Rabu, 22 Februari 2012

Merah Hitam

Merah Hitam


Kami tidak bersalah!

Posted: 22 Feb 2012 02:00 AM PST

"Akak pun hisap dadah juga ke?" tanya seorang wanita beseluar jeans lusuh, berambut ikal mayang. Tersentak juga denganpertanyaan itu (hmm sabar je lah Laila)...soalan itu tetap ku balas dengan senyuman.
"Tak lah.Kes ISA"(sambil menunjukkan butang ISA kepada wanita dari Gombak itu..aku tersenyum pahit)

Sebaik saja hukuman dijatuhkan, kami terpaksa di bawa ke lokap, sementara menunggu wakil Pakatan Rakyat membayar denda sebanyak RM2k keatas semua 11 orang OKT yang didapati bersalah menyertai himpunan anti-ISA.
Beginilah suasana lokap yang kami terpaksa tinggal didalamnya sementara urusan bayaran denda selesai.Lokap itu di penuhi oleh lebih sepuluh wanita yang sedang dalam proses perbicaraan kes dadah.Mereka semua tinggal di Penjara Kajang dan menunggu trak polis membawa mereka dari Jalan Duta, kembali ke Kajang.

Walaupun cuma tiga jam berada didalamnya, tetapi ku rasa kan macam lamaaaa sangat...
Kami berempat sempat menunaikan Solat Zohor bersama-sama. Agak manis juga bila seorang polis lelaki yang bertugas memberitahu arah Kiblat dan memberikan tiga keping sejadah untuk dijadikan lapek solat...(Sempat berdoa supaya Allah memberi taufiq dan hidayah pada Pn Hakim yang begitu berani menjatuhkan hukuman itu tadi, supaya diberi nur untuk melihat kebenaran ).
Dah duk dalam lokap pun, kami masih berbincang tentang keputusan mahkamah tadi...Terus terang, kami berempat memang tiada wang sebanyak Rm2k untuk digunakan membayar denda.Kalau terpaksa masuk penjara, kami rela je....(Banyak nilai rm2k tu...lebih baik diberikan pada orang miskin atau susah)

Namun, keputusan pimpinan Pakatan Rakyat untuk membayar denda itu, tidaklah kami tolak....Dimasa yang sama, kami bersyukur dan berterimakasih kerana the government -in -waiting begitu perihatin dengan isu OKT himpunan anti-ISA ini.

Bak kata kak Jije, isteri YB Abu Urwah ...." jangan lah tolak janji bantuan dari Kerajaan Selangor ni....its time , kerajaan pula membela rakyat yang dizalimi ISA!" ujar beliau bersungguh-sungguh.

Ganjaran denda dan penjara kerana ingin mansuhkan ISA..

Posted: 22 Feb 2012 01:36 AM PST

"Keputusannya ialah......"(saya, Aiman,Kak Sal dan Nashita berpegangan tangan) sambil mendengar ayat itu diteruskan oleh Pn Hakim.
".......semua didapati bersalah kerana menyertai himpunan 1 ogos..."(macam tu lah lebih kurang bunyinya...).

Mahkamah sunyi seketika .Yang kedengaran hanya suara Peguam kami minta stand down untuk berbincang tentang hukuman yang bakal di "hadiahkan" kepada semua OKT.
Sesiapa yang rajin menyelak posting awal di blog ini, pastinya akan tahu kenapa ISA itu zalim,jahat,drakonian dan HARAM dalam Islam. Ini kerana, didalam ISA, segala bentuk kejahatan, boleh dilakukan oleh penguasanya dari membogelkan tahanan, mencerca, menghina, menyepak terajang hingga lah membuatkan mangsanya ditahan tanpa bicara bertahun-tahun lamanya.

Ingin dijelaskan , himpunan 1 Ogos adalah satu bentuk terjemahan perasaan rakyat yang inginkan keselamatan ,keadilan serta benci kepada kejahatan yang terkandung dalam penggunaan akta ini.Dalam bahasa mudah, rakyat berkumpul untuk menyatakan , mereka benci kemungkaran yang telah dilakukan oleh penguasa ISA menggunakan akta kesayangan UMNO/BN ini.

Salah kah jika bertindak melawan kemungkaran?Dosakah jika ingin memberitahu pihak berwajib bahawa tiada seorang pun yang boleh ditahan tanpa perbicaraan dengan sewenang-wenang nya....?

Dan pada hari ini, kami 16 OKT telah terpaksa menerima keputusan Pn Hakim bahawa kami didapati "bersalah" kerana ingin membuang ibu segala kemungkaran itu dan mendapat balasan penjara serta denda.

Tiba-tiba teringat satu hadith menyatakan " seorang Hakim itu, sebelah kakinya berada di neraka.."..mungkinkah hakim yang telah menjatuhkan hukuman seperti diatas, termasuk dalam kategori sebelah kaki di neraka itu?

Wallahualam.....

1.8.2009 - 22 Feb 2012.

Posted: 21 Feb 2012 09:05 AM PST


Jam 1.15 am 22 Feb 2012.

Dah solat.Dah doa.Dah buat pelbagai "contigency plan" jika disabitkan bersalah.Dah tinggalkan satu senarai panjang" wasiat" pasa suami yang akan mungkin @bakal di tinggalkan.

Seronok baca tulisan kawan2 di FB yang sentiasa beri kata hikmat dan saling mendoakan....Terasa lengkap...dan selebihnya ku serahkan pada Allah yang menguasai alam ini.....

Mulut di tekup beberapa kali...Mengantuk sangat ,tapi tetap teringat apa akan terjadi di esok hari..Teringat peristiwa pada 1 ogos 2009 dulu....

"Canteknya cover hp ni.." hatiku berdetik ketika membelek kulit hp warna merah. Rm 10 dan aku segera membayarnya. Kemudian terus mengatur langkah mendapatkan Nashita dan anaknya Ammar.Suhaib pun ada di sana.
Tiba-tiba ada sesuatu yang mengganggu pandangan...Kenapa ada polis dekat Nashita?Aku berjalanpantas kearah Nashita,Ammar dan Suhaib. Aku ambil beg plastik berisi air mineral dan makanan ringan lalu dengan niat ingin segera beredar dari tempat Nashita berdiri tetapi tiba-tiba beberapa orang wanita berpakaian preman mendepakan tangan mengepung kami berempat.

"Eh..Nape ni Nash?(Nash panggilan mesra ku pada Nashita).
"Depa dah tangkap kita"jawab Nashita.
"Alamak..kita nak buat apa ni" aku mengambil hp cuba mendail seseorang, tapi niat itu terhenti bila secara tiba-tiba melihat sebuah Black Maria@van polis berhenti dihadapan kami.....
"Tu dia, dah mai dah..." kata Nashita. melihat Black Maria itu.
Aku yang lurus bendul ni terus menarik tangan Suhaib dan bersama-sama empat wanita yang lain iaitu Nashita, Aiman Athirah, Salmah Ismail dan Hayati Abd Samad menaiki trak polis itu.....

Sewaktu kami lima wanita menaiki Black Maria, orang ramai berkumpul mengelilingi kami.Makin ramai jumlahnya dan mereka bertakbir dengan kuat.....Mereka hanya mampu memerhatikan saja kami di iringi polis menaiki kenderaan hijau tua itu....


Hingga hari ini, aku masih tertanya-tanya, kenapa polis-polis yang menangkap kami tu tidak menangkap orang ramai yang sedang berdiri memerhatikan kami tadi.....

Itulah bermulanya episod pertama yang membawa kepada hari-hari perbicaraan yang terpaksa dilalui di mahkamah Jalan Duta...

Tiada ulasan: