Rabu, 22 Februari 2012

.

.


Tinjau Melor

Posted: 21 Feb 2012 05:35 PM PST

Wan Ismail Perlu Berundur Demi Maruah Parti

Baru-baru ini saya ada mengupas sedikit mengenai peluang Pas di Dun Gual Periok dalam pilihan raya akan datang. Dalam makrifat saya kerusi itu akan terlepas kepada BN sekiranya Pas masih mengekalkan wakil rakyatnya hari ini Ahmad Awang dan menggantikan dengan calon yang lebih berwibawa. Untuk mempertahankan kerusi Gual Periok tidak cukup dengan title al-ustaz.

Sebab-sebab kenapa saya mengatakan begitu sudah dijelaskan tidak perlu ditambah kerana kalau ditambah menurunkan kelemahan Ahmad menyebabkan orang boleh pengsan.

Prestasi Ahmad Awang selaku wakil rakyat mengecewakan. Saya mengutip banyak pertuturan orang di Gual Periok termasuk di kampung saya sendiri rata-rata mengatakan kehampaan dengan khdimat anak 'tok bageh' ini.

Catatan dan kupasan itu tidak menyenangkan sesetengah pihak khasnya yang hidup dengan mengutip sesen dua dari Ahmad atau yang rasa enak dengan belanja ikan singang. Ahmad juga khabarnya kurang senang dengan kritikan saya itu dan menanti kepulangan saya. Menurut seorang wakil rakyat, (jika benar) secara berseloroh Ahmad Awang memberi tahunya; kalau jumpa dengannya... ana akan tumbuk - tumbuk MSO. Aduh!

Di sini saya hendak nukilkan seorang lagi wakil rakyat yang Pas perlu gugurkan kalau hendak kekalkan jumlah kerusi yang Pas miliki kini sebanyak 38 kerusi. Kalau Pas terus kekal wakil rakyat ini dan malu untuk mengambil tindakan kerana gara-gara dia Yang Dipertua Pas Kawasan, Pas bersiaplah untuk kalah dan kehilangan satu lagi kerusi berharga. Pada saya malu alah berkenaan tidak berapa kena.

Wakil rakyat yang saya maksud itu ialah Wan Ismail Wan Jusoh, Adun Melor. Wan Ismail hari ini dalam keadaan uzur dan sudah tidak larat hendak angkat betis lagi. Berjalan pun 'poling peting' macam ayam kena langgar basikal. Tidak berapa tasa. Banyak program parti terpaksa dilupakan walaupun semangatnya masih ada. Sekejap ok sekejap tidak ok. Hospital sudah menjadi rumah pertamanya sejak lebih dua tahun lalu.

Tubuh Wan Ismail sudah serah sangat tidak seperti dulu. Matanya juga ada kalanya putih dan berwarna kuning. Dia dipercayai mengalami peyakit dalaman seakan-akan dibuat orang. Pernah muntah darah semasa menunaikan Haji di Makkah. Kejadian di Makkah itulah yang membawa berkeadaan tidak berapa sihat sehingga hari ini.

Kerana menyeari keadaan dirinya yang usur dan tidak berapa tasa itu, dia pernah menyuarakan kepada saya yang dia sudah tidak mahu aktif lagi. Katanya dia sudah menyelesaikan tanggungjawab dengan rakyat di Melor dan bersedia untuk berundur.

"Ana sudah selesaikan dengan rakyat ana di Melor, dan pengganti juga sudah ada," begitulah tuturnya ketika saya menziarahi beliau di hospital HUSM Kota Bharu suatu malam. Sungguh lega saya mendengar luahan itu yang saya rasakan sangat wajar dan keputusan tepat dari seorang wakil rakyat yang insaf.

Bukan kerana keadaan dirinya yang tidak begitu kondusif untuk menghadapi pilihan raya, beberapa kes peribadi yang menimpa Wan Ismail juga akan menjadi liabiliti kepadanya. Isu tuntutan talak oleh bekas isterinya perempuan Kemboja sudah pasti akan diheret ke dalam pilihan raya kalau dia jadi calon. Keratan akhbar mengenai pertelingakahan itu pasti akan disebar seluasnya dalam masa kempen kelak.

Tuduhan katanya dia kaya raya memiliki hartanah bernilai jutaan ringgit juga akan diesksploitasi secukupnya kalau dia jadi calon.

Walaupun itu tuduhan tetapi itulah yang sedang digumbar oleh musuh-musuh politiknya di Melor. Tuduhan itu bukan mudah untuk diperlepas kerana ia sudah menjadi pengetahuan umum. Masa ini orang tidak akan berbicara tetapi sebaik beliau dicalonkan semula semua akan keluar termasuk cerita dalam kain.

Selain itu Tok Guru Nik Aziz juga menyedari akan ketidakupayaan Wan Ismail itu dan perlunya Wan Ismail dirihatkan. Satu masa sudah seakan pasti Wan Ismail tidak mungkin akan dicalonkan lagi. Terdengar cerita Tok Guru juga pernah memberi mesej agar Wan Ismail sedia untuk diundurkan.

Bagaimana pun perkembangan ke belakangan ini nampaknya lain pula bunyinya. Wan Ismail tiba-tiba jadi bersemangat dan sanggup menginsut untuk hadir ke tempat ceramah. Di mana saja ada majlis politik beliau akan hadir menampak diri dan mempamirkan yang beliau sudah sihat. Pantang ada majlis anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur beliau akan berusaha menghadirkan diri. Baguslah kalau bekas timbalan speaker ini sihat kerana itu doa seluruh ahli Pas.

Tetapi saya tetap merasakan kesihatan itu tidak akan banyak membantu untuk beliau menang pada pilihan raya Dun Melor dalam PRU ke 13 nanti. Masalah peribadi yang diecerkan mengenainya akan mengatasi soal kesihatan itu.

Justeru bagi saya elok kalau Wan Ismail kembali semula kepada keputusan asal untuk berundur dan menyerahkan kerusi Melor kepada orang baru yang lebih berwibawa, bersemangat dan bersih dan suci dari segala dosa-dosa politik. Tidak usahlah 'bertemooh' sangat dan serah tanggungjawab kepada ummah. Tidak ada guna menjadi pemimpin kalau kita tidak dapat memberi sumbangan dan membantu rakyat kerana keadaan tubuh badan kita tidak sihat.

Jika Sultan Sultan Ismail pun rela turun takhta kerana kesihatan apa lagi dengan Wan Ismail atau mana-mana wakil rakyat sewaktu dengannya. Alasan dengan menggunakan kerusi roda pun boleh pergi ke tempat pernamaan calon rasanya tidak relevan.

Paling baik dan afdal bagi Wan Ismail untuk beliau melepaskan angin dalam pilihan raya nanti, boleh dilantik beliau menjadi wakil calan atau pun penyokong dalam kertas pencalonan. Cara itulah paling bijak dan Wan Ismail akan terus disanjung rakyat.

Pencapaian politik Wan Ismail, beliau pernah kalah tipis dalam pilihan raya 2004 di Melor. Beliau memengi kerusi itu pada tahun 1999 dan 2008. Beliau juga pernah dilantik menjadi timbalan speaker Dun Kelantan dan pernah memegang jawatan Setiausaha Badan Perhubungan Pas.

Semasa beliau memegang jawatan inilah menyerlahkan nafsu besarnya untuk menguasai politik Kelantan dengan mencatur calon-calon Pas pada tahun 2004 yang mana hasilnya Pas tewas hampir-hampir kehilangan kerajaan negeri.

Bahagian kedua siapakah layak ganti tempat Wan Ismail. [wm.kl.11:40 am 22/02/12]

Ulasan Peristiwa

Posted: 21 Feb 2012 04:49 PM PST

Ngo Hasan Akidah Tidak Sehebat Beras...

Kurang 12 jam sebelum Adun Seri Gombak Hasan Ali alias Hasan Akidah melancarkan sebuah Ngo untuk dijadikan wadah barunya dalam membela akidah umat Islam serentak itu juga mengutuk Pas dan Anwar Ibrahim, satu majlis ceramah oleh Pakatan Rakyat diadakan di Dewan Beringin Seri Gombak.

Lokasi ceramah ini terletak dalam kawasan Dun Seri Gombak yang diwakili oleh Hasan Akidah. Saya tidak tahu apakah ceramah itu disengaja diadakan pada malam itu untuk sabotaj pelancaran Ngo Jati esoknya atau pun kebetulan saja.

Ngo diberi nama Jati itu yang mana logonya dikatakan sama dengan logo sebuah kelab syaitan, (masyaAllah) dilancar pada petang semalam di Shah Alam Selangor. Pelancarnya ialah Mutfi Perak Harusani Zakaria. Betulkah logonya persis logo syaitan? Kalau betul awal-awal lagi Jati sendiri sudah rosak akidah.

Atau pun ceramah itu mungkin ia kebetulan saja, tarikh itu dirancang sudah lama. Saya mengambil pandangan lain dari itu mengira ianya sebagai ujian untuk melihat kekuatan Hasan Akidah kerana keesokkannya Hasan akan lancar Ngonya.

Sekiranya pengaruh Hasan Akidah kuat sudah pasti ceramah Pakatan malam itu yang dihadiri sama oleh Anwar Ibrahim dan isterinya Dr Wan Azizah Ismail tidak mendapat sambutan.

Tentulah dewan beringin itu akan menjadi lenggang kerana penduduk di situ dan sekitar Kuala Lumpur akan merihatkan diri dari menghadiri ceramah untuk menyimpan tenaga bagi ke majlis pelancaran Jati keesokan harinya.

Saya turut sama hadir untuk melihat suasana ceramah itu. Sebenarnya hendak tahu apakah Hasan Akidah ada pengaruh atau tidak. Sudah pasti baik secara langsung atau tidak Hasan Akidah akan arah orang-orang agar mengagalkan ceramah berkenaan untuk memberi gambaran bahawa Ngonya mendapat sambutan hangat.

Apa yang berlaku tidak seperti mana saya ramalkan. Ceramah di dewan Beringin malam kelmarin penuh sesak. Keadaanya sama seperti berlaku di Dewan Cina di Endau pada malam Ahad lalu. Ceramah dan majlis Pakatan Rakyat ke belakangan ini sudah mulai panas dan menjadi tumpuan rakyat. Rata-rata dan dimana sahaja ceramah Pakatan Rakyat sudah dipenuh ribuan orang.

Nampaknya penduduk Seri Gombak khsusnya tidak mempedulikan kepada seruan Jati. Projek untuk memulihkan akidah tidak begitu menjadi.

Dengan jumlah mereka yang hadir lebih 3,000 ia jauh lebih besar dari angka yang datang untuk membaiki akidah dengan Hasan di Pusat Konvensyen Shah Alam. Sebelum ini di kawasan sama Hasan telah mengadakan bengkel membetulkan akidah yang dihadiri peminatnya tidak sampai 150 orang. Ini memberi gambaran penduduk di Seri Gombak yang rosak akidahnya tidak berapa ramai! Saya difahamkan dua orang dari 150 itu mereka yang cacat OKU yang diusung dengan kerusi roda.

Begitu juga jika dibanding dengan majlis pelancaran Jati semalam dengan ceramah itu panggil tidak dengar. Apa yang dapat dilihat dalam tv semalam, tidak sampai 1,000 yang hadir mengikuti pelancaran Jati oleh Harussani itu. Orang besar yang hati juga tidak begitu ketara cuma beberapa pemimpin yang ternyata telah rosak akidah politik mereka serta beberapa kerat kawan Hasan Akidah yang datang untuk memenuhi kerusi.

Ada juga muka-muka yang membawa sial dan dicemuhi rakyat tercatuk dalam majlis pelancaran semalam. Mungkin salah satu sebab kenapa kurang sambutan disebabkan kehadiran dua tiga muka-muka dianggap membawa sial majal.

Beberapa tokoh Pas yang mulanya diwar-warkan akan turut sama hadir pada majlis itu tidak kelihatan. Gimik majlis itu lebih hebat dari sepatutnya. Gimik dengan mengadakan tayangan video menceritakan detik atau cetusan menubuhkan Jati tidak ada apa yang menarik dan dramatik. Majlis itu tidak lebih dari untuk menghibur hati Hasan Akidah yang kini dalam keadaan kesedihan kerana dipecat Pas. Dalam anologi orang Kelantan gimik video dikatakan hebat itu tak ubah sebagai permainan 'peteri' saja.

Apapun diucapkan selamat kepada jati semoga ia dapat memainkan peranan yang dihasratkan itu, memulih akidah umat Islam terutamanya membenteras kegiatan kristinisasi dan membawa balik mereka yang dikatakan sudah rosak akidah itu. Jangan Ngo itu kuat berkokok menjelang pilihan raya umum saja dan selepas ini ia akan mati tidak berkubur ataupun Hasan Akidah akan hilang suara selepas tidak diupah! [wm.kl.9:07 am 22/02/12]

Laporan Malam

Posted: 21 Feb 2012 08:00 AM PST

Penduduk Setapak Putus Bekalan Air

Puluhan ribu penduduk di beberapa kawasan perumahan di sekitar Setapak termasuk Wangsa Maju, Taman Seri Rampai dan sebahagian Taman Permata putus bekalan air sejak pagi. Ekoran itu para penduduk menghadapi kesulitan untuk memasak, mandi dan keperluan lain.

Difahamkan bekalan air ke kawasan berkenaan terputus apabila paip besar yang menyalur bekana air ke kawasan berkenaan mengalami kerosakan di Danu Kota.

Kelambatan pemakluman oleh pihak pembekal dan mengurus bekalan air Syabas yang menyulitkan lagi keadaan.

Seharusnya Syabas memaklumkan apa yang berlaku dengan segera untuk mengelakkan dari timbul masalah. Sekiranya pemakluman dibuat orang ramai boleh memikirkan plan tindak mengatasinya seperti mendapatkan air di rumah jiran atau mendapatkan dari sumber lain.

Ekoran ketiadaan bekalan air menyebabkan para suri rumah terpaksa membeli air mineral untuk keperluan memasak. Di fahamkan beberapa buah kedai runcit di Setapak kehabisan bekalan air mineral kerana pemintaan yang mendadak tinggi.

Manalaka pembaiki paip yang pecah itu telah pun selesai lewat petang tadi. Menurut pekerja syarikat yang membekal air bekalan dijangka akan pulih seperti sedia kala menjelang esok.

Bagi meringankan orang ramai catuan air bersih terpaksa dilakukan ke kawasan berkenaan. Kawasan Wangsa Melawati khasnya di kelompok Wangsa Siaga baru menerima bekalan air lewat tengah malam ini.

Kelewatan menyediakan bekalan air bersih ini dikesali dan ini menunjukkan kelemahan Syabas sebagai pembekal air utama di Kuala Lumpur.

Dua buah lori tangki kelihatan memasuki ke Wangsa Melawati dan mengagihkan air kepada orang ramai. Bagaimana pun tidak ramai yang keluar mendapatkan belakan kerana tidak mengetahui manakala sebahagian penduduk sudah tidur atau pun keluar untuk mandi manda di tempat lain.

Lain kali pihak Syabas perlu peka bila berdepan dengan masalah yang tidak terduga ini misalnya menyegerakan memaklumkan kepada orang ramai. Dan sekiranya bekalan air hendak diagihkan buatlah waktu siang dan bukannya di malam buta saat penduduk sudah mahu tidur. Kecekapan Syabas dalam menangani masalah ini seharusnya sama cekap dengan bacaan meter yang dibuat pada setiap bulan.

Syabas jangan pantas mengaut duit tetapi lambat mengatasi kesulitan pengguna. [wm.kl.12:15 t/malam 22/02/12]

Celoteh Murai 05/12

Posted: 21 Feb 2012 07:05 AM PST

Salentia Cium Tangan Basuh Kencing?

Alahai alahai itulah yang dapat Murai ucapkan apabila membaca berita Salentia telah mencium tangan isteri Burung Botak Mulut Merah. Aduh... duh... Bagi Murai sedikit pun tidak hairan. Salentia akan merafat sembah dan mencium tangan sesiapa saja hatta tangan perempuan diguna untuk membasuh kencing.

Sejarah hidupnya bukan saja sanggup mencium tangan tetapi punggung jantan pun dia sedia menciumkan asalkan apa yang dihajati diperolehi. Semua orang tahu akan moral Salentia ini rendahnya hingga melerek ke tanah.

Bila Murai tahu dia cium tangan isteri burung Botak Mulut Merah, Murai tidak pun merasa apa-apa pun yang pelik dan mengejutkan. Itulah Salentia yang dunia semua kenali. Kerja-kerja membodek begitu tidak harianlah. Yang Murai akan rasa pelik kalau dia tidak sedia untuk mencium tangan.

Itu cium tangan... kalaulah isteri burung Botak Mulut Merah pakai gaung meleret ke lantai dia sanggup untuk menjinjingnya berjalan di pongek isteri burung Botak Mulut Merah.

Hari ini Salentia sudah terdesak dan tahu yang hayat politiknya sudah mahu berakhir. Tinggal beberapa bulan lagi. Jadi dia memerlukan sufaat isteri si Burung Botak Mulut Merah agar meminta lakinya memberi peluang kepada dia bertanding. Apa yang dipohon siang malam ialah bertanding atas simbol dajal mengandar. Itu sahaja harapannya untuk dia menang.

Kalau si Burung Botak Mulut Merah tidak memberi simbol dajal mengandar dia akan kalah dan lenyaplah sebuah kehidupannya. Dia tidak akan dikenang dan tidak memiliki apa-apa lagi melainkan sebuah kisah dan citra kehidupan yang sungguh macam dan busuk. Dia akan dikenang sebagai sepenjang sejarah seorang politician yang terhuduh di dunia ini.

Makanya biarlah apa orang nak kata, dia akan berbuat apa yang tidak tergamak dibuat oleh orang lain walaupun diupah. Baginya pula kalau tidak upah pun tidak mengapa asalkan dia merasakan isteri si Burung Botak Mulut Merah dapat memberi sufaat kepadanya. Segala caci makin dan kata nesta kepada isteri si Burung Merah Mulut Merah selama ini telah dijilat dan dilahapnya sampai ke umbi betis.

Murai tidak tahu untuk menamakan apa lagi dengan Salentia ini, nak anologikan apa lagi. Rasanya semua nama-nama buruk, anologi yang huduh ditempelkan kepadanya. Dia tetap juga seperti itu. Yang Murai dapat katakan, oh Tuhan ada juga makhluk Mu seperti itu di atas dunia ini, masyaAllah Maha Suci Engkau yang menjadi sekalian mahkhluk di atas dunia dengan berbagai ragam untuk menunjukkan kebesaran-Mu dan diambil iktibar oleh manusia seluruhnya.

Murai: Tidak mahu kata apa lagi...

Tiada ulasan: