Kelab Greenboc |
- Bukankah Ini Nyata Shahrizat Seorang Pendusta?
- Isu Lama Dimainkan Semula Menjelang PRU Di Selangor
- TG Nik Aziz Libas Komen Fuad Zakarshi
- Skim Kesihatan 1Care Zalim Terhadap Rakyat – Boon Chye
- [Bergambar] Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hanya Di Malaysia
- Hadiah Tudung Percuma Sempena Hari Kekasih
- Zentrum: SPR Tidak Perlu Takut Pada Pemerhati Luar
- Akhlak Rendah Papagomo & Dua Lagi Blogger UMNO Diadukan Kepada SKMM
- Dapur Restoran Burger King Di Shah Alam Terbakar
- Lagi Kes Kejadian Kereta Terbakar Berlaku
Bukankah Ini Nyata Shahrizat Seorang Pendusta? Posted: 10 Feb 2012 12:57 AM PST SPRM sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela Meskipun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mendakwa dirinya secara sukarela meminta untuk disoal-siasat, namun Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa Shahrizat dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan. Shahrizat Jalil, juga Ketua Wanita UMNO kembali bertugas di Kementeriannya pada hari ini selepas bercuti tiga minggu, berada di ibu pejabat SPRM pada jam 4 petang tadi, dipercayai ada kaitannya dengan siasatan isu National Feedlot Corporation (NFC). Menurut laporan The Star Online, Shahrizat mendakwa dirinya secara sukarela memohon untuk disiasat SPRM, melalui satu pesanan ringkas (sms) kepada wartawan media itu. "Excuse me !! I am here at SPRM willingly. Have requested to be questioned and investigated so that no stone is left unturned. Enuff of wild allegations!" (Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya meminta untuk disoal-siasat agar siasatan itu dilakukan secara menyeluruh. Cukuplah tuduhan liar!) Namun demikian, ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 6 petang, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali (gambar kiri) mengesahkan bahawa Shahrizat dipanggil untuk memberi kenyataan. Wartawan menyusul dengan memetik laporan The Star Online, bahawa Shahrizat mendakwa dirinya yang minta untuk disoal-siasat. "Saya tak tahu apa dia cakap. Yang saya tahu dia dipanggil untuk beri kenyataan," kata Mustafar Ali. Bagaimanapun, apabila ditanya apakah soal-siasat ini berkaitan dengan isu NFC, beliau menamatkan perbualan sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan. Shahrizat Abdul Jalil adalah isteri kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Mohamed Salleh Ismail, dan anak-anak mereka juga terlibat untuk menyandang jawatan dalam syarikat berkenaan. Sebelum ini, beberapa orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendedahkan penyalahgunaan wang melalui NFC, dengan menyasarkan Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat yang enggan tunduk kepada tekanan pada awalnya, bagaimanapun mengambil cuti selama tiga minggu, mulai 12 Januari 2012 untuk memberi laluan kepada siasatan SPRM. *Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. |
Isu Lama Dimainkan Semula Menjelang PRU Di Selangor Posted: 09 Feb 2012 10:23 PM PST Wan Syahinur 'Main' Isu Lama Di Selangor - Rafizi PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata kes rasuah, curi pasir dan pembunuhan berprofil tinggi yang didakwa sebagai isu besar di Selangor oleh Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh adalah isu lama. Tetapi katanya, jika ada bukti baru tentang kesemua isu yang dikatakan berlaku di Selangor itu, sila hantar kepadanya dan beliau sendiri akan meminta kerajaan negeri menyiasatnya. Malah kata Rafizi lagi, kerajaan negeri Selangor sentiasa bersikap terbuka untuk mana-mana pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan berterusan terhadap mereka yang didakwa terbabit dengan sebarang kes penyelewengan di negeri itu. "Kerajaan negeri telah bersikap terbuka untuk sesiapa sahaja menjalankan siasatan terhadap kes-kes tersebut. "Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas membuat siasatan, malah stesen TV pun ada yang sudah siasat," katanya ketika dihubungi mStar Online. Menurut Rafizi, adalah tidak wajar untuk Wan Shahinur atau pihak tertentu untuk menyamakan kes-kes tersebut dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (PFN) yang baru dan mendapat perhatian rakyat. "Isu PFN adalah isu baru yang tidak pernah ada cubaan untuk mendedahkan menyelewengannya sebelum ini. "Berbeza, sampai tak ada keterbukaan dalam siasatan (bongkar penyelewengan). Kita pula yang kena upah penyiasat persendirian," jelasnya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Shahinur pada Rabu yang menasihatkan beliau supaya memberi fokus kepada tiga kes lebih besar di Selangor berbanding isu projek PFN yang di luar bidang kuasanya. Mengulas lanjut kenyataan Wan Shahinur itu, Rafizi berkata, pengarah NFCorp tersebut sepatutnya menjawab tentang pendedahan terbaru pembangkang berkaitan pembelian kondominium di Singapura. Katanya, penjelasan Wan Syahinur mempunyai kaitan dengan persepsi masyarakat terhadap Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Barisan Nasional (BN). "Kenapa langsung tak sebut tentang pembelian kondo? Kalau saya tak betul, dia boleh saman saya mungkin lagi beberapa juta. "Bila dia tak boleh jawab, dia cuba main politik tapi dia bukan orang politik. "Ada sesetengah kes seperti curi pasir adalah masalah yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu, nanti mereka juga yang malu," katanya. Rafizi berkata, pihaknya bersedia jika terdapat pihak yang ingin tampil bersama bukti untuk dikaitkan dengan penyelewengan atau kes-kes tertentu di Selangor. "Kalau ada bukti boleh bawa kepada saya sendiri, kerajaan atau polis, saya tak ada masalah. Kalau siasatan dijalankan dan mendapati kita salah, kita reda dan terima," tegasnya. Pada Rabu, PKR sekali lagi membuat pendedahan terbaru berhubung skandal PFN apabila mendakwa keluarga Shahrizat membeli dua unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura bernilai lebih RM34.56 juta. -mstar Isu pasir: SPRM sudahpun siasat saya, kata ADUN PKR Ulasan GB Sekarang ini semacam wujud satu fenomena baru iaitu mewujudkan isu-isu lapuk untuk memburukkan imej kerajaan PR Selangor seperti siu pasir, isu gambar bogel Elizabeth Wong dan sebagainya menjelang PRU13 di dalam misi UMNO BN Tawan Selangor. Mereka ketandusan isu, lantas cuba "menggilap" isu lama dengan harapan rakyat terpedaya. Maka diperalatkan Pengarah Eksekutif NFCorp dan RPK yang sekarang ini tersepit dengan pelbagai skandal dan isu yang melanda mereka berdua. Mereka berdua (Wan Shahinur &RPK) seperti "disuruh" oleh pihak tertentu untuk membangkitkan isu berkenaan. |
TG Nik Aziz Libas Komen Fuad Zakarshi Posted: 09 Feb 2012 07:10 PM PST Menjawab komen Fuad Zakarshi Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat. Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah. Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel. Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini. Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama. Sebaiknya Fuad dapat berjumpa sendiri Anwar jika benar ingin mencari pencerahan. Kerana Anwar pernah jadi ketuanya. Justeru adalah sesuai kalau dia ingin mencari kebenaran, baik sahaja pergi beribadat di masjid. Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid. Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai––banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya––menjadi waras selari dengan otak sekular. Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah. Mana ada hak bagi manusia seumpama Fuad Zakarshi untuk mentarbiyah orang lain, sedangkan dia sendiri sedang menganut ideologi yang bercanggah dengan keredhaan Allah SWT. -HD |
Skim Kesihatan 1Care Zalim Terhadap Rakyat – Boon Chye Posted: 09 Feb 2012 06:17 PM PST Keputusan Kementerian Kesihatan mewajibkan rakyat Malaysia menyertai skim penjagaan kesihatan 1 Care membuktikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak zalim kepada rakyatnya sendiri, kata Pengerusi Biro Sains dan Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye. "Sistem 1 Care ini membuktikan betapa zalimnya pentadbiran Najib kerana beliau tahu majoriti rakyat terutamanya persatuan perubatan menolak skim ini. "Harus diingat yang membantah skim ini adalah mereka yang terdiri dari pakar perubatan yang sangat memahami dunia perubatan dan sudah tentu bantahan mereka ini berasas," tegasnya. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Nasional (NHF) Kementerian Kesihatan, Dr Rozita Halina Hussein bahawa rakyat diwajibkan menyertai skim itu. Menurutnya, beliau juga mendapat maklumat kerajaan bakal merangka uang undang-undang berkaitan National Health Financing Authority, sebuah perbadanan yang menjalankan kutipan gaji rakyat untuk membayar hospital terpilih yang ditetapkan kerajaan. "Perbadanan yang bertindak sebagai orang tengah ini jelas merugikan rakyat kerana rakyat diwajibkan membayar kepadanya, selain kebebasan memilih untuk mendapatkan rawatan terhad kerana ia hanya diputuskan perbadanan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Gopeng. Tegas beliau, kerajaan sepatutnya menumpukan usaha meningkatkan kemudahan di hospital kerajaan agar setanding dengan hospital swasta, berbanding sibuk mewajibkan rakyat menyertai skim berkenaan. Sehubungan itu Boon Chye berkata, beliau akan memastikan isu itu dibahaskan sepenuhnya dalam sidang Parlimen akan datang. Pengamal perubatan sebelum ini membantah skim kesihatan 1 Care kerana ia mengenakan potongan 10 peratus daripada pendapatan individu kepada skim berkenaan. Berdasarkan cadangan itu juga, individu hanya boleh dirawat seorang doktor di kawasan mereka dan tidak dibenarkan memilih doktor lain serta dihadkan jumlah mendapat rawatan sebulan. -KD 1CARE diwajibkan untuk semua rakyat M'sia klik untuk baca |
[Bergambar] Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hanya Di Malaysia Posted: 09 Feb 2012 04:00 PM PST Gambar-gambar berikut untuk kita gunakan untuk merehatkan minda kita dari terlalu serius memikirkan sesuatu isu. Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Saksikan: klik untuk baca |
Hadiah Tudung Percuma Sempena Hari Kekasih Posted: 09 Feb 2012 08:44 AM PST NGO Islam Lancar Kempen Menutup Aurat KUALA LUMPUR – Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa (Gemar) yang dianggotai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengedarkan tudung percuma dan mengedarkan risalah menutup aurat kepada orang ramai pada 11, 12 dan 14 Februari ini di Pulau Pinang. Gemar melalui satu kenyataan media memberitahu, aktiviti itu antara program yang terkandung dalam `Operasi Sayangi Remaja' yang akan diadakan oleh gerakan itu bersempena sambutan Valentine' s Day pada 14 Februari ini. "Gemar akan turun beraksi di lapangan pada 11 dan 12 Februari ini. Kawasan yang dipilih adalah di Pantai Jerjak, Queensbay dan Hentian Rehat Pantai Bersih, Bagan Ajam. Kemuncak acara ini adalah pada 14 Februari 2012 iaitu majlis pelancaran Gemar di Masjid At-Taqwa Bertam Pulau Pinang," kata kenyataan itu hari ini. Menurut kenyataan itu, NGO yang menyatakan komitmen untuk menyertai Gemar adalah IKRAM, NISA' Pulau Pinang, Kelab Remaja Lestari, Ikatan Persaudaraan Muslimah Pulau Pinang (Salimah), Aktivis Pengupayaan Insan (API), Komuniti Suara Kehidupan dan Qaryah Masjid At-Taqwa Bertam. Jelas kenyataan itu, Valentine's Day tidak selari dengan syariah Islam dan dicemari dengan konsep yang mengajar orang ramai untuk memuja kekasih secara berlebihan dan Gemar diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Islam khususnya. – mynewshub Tukar sambutan 'Valentine' kepada Hari Suami Isteri |
Zentrum: SPR Tidak Perlu Takut Pada Pemerhati Luar Posted: 09 Feb 2012 07:45 AM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak seharusnya bersikap curiga dan takut terhadap pemerhati luar dalam memastikan sebuah pilihanraya yang adil dan bersih dapat dijalankan di negara ini. Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengasas Zentrum Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berhubung kenyataan SPR yang menolak kedatangan pemerhati asing pada pilihanraya akan datang. "SPR bukan sahaja perlu menjadi sebuah institusi yang berperanan menyuburkan demokrasi malah ia perlu bersifat lebih terbuka untuk memahami nilai demokrasi sepenuhnya. "Jadi kenyataan SPR terhadap badan pemerhati luar sebagai tidak penting, jelas bertentangan dengan aspirasi transformasi yang dibawa oleh kerajaan sendiri," "Apakah ketakutan yang ada pada SPR untuk meragui dan mengesyaki badan-badan pemerhati ini sebagai agen-agen pihak tertentu yang mampu mencederakan proses pilihanraya yang bakal dijalankan? sudah pasti ianya tidak akan berlaku,"katanya ketika dihubungi TVSelangor. Semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini. Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Abu Hassan mengingatkan SPR untuk berfungsi sebagai sebuah institusi profesional bagi mengurus perjalanan pilihanraya yang adil, bersih selain merayakan demokrasi segar dan bukannya bertindak diluar bidang kuasa suruhanjaya tersebut "SPR tidak boleh mencampuri kepentingan dan keuntungan politik mana-mana pihak, tidak kira parti A mahupun parti B. "Sikap berpihak kepada mana-mana, bakal menyaksikan SPR sebagai satu badan yang mungkin akan disalahkan oleh rakyat pada masa hadapan sekiranya negara kita ketinggalan dalam aspek merayakan demokrasi,"katanya. -tvsnews Sekat pemerhati luar: SPR cuba sembunyikan sesuatu? - Nik Amar Ulasan GB GB sudah ulas pagi tadi. Petikan: Mengapa SPR takut dengan "pemerhati asing" jika benar pilihanraya di negara ini adil dan telus sepertimana yang didakwa? klik untuk baca |
Akhlak Rendah Papagomo & Dua Lagi Blogger UMNO Diadukan Kepada SKMM Posted: 09 Feb 2012 05:56 AM PST Laporan SKMM terhadap Umno Online, blog pro-Umno Pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari hari ini membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman web rasmi Umno, Umno Online dan blog pro-Umno Pisau.net dan Papa Gomo. Laporan ini dibuat ekoran serangan berterusan laman web dan blog tersebut terhadap anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang difitnah sebagai pencabul kehormatan seorang pelajar perempuan. "Saya telah diarahkan untuk membuat aduan kepada SKMM atas perkara ini kerana penerbitan dan penyiaran artikel-artikel palsu dan fitnah oleh Pisau.net, Umno-Online dan juga Papa Gomo merupakan suatu kesalahan di bawah, antara lainnya, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau turut menjelaskan contoh artikel yang berunsur fitnah dan sindiran tersebut. "Sebagai contoh terbaru, saya memetik daripada artikel Papa Gomo pada 7 Februari 2012 yang bertajuk "Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL – Ibrahim Ali", di mana Papa Gomo telah membuat sindiran berikut: "Psssttt.. Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetek… Memang SIAL". Motif jelik dan keji "Adalah jelas di sini bahawa laman-laman web seperti Papa Gomo mempunyai motif jelik dan keji serta sanggup melakukan apa-apa termasuk memainkan sindiran yang bukan sahaja memfitnahkan Ketua Menteri tetapi juga memangsakan seorang kanak-kanak dalam usia persekolahan yang tidak bersalah," kata Zairil di dalam satu kenyataan media. Pada bulan Oktober tahun lepas, terdapat desas desus bahawa anak Guan Eng telah ditukarkan sekolah gara-gara mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di sekolah lamanya. Laman-laman web tersebut, termasuk laman web rasmi Umno iaitu Umno-Online, telah mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam. Bagaimanapun, tuduhan tersebut telah disangkal oleh 'pelajar perempuan' tersebut yang dikenal pasti sebagai jaguh catur Hong Kong yang kini berada di Britain. "Anya Corke, telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah sesekali pun bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya," jelas Zairil. Ini diikuti oleh pengesahan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin bahawa tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri dengan apa-apa kejadian sedemikian. Pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, juga telah menafikan kejadian itu. Meskipun demikian laman web dan blog yang dinyatakan di atas tetap meneruskan serangan dengan memaparkan laporan berunsur fitnah dan palsu di laman mereka. -FMT Akhlak rendah blogger pro-UMNO, pelajar sekolah terus jadi sasaran fitnah mereka klik untuk baca |
Dapur Restoran Burger King Di Shah Alam Terbakar Posted: 09 Feb 2012 03:47 AM PST Shah Alam - Hampir 50 peratus bahagian dapur sebuah restoran makanan segera di Taman Sukan X-treme, Seksyen 13 di sini terbakar hari ini. Gambar NST. Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Penyelamat Seksyen 15 Muhammad Azhar Mahidin berkata kebakaran pada pukul 10.26 pagi itu dipercayai berpunca daripada saluran asap pada bahagian bumbung restoran berkenaan. Kejadian disedari orang awam yang ternampak kepulan asap hitam di bahagian bumbung restoran sebelum memaklumkannya kepada pekerja restoran yang menghubungi bomba. "Ketika kejadian, dua pelanggan dan enam pekerja berada di restoran itu namun mereka hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh orang awam. Kesemuanya berjaya menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita. Muhammad Azhar berkata api berjaya dikawal daripada merebak ke dua lagi restoran makanan segera serta sebuah bilik suis Tenaga Nasional Bhd. Muhammad Azhar berkata tiga jentera bomba bersama 17 anggota dari balai Pelabuhan Klang, Kota Anggerik dan Shah Alam terbabit dalam operasi mengawal dan memadam kebakaran itu. Kebakran berjaya di kawal pada pukul 11.15 pagi, katanya. Muhammad Azhar berkata operasi kesemua restoran itu ditutup buat sementara waktu untuk siasatan lanjut. Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata ketika kejadian, dia dan rakan sekerjanya melakukan rutin tugasan masing-masing dan tidak menyedari premis itu sedang terbakar. "Kami terkejut apabila dimaklumkan dan bertindak keluar dari restoran bersama dua pelanggan. Kebakaran pada bahagian atas, jadi sukar untuk kami menggunakan alat pemadam kebakaran," katanya. -BERNAMA |
Lagi Kes Kejadian Kereta Terbakar Berlaku Posted: 09 Feb 2012 02:51 AM PST Misteri empat kereta terbakar SUBANG JAYA -"Jiran ketuk rumah berkali-kali memaklumkan kedai runcit yang diusahakan saya di tingkat bawah pangsapuri Seri Nipah, Subang Mas di sini terbakar. Namun sebaik tiba di bawah saya terkedu melihat kereta Proton Iswara milik saya sebenarnya yang terbakar," kata Mohd Nazim Nasaruddin, 28, salah seorang daripada empat pemilik kereta yang musnah terbakar, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, Mohd Nazim berkata, sebaik diberitahu oleh jirannya mengenai kejadian, dia bergegas meluru ke tingkat bawah pangsapuri. "Sampai sahaja di tingkat bawah, saya lihat kereta jenis Mini Cooper yang diletakkan betul-betul di depan kedai runcit diusahakan sudah musnah terbakar. "Bimbang api merebak ke kereta saya yang diletakkan bersebelahan, saya kemudian mengambil keputusan mengalihkan kereta ke tempat lain tetapi perbuatan itu ditegah penduduk lain," katanya ia berikutan kedengaran bunyi letupan dari kereta yang musnah terbakar. Mohd Nazim berkata, dia cuba memadamkan api yang mula merebak ke keretanya dan dua kereta lain menggunakan pakaian yang terdapat di dalam kereta. "Apabila merasakan keadaan mulai selamat, saya terus mengalihkan kereta ke tempat lebih selamat. "Kejadian menyebabkan saya kerugian ribuan ribu ringgit, namun bersyukur ia tidak merebak hingga ke kedai runcit diusahakan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu disedari oleh salah seorang peniaga kedai makan berhampiran. Katanya, pekerja restoran itu memaklumkan terlihat kepulan asap keluar dari sebuah kereta menyebabkan dia bingkas mendapatkan bantuan dan berusaha memadamkan api. Tambahnya, saksi memaklumkan kebakaran bermula dari bahagian enjin kereta jenis Mini Cooper sebelum merebak ke tiga lagi kereta bersebelahan. Punca kebakaran dipercayai daripada litar pintas yang berlaku di bahagian enjin kereta itu. "Empat kereta yang musnah terbakar termasuk kereta jenis Proton Iswara, Mini Cooper, Toyota Corolla, dan Perodua Kelisa. Kerugian dianggarkan melebihi RM200,000. "Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur khianat dan setakat ini ia diklasifikasikan sebagai kes bencana," katanya. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan