Sabtu, 4 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Lupakan Yahudi.. Lupakan Israel.. Mereka Bukan Pengundi Disini...

Posted: 03 Feb 2012 08:18 PM PST

Cukup, hentikanlah kenyataan kontroversi!

Semua petunjuk membayangkan bahawa pilihanraya umum ke 13 hampir pasti diadakan, selewat-lewatnya sebelum bulan Ramadhan tahun ini. Presiden Umno dengan memakai baju Perdana Menteri turun bertemu rakyat dari pelbagai kelompok, satu demi satu, untuk berkempen meminta mandat dari rakyat supaya BN terus berkuasa.

Pelbagai jenis bantuan yang muncul 54 tahun sekali diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib, sehingga rakyat terasa lemas dengan sumbangan yang dihulurkan itu. Melayu mudah lupa, justeru jarak antara masa pemberian politik dengan PRU13 mestilah tidak terlalu jauh supaya rakyat tidak melupainya. Maka bagi BN, minda orang Melayu mesti dikepung dalam jarak waktu tersebut.

Semua sedia maklum bahawa dalam sistem pilihanraya di Malaysia, demokrasi hanya berlaku sewaktu mengundi dan menunggu keputusan. Itupun tidak termasuk undi pos.


Jadi dalam keadaan demokrasi yang pincang ini, kekuatan bagi pihak pembangkang ataupun Pakatan Rakyat ialah mengurangkan diri dari melakukan kesilapan kerana BN mempunyai kekuatan logistik untuk menyerang pembangkang secara besar-besaran. Jika sekali pemimpin PR tersasul dalam percakapan maka ia akan dijadikan modal untuk membelasah seseorang dan partinya berhari-hari malah berminggu-minggu lamanya. Sebahagian rakyat akan termakan juga dakyah mereka.

Yang menjadikan hati nurani ahli dan penyokong PR remuk redam ialah kerana yang mengeluarkan kenyataan kontroversi itu ialah pemimpin peringkat atasan. Jentera penerangan PAS di semua peringkat yang sepatutnya berperanan menerang dan menyerang, terpaksa pula membuang masa menjelaskan isu kontroversi yang dibangkitkan. Akhirnya PR sentiasa defensif setiap kali menjelang pilihanraya.

Biarlah dalam waktu yang sangat kritikal ini semua tenaga dalam PR di semua peringkat menumpukan perhatian untuk mengajak majoriti rakyat menyokong PR dan menolak BN. Tumpukan perhatian dalam negara.

Rakyat Amerika atau rakyat Israel tidak menyumbang walau satu undi pun untuk kita, maka apa perlunya kenyataan 'menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel' dibuat. Entiti haram Israel terbangun atas tanah milik rakyat palestin yang dirampas. Jadi tiada seinci pun bumi Israel yang layak dipanggil negara. Sepatah kenyataan itu menyebabkan BN berjaya menimbus isu perunding APCO yang telah dimenangi oleh PR dua tahun lalu.

Kadangkala ayat terbuka yang diucapkan yang mempunyai pelbagai makna pun dimanipulasi, walhal maksudnya tidak begitu. Seperti isu kononnya pemimpin utama PR menyokong sodomi. Tetapi kalau media antarabangsa ini terus tidak dilayan sekurang-kurangnya untuk sementara waktu, maka ia akan lebih memudahkan kerja PR menghadapi pilihanraya. Biarlah masyarakat dunia tidak 'dipengaruhi' terhadap apa-apa isu pun sebab mereka bukan boleh mengundi di Malaysia. Pedulikan mereka. Jangan ghairah sangat dengan mikrofon media antarabangsa.

Selepas kecewa dengan undi bukan Melayu, selama empat tahun BN berusaha mengembeling sokongan orang Melayu. Ia membuahkan hasil. Semua penganalisis politik bersepakat bahawa sokongan pengundi Melayu terhadap PR terjejas. Momokan Umno cukup mudah; PR mengancam Melayu dan Islam. Satu demi satu 'bukti' dipaparkan. Malang jika pemimpin PR pula yang menambah 'bukti-bukti' tersebut.

Dalam sistem demokrasi seorang rakyat Malaysia yang cukup syaratnya hanya memiliki kuasa satu undi, tidak kira seorang professor atau seorang gila. Golongan intelek boleh menghakim sesuatu isu dengan analisis tetapi golongan biasa dan berpendidikan rendah biasanya tidak mempunyai keupayaan tersebut. Bagi golongan yang malas berfikir pula hanya menelan bulat-bulat apa yang terhidang.

Kenyataan seringkas 'masuk perangkap Umno', 'DAP boleh tanding kawasan Melayu', 'bersedia tidak jadi calon', 'memimpin sampai mati', 'menyokong AUKU', 'ambil tindakan disiplin' – yang diucapkan secara terbuka, semuanya menjadi hidangan yang sangat enak kepada musuh untuk dieksploit. Tidak bercakap perkara tersebut adalah lebih baik bagi parti.

Di tengah-tengah PR perlu mengembeling seluruh kekuatan untuk menumbangkan BN dalam peluang sangat baik ini, datang pula satu lagi cabaran terhadap PAS dengan kemunculan bekas pemimpin parti dengan teori kuasa ketiganya. Pentas yang diguna untuk mempertahankan kemurnian aqidah kononnya, sebaliknya menjadi medan menghentam PAS serta memecahbelahkan masyarakat.

Janganlah nak kata, semua yang berlaku itu tidak memberi kesan terhadap parti. Semuanya mampu memudharatkan, justeru jangan menambah lagi kemudharatan dengan kenyataan sia-sia yang memberi peluru kepada musuh untuk menyerang.

Sabarlah sekejap wahai para pemimpinku, sementara keputusan PRU13 belum diumumkan; berhentilah membuat kenyataan yang boleh mengundang kontroversi!

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Jangan Dok Kalut Pasai Bini Orang - Ceramah Bodek Ustaz Umno

Posted: 03 Feb 2012 03:42 PM PST


PANAS - Hasan Ali Dipecat Dari Jawatan Timbalan Pengerusi Mais

Posted: 03 Feb 2012 06:50 AM PST

Baru sekejap saya menerima panggilan yang bertanyakan apakah saya sudah tahu berita terkini mengenai Hassan Ali (Hassan Akidah). Saya memberitahu tidak tahu menahu sebab saya baru bercadang hendak mengulas mengenai Ngo bernama Jati yang beliau hendak umumkan 21 Februari nanti.

Hari ini dan semalam saya sepanjang hari di Kota Bharu, jadi berita-berita sulit dan maklumat terbaru tidak diketahui.

"Apa dia?" tanya saya penuh suspen.


"Sultan telah pecat Hasan Ali sebagai timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais?" jelasnya. Ha... saya terkejut dan diam seketika.

"Apakah telah diumum?" soal saya meragui.

"Belum lagi, tetapi orang dalam Mais sudah memberi tahu... harap enta siasat sikit.." katanya menyebabkan saya jadi sedikit konfisu.

Siasat?

Sara rasa kalau malumat ini benar lewat malam ini juga berita mengenai pemecatan itu akan memenuhi Fb dan juga blog. Kita tunggu sahajalah... izinkan saya untuk mandi dan menjamah nasi. Soalnya baru tiba dari Kota Bharu. [wm.kl.10:05 pm 03/02/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/02/terkini-malam.html


Rafidah Serang Shahrizat

Posted: 03 Feb 2012 02:37 AM PST

Rafidah dalam wawancara dengan The Malay Mail semalam dilapor melancarkan serangan pedas pada penggantinya Shahrizat dengan berkata seorang pemimpin patut berundur sekiranya mendatangkan masalah kepada parti.

Walaupun tidak menamakan Shahrizat, harian berbahasa Inggeris itu melaporkan, ia jelas merujuk kepada isteri pengerusi syarikat pengendali NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail itu.

"Ini untuk (kebaikan) semua, sama ada berkenaan isu lembu atau tidak. Itu tindakan paling matang untuk berdepan dengan masalah kamu," beliau dilapor sebagai berkata.


Beliau juga mempersoalkan tindakan menteri itu mengambil cuti tiga minggu kerana beliau patut membuat keputusan dan tidak harus meninggalkan isu itu kepada perdana menteri.

Sementara itu UMNO Cheras hari ini sekali lagi menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada kabinet kerana isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sedikti sebanyak memberi masalah kepada Umno.

Ketuanya Datuk Syed Ali Alhabshee berkata,desakan itu bukan atas alasan 'kebencian peribadi' tetapi demi kebaikan parti dan kerajaan.

"Dalam isu ini, Shahrizat harus buktikan keikhlasan perjuangan beliau, sama ada untuk parti dan kerajaan atau pun lebih mengutamakan kepentingan keluarga," tegasnya.

Sebelum ini, Syed Ali pernah mendesak supaya Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana tidak mahu isu NFC menjadi beban kepada Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Dalam tulisan terbaru di blog Umno bahagian itu, Syed Ali yang juga setiausaha Umno Wilayah Persekutuan dilapor berkata, di sesetengah tempat, isu itu menjadi bahan sindiran pelbagai pihak.

"Di sesetengah tempat, saya diberitahu isu NFC kini menjadi bahan sindiran kononnya mana-mana kawasan yang terbiar ditumbuhi rumput dan lalang, tak perlu lagi guna mesin pemotong rumput, sebab Umno dah ada lembu di Gemas," katanya.

Beliau juga menyokong saranan bekas ketua Wanita Umno dan menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz yang dilapor berkata, pemimpin yang membawa masalah kepada Umno dan kerajaan perlu segera meletakkan jawatan.


Dana KWSP diguna bagi wang saku BN, kata PKR

Posted: 03 Feb 2012 02:05 AM PST

PKR hari ini menyelar tindakan kerajaan untuk menggunakan RM1.5 bilion daripada dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai pembelian rumah awam kos rendah.

"Malah bank-bank juga tidak bersedia memberi pinjaman. Apakah yang dilakukan oleh panel pelaburan KWSP?

"Mengapa wang KWSP yang digunakan sebagai wang saku BN?" soal naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kanan) pada sidang media hari ini.


Sekurang-kurangnya empat bank telah diminta membantu menggubal draf perjanjian pembiayaan, kata Nurul Izzah sambil menyoal mengapa dana KWSP digunakan jika bank komersial sendiri tidak menganggap skim itu sebagai berdaya maju.

"Kita tidak mahu situasi seperti krisis pajak gadai subprima di Amerika Syarikat, di mana peminjam tidak dapat membayar ansuran mereka, jadi KWSP bukan bank (dalam kesusahan)," katanya, sambil mengingatkan bahawa dana KWSP juga telah digunakan untuk membiayai projek transit aliran ringan (LRT).

"Kerajaan tidak boleh membeli undi sesuka hati semata-mata kerana pilihan raya semakin dekat.

"Awak (kerajaan) boleh membantu Projek Perumahan Rakyat (PPR), tetapi jangan gunakan dana KWSP bagi maksud itu," kata Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

Isnin lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dilapor mengumumkan "skim pembiayaan mudah" untuk 20,000 penyewa PPR yang layak dan bakal pembeli yang tidak layak mendapatkan pinjaman bank.

Ketua Penerangan DAP Tony Pua juga menyelar tindakan itu dengan mengatakan bahawa peranan KWSP adalah memastikan pencarum mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara kelak.

Kedua-dua mereka, Pua dan Nurul Izzah mencadangkan Bank Rakyat dan Malaysia Building Society Bhd mengambil-alih tanggungjawab itu.

http://malaysiakini.com/news/188221


Tiada ulasan: