MiLo SuaM |
Simpanan tunai Selangor meningkat kepada RM1.9 Bilion Posted: 03 Feb 2012 09:52 PM PST SIMPANAN wang tunai Negeri Selangor kini telah mencecah kepada RM1.9 Bilion. Hal itu disahkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di laman twitter sebentar tadi. Meskipun banyak wang hasil dari kerajaan negeri Selangor telah ditaburkan kepada rakyat melalui pelbagai program termasuk, air percuma, Tabung Anak Selangor, Mesra Usia Emas, Program Anak Masuk Universiti dan sebagainya kerajaan Negeri Selangor terus berjaya mengumpul dana yang banyak. Hal ini sekaligus menafikan propaganda Barisan Nasional suatu masa dahulu yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat tidak pandai memerintah. Hakikatnya pentadbiran Pakatan Rakyat terus menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik. Mitos bahawa hanya BN yang mampu mentadbir negara hanyalah propaganda dan dakyah yang harus ditolak oleh rakyat Malaysia. MB Selangor berjaya membuktikan, bahawa dengan pengurusan cekap dan amanah, mereka jauh lebih baik. Terbukti Pakatan Rakyat jauh lebih baik mentadbir negeri. Sedangkan prestasi Barisan Nasional terus merudum dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan. Sudah sampai masanya BN dikuburkan. ReJaM© "Teringat kata Khir Toyo, Selangor akan kucar kacir jika Pakatan Rakyat menang...." |
Terkini! Parlimen akan dibubarkan minggu depan! Posted: 03 Feb 2012 06:39 AM PST MAKLUMAT terkini yang diperolehi daripada laman facebook Exco Kerajaan Kelantan, Haji Husam Musa, memaklumkan bahawa parlimen Malaysia akan dibubarkan pada minggu hadapan. Bagaimanapun, tarikh sebenar tidak dinyatakan oleh beliau, Maklumat terkini yang diterima, Parlimen akan dibubarkan minggu depan, tidak pasti tarikhnya bila. Maklumat yang baru diterima dari sumber yang dipercayai juga, Najib Razak akan mengumumkan penurunan harga minyak berkuat kuasa serta merta dalam beberapa hari lagi sebagai taktik meraih sokongan rakyat. Bagaimana pun, harga minyak akan dinaikkan kembali selepas pilihanraya jika Barisan Nasional berjaya mendapat kemenangan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Sama-sama kita nantikan. ReJaM© "tak sabar nak mengundi untuk ubah kerajaan... |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan