Siulan Apadianie |
MANTOYA 2 : Bab 8: BILA GOLF LEBIH PENTING DARI PETANI Posted: 09 Feb 2012 04:36 PM PST Kalau zaman dahulu bila disebut sahaja Pedu,cukup untuk membayangkan betapa ketinggalanya kawasan tersebut kerana jauh di pendalaman negeri Kedah. Kini terdapat usaha kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan.Memang ada wajarnya tempat yang dianggap 'hulu' itu dibangunkan.Tapi apakah tempat tersebut dibangukan dengan perancangan yang mengambil kira kesan ekologi serta kesan terhadap petani miskin yang terdapat di negeri Kedah,menjadi persoalan besar untuk dirungkaikan. Semacam tidak boleh dipanggil kerajaan BN jika pembangunan (kononya) yang mereka laksanakan itu tidak menyusahkan rakyat.Dalam memajukan Empangan Pedu sebagai salah satu destinasi pelancongan ini 63 ribu keluarga petani yang terdapat di negeri Kedah dan Perlis yang bergantung kepada empangan tersebut sebagai sumber air akan terjejas pendapatan mereka .Projek pelancongan termasuk pembinaan padang golf 18 lubang di Empangan Pedu ini mnegakibatkan 97 ribu hektar sawah dibawah pengawasan MADA menghadapi masalah bekalan air dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Jabatan Alam Sekitar telah menetapkan bahawa projek pembinaan tempat peranginan dan rekreasi itu hendaklah dibina di atas paras limpahan air iaitu 320 kaki.Sebahagian besar padang golf yang dibina disitu (seluas 50 hektar) berada dibawah dari paras 305 kaki hingga 290 kaki.Ini menyebabkan paras air terpaksa dikurangkan di bawah paras 290 kaki.Akibatnya para petani yang terpaksa tanggung akibat. Projek berharga kira0kira RM35 juta itu dilaksanakan oleh PERNAS-OUF Sdn Bhd melalui syarikat pembinaanya Prespec.Tentunya projek yang hebat serba-serbinya ini bukannya untuk penduduk Pedu. Projek peranginan dan padang gof ini akan menjadi tempat rehat tauke-tauke dari merata tempat.Kalau ada orang-orang sekitar Pedu yang ingin merasa bahaimana menghayun kayu golf bolehlah dianggap sudah buang tabiat.Lebih baik bagi mereka hayun cangkul dan tajak untuk memajukan tanah pertanian dari menghayun kayu golf. Habis apa manfaatnya untuk penduduk disekitar itu? Peluang Pekerjaan ? Ya,peluang yang paling baik bagi anak-anak muda ialah ambil upah tanggung kayu golf untuk taule-tauke dari Singapura dan Hong Kong.Pendek kata dari zaman penjajahan Inggeris sampai zaman 'penjajahan BN' tak habis-habis anak-anak Melayu jadi pecacai tauke-tauke dan orang asing.Inilah nasib yang terpaksa ditanggung oleh bangsa Melayu dibawah kerajaan BN. Mengenai nasib beribu-ribu petani dikawasan terbabti tentulah malang sekali, akibat kekurangan air. Hasil padi pastinya merosot atau langsung tak menjadi. Matlamat pembinaan empangan Pedu adalah untuk manfaat para petani.Tiba-tiba kerajaan memesongkan tujuanya untuk dijadikan pusat pelancongan pula.Apakah industri pelancongan yang memberi manfaat kepada segelintir orang-orang kaya itu lebih penting dari petani seluruh negeri Kedah. Tidak cukupkah sekian banyak pusat-pusat pelancongan yan terdapat di Malaysia,khusunya di negeri Kedah ini.Rakyat Malaysia,siang malam pagi petang kerja mereka dok melancong aje kah sampai tak cukup tempat-tempat pelancongan yang ada? Projek memajukan empangan Pedu sebagai tempat pelancongan ini juga didakwa telah mendapat bantahan keras dari pihak MADA sendiri.Namun bantahan mereka tidak dilayan.Kalau pandangan pihak yang berwibawa sendiri diketepikan maka siapalah lagi yang akan dihormati pandangan mereka oleh sebuah kerajaan yang keras kepala ini? Rakyatlah yang harus memikirkan sendiri... - Tamat Bab 8... usinkata; Ramai yang sudah tahu resort ini sudah di tutup sepenuhnya..carian didalam internet/blog..perincian penutupan resort tersebut.. PEDU: Tasik Pedu sudah melabuhkan tirainya sebagai tempat tarikan pelancong dengan penutupan dua hotel terakhir di situ. Iaitu Mutiara Pedu Lake Resort dengan 260 buah bilik, yang ditutup pada 8 Januari, seminggu selepas Desa Utara Resort ditutup. Pihak pengurusan terpaksa berbuat demikian kerana perniagaan sangat teruk. Hotel ketiga, Anjung Pedu Resort milik kerajaan negeri, telah ditutup beberapa tahun lalu. Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Negeri, Ammar Abd Ghapar berkata Tasik Pedu pada satu ketika menjadi pilihan pelancong dari Taiwan dan Singapura, tetapi bilangannya menurun sehingga sangat sedikit dalam enam tahun lepas. Masalah utama ialah kurangnya promosi, dan penemuan kubur di dasar Tasik Pedu, yang telah terdedah ketika kemarau lebih setahun yang lalu. "Bilangan pelawat sudah menurun tetapi ia menjadi bertambah buruk selepas berita kubur tersebut merebak," beritahu Ammar. "Ramai pelancong dari Taiwan dan Singapura agak was-was, mereka enggan pergi ke tasik tersebut." Kemarau yang melanda juga menghalang aktiviti sukan air, yang pada satu ketika amat popular di tasik tersebut. Bekas Ketua Keselamatan Mutiara Pedu Lake Resort Rani Dahaman memberitahu yang resort tersebut mengalami kerugian sebanyak RM1 juta setahun. Kesemua 66 pekerja resort telah diberhentikan pada 14 Jan, dan telah diberi dua bulan gaji sebagai pampasan. Kerajaan bangunkan Tasik Pedu sebagai destinasi pelancongan pada tahun 1992. Tasik seluas 120 hektar terletak 50km dari Kuala Nerang, pekan terdekat, dan 5km dari sempadan Malaysia-Thai. Mutiara Pedu Lake Resort bermula sebagai Holiday Inn Pedu Lake Resort dalam tahun 1994. Mutiara Hotels & Resorts mengambilalih tempat tersebut dalam tahun 1999. |
You are subscribed to email updates from Apadianie... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan