Rabu, 22 Februari 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Pihak Westport dakwa kapal Israel cuma singgah, tidak berdagang

Posted: 21 Feb 2012 06:21 PM PST

BELUM selesai kita dengan isu dua buah kapal Israel, ZIM U.S.A dan ZIM Atlantic yang dilihat berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang tempoh hari rujuk sini [bukti video]

Meskipun blogger-blogger United Malays No Otak, Umno cuba nak putar belit cerita, bukan kapal Israel lah, bukan dari Israel lah, bukan syarikat Israel lah, akhirnya pihak Westport, Port Klang mengakui kesahihan kisah kapal Israel ini.

Pihak Westport, Port Klang melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengakui kehadiran Kapal Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd yang berlayar dari Israel [Sinar].

Namun beliau mendakwa tiada sebarang urusniaga berlangsung kerana kapal tersebut hanya singgah sahaja rujuk screenshot di bawah.




Jingga 13 yang menyiasat kehadiran kapal-kapal Israel ini sedari awal sudah menduga isu ini akan diputar belit dengan berbagai cara maka Jingga 13 sudah "sediakan payung sebelum hujan".

Namun apa yang jelas putar belit blogger United Malays No Otak sudah terkantoi dengan kenyataan pihak Westport ini. Tanpa pengakuan pihak westport sekalipun, dokumen, gambar dan video sudah jelas mengesahkannya.

Sekarang giliran pihak Westport pula akan kita bongkarkan penipuan mereka. Jingga 13 memiliki video dan gambar-gambar termasuk dokumen yang lain yang membuktikan berlakunya urusniaga Kapal Israel ini di Port Klang.

Kamu nak tipu siapa? Ayam? Itek?Lembu? kambeng?

Nantikan pendedahan seterusnya.



ReJaM© "Bangkai gajah nak ditutup dengan tudung saji sedang baunya menusuk hidung... "

Menjawab blogger Umno, siapa ZIM Integrated Shipping?

Posted: 21 Feb 2012 04:05 PM PST

LUCU melihatkan gelagat blogger United Malays No Otak, Umno berhubung pendedahan dua buah kapal Israel yang berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang 16 Feb 2012 tempoh hari rujuk [video kapal Israel].

Masing-masing cuba menafikan bahawa memang ada kapal Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang. Tambah menarik, mereka siap memuji Israel cerdik menggunakan proksi untuk berdagang di negara ini.

Kata mereka ZIM integrated shipping services, bukan syarikat Israel, tetapi hanyalah syarikat proksi Israel. Jadi Malaysia membenarkan syarikat proksi Israel berdagang di sini. Siap kata Jingga 13 tak buat homework sebelum bongkarkan perkara ini.

Sudah terang lagikan bersuluh, sudah jelas dan nyata ZIM integrated shipping memang syarikat Israel, malah mengumumkan dengan jelas dalam web rasmi mereka bahawa mereka dimiliki oleh Israel Corpration dengan pegangan saham sebanyak 98%.

Sila lihat maklumat di bawah, yang dipetik dari website ZIM sendiri, kalau masih tak puas hati klik sini [ZIM] lihat petikan paling bawah tentang profile syarikat ZIM ini.





Pemilik ZIM Integrated Shipping ini sudah jelas ialah Israel Corpration, nak nafi apa lagi? Israel Corp ini merupakan "top ten" syarikat Holding di Israel yang tersenarai dalam Tel Aviv Stock Exchange.

Mengata orang bebal, dia sendiri jauh lebih bebal. Lihat sendiri maklumat di laman sesawang rasmi Israel Corp di bawah ini. Kalau masih tak puas hati sila klik sini [Israel Corp].



Sepotong kata Anwar Ibrahim diputar belit siang dan malam, konon Anwar sokong Israel, bunuh rakyat Palestin. Tapi di belakang rakyat mereka buat perjanjian syaitan dengan Israel.

ReJaM© " Depan rakyat maki Israel, belakang rakyat cium bontot Israel.... "

Tiada ulasan: