Rabu, 22 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pendatang Tanpa Izin Penentu Masa Depan Negara

Posted: 21 Feb 2012 09:02 PM PST

KOTA KINABALU, 22 Feb — Tukang perahu Idris (bukan nama sebenar) telah menghabiskan sepanjang hidupnya di kelilingi pendatang tanpa izin kawasan petempatan yang jauh ketinggalan di sebelah timur Pulau Gaya, yang terletak seminit dari Kota Kinabalu.

Tetapi tidak seperti kebanyakan jiran-jirannya, anak kelahiran Malaysia berusia 31 tahun ini tidak perlu menghabiskan sebahagian besar pendapatan bulanan semasa pegawai Jabatan Imigresen datang ke kawasan itu.

Apa yang berlaku bukan perkara baru kepada dirinya dan penduduk di sana menambah purata untuk membeli kebebasan sementara adalah RM200.


"MyKad? Mereka tidak perlu menunjukkan MyKad. Wang adalah MyKad mereka," kata Idris dengan lembut kepada The Malaysian Insider.

Idris berkata sekurang-kurangnya 70 peratus peneroka di Kampung Lok Urai dan Kampung Pondo di Pulau Gaya merupakan pendatang asing yang kebanyakannya mempunyai pas lawatan sosial namun tinggal melebihi tempoh.

Terdapat kira-kira 400 rumah kayu di pantai Pulau Gaya, tambahnya.

Pendatang tanpa izin kebanyakannya bekerja sebagai nelayan, kata Idris, dan memperoleh pendapatan lebih kurang RM500 sebulan atau "jika bernasib baik", Tetapi katanya ia cukup untuk membuat bayaran "jika ada operasi".

"Bagi saya, saya membawa orang kampung ke rumah mereka atau bandar... saya juga membuat kerja kontrak dan sekali-sekala membantu kakak saya membawa penumpang feri menggunakan vannya.

"Kalau keadaan baik, saya boleh mendapat sebanyak RM1,000. Tetapi paling kurang kira-kira RM700," kata bapa lima anak, empat daripadanya masih bersekolah.

Kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah telah menjadi masalah utama di negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dan seperti biasa dipersalahkan sehingga menyebabkan masalah pergaulan, ekonomi dan masalah keselamatan yang menyusahkan penduduk tempatan.

Berdasarkan jawapan diberikan di Parlimen tahun lalu, populasi penduduk Sabah seramai 651,304 pada 1970 dan bertambah kepada 929, 299 sedekad kemudian. Tetapi dalam tempoh dua dekad selepas 1980, penduduk negeri itu meningkat dengan mengejut iaitu seramai 1.5 juta rakyat, menjelang 2000 angka itu mencecah 2,468,246.

Laporan media berkata sejak 2010, jumlah itu semakin berkembang mencecah 3.12 juta, dengan rakyat asing meningkat sebanyak 27 peratus atau 889,799 orang.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, ahli politik merentasi sempadan pantas menggunakan isu itu, menjadikan ia isu politik yang boleh menjadi faktor penentu masa depan politik Sabah.


Pemimpin pembangkang menentang kerajaan BN ekoran populasi yang mengejutkan itu, menuduh pendatang tanpa asing dibenarkan masuk dan diberikan MyKads dan hak mengundi untuk membantu pemerintah terus berkuasa.

"Ini adalah perkara terburuk kerajaan telah lakukan hanya untuk kekalkan kuasa mereka, mereka sebenarnya memusnahkan keadaan," kata Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) kepada The Malaysian Insider sebelum ini.

Parti pembangkang berasaskan Sabah juga menggunakan isu itu untuk melengkapkan tema "Sabah untuk rakyat Sabah" dengan menyalahkan kerajaan BN mengenai kemasukan ramai warga asing.

Bagi parti BN Sabah, menyelesaikan masalah itu penting bagi mereka membuktikan mereka tidak akur dengan rakan komponen dari semenanjung, Umno — satu perkara yang perlu menjadi keutamaan pembangkang untuk meraih sokongan rakyat Sabah.

Awal bulan ini, BN Sabah yakin memperoleh kemenangan apabila Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan dusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok mengumumkan bahawa Kabinet pusat bersetuju untuk membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) mengkaji masalah pendatang tanpa izin.

"Ini adalah apa yang rakyat Sabah mahu lihat sejak beberapa tahun lalu. Saya membangkitkan isu RCI dalam Kabinet sekurang-kurangnya tiga kali tetapi tiada sebarang keputusan.

"Saya bangkitkan isu ini semula dalam mesyuarat Kabinet terakhir (pada 8 Februari) dan Kabinet Persekutuan membuat keputusan... perdana menteri akan uruskan dengan yang lain," katanya memetik Bernama Online.

Tetapi mengumumkan menteri itu tidak meyakinkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan pembentukan RCO semasa lawatan kerja ke negerin itu minggu lalu.

Dilihat sebagai percubaan untuk mengawal keadaan, Dompok menjelaskan perdana menteri hanya akan mengumumkan perkara itu "pada masa yang sesuai".

Tetapi media menggambarkan tindakan Najib itu sebagai "tamparan hebat" kepada parti BN Sabah, memberikan pembangkang alasan bahawa ia sering digunakan untuk patuh keputusan Umno.

Dalam temubual baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Yee Moh Chai, bagaimanapun, berkata alasan itu ditolak.

Ahli politik veteran itu mendesak parti-parti berasaskan Sabah dalam BN untuk bertegas agar mengikut apa yang mereka mahu, terutamanya tentang isu RCI. Beliau mendakwa perkara itu akhirnya hampir diselesaikan selepas setahun berdepan tekanan dari BN.

"Ini bukan perkara baru dalam objektif parti kita. Malah sejak dulu, manifesto parti kita mengutamakan perkara ini.

"Kita sekarang berada di satu peringkat yang kami letakkan harapan, lebib atau kurang kami di sana. Kami konsisten... kami perlukan ia (RCI), anda tahu," katanya.

Dr Yee mengakui Umno bergantung kepada sebahagian besar kepada kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak untuk terus memegang kuasa pemerintahan tetapi tidak boleh berkata apa-apa jika parti BN Sabah menggunakannya sebagai "cip tawar-menawar" untuk mendapatkan hak mereka.

"Bagaimana anda tahu kami belum gunakannya? Ini adalah apa yang saya mahu beritahu anda... bagaimana saya perlu katakan kepada anda?

"Bagaimana kami perlu buat untuk mendapat apa yang kami mahu? Tetapi kami tidak perlu tunjukkan kepada dunia bagaimana kami lakukan... kami datang dari keluarga yang besar dan hubungan yang kuat," katanya.

BN menguasai 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 57 dari 60 kerusi negeri. DAP mendapat satu kerusi negeri dan pusat sementara SAPP, bekas gabungan BN memperoleh dua kerusi setiap satu.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/di-sabah-isu-pendatang-asing-tanpa-izin-penentu-masa-depan/


Seleweng Dana - DBKL Cover Raja Bersiong

Posted: 21 Feb 2012 06:04 PM PST

DBKL nafi dana persatuan biayai program menteri

Majlis Bandaraya Kuala Lumpur menafikan dakwaan bahawa dana yang diperuntukkan bagi aktiviti persatuan perumahan rakyat tahun lalu, digunakan bagi membiayai majlis yang dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar itu adalah "tidak tepat dan tidak benar".

Menurut DBKL dalam satu kenyataan, malis itu hanya menyediakan bantuan logistik dan sedikit juadah untuk program sosial "berdasarkan peruntukan sedia ada".


Ini adalah dana tambahan selain peruntukan tunai RM5,000 setahun untuk menyokong aktiviti-aktiviti sosial Persatuan Penduduk yang aktif di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Ia juga menyatakan bahawa program anjuran NGO dan DBKL adalah untuk memenuhi objektif pembangunan sosial.

Menurut DBKL, Raja Nong Chik menghadiri acara-acara berkenaan atas jemputan dari pihak penganjur.

"Kehadiran beliau adalah atas kapasiti sebagai menteri, seperti yang diamanahkan oleh kerajaan, dan bukan untuk tujuan politik," kata kenyataan itu.


Pada Jumaat lalu, Nurul Izzah pada sidang medianya mendakwa penduduk dalam kawasan parlimennya mengadu bahawa permohonan mereka untuk aktiviti persatuan perumahan rakyat telah ditolak oleh DBKL dan duit tersebut digunakan untuk membiayai "program Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin".

Mengesahkan perkara tersebut, ahli jawatankuasa penduduk Apartmen Sri Putra Abdul Rahi Mohd Noor berkata program mencegah kebakaran yang dijadualkan April 2011 telah dibatalkan disebabkan alasan berkenaan.


Video Pembaptisan - Kenapa Sekarang? Kenapa Tidak Semasa Hasan Jadi Exco??

Posted: 21 Feb 2012 03:34 PM PST

Presiden pertubuhan pro-Melayu JATI Datuk Dr Hasan Ali berkata, badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.

Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.

Dalam video tersebut, pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.


"Mereka memang telah pun dibaptis, telah masuk Kristian dan dimurtadkan, mereka kembali semula kepada Islam dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor, dengan bimbingan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).

"Siapa yang berkehendakkan (video itu) kita akan dedahkannya," katanya lagi dalam sidang media selepas pelancaran NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Video berkenaan akan didedahkan oleh Unit Selamatkan Akidah, satu unit yang sebelum ini diletakkan di bawah portfolio beliau, kata bekas exco hal ehwal agama Selangor itu lagi.

Katanya, unit berkenaan kini bebas daripada JAIS namun masih bekerjasama rapat dengan jabatan tersebut dan juga dengan Lembaga Zakat Selangor.

"Jadi mudah kita hala tuju bila letakkan di luar sistem JAIS," katanya yang menjelaskan bahawa unit berkenaan sejak awal lagi digerakkan dengan sumbangan individu dan bukannya sumbangan JAIS.

Malah, individu yang didakwa telah dimurtadkan itu juga telah dibawa ke lembaga berkenaan untuk diberikan bantuan, katanya lagi.

Selain Hasan sebagai presiden, JATI yang didaftarkan minggu lalu turut membariskan beberapa lagi pemimpin dalam jawatankuasa syuranya termasuk pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Sidek Baba.

Turut hadir dalam majlis perasmian program hari ini ialah bekas pemimpin angkatan muda PKR, Senator Ezam Mohd Nor.


Bila Muka Dah Bodoh.. Tindakan Lagi Laa Bodoh..

Posted: 21 Feb 2012 06:07 AM PST



MP Pasir Salak Guna 'Billboard' Serang Anwar



PETALING JAYA - PKR kesal dengan tindakan Pengerusi Felcra dan juga Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasang papan tanda (billboard) mengaibkan Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Penyelaras Parlimen PKR Pasir Salak, Abdul Razak Ismail, papan tanda itu dipasang di tapak perumahan Generasi Kedua (Gen 2).

Tanah Rancangan Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah, sempena Perhimpunan Warga Felcra peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Katanya, Tajuddin sepatutnya fokus bagaimana untuk menaikkan taraf hidup warga Felcra yang masih di takuk lama walaupun Felcra telah wujud sekian lama.

"PKR menggesa Tajuddin mengkaji tahap kehidupan peserta-pesertanya yang terlibat dengan tanaman padi di Seberang Perak di mana rata-rata mereka berada di bawah paras kemiskinan dengan purata pendapatan bulanan kurang dari RM700 sebulan.

Beliau menegaskan "ini diburukkan lagi apabila pihak Felcra membeli hasil padi mereka dengan harga RM1,050 satu tan sedangkan harga pasaran sekitar RM1,300 satu tan.

"Tajuddin juga harus menjelaskan isu kenaikan harga rumah Generai Kedua (Gen 2) di Changkat Lada Seberang Perak yang ditawarkan kepada anak-anak peserta tanpa rundingan terlebih dahulu."

Menurutnya, rumah model A yang berharga RM100,000 sebuah telah dinaikkan kepada RM118,000, model B di naikkan dari RM70,000 kepada RM86,000, model C dinaikkan dari RM50,000 kepada RM64,000 dan model D dinaikkan dari RM40,000 kepada RM52,000.

Razak berkata, Tajuddin juga digesa melaksanakan pemberian hak milik tanah kepada lebih 1,500 pesertanya di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bandar Baru Seberang Perak, Changkat Lada yang telah sekian lama tertangguh.

"Jabatan Audit Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) digesa menjalankan siasatan terhadap penyalahgunaan dana Felcra dalam penganjuran program Perhimpunan Warga Felcra tersebut yang dipercayai menelan belanja sebanyak RM17 juta," katanya. ~fmt


Raja Bersiong Tuduh Nurul Izzah 'Puteri Spin'

Posted: 21 Feb 2012 05:11 AM PST

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan Nurul Izzah Anwar sebagai "Puteri Spin" kerana mendakwa peruntukan persatuan perumahan rakyat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digunakan untuk membiayai programnya.

"Pada saya, itu hanya... Nurul nak buat spin, sebab dia tak buat kerja. Dia buat spin sahaja. Jadi saya panggil 'Puteri Spin. Jadi, tak ada kerja lain," katanya.

Nurul Izzah sebagai ahli parlimen Lembah Pantai dilapor mendakwa peruntukan DBKL untuk aktiviti persatuan perumahan rakyat tahun lalu, digunakan bagi membiayai majlis yang dihadiri menteri itu.


Beliau yang juga naib presiden PKR mendakwa mendapat maklumat itu daripada penduduk dalam kawasan parlimennya yang mengadukan hal itu selepas permohonan mereka ditolak DBKL.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Raja Nong Chik juga berulang-ulang kali menegaskan DBKL akan menjawab dakwaan itu.

Bagaimanapun, Raja Nong Chik berkata, beliau hanya menghadiri undangan sesuatu majlis tanpa mempersoalkan dari mana peruntukkan diperoleh penganjur.

"Rujuk kepada DBKL, DBKL akan jawab. Saya pun tak tahu mana peruntukkan. Saya hanya datang program sahaja. Tak ada saya terlibat dengan arahan mana-mana.

"Saya pun tidak tahu, tengok-tengok datang, ada orang beri makan. Dia pakai duit mana saya tak tahu," katanya di Kampung Bharu petang ini.

Raja Nong Chik juga menyifatkan perkara yang dibangkitkan anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu "bukan satu isu".

Mengulas lanjut, Raja Nong Chik berkata beliau dimaklumkan oleh DBKL bahawa "tidak ada peruntukkan untuk persatuan penduduk tapi ada peruntukan untuk program" tertentu.

Sehubungan itu, kata Raja Nong Chik terpulang kepada NGO yang memohon peruntukan tersebut untuk digunakan dalam programnya.


Beri Projek Lebuhraya Kepada Peguam Umno - Najib Perlu Jelaskan

Posted: 21 Feb 2012 04:39 AM PST

Jelaskan projek RM2.2 billion kepada kroni - Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 21 Feb: Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan isu pemberian konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 bilion melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

"Jelas sekali, kerajaan harus membuktikan pemberian projek lebuhraya ini dibuat secara telus demi kepentingan rakyat.

"Jika tidak, rakyat akan terus menolak jaminan BN dalam isu transformasi ekonomi dan membuat keputusan mereka di dalam pilihan raya akan datang," kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.


Gesaan itu dibuat ekoran dakwaan mengaitkan dua individu berkenaan mendapat habuan kerana peranan mereka membantu rampasan kuasa BN di Perak pada Februari 2009.

Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua syarikat yang menerima konsesi itu iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

Manakala Isteri Tun Zaki pula merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya.

Sehubungan itu, Izzah antara lain menuntut Ketua Hakim Negara pada masa ini, Tan Sri Ariffin Zakaria meminta Tun Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis, berdasarkan peruntukan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009.
Beliau juga menggesa supaya kerajaan mendedahkan sebab dan kriteria pemberian tender lebuhraya itu kepada syarikat berkenaan.

"Apakah syarikat-syarikat lain yang dipertimbangkan, dan adakah tender terbuka dibuat demi memastikan kepentingan orang ramai terpelihara?," Soal ahli parlimen Lembah Pantai itu.

Selain itu, beliau turut menuntut kerajaan mengeluarkan maklumat lengkap berkenaan konsesi, kadar tol dan perkongsian keuntungan lebuh raya berkenaan.

"Terma perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang dipilih mesti didedahkan agar projek ini tidak menjadi satu lagi konsesi yang membebankan rakyat Malaysia," tegasnya.

http://www.keadilandaily.com/?p=26929


Harussani: Nabi anjur pertahan Raja, kaum

Posted: 21 Feb 2012 03:52 AM PST

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.

Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."

"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina... Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.


Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka Raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan Raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad.

Katanya, satu riwayat tersebut menyebut Nabi bersabda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini... Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa perjuangan kaum merupakan satu sifat berpuak-puak (assabiyah), Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Kita pertahankan bangsa kita, bukan taksub... Wajib kita pertahankan (bangsa Melayu) sebab negara ini milik orang Melayu," katanya.

Beliau turut menyebut mengenai Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - dokumen yang sering didakwa sebagai asas perjanjian kepada Raja-raja Melayu dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.


Parashit Dan Bertukar Jadi Setan..

Posted: 21 Feb 2012 02:48 AM PST



Jati yang diterajui oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat daripada PAS telah dilancarkan di Shah Alam Convention Center, Shah Alam petang ini.

Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'.

Link Logo Setan di sini




Tiada ulasan: