Khamis, 16 Februari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim Berkenaan Isu Palestin – Israel

Posted: 16 Feb 2012 01:40 AM PST

Anwar Ibrahim

KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

(pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato' Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin

Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin .

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal bahawa:

"This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can't keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security".

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

"The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel."

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin :

"If Israel withdraws to the '67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them".

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu .

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat

Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.
Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

'Insya-Allah saya jumpa Anwar di KL'

Posted: 16 Feb 2012 01:00 AM PST

WARTAWAN SINAR HARIAN

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan akan bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu depan di Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan Ketua Pembangkang itu, yang didakwa menyokong Israel.

"Saya ke Kuala Lumpur minggu depan, insya-Allah saya akan berjumpa dengan Anwar," katanya.

SAMM: Kenyataan Dr M ‘Israel bekal dokumen’ sebagai fitnah untuk selamatkan Najib

Posted: 16 Feb 2012 12:30 AM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, menegaskan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, cuba mengalihkan isu pokok terdapatnya hubungan dagang Malaysia-Israel dengan menyatakan terdapatnya dokumen yang mengesahkan Israel sengaja menimbulkan isu itu demi membantu politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Badrul (gambar), atau lebih dikenali sebagai "Chegubad", masyarakat perlu sedar, Malaysia bukan sahaja mengiktiraf Israel tetapi membantu ekonomi Israel berdasarkan rekod perdagangan dengan Israel telah wujud sejak 1967.

"Berdasarkan laporan Kesatuan Eropah (EU), Malaysia merupakan rakan dagang ke 15 yang membantu ekonomi Israel," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Dokumen - dokumen dan data yang didedahkan tidak perlu diberikan oleh Israel cukup dengan sedikit tumpuan kerja maka data tersebut boleh dikumpulkan."

Malah, menurut Badrul, ada dokumen asal yang perolehi adalah dari pegawai kanan kerajaan sendiri yang bosan dengan sikap hipokrit kerajaan dalam isu Palestin ini.

"Di perpustakaan MiTi sendiri wujud bahan-bahan yang merujuk hubungan dagang Malaysia-Israel," katanya lagi.

Mahathir semalam memberitahu pemberita bahawa dakwaan terdapatnya hubungan dagang Malaysia-Israel hanyalah digunakan bagi mempertahankan terdapatnya hubungan rapat antara Anwar dan Israel.

"Israel dilihat cuba menyokong Anwar dengan membekalkan statistik bahawa Malaysia pernah mengadakan hubungan perniagaan dengan Israel," kata bekas perdana menteri itu.

Tambah Badrul, pendedahan dokumen berkenaan bukanlah satu keperluan memandangkan negara Yahudi itu sudah selesa bekerjasama dengan Malaysia yang menjaga kepentingan mereka.

"Percayalah, Israel sudah tentu mereka selesa dengan pemerintah negara hari ini kerana penguasa hari ini jelas menjaga kepentingan mereka," tambahnya.

"Apa gunanya menyokong perubahan kuasa jika yang menguasai regim kini sudah bersungguh-sungguh menjaga kepentingan dengan Israel dan sekutu besarnya Amerika."

Tambah Badrul, Dr Mahathir memang bijak bermain politik persepsi kerana beliau merupakan pemimpin yang licik.

"Sebagai orang lama dan licik politik, Dr Mahathir memang bijak bermain politik persepsi," tambahnya. "Kenyataan itu jelas bagi membantu Najib yang terkapai-kapai dengan pendedahan demi pendedahan bagaimana Malaysia sebenarnya hipokrit dengan sikapnya dalam isu Palestin-Israel."

Anwar menerima kritikan ekoran laporan temuramahnya dengan The Wall Streets Journal (WSJ) dipetik berkata, "segala usaha akan dibuat bagi memastikan keselamatan negara Israel".

Penasihat Umum PKR itu malah di nasihatkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, supaya menarik balik kenyataannya daripada WSJ, dan mengambil tindakan saman sekiranya akhbar itu telah memanipulasi kenyataan yang dibuatnya berkaitan Israel.

Mahathir mengarut, cuba berlagak anti barat- Aziz Bari

Posted: 15 Feb 2012 11:48 PM PST

KUALA LUMPUR 16 Feb: Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa undang-undang di Malaysia akan ditukar sewenang-wenangnya jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, sebagai tidak berasas.

Pakar perlembagaan itu turut mengulas kenyataan Mahathir baru-baru ini kononnya Amerika Syarikat dan Israel mahu melihat kerajaan Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.

"Saya fikir dia ini (Mahathir) mengarut dan tak tahu apa yang dikatakannya. Bukan mudah nak buat undang-undang; ia memerlukan draf dan akan dibincangkan di parlimen.
"Mungkin dia ingat pentadbiran Pakatan Rakyat sama dengan Umno-BN di mana rang undang-undang dibentang dan diluluskan secara tergesa-gesa, manakala ahli-ahli parlimen tak diberi peluang untuk membahas dengan terperinci.

"Dia juga lupa bahawa ruang kebebasan untuk rakyat akan lebih luas jika Pakatan mentadbir negara kerana ia akan memansuhkan undang-undang yang mengekang yang dia buat dulu," ujar pakar perlembagaan itu.
Katanya lagi, kenyataan Mahathir itu menunjukkan sikapnya yang hipokrit terhadap dasar luar kerajaan semasa beliau menjadi perdana menteri sehingga sekarang.

"Dia berlagak anti-Barat, anti-Yahudi dan lain-lain tapi kita tahu siapa Mahathir yang sebenar," ujarnya yang juga bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa.

Mahathir dan Pimpinanan Umno yang diketuai Datuk Seri Najib Razak kebelakangan ini menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya pro Israel, dengan memutar belitkan kenyataannya di Asian Wall Street Journal.

Sebaliknya, pimpinan KEADILAN membawa bukti yang menunjukkan sikap sebenar kerajaan pimpinan Umno-BN terhadap Israel dan Amerika Syarikat, antaranya, perjanjian dengan APCO yang menerima bayaran RM77 juta setahun dari kerajaan.

Kelmarin, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa kerajaan tidak konsisten terhadap perjuangan Palestin dan tidak mengiktiraf kerajaannya yang sah akibat tunduk kepada tekanan Amerika dan Israel.

Kerajaan BN katanya, membelakangkan kehadiran menteri luar Palestin yang sah, Dr Mahmoud Al Zahar yang dilantik perdana menteri ketika itu, Ismail Haniyeh semasa Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada 2006.

Logo 1Malaysia : K’jaan sedia tanggung kerugian pengilang?

Posted: 15 Feb 2012 09:55 PM PST

KUALA LUMPUR 15 Feb: Pemuda Pas mempersoalkan kesanggupan kerajaan menanggung kos kerugian pengilang sekiranya logo 1Malaysia diwajibkan terhadap tiga barang kawalan, kata Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitarnya, Mohd. Firdaus Jaafar.

Beliau merujuk arahan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang mewajibkan pengusaha tepung, gula dan minyak masak – memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk mereka bermula bulan ini untuk terus menikmati subsidi.

Katanya, arahan itu itu dilihat tergesa-gesa meskipun kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi lebih banyak masa kepada pengeluar bagi mematuhi peraturan tersebut.

"Berapa banyak pengilang-pengilang yang akan terlibat di dalam perlaksanaan ini dengan mengambil kira kos yang perlu mereka tanggung?

"Mahukah kerajaan menanggung segala kerugian mereka hanya kerana tiada logo '1 Malaysia'," soal Firdaus dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, beliau juga menuntut jaminan kerajaan terhadap tempoh penangguhan pelaksanaan arahan tersebut.

"Barang-barang yang diwartakan pula semuanya barang kawalan yang sepatutnya rakyat menikmatinya dengan harga yang murah namun ia menimbulkan tanda tanya mengapa mesti bersyarat?" tambah beliau.

Gambar Sempena Program Himpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan

Posted: 15 Feb 2012 07:43 PM PST

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/395369_334683473237589_100000878186654_943228_108241693_n.jpg
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/419248_360653003958504_100000414234415_1283749_317210725_n.jpghttp://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/419429_373614239332623_100000521511371_1456047_1818683922_n.jpg

Kedudukan Shahrizat hak mutlak PM, kata Najib

Posted: 15 Feb 2012 06:00 PM PST

Wartawan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, soal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan meletakkan jawatan tidak dibincangkan dan kedudukan beliau sebagai anggota Kabinet adalah "hak mutlak" beliau selaku Perdana Menteri.

"Tidak, belum dibincangkan lagi. Ia adalah hak mutlak Perdana Menteri," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam tadi.

Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno diminta mengulas spekulasi bahawa Shahrizat enggan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti politik ketika banyak pihak mengaitkan beliau dengan isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Laporan Bernama semalam menyebut, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan."

Katanya, Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti.

"Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan.

"Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, Gabungan Wawasan Generasi Felda antara tiga pertubuhan diluluskan menjadi anggota bergabung BN.

Najib memberitahu, dua lagi pertubuhan yang diluluskan ialah Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Tiga pertubuhan itu merupakan antara 11 permohonan yang diterima oleh BN untuk menyertai gagasan itu sebagai anggota bergabung.

Najib berkata permohonan lapan lagi pertubuhan sedang diproses dan ditapis Jawatankuasa Pengurusan BN.

Dipetik Bernama, beliau berkata, mesyuarat malam tadi turut dimaklumkan bahawa program latihan dan penerangan yang disusun atur telah berjalan lancar, serta lawatan yang dibuat oleh beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapat sambutan sangat menggalakkan di peringkat negeri-negeri.
Begitu juga dengan tinjauan mesra yang dilakukan di beberapa negeri, kata Perdana Menteri.

Mengenai Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada 26 Februari ini, Najib berkata, setiap pihak mempunyai hak untuk berhimpun mengikut Akta Perhimpunan Aman.

"Buat apa nak atasi (perhimpunan ini), masing-masing ada hak untuk berhimpun di bawah Akta Perhimpunan Aman, jadi berhimpunlah atas undang-undang yang sedia ada.

"Buat apa kita nak bertindak, kita ada program kita sendiri, kita punya perhimpunan pun lagi ramai, lagi besar. (Biarlah) dia buat hal dia, kita buat hal kita," katanya.

Noh diminta dedah bukti isu pasir

Posted: 15 Feb 2012 05:00 PM PST

NURULFATIHA MUAH

SHAH ALAM – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar diminta bersedia memberikan maklumat berhubung dakwaan isu penyelewengan pasir di Selangor kepada ahli panel Transparency International.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau sudah meminta ahli panel pasukan tersebut untuk menemu bual Noh bagi tujuan itu.

"Kita mahu Noh dedahkan maklumat seperti dakwaannya itu dan ia akan didedahkan kepada umum kelak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Semua urusan transaksi perniagaan pasir di negeri itu dipantau Transparency International dan dua pengarah bebas badan tersebut juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sejak tahun lalu, bagi menjamin ketelusan operasi.

Sebelum ini, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor mendakwa mempunyai bukti wujudnya penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh KSSB dalam penawaran pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Noh mendakwa, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50, manakala syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan RM0.50 sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli, berdasarkan maklumat diperolehnya.

Beliau juga sedia berdepan dengan tindakan disaman oleh Kerajaan Negeri berikutan pendedahannya mengenai isu penyelewengan itu.

Sebelum itu, blogger Raja Petra Kamaruddin pada 9 Februari lalu mendedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei bersama Adun Batu Caves, Amirudin Shari didakwa terlibat dengan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan pasir di negeri ini.

Dua Adun PKR itu didakwa mengambil rasuah untuk menyokong permohonan sebuah syarikat pengorekan pasir.

Dakwaan sama juga mendedahkan bukti transkrip perbualan telefon menunjukkan Shuhaimi menerima wang tunai RM50,000 dengan pembayaran dibuat kepada beberap individu.

Shuhaimi dan Amirudin pada sidang media sehari selepas itu menafikan dakwaan tersebut dan mempersoalkan motif Raja Petra mengulangi tuduhan itu setelah mereka disahkan bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada Julai lalu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan semalam, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif KSSB berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada Noh untuk mengadakan satu pertemuan bersama tiga Ahli Lembaga Pengarah Bebas KSSB.

"Surat itu dihantar hari ini (semalam) untuk mendapatkan persetujuan Noh supaya beliau dapat menetapkan tarikh bagi membicangkan dakwaan sakah laku isu pasir.

"Tiga Ahli Lembaga Pengarah Bebas KSSB, iaitu Sabtu Md Ali, Cheong Seng Gee dan Ganabatirau Veraman dijangka bertemu Noh bagi membolehkan KSSB mendapatkan gambaran yang tepat supaya tindakan yang seterusnya dapat diambil," katanya.

Menurut kenyataan itu, KSSB memandang serius tentang dakwaan terbabit dan berharap agar perjumpaan yang bakal diadakan dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Anwar dijangka temu Nik Aziz Isnin ini

Posted: 15 Feb 2012 04:24 PM PST

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Biro Politik PKR yang bermesyuarat malam tadi telah membincangkan pendirian Dewan Ulama Pas dan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh isu Israel-Palestin bulan lalu.

Dengan beberapa opsyen dikatakan telah diutarakan pada mesyuarat tersebut, Anwar dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi pagi ini manakala pertemuan dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dijangka berlangsung Isnin ini.

Pagi ini, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dijadual menghadiri Program Sepagi Warga MPSJ Bersama Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

"Perkembangan semasa ini bukan agenda utama Biro Politik hari ini (semalam), tetapi kami ada membincangkan. Dimaklumkan, Datuk Seri Anwar akan mengeluarkan satu kenyataan, kemungkinan pagi esok (ini).

"Berkenaan dengan pertemuan Datuk Nik Aziz, dimaklumkan bahawa ia akan diadakan pada 20 Februari, itu tarikhnya setakat ini, melainkan jika ada perubahan nanti," kata seorang pemimpin kanan yang menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR, malam tadi.

Pemimpin itu tidak mahu memberikan butiran lanjut atas alasan syor-syor yang dibentangkan dijangka diperhalusi oleh Anwar sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

PKR pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kontroversi terbaru selepas ia muncul akhir bulan lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz sebaik sahaja beliau pulang ke tanah air dari Thailand bagi menjelaskan kenyataan berhubung isu Israel-Palestin yang disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ).

Azmin berkata, pertemuan itu yang dijangka berlangsung selewatnya minggu ini perlu melihat kepada kelapangan masa Nik Aziz.

"Kami telah meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan menghormati pandangan mereka. Walaupun Anwar kini berada di luar negara, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz bagi menjawab isu tersebut setelah pulang ke tanah air.

"Namun bila dan di mana pertemuan itu berlangsung bergantung pada surat dari pejabat Menteri Besar," katanya.

Anwar dalam wawancaranya dengan WSJ dilaporkan berkata, beliau menyokong usaha menjaga keselamatan Israel.

Kenyataannya itu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk Majlis Syura Ulama Pas, awal minggu ini, yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel dan mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu ataupun menyaman WSJ itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

Tiada ulasan: