Nuffnang

Pengikut

MiLo SuaM

sumber :-

MiLo SuaM


Dr Badrul Amin nafi sekeras-kerasnya dakwaan beliau ditangkap khalwat

Posted: 25 Feb 2012 04:36 PM PST


SAYA menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

 

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

 

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.  Walau bagaimanapun  pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

 

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

 

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

 

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

 

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

 

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

 


Dr. Badrulamin Bahron



ReJaM© "Anda nilaikan sendiri... "

Ustaz Dr Badrul Amin ditangkap khalwat dengan bini orang?

Posted: 25 Feb 2012 08:47 AM PST

SEJAK semalam, hampir semua pimpinan KEADILAN telah berkumpul di Kuantan Pahang untuk sama-sama menyertai Himpunan Anti Lynas, atau lebih dikenali sebagai Himpunan Hijau yang bakal diadakan Ahad ini.

Kesemua pimpinan Keadilan, termasuk Anwar Ibrahim menginap di Hotel Swiss Garden Resort & Spa di Kuantan. Dr Badrul Amin yang hadir bersama isteri beliau, Ina juga menginap di hotel yang sama, bersama-sama semua pimpinan KEADILAN.

Dato' Seri Anwar Ibrahim mewajibkan kesemua pimpinan menyertai proram Temu Rapat, selama 3 hari yang diadakan di Hotel tersebut.

Tiba-tiba, kita digemparkan dengan cerita kononnya Ustaz Badrul Amin ditangkap khalwat bersama-sama isteri orang di hotel tempat beliau menginap.

Melompat-lompat blogger-blogger United Malays No Otak, Umno menyebarkan cerita ini. Cerita ini dihangatkan lagi dengan sebaran TV3 Al-Musyrikin pukul 8 malam tadi tanpa menyebut nama Ust Dr Badrul Amin.




ReJaM© sendiri pada waktu ini berada di Kuantan bersama-sama para pemimpin KEADILAN yang lain dan menginap di hotel yang sama. Namun pagi tadi Dr Badrul Amin kelihatan bersahaja bersama pimpinan yang lain.

Jika benar Ust Badrul Amin berkhalwat dengan bini orang, dan lengkap dengan segala bukti, maka pihak JAIP harus mendakwa beliau. Tiada kompromi dalam hal ini dan jika beliau didapati bersalah, beliau juga wajib meletak jawatan atau dipecat dari KEADILAN.

Persoalan-persoalan:

Adakah Dr Badrul Amin memilih untuk berbuat jahat di kala beliau bersama-sama menginap dengan hampir semua pimpinan KEADILAN di Hotel yang sama?

Jika beliau ada niat berbuat jahat, mengapa beliau membawa isterinya bersama-sama ke Kuantan?

Mengapa Ust Badrul tidak dibawa ke balai Polis? Kerana pagi tadi beliau dilihat ada bersama-sama pimpinan yang lain.

Jika benar beliau ditangkap khalwat, sudah tentu berkerumun wartawan akan ke Balai Polis untuk membuat liputan. Sudah tentu sekurang-kurangnya gambar beliau di Balai Polis akan disiarkan di TV3 Al-Musyrikin sebagai peluru "emas".


ReJaM© " kita nantikan apa kata beliau sendiri... "

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT