DIALOG RAKYAT |
- Najib beri bayangan PRU-13 makin dekat
- Campak Buku Jingga ke tong sampah hina demokrasi
- Anugerah kebajikan akan dinamakan sempena Rosmah
- JK disiplin DAP dapati Nga tak bersalah
- Umno-BN Salah Guna Sekolah Untuk Kempen
- Dr Dzulkifly: BR1M Perlu Di Agih Tanpa Tempoh Masa
- Anwar jawab Tohmahan berhubung Isu Israel
- ‘Saya tunggu kenyataan parasit sokong Anwar’
- Blogger Papagomo disaman Husam Musa pula
- PAS konsisten, bukan Islam semakin faham
- Bagaimana zakat dibelanjakan?
- Zunar kini sebaris dengan Siti dan Sudir
- Ladang Rakyat: RM52.4 juta dividen diagih sejak 2006
- PRU13: PAS tunggu senarai calon DHPP negeri
- Orang Dayak di Sarawak tidak peduli sama ada Taib pergi atau mati dalam jawatan
- Demokrasi dalam Umno hanya 10% daripada yang pernah diamalkan dahulu
- Kerajaan Zambry menipu masyarakat India Perak - Sivakumar
- DPMM akan bina rumah di bawah harga RM200,000 seunit
- Amrin dilantik semula ketua audit negara
- K'jaan tak gentar dengan Himpunan Hijau 2.0
- JATI bukan pesaing PERKASA, objektif sama
- Mukhriz akui faktor 'anak Dr M' bantu karier politik
- PAS tolak dakwat berbeza untuk undian awal
- Halang FGVH: Ahli KPF tuntut EGM, fail injunksi
- Isu Palestin: Umno bermuka-muka, kata Anwar
Najib beri bayangan PRU-13 makin dekat Posted: 16 Feb 2012 04:04 PM PST MALAYSIA KINI Meskipun tidak secara langsung menyatakan bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan tidak lama lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Sabah di Kota Kinabalu malam semalam terus memberi bayangan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan. | ||
Campak Buku Jingga ke tong sampah hina demokrasi Posted: 16 Feb 2012 03:58 PM PST Dr Maszlee Malik Surat Terbuka kepada Datuk Ahmad Maslan Adab dan moral Sekat kebebasan maklumat Di antara sine qua none (perkara yang mesti ada) bagi demokrasi ialah kebebasan maklumat serta ketelusan fakta. Demokrasi bukan hanya bermaksud mengadakan pilihanraya setiap empat atau lima tahun dan semua pihak dibenarkan bertanding sahaja. Maka, berdasarkan prinsip ini, 'Buku Jingga' yang telah dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat sekaligus sebagai tawaran pihak Pakatan merupakan sebahagian daripada pengamalan demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik. Arab Spring Rejim yang berkuasa seakan-akan mengatakan bahawa pihak rejim sahajalah yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat, kerana rakyat masih tidak mampu berfikir. Sistem yang berat sebelah di mana sesebuah rejim menguasai semua maklumat dan tidak memberikan ruang yang adil kepada semua pihak yang bertanding merupakan politik dunia ketiga. Salahi aspirasi PM Anugerah penyapu Di sudut yang lain, Datuk juga telah memberikan isyarat seolah-olah mereka tidak boleh berfikir sehinggakan Datuk tidak bersedia berdebat atau berdialog dengan pihak Pakatan dan ANAK di media terbuka di hadapan warga Felda unutk mereka berfikir dan membuat keputusan. Datuk tersilap di dalam hal ini. Ahli politik bertamadun Maka, di atas semangat warga yang sedar dan juga ahli akademik yang bertanggungjawab, saya menyeru agar Datuk bersikap dengan sikap 'ahli politik bertamadun' lantas bersedia untuk berdialog dengan wakil ANAK ataupun wakil Pakatan mengenai isu Felda. Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM. ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini. | ||
Anugerah kebajikan akan dinamakan sempena Rosmah Posted: 16 Feb 2012 03:55 PM PST MALAYSIA KINI Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal. Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur. NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan. Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung. Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah. Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang. "Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis itu. Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia. Bernama | ||
JK disiplin DAP dapati Nga tak bersalah Posted: 16 Feb 2012 03:52 PM PST MALAYSIA KINI Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa itu berkata ia telah memanggil Nga, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, enam bekas ahli exco dan tiga ahli MBI yang menganggotai lembaga tender ketika itu, dalam membuat keputusan tersebut. Nizar dan anggota exco terbabit menafi mengesyorkan kepada MBI supaya melantik Ethan & Elton Sdn Bhd - sebuah syarikat di mana isteri Nga, Wong Seow Ching, mempunyai kepentingan - untuk kontrak Lounge Suit. Tiga ahli majlis tersebut - Frankie Wong dan Simon Ng dari DAP, Khairuddin Abd Malik dari PAS - memberitahu jawatankuasa displin bahawa mereka tidak pernah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk Nga, dalam melantik Ethan & Elton. "Tidak timbul Isu penyalahgunaan kuasa oleh Nga. Status Nga sebagai ADUN dan anggota exco tidak menghalang isterinya daripada menjadi rakan kongsi syarikat. Selain itu, Nga tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam syarikat tersebut. "Hanya akan terdapat konflik kepentingan jika Nga menggunakan kedudukan untuk mempengaruhi keputusan lembaga tender," kata jawatankuasa itu. | ||
Umno-BN Salah Guna Sekolah Untuk Kempen Posted: 16 Feb 2012 05:51 AM PST Oleh Afeeqa Afeera SHAH ALAM : Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang mengambil peluang dengan menggunakan sekolah sebagai medan politik dibantah sekeras-kerasnya sebilangan besar pihak termasuk ibu bapa dan pemimpin masyarakat kerana dilihat akan mencemarkan institusi terbabit. Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud ketika dihubungi TV Selangor berkata, kenyataan itu dibuat sejurus beliau menerima aduan daripada ibu bapa menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan bahawa satu ceramah ekonomi akan diadakan (semalam) di Sekolah Menengah Sri Andalas anjuran bekas Adun-adun Selangor. Bagaimanapun menurutnya, ia telah disalahgunakan oleh pihak terlibat dengan mengutarakan isu politik semata-mata selain turut menyampaikan mesej bahawa Umno-BN akan menawan semula kawasan Kota Raja semasa Pilihan Raya ke-13 (PRU-13) nanti. "Mereka (penganjur) mengeluarkan satu jemputan kepada ibu bapa. Pada asalnya, ia adalah program Umno iaitu mereka hanya menjemput orang-orang tertentu sahaja. Tetapi apabila ibu bapa pakat telefon sekolah untuk bertanyakan tentang hal berkenaan, mereka membukanya kepada semua orang. Jadi ibu bapa telah menaikkan kain rentang untuk membantah program ini dan murid-murid sekolah juga dilepaskan awal pada jam 5.45 petang. Saya difahamkan, aktiviti kokurikulum juga terpaksa dibatalkan untuk memberi laluan kepada program tersebut," tegasnya. Tambah Dr Mariah, ibu bapa murid-murid sekolah berkenaan telah menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk mendapat pengesahan, namun pihak PPD memaklumkan mereka tidak dimaklumkan mengenai program tersebut. Beliau berkata, program yang dianjurkan di sekolah itu mendapat kebenaran daripada Pengetua serta turut disertai pihak PIBG dan sebilangan besar guru-guru sekolah. Perkara ini jelas katanya, menunjukkan salah guna kuasa Pengetua kerana membenarkan program politk berlangsung tanpa kebenaran PPD, mengarahkan murid-murid untuk pulang awal sebelum tamat sesi persekolahan selain memaksa para guru untuk hadir. "Kita akan menulis surat kepada Kementerian Pelajaran untuk mengambil tindakan kepada Pengetua kerana secara terang-terangan melanggar tugas dan membenarkan satu program politik dijalankan di sekolah," ujarnya. Difahamkan, program politik tersebut dihadiri oleh Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Datuk Dr Abu Hassan Omar, Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd Nor dan beberapa pemimpin tempatan lain. | ||
Dr Dzulkifly: BR1M Perlu Di Agih Tanpa Tempoh Masa Posted: 16 Feb 2012 05:47 AM PST Oleh Hafizan Taib SHAH ALAM : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyelar tindakan dibuat Kerajaan Persekutuan yang menetapkan tempoh masa bagi pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat di negara ini. Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan pimpinan Umno-BN seharusnya memberi bantuan itu terus kepada rakyat dan bukan mengarahkan rakyat untuk merayu kepada pemimpin Umno bagi mendapatkan hak mereka. Malah, tegasnya, pemberian bagi BR1M itu telah diputuskan menerusi peruntukan disediakan semasa belanjawan 2012 dibentangkan bagi menampung dan meringankan penderitaan rakyat dalam suasana kos saraan hidup terus tinggi. "Maka berapa lama pun untuk pemberian bantuan itu perlu dilaksanakan pada saya bukan isunya. Jangan dihadkan 11 Februari ke...15 Mac ke...selagi setiap satu keluarga dan ketua isi rumah tidak mendapat hak daripada pemberian BR1M itu sebanyak RM500 bagi mereka yang memenuhi syarat kurang daripada isi pendapatan RM3,000 ke bawah maka mereka layak mendapat bantuan itu," katanya. Dr Dzulkefly berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang menyatakan kerajaan akan mengkaji bagi melanjutkan tempoh pemberian BR1M kepada 15 Mac depan supaya lebih ramai rakyat akan menikmati pemberian itu. Beliau berkata, kerajaan seharusnya tidak menjadikan faktor masa sebagai syarat dan kegagalan untuk mengagihkannya adalah satu kezaliman kepada rakyat yang berhak. "Selagi mereka punya kelayakan dan hak, selagi itulah mereka wajar dan wajib diberikan kerana itu adalah belanjawan 2012. Mengapa perlu dihad-hadkan masanya. "Dan rakyat pun sepertimana rakyat di Kuala Selangor masih ramai yang belum dapat. Kemudian pulak diberi ruang untuk merayu. Apa benda ni? Nak merayu nak kena jumpa Ketua Bahagian Umno atau ADUNnya. Ini pemberian wang Umno atau pemberian wang yang disatukan oleh Kerajaan Pusat? Itu adalah wang hasil cukai, segala bentuk cukai," katanya. Dr Dzulkefly berkata, Najib perlu memahami keadaan itu dan menjadi kewajiban untuk menjelaskannya kepada rakyat tanpa sebarang had waktu. Katanya, bantuan BR1M itu juga mesti dibuat bukan sekadar bagi tujuan memancing undi dalam pilihanraya. "Jangan ada had waktu di situ. Pada saya jelas sama ada nak pilihanraya ke atau apa ke, itu bukan persoalannya. Persoalannya setiap ketua isi rumah dan isi rumah yang punya pendapatan kurang RM3,000 maka mereka berhak," katanya. | ||
Anwar jawab Tohmahan berhubung Isu Israel Posted: 16 Feb 2012 05:37 AM PST Oleh TV Selangor PETALING JAYA: Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tohmahan dari pemimpin Umno/BN berhubung isu Israel merupakan putar belit yang sengaja dilakukan sedangkan dalam masa yang sama kerajaan menjalin hubungan baik dengan negara zionis tersebut. Menurut Anwar, Menteri Pertahanan, Datuk Zaid Hamidi juga pernah bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Begitu juga dengan pentadbiran Perdana Menteri juga telah melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Ketua Pembangkang itu juga berkata walaupun terdapat perbezaan pandangan dengan PAS berhubung isu tersebut namun kedua-dua parti tersebut mempunyai matlamat yang sama untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur. Ikuti kenyataan penuh beliau 16hb Februari 2012 Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato' Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin . "This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can't keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security". Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama: "The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues-including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel." Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat. Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin : "If Israel withdraws to the '67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people - what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them". Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel. Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu . Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro. Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin. Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi. Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan. Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin). ANWAR IBRAHIM | ||
‘Saya tunggu kenyataan parasit sokong Anwar’ Posted: 16 Feb 2012 05:31 AM PST Golongan parasit dalam PAS yang menyokong agenda politik Anwar sehingga kini hanya berdiam diri sahaja dan tidak berani membuat pendirian kukuh, kata Hasan Ali. SHAH ALAM: Pengasas Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali mencabar golongan 'parasit' dalam PAS memberikan kenyataan menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung status Palestin-Israel. Golongan parasit dalam PAS yang disifatkannya sebagai pemimpin yang menyokong agenda politik Anwar selama ini katanya sehingga kini hanya berdiam diri sahaja dan tidak berani membuat pendirian kukuh. "Saya tunggu kenyataan golongan profesional yang menjadi parasit ini tapi nampaknya tiada seorang pun dalam PAS yang keluarkan kenyataan tentang Anwar," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Katanya, gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu adalah satu perkara yang amat jarang ditimbulkan terutamanya apabila mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang. Nik Aziz kelmarin mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan tidak benar. Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel. Anwar dalam temubual bersama WSJ antara lain berkata, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus mengundang kecaman daripada pelbagai pihak. 'Kalau nak debat biar setaraf' Tetapi, katanya akan menyahut cabaran itu hanya selepas Jati mencapai tempoh matang namun bukan dengan Khalid Samad. "Kalau nak debat biarlah setaraf Naib Presiden atau Timbalan Presiden (PAS) dan bukannya dengan orang bawahan," katanya yang pernah enam tahun memegang jawatan Naib Presiden PAS. Beliau turut mempertahankan kenyataannya mengenai dakwaan negara republik dalam ceramahnya sebelum ini. Katanya, dakwaan itu ditimbulkan berdasarkan hasil tulisan dalam blog dan disebut individu tertentu namun enggan mendedahkannya secara terperinci. Ditanya sama ada mahu meneruskan perjuangan politik dan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, Hasan berkata keputusan itu akan diumumkannya sejurus selepas Parlimen dibubarkan. Turut baca: Teguran Nik Aziz penuh hikmah | ||
Blogger Papagomo disaman Husam Musa pula Posted: 16 Feb 2012 05:27 AM PST
KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya. Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya. Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif. Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif. Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. | ||
PAS konsisten, bukan Islam semakin faham Posted: 16 Feb 2012 05:22 AM PST
KUALA LUMPUR: Sokongan orang ramai terhadap PAS ternyata semakin memberangsangkan sejak kebelakangan ini, apabila dianggarkan seramai 100 hingga 200 orang rakyat negara ini telah menjadi ahli parti itu dalam sebulan. Dengan sokongan baik itu menjadikan jumlah ahli PAS di seluruh negara sekarang telah bertambah secara beransur-ansur sehingga mencecah sejuta orang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, penerimaan orang ramai terhadap PAS sejajar dengan peningkatan kefahaman rakyat negara ini mengenai dasar perjuangan parti itu yang berbeza dengan parti-parti lain di tanah air. Menurutnya, sejak ditubuhkan hingga sekarang malah hingga selamanya, PAS tetap konsisten dengan dasar perjuangannya untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di negara ini dan sekiranya berubah hanyalah pendekatan-pendekatannya sesuai dengan keperluan masa dan keadaan. Katanya, realiti itu berbeza sama sekali dengan Umno yang berjuang atas dasar sekular dan perkauman, sehingga menyebabkan munculnya pelbagai masalah di dalam parti itu dan masyarakat yang menjadi semakin kronik dan gagal diselesaikan dengan baik. "PAS pula berjuang untuk mengajak orang ramai mentauhidkan Allah, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran yang dimulai dengan diri sendiri dan terhadap masyarakat," katanya kepada Harakahdaily ketika ditemui, di sini. Matlamat penubuhan PAS, menurutnya, bukanlah berpaksikan politik semata-mata, tetapi adalah untuk menyampaikan mesej Islam kepada orang ramai. Katanya, perkara itu sejajar dengan kedudukan PAS sebagai gerakan Islam yang berjuang untuk mendaulatkan Islam di muka bumi ini yang mengatasi kepentingan peribadi setiap pemimpin dan ahli-ahlinya. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu menegaskan, perjuangan PAS tidak akan terhenti walaupun cuba dihalang dengan pelbagai cara oleh pihak pemerintah sejak awal penubuhannya. "Berkat kesungguhan dan keikhlasan para pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam menyampaikan mesej perjuangan kepada orang ramai, perjuangan PAS kini sudah semakin difahami oleh orang ramai termasuk di kalangan bukan Islam," jelasnya. Dalam usaha menarik orang ramai agar menyertai PAS, beliau mengingatkan setiap pemimpin dan ahli-ahli parti itu agar tetap berdiri di atas pendekatan yang betul dan berkesan. "Untuk menarik sokongan orang ramai, kita dalam PAS ada uslub kita sendiri. Pengalaman saya, jika berceramah, sekiranya kita hanya menyampaikan ceramah politik, ia tidak akan berjaya menarik sokongan orang ramai kepada PAS. "Cara terbaik adalah dengan menyampaikan mesej Islam kepada orang ramai menerusi ceramah kita itu. Cara ini ternyata cukup berkesan dan lebih menepati matlamat penubuhan PAS itu sendiri," jelasnya. Beliau berharap agar seluruh pemimpin PAS akan turut menggunakan pendekatan tersebut dalam setiap ceramah mereka kerana dengan mendidik orang ramai dengan pendidikan Islam akan dapat menyedarkan orang ramai tentang kewajipan mereka menyokong gerakan Islam, terutama di kalangan orang Islam sendiri. "Hanya menerusi pendidikan Islam yang akan dapat mengubah orang jahat kepada baik. Dengan itu, jika kita menyampaikannya dengan ikhlas kepada Allah, apa yang kita lakukan itu akan dinilai sebagai ibadat dan diberikan pahala oleh Allah sehingga berterusan walaupun kita telah meninggal dunia. "Selain dari menyampaikannya menerusi ceramah, perkara itu juga perlu dilakukan oleh para penulis dan wartawan dan itulah bezanya antara penulis atau wartawan Harakah dan Harakahdaily dengan wartawan-wartawan akhbar lain terutama akhbak milik Umno atau BN," tegasnya. | ||
Posted: 16 Feb 2012 05:20 AM PST
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebajikan dan mencegah berbuat kejahatan, dan mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 71) Nisbah agihan sekitar 60% juga dapat dilihat di dalam laporan operasi Yayasan Taqwa, sebuah organisasi di bawah naungan MAIWP yang objektif utama penubuhannya adalah untuk menerima dan menguruskan dana peruntukan dari MAIWP, sumbangan-sumbangan individu, kumpulan dan organisasi dari dalam dan luar negara bertujuan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan, sosial dan kemajuan agama Islam. Selain kos pengurusan dan operasi yang agak signifikan, peruntukan besar turut diberi kepada golongan amil yang merupakan sebahagian daripada golongan asnaf. Berilah zakat kepada mereka Keyakinan pembayar zakat terhadap kejayaan agihan zakat perlu ditingkatkan. Penulis berpendapat, hasil zakat akan meningkat berkali-ganda apabila agihan zakat dilihat telus, diyakini dan diperluas agar tidak ada yang tercicir. | ||
Zunar kini sebaris dengan Siti dan Sudir Posted: 16 Feb 2012 05:13 AM PST
LONDON: Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anuar Ulhaq berjaya mengharumkan nama negara dan sekaligus meletakkan nama beliau sebaris dengan penyanyi Siti Norhaliza dan Sudirman Haji Arshad. (Zunar menerangkan tentang kartunnya kepada pengunjung) Mereka bertiga adalah artis yang sama-sama membuat persembahan di kota London. Namun, cerita Zunar tidak memenuhi dada-dada akhbar media tradisi kerana beliau bertembung dengan media jenis ini. (Orang ramai yang memenuhi ruang pameran kartun Zunar di London) Penal jemputan semasa majlis pelancaran adalah Pengasas Radio Free Sarawak, Clare Rewcastle Brown dan Pengarah Eksekutif Article 19, Dr Agnes Callamard. (Sebahagian orang ramai yang memenuhi Free Word Centre, London dalam majlis pelancaran pameran kartun Zunar) "Saya segera membuat pendaftaran untuk hadir sebaik saja saya mengetahui mengenai pameran ini. Kebetulan saya sedang bercuti di London. Bagi saya, Zunar adalah salah seorang dari dua lagenda kartunis selain Dato' Lat," kata Amir, seorang pegawai kerajaan dari Malaysia. | ||
Ladang Rakyat: RM52.4 juta dividen diagih sejak 2006 Posted: 16 Feb 2012 05:11 AM PST Rizal Tahir KOTA BHARU: Sebanyak RM52,365,600 dividen telah diagihkan kepada 4,834 orang peserta Ladang Rakyat seluruh Kelantan sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2006. | ||
PRU13: PAS tunggu senarai calon DHPP negeri Posted: 16 Feb 2012 05:03 AM PST
KUALA LUMPUR: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat kini sedang menunggu senarai calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri-negeri untuk pencalonan ahli-ahli dewan itu, bagi mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. | ||
Orang Dayak di Sarawak tidak peduli sama ada Taib pergi atau mati dalam jawatan Posted: 16 Feb 2012 04:59 AM PST K Suresh, Malaysia Chronicle Selain daripada beberapa orang Dayak intelektual yang tinggal dalam suasa selesa di bandar, majoriti besar Dayak di Sarawak tidak peduli akan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, seorang Muslim generasi kedua dari masyarakat Dayak Melanau yang minoriti. Taib adalah cucu kepada seorang yang beragama Kristian. Apa yang dibimbangkan oleh masyarakat Dayak adalah keluarga Taib akan merampas tanah NCR dengan menggunakan apa jua alasan sepertimana yang dilakukan oleh UMNO di Sabah untuk mengubah demografi mereka; atau mana-mana parti politik arii Semenanjung Malaysia (atau Malaya),terutamanya Umno, tidak cuba untuk mendapatkan perwakilan dalam Dewan Undangan Negeri di Sarawak bagi pihak mereka. Masyarakat Dayak takut akan apa yang berlaku kepada masyarakat Dusun - termasuk Kadazan atau bandar Dusun dan Murut di negara jiran Sabah akan berlaku juga pada mereka. Masyarakat Dayak bertekad untuk mengelakkan tanah NCR mereka jatuh ke tangan syarikat-syarikat Malaysia dari Semenanjung. Mereka juga tidak mahu melihat pembinaan masjid di kawasan mereka dan mereka pasti tidak mahu membenarkan ahli-ahli komuniti mereka berkahwin dengan orang Islam - sering kali akibat perbuatan rogol - untuk mengambil kesempatan untuk tinggal di kampung-kampung tradisional mereka. Sebenarnya, orang Dayak tidak mahu Sarawak berada dalam Malaysia yang mereka rasakan dikuasai oleh Kerajaan Persekutuan Melayu, tetapi itu cerita lain. Mereka menyedari bahawa sumber minyak dan gas dan hasil lain adalah milik mereka jika Sarawak tidak berada dalam Malaysia. Sementara itu, mereka suka kepada orang Cina menolak Kerajaan Persekutuan dan Semenanjung Malaysia umpama wabak, dan tidak mahu ada kena-mengena dengan mereka walau sedikit pun. Lebih baik biar dia mati semasa memerintah
Taib telah berkuasa selama lebih daripada tiga dekad dan ia membuatkan orang Dayak terasa ingin hendak melihatnya turun dari jawatan nampaknya dia tidak mempunyai masa yang lama lagi untuk bertugas dan mereka juga menganggap bahawa dia mahu memegang jawatan itu sehingga mati. Suatu masa dahulu, orang Dayak menyokong orang Melayu dalam usaha untuk menggulingkan Taib. Itu berlaku pada tahun 1987, digelar 'Peristiwa Ming Court' oleh Taib. Ming Court yang terletak di Jalan Ampang di Kuala Lumpur adalah hotel di mana ahli Dewan Undangan Negeri yang terdiri dari orang Dayak dan Melayu berkumpul untuk merancang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Taib. Malangnya, mereka telah dipujuk oleh ibu bapa saudara Taib yang juga mantan Ketua Menteri, Abdul Rahman Yaakub, bahawa dia dapat mendapatkan kemenangan. Rahman mengkhianati mereka dan Taib menghalang inisiatif untuk mengadakan pilihan raya yang disokong oleh Parti yang kononnya berbilang kaum tetapi berasaskan kaum Cina yang dikuasai (SUPP) Parti Bersatu Rakyat Sarawak. Hari ini, Taib juga telah jmenjadi racun kepada orang Cina dan SUPP, kerana telah menipu mereka. Mereka yang mahu Taib keluar
Oleh itu, sebahagian besar SUPP - kecuali beberapa kumpulan-kumpulan kecil Melayu yang mengintai jawatan Ketua Menteri benar-benar ingin untuk menjatuhkan Taib, yang telah berjaya mendapat sokongan kaum Dayak untuk berdiri di belakang mereka. Dayak, tidak seperti orang Melayu, bersetuju dengan Taib bahawa "SUPP cemburu akan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, walau dengan apa cara jua sekalipun, waima seperti mereka juga". Bagi kaum Dayak, apa yang teruk lagi adalah SUPP, seperti keluarga Taib mendapat habuan dari setiap perniagaan di Sarawak - hanya boleh menjadi baik bagi mereka walaupun mereka tidak langsung memberi manfaat. SUPP yang "berkuasa" untuk terpaksa melakukan banyak pengorbanan kerana terpaksa membiarkan Taib menguasai mereka dan juga untuk seberapa lama yang boleh. Kaum Dayak Sarawak tidak anti-Cina atau cemburu akan masyarakat yang menguasai bisnes, tidak seperti obsesi Umno yang dipimpin masyarakat berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia bersama orang Cina. Ideologi politik Umno adalah "cemburukan orang Cina dalam perniagaan, dan cemburukan orang Cina secara umumnya". Walaupun begitu, kaum Dayak tahu bahawa SUPP telah menghalang mereka dari berkuasa apabila bersekongkol dengan ahli politik yang beragama Islam daripada masyarakat Melanau yang menguasai politik di Sarawak. Jika tidak kerana SUPP, Stephen Kalong Ningkan akan dapat berkhidmat dengan lebih lama sebagai Ketua Menteri Sarawak dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dan Bumiputera bukan Islam akan memerintah Sarawak, seorang demi seorang, sebagai Ketua Menteri. Walaupun Dayak di Sarawak tidak semuanya anti-China seperti pemimpin Umno Melayu yang bersifat perkauman di Semenanjung Malaysia SUPP juga telah melakukan segala yang mungkin untuk membiarkan kaum Dayak terkebelakang dan juga menghina mereka sehingga ke hari ini. Oleh itu, tiada simpati buat SUPP di kalangan Dayak. Jadi, agak menghairankan apabila kaum Dayak telah tidak berubah sepenuhnya menjadi anti-Cina seperti Umno Melayu di Semenanjung Malaysia. Ini membuktikan kaum Dayak agak demokratik dan tidak memusuhi saingan politik mereka. Tanah NCR
Satu lagi sebab kaum Dayak tidak menyokong dan sepakat denagn SUPP adalah kerana tanah NCR. Dari dahulu lagi SUPP telah terlibat dalam operasi merampas tanah orang Dayak. Kebanyakan masa, mereka telah berjaya untuk melakukan ini dengan bersekongkol dengan kerajaan negeri, Taib khususnya. Kerana Taib juga secara pantas pemimpin dan ahli-ahli SUPP memegang beberapa tanah utama di Sarawak dan ini adalah rompakan secara besar-besaran yang perlu ditangani dan dikembalikan pada mereka pada masa yang akan datang. SUPP tidak boleh berfikir bahawa mereka akan dapat terlepas dengan senangnya setelah merampas tanah NCR. Pandangan yang berbeza bagi orang Dayak
Jika semua ahli dewan undangan negeri Dayak bersatu menentang parti, mereka akan membawa impak yang kuat kerana mereka mewakili sebahagian besar populasi di Sarawak. Sekarang, hampir semua parti politik di Sarawak mempunyai ramai ahli berbangsa Dayak. Ini telah menjadikan mereka lebih tersusun dari segi akar umbi politik dalam komuniti mereka dan sekaligus boleh memastikan bahawa mereka akan lebih stabil di dalam komuniti mereka. Berkontras dengan orang Dayak, orang Melayu lemah dari segi politik kerana mereka hanya diwakili oleh Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Sama juga dengan orang Cina yang baru-baru ini memilih DAP, yang telah mula muak dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang hampir musnah dalam masyarakat mereka sendiri. Supp baru-baru ini memilih seorang Dayak, Richard Riot, sebagai Timbalan Presiden buat kali pertama sejak kebanyakan penggubal undang-undang yang ada pada hari ini adalah daripada komuniti itu. Jadi, orang Dayak punya perkara yang lebih penting untuk difikirkan daripada untuk bersama-sama SUPP dan orang Melayu yang ingin menghapuskan Taib. Malah jika Taib kuasa dengan lebih lama, ia akan menjadi lebih baik untuk politik orang Dayak, kerana semua menjadi teruk buat kaum-kaum lain di negeri ini apabila Taib akhirnya pergi. Keadilan akan terserlah! Kejayaan hanya boleh datang dari kemusnahan. Adalah tidak mungkin orang Dayak akan bersekongkol dalam sebarang cubaan oleh Taib dan Rahman untuk menjayakan sebuah dinasti politik selama-lamanya kerana golongan intelektual dalam masyarakat akan menentang sebarang langkah itu dengan apa cara sekalipun. Ini termasuk membuat pakatan dengan Cina dan berdiri di belakang DAP kerana ahli-ahli politik mereka sendiri juga tidak boleh dipercayai.Malaysia Chronicle | ||
Demokrasi dalam Umno hanya 10% daripada yang pernah diamalkan dahulu Posted: 16 Feb 2012 04:57 AM PST Maria Begum, Malaysia Chronicle Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyelar kepimpinan parti beliau, yang sekarang diterajui Perdana Menteri Najib Razak dengan mengatakan bahawa mereka mencanangkan diseluruh negara untuk berubah tetai demokrasi dalam Umno sendiri hanyalah 10% daripada yang pernah diamalkan oleh pemimpin zaman 60-an dan 70-an. "Umno dan pemimpinnya pada masa itu sangat setia pada semangat bahawa Umno dibentuk atas dasar sebuah parti yang benar-benar mengamalkan demokrasi. Kini, presiden Umno sendiri iaitu Najib Razak turut menjelajah seluruh negara dengan mesej bahawa 'kita harus berubah sekira tidak, kita akan diubah'," beritahu Kadir kepada wartawan. Gunakan politik perkauman untuk tutup kerakusan sendiri
Beliau juga memberitahu elit Umno untuk menghentikan politik perkauman dengan menyalahkan orang Cina kerana kelembapan Bumiputera untuk membangun dari segi sosio-ekonomi. Umno sendirilah yang harus berubah terutamanya diperingkat tertinggi demi untuk reformasi ekonomi berlaku,tambah beliau. Jangan salahkan orang Cina atau parti politik Cina kerana kegagalan mereka untuk meningkatkan prestasi bumiputera membangunkan diri dari segi sosio-ekonomi. Kita telah ada 50 tahun untuk melakukannya. "Siapa yang harus berubah? Adakah hanya ahli Umno atau termasuk pemimpinnya sekali?" Sememangnya elit Umno sering dituduh berselindung disebalik Dasar Ekonomi Baru untuk melakukan rasuah besar dan tidak terkawal, yang menyebabkan jurang yang besar antara yang miskin dan kaya terutamanya dalam masyarakat Melayu. Walaupun sudah ada 5 dekad langkah-langkah konkrit dilaksanakan, Melayu dan Bumiputera masih lagi membentuk 90% daripada 40% rakyat termiskin di negara. Menurut Laporan Global Integriti Kewangan, sekurang-kurangnya RM888 billion telah dikeluarkan dari negara secara haram dari tahun 2000 hingga 2009. Amaun yang sebegitu besar sepatutnya dalam membantu dalam keperluan Bumiputera pendalaman sekiranya pemimpin Umno ikhlas dan tidak mencuri wang itu untuk diri mereka dan keluarga mereka, beritahu pemerhati. Rasuah tetap kelemahan utama Umno
Abdul Kadir telah menyeru parti beliau untuk menyelesaikan masalah rasuah. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan dalam Umno sejak 1956.Pernah menjadi setiausaha politik. setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. "Sudah pastilah saya telah mendapat sedikit ilmu dan pengalaman dan oleh itu, saya layak memberikan pendapat saya," ujar Kadir. "Saya menyeru pihak yang sepatutnya dalam parti untuk menimbangkan pendapat saya. Saya rasa jika ia dilaksanakan, ia akan memberikan kebaikan kepada semua pihak baik jangkamasa pendek atau lama." Antara nasihat beliau adalah untuk kempimpinan parti menghentikan segala bentuk rasuah, termasuk rasuah politik di mana seseorang itu akan memberi wang kepada ahli dalam parti untuk membenarkan dia dilantik dalam pelbagai jawatan dalam parti; dan berhenti memberi rasuah kepada orang lain untuk menjadi popular dan menang dalam pilihanaya. "Terdapat pelbagai cara untuk menjadi popular dan menang pilihanraya tanpa merosakkan nilai murni dan cara hidup rakyat. Percayalah bila saya katakan bukan sahaja rakyat yang memerhatikan kita tetapi juga komuniti antarabangsa," ujar Kadir lagi.Malaysia Chronicle | ||
Kerajaan Zambry menipu masyarakat India Perak - Sivakumar Posted: 16 Feb 2012 04:51 AM PST V Sivakumar Kerajaan Barisan Nasional Perak telah menipu masyarakat India sekali lagi. MIC Perak seperti biasa menjadi 'pak angguk' kepada UMNO. Dalam kes SJKT Gunung Rapat, Datuk Bandar Ipoh telah menjajikan tapak tanah seluas 3 ekar di Ampang untuk membina bangunan baru. Perkara ini diumumkan pada 19/10/2011. Pengumuman ini dibuat setelah Pakatan Rakyat dan Ibubapa murid-murid sekolah itu membuat perhimpunan aman di hadapan SJKT Gunung Rapat pada 2/10/2012. Walau bagaimanapun MIC tanpa perasaan malu telah mengatakan bahawa merekalah yang mendapatkan tapak tanah yang baru itu untuk sekolah tersebut. Terbukti MIC sebuah parti yang tidak bermaruah kerana mencari publisiti murahan daripada hasil titik peluh orang lain. Pakatan Rakyat telah lawan habis-habisan untuk kebaikan sekolah tersebut. Tetapi, MIC senang-senang mahu mencari nama kerana tujuan politik. Inilah cara MIC menipu masyarakat India selama lebih 50 tahun. Tiba-tiba saya mendapat maklumat bahawa tanah yang dijanjikan untuk SJKT Gunung Rapat itu telah diluluskan kepada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA). Maklumat ini diperolehi daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Datuk Bandar Ipoh kepada Datuk S. Veerasngam , Penasihat kepada Menteri Besar Perak. Apabila saya mendedahkan perkara itu melalui media, Datuk S.Veerasingam telah mengeluarkan satu kenyataan media yang sungguh memalukan. Beliau berkata Datuk Bandar tidak pernah menjanjikan tanah di Ampang itu kepada SJKT Gunung Rapat. Ini adalah satu penipuan yang sangat besar. Saya mempunyai semua bukti-bukti mengenai janji tersebut. Perkara ini diterbitkan dalam semua media tempatan. Tetapi Datuk S.Veerasingam sanggup berbohong kerana mahu menolong UMNO dan PAFA mendapatkan tanah tersebut. Terbukti orang-orang MIC sanggup mengadai maruah bangsa sendiri untuk kepentingan diri mereka . Saya akan mendedahkan semua bukti kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Bandar Ipoh dan Pemimpin-pemimpin MIC Perak pada masa itu. Dalam satu laporan media Datuk Seri Zambry pula berkata Saya dan Datuk Seri Nizar telah mempolitikkan isu ini seolah-olah kami mahu menjadi hero memperjuangan hak orang India. Beliau juga berkata kami sepatutnya telah menyelesaikan masalah sekolah ini sewaktu Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak selama 11 bulan. Kenyataan ini adalah satu kenyataan kebudak-budakan. Saya tidak tahu pemikiran Datuk Seri Zambry begitu cetek dan beliau berhujah seperti budak-budak sekolah. Masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh Barisan Nasional untuk berpuluh-puluh tahun. Tetapi beliau mahu Pakatan Rakyat selesaikan dalam 11 bulan. Kata-kata beliau adalah sungguh memalukan kerana negeri Perak mempunyai seorang Menteri Besar yang daif dan tidak boleh menyelesaikan masalah ini dalam tempoh 3 tahun selepas menubuhkan kerajaan haram. Beliau cuba cuba menutup kelemahan beliau dan kerajaan Perak dengan menuduh Pakatan Rakyat. Apa yang pasti ialah masalah SJKT Gunung Rapat telah diselesaikan oleh Pakatan Rakyat jika kerajaan itu tidak dirampas oleh Barisan Nasional. Inilah akibat yang diterima oleh masyarakt India setelah kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan secara haram. Kes SJKT Gunung Rapat adalah satu contoh yang baik untuk membuktikan bagaimana Barisan Nasional menipu masyarakat India 'dulu, sekarang dan selama-lamanya'. MIC pula adalah satu parti yang tidak boleh diharapkan kerana 'harapkan pagar, pagar makan padi' YB V.Sivakumar ialah Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh | ||
DPMM akan bina rumah di bawah harga RM200,000 seunit Posted: 16 Feb 2012 04:47 AM PST KUALA LUMPUR — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini mengumumkan akan membina 10,000 unit rumah di seluruh negara pada kadar RM200,000 seunit bagi membantu golongan berpendapatan sederhana di negara ini memiliki kediaman sendiri. Presidennya, Syed Ali Alattas turut mensasarkan unit rumah berkenaan akan dapat disiapkan menjelang penghujung tahun ini dengan syarat harga tanah mestilah diletakkan pada kadar nominal dan paling rendah. Projek berkenaan dijangka akan dilaksanakan oleh syarikat milik DPMM, Dewan Syarikah Berhad, dan beliau menjangkakan, sejumlah 100,000 unit rumah akan berjaya disiapkan menjelangkan tahun 2020 untuk tujuan itu. "DPMM mensasarkan untuk membina sejumlah 100,000 unit rumah menjelang tahun 2020, dengan setiap tahun kami mensasarkan untuk membina 10,000 unit, asalkan harga tanah berada pada paras nominal," katanya di pejabat DPMM di sini. Menurutnya lagi, rumah yang ditawarkan adalah rumah teres dan juga apartment berdasarkan keluasan tanah yang diperolehi daripada kerajaan negeri. "Di Johor kami akan bina di atas tanah sendiri, tapi di Pulau Pinang mungkin harganya akan lebih tinggi kerana faktor tanah yang terhad," jelasnya dan menambah, 30 peratus daripada rumah berkenaan akan turut dibuka kepada masyarakat bukan Melayu. Tambah Syed Ali, golongan sasaran yang digalakkan memohon untuk rumah tersebut adalah pasangan yang sudah berkahwin, menetap di bandar dan memiliki pendapatan bersama antara RM3,500 hingga RM7,000 dan akan mendapat pembiayaan penuh daripada institusi kewangan, tanpa bayaran deposit. "Pihak bank telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami, malah mereka juga akan memberikan pinjaman penuh kepada bakal pembeli, tanpa wang pendahuluan kerana harga rumah yang ditawarkan adalah sangat rendah. "Kami sedang membangunkan laman web bagi tujuan ini, dan sekitar Mac, orang ramai yang berminat sudah boleh mula mendaftar, dan kami akan melakukan proses saringan. "Untuk tujuan itu, DPMM turut mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi mempromosikan rumah-rumah tersebut," tambahnya. Jelas Syed Ali, pihaknya akan turut menggunakan khidmat kontraktor daripada kalangan ahlinya memandangkan pertubuhan itu mempunyai seramai 16,000 kontraktor berkelayakan untuk melaksanakan projek berkenaan. Menurutnya, rakan dewan perniagaan bukan Melayu beliau turut menyatakan sokongan mereka terhadap rancangan projek tersebut. | ||
Amrin dilantik semula ketua audit negara Posted: 16 Feb 2012 04:46 AM PST MALAYSIA KINI Tan Sri Ambrin Buang dilantik semula sebagai ketua audit negara untuk tempoh satu tahun mulai 23 Februari ini. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata, pelantikan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ambrin dilantik sebagai ketua audit negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2006. Seterusnya beliau telah dilantik semula untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2008 hingga 22 Feb 2010 dan untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Feb 2010. "Pelantikan semula ini adalah memandangkan perkhidmatan Tan Sri Ambrin Buang sebagai ketua audit negara masih diperlukan," kata Mohd Sidek. Bernama | ||
K'jaan tak gentar dengan Himpunan Hijau 2.0 Posted: 16 Feb 2012 04:44 AM PST Kuek Ser Kuang Keng Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan kelulusan tersirat berhubung perhimpunan besar-besaran rakyat yang membantah tindakan kerajaan membenarkan Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) membina pusat memproses nadir bumi di Gebeng pada 26 Februari ini. | ||
JATI bukan pesaing PERKASA, objektif sama Posted: 16 Feb 2012 04:40 AM PST Abdul Rahim Sabri Pengerusi penaja Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali berkata, NGO yang ditubuhkannya bukan pesaing kepada pihak lain, khususnya PERKASA memandangkan objektif penubuhan mereka yang sama. JATI yang berperanan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mempertahankan institusi Raja akan dirasmikan pada 21 Februari ini dengan motto Menurutnya, majlis pelancaran tersebut akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada tarikh 21 Februari jam 2 petang yang akan diserikan, antaranya persembahan musik angklung mengiringi lagu nasyid Asma al-Husa dendangan pelajar. Ia juga akan turut diserikan dengan persembahan monolog penyair dan penggiat seni Nuri Angkasa serta persembahan multimedia dan video mengenai JATI. Hasan yang akan merasmikan penubuhan JATI berkata, pihaknya mensasarkan kehadiran kira-kira 1,000 jemputan. Menurut Hasan, JATI akan menjanakan tiga perkara penting, iaitu mengagungkan agama Islam di Malaysia, mengamal dan menentukan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang mempunyai elemen akidah, syariah dan akhlak. Selain itu, JATI juga mahu memartabatkan Melayu termasuk menjalankan aktiviti dan membangunkan keserasian kaum bumiputera dan Melayu di Malaysia serta mahu generasi muda memahami tugas dan tanggungjawab institusi raja serta mempertahankan institusi itu dalam konteks perlembagaan. Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Ketua eksekutif JATI, Datuk Aidit Ghazali serta tonggak utama NGO itu, Nor Azizan Abdul Majid. Hasan berkata, keahlian JATI dibuat melalui talian mulai tarikh pelancarannya atau orang ramai boleh mengisi borang keahlian, yang menurutnya, mendapat sambutan rakyat sepanjang berlangsung siri jelajahnya. Negeri Perak adalah negeri pertama akan melancarkan JATI di peringkat negeri pada 27 April ini. Katanya, beliau tidak mahu NGO yang ditubuhkannya terlibat dengan politik dan beliau tidak ada masalah jika ahli JATI mahu bertanding dalam pilihan raya melalui parti masing-masing atau sebagai calon bebas. "Tidak boleh membawa logo, nama yang membabitkan JATI dalam gelanggang politik," katanya. Sementara itu, Aidit berkata 1,000 jemputan itu di majlis pelancaran JATI minggu depan terdiri daripada kumpulan NGO belia, wanita, usahawan serta kumpulan profesional. | ||
Mukhriz akui faktor 'anak Dr M' bantu karier politik Posted: 16 Feb 2012 04:38 AM PST MALAYSIA KINI Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau menerima hakikat bahawa faktor beliau anak Tun Dr Mahathir Mohamad membantu karier politiknya. Bagaimanapun anggota Parlimen Jerlun itu berharap diberi peluang untuk membuktikan kemampuan beliau sendiri. "Mahu tak mahu saya terpaksa terima hakikat itu satu faktor (anak Dr Mahathir) yang membantu. (Bagaimanapun) saya sedang berusaha atas daya usaha saya sendiri untuk menunjukkan apa yang saya mampu lakukan," katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Tun Abdul Razak di Alor Setar hari ini. Mukhriz (kiri) berkata beliau tidak kisah dibayangi bapanya yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan dianggap "anak bapa" sebaliknya menganggapnya sebagai satu penghormatan. "Saya bangga dengan pencapaian ayah saya. Bukan tempat saya untuk menidakkan apa yang beliau usahakan. Saya takkan kata saya nak keluar daripada bayangan beliau. "Dah nama saya pun bin Mahathir...itu hakikat tak boleh saya ubah. Saya tak kisah orang nak kaitkan saya dengan beliau. Itu kaitan yang positif. "Kalau orang nak bandingkan saya dengan beliau, itu jauh sangat. Kita ini baru setahun jagung nak bandingkan dengan beliau," katanya. Mukhriz berkata sewaktu Dr Mahathir (kanan) menerajui negara, pembangkang membangkitkan isu nepotisme tetapi kini pihak berkenaan tidak kisah pula untuk melakukannya. "Waktu itu beliau (Dr Mahathir) bersungguh-sungguh elak nepotisme termasuk saudara maranya tidak boleh aktif dalam politik. Malah itu antara sebab abang saya, Datuk Mokhzani karier politik tersekat...tidak direstui ayah kami. "Saya pula terpaksa tunggu dia bersara baru bertanding jawatan dalam parti dan pilihan raya. Sebabnya ayah saya tak nak dituduh amal nepotisme, dan mengelakkan konflik kepentingan rakyat dan keluarga. "Ia berbeza dengan pembangkang. Tak pelik kalau lihat ayah dan anak sebagai ahli Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri. Ada parti yang tiga jawatan tertinggi daripada satu keluarga sahaja. "Ini tidak pula dibangkitkan," katanya.Bernama | ||
PAS tolak dakwat berbeza untuk undian awal Posted: 16 Feb 2012 04:37 AM PST MALAYSIA KINI Dewan Pemuda PAS tidak bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal yang berbeza warna bagi pengundian awal dan pengundian biasa pada pilihan raya umum akan datang. Ketua Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata ini kerana masih ada ruang untuk manipulasi dan penipuan sekiranya dakwat berbeza ini digunakan. "Penggunaan dakwat yang berbeza masih lagi tidak akan menyelesaikan masalah pengundi yang berganda. "Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS menegaskan kepada pihak SPR supaya menggunakan hanya satu warna dakwat kekal sahaja di dalam pilihan raya umum nanti selain memastikan buku daftar pemilih pengundi diputihkan dan dibersihkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam dilaporkan berkata SPR membuat keputusan untuk membezakan warna dakwat kekal bagi undian biasa dan undian awal bagi membantu kelancaran proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas serta bersih sepenuhnya. Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal akan digunakan untuk 12.4 juta pengundi pada pilihan raya umum akan datang manakala 10,000 botol dakwat kekal pula adalah untuk pengundi awal termasuk anggota tentera dan polis serta keluarga mereka. Bernama | ||
Halang FGVH: Ahli KPF tuntut EGM, fail injunksi Posted: 16 Feb 2012 04:30 AM PST Salhan K Ahmad Sekumpulan ahli Koperasi Permodanan Felda (KPF) menuntut diadakan mesyuarat agung khas KPF serta mahu memfailkan injunksi kedua bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. "Maka hari ini kita kemukakan 120 orang pemegang saham... Kita harap tafsiran (peruntukan tersebut) bukan jadi isu utama. Mesyuarat agung perwakilan khas KPF yang dijadualkan pada 4 Januari lalu dibatalkan selepas empat orang anggota koperasi berkenaan mengemukakan injunksi berhubung isu sama. Awal minggu ini, Felda kemudiannya bertindak mengadakan program penerangan besar-besaran melibatkan lebih 1,300 pemimpin tanah rancangannya dari seluruh negara, yang dilihat sebagai satu usaha untuk meredakan kebimbangan peneroka berhubung penyenaraian FGVH. Antara yang ditimbulkan dalam program taklimat itu ialah cadangan penubuhan Felda Asset Holdings Company – satu instrumen yang dirangka untuk bagi mengawal dan memastikan kepentingan Felda tidak dijual sewenang-wenangnya. Cadangan penubuhan syarikat tersebut dijangka akan diluluskan dalam mesyuarat 22 Februari. | ||
Isu Palestin: Umno bermuka-muka, kata Anwar Posted: 16 Feb 2012 04:22 AM PST MALAYSIA KINI Setelah digesa oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ini tampil menjelaskan pendiriannya berhubung isu Palestin-Israel yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini. Anwar berkata, beliau memahami perbezaan pendirian antara PKR dan PAS dalam isu itu tetapi menegaskan mereka berkongsi hasrat untuk melihat tertegaknya Palestin yang merdeka. "Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka," katanya. Ketua pembangkang berkata, tatkala dia diserang sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno sendiri secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Berikut kenyataan penuh Anwar: Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel). Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan Umno dan Datuk Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Kenyataan saya kepada ASWJ secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin. Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal bahawa: "This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can't keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security". Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama: "The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues-including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel." Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat. Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri palestin: "If Israel withdraws to the '67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people - what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them". Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin. Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan PKR. PAS berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel. Walaupun begitu PKR berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan. Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu perdana menteri israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke-15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro. Sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin. Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi. Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80 peratus dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90 peratus hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60 peratus kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan. Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin. Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin. Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin). |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan