itu yang saya dengar di radio?" tanyanya. "Di dalam rumah itu terdapat dua bilik mandi dan dia dikurung di salah satunya. Di situ juga dia makan. Dia juga mencuci baju di situ. Satu-satunya kenalan dia dengan dunia luar adalah radio yang ditinggalkan ayahnya," ungkap Maluach. Radio itu juga menjadi satu-satunya hiburan baginya. Dari radio itu dia mengetahui bahawa dia berbintang Leo yang bererti dia mempunyai personaliti yang berapi-api. "Begitu kami membebaskannya, dia menangis dan minta bertemu dengan ibunya. Kami menghubungi ibunya, yang akan datang dan memeluk serta menenangkan dia (Baraa)," lanjut pegawai dinas sosial itu. Kedua-dua orang tuanya bercerai ketika dia berusia empat tahun. Hak asuh diberikan kepada ayahnya. Baraa tinggal bersama ayah dan ibu tirinya. Kerana ayahnya, disebut bernama Hassan Melhem, berkewarganegaraan Israel, polis Palestin menyerahkannya kepada pihak berkuasa Israel. Dia akan diadili oleh mahkamah Israel pada Rabu (25/1/2012). Selama dikurung, Baraan dipukul dan jarang diberi makan. Dia hanya diberi sehelai selimut, sebuah radio, dan sebilah silet. Oleh ayah dan ibu tirinya, dia disuruh membunuh diri sendiri. "Saya tidak membenci ayah. Namun, saya membenci yang dilakukannya kepada saya. Mengapa dia melakukannya? Saya tidak memahaminya," ujarnya. Menurut gadis itu, penyekapannya bermula ketika dia melarikan diri dari rumah ketika dia berumur 10 tahun. Polis kemudian membawanya pulang. Saat itu ayahnya memaksa dia menandatangani kenyataan bahawa dia tidak mahu kembali ke sekolah. Kini Baraa tinggal dengan ibu kandungnya di Maysoun, sebuah penempatan Arab di Jerusalem. "Sekarang saya bahagia. Kehidupan saya bermula," ujarnya. Sumber kompas.com |
Kempen desak Anwar saman Eskay, Ummi Hafilda dilancar Posted: 09 Feb 2012 12:44 AM PST 2012/02/09 BUKIT MERTAJAM: Kempen mengutip tandatangan daripada rakyat bagi mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menyaman Datuk Shazryll Eskay Abdullah, Ummi Hafilda Ali dan Wall Street Journal (WSJ) di lancarkan di sini, sebentar tadi. Pelancaran kempen yang akan diadakan di seluruh negara selama dua bulan itu dilakukan bekas Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md Arip. Kempen itu dilancarkan di Parlimen Permatang Pauh iaitu kawasan diwakili oleh Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR). Desakan saman terhadap Shazryll Eskay dan Ummi Hafilda adalah berikutan tuduhan salah laku seks Anwar,manakala WSJ adalah berkaitan laporannya yang memetik kenyataan Anwar untuk mempertahankan Israelv- BH |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan