Biaqpila |
- Berita Khalwat Panas Libatkan Ahli Politik
- DATUK CAIR DENGAN JANDA HILANG RM5000
- UGUT BAKAR DIRI DEPAN RUMAH MB PAHANG
Berita Khalwat Panas Libatkan Ahli Politik Posted: 16 Feb 2012 04:35 AM PST Tiket tuju ke hotel KLANG: Helah seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Negeri Sembilan memberi alasan tiket bas habis gagal mengelakkannya daripada dicekup khalwat dengan duda beranak empat, di sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi semalam. - Gambar fail Ketika dicekup, siswi berusia 22 tahun berasal dari Perlis itu merayu dilepaskan sambil memberi alasan tiket bas ke negeri kelahirannya itu sudah habis dan kononnya kebetulan teman lelaki iaitu duda berkenaan berhasrat membantunya mencarikan tempat bermalam. Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima pegawai penguat kuasa sebelum menahan siswi dan pasangannya berumur 32 tahun itu kerana berada dalam bilik yang dikunci berdua-duaan tanpa ikatan muhrim. Itu antara gelagat 14 pasangan yang dicekup berusia antara 20 dan 40-an dalam operasi serentak di 32 hotel bajet seluruh Klang. Operasi bersepadu dinamakan Ops Kasih Kekasih itu dilakukan Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK); Jabatan Agama Islam Selangor (Jais); Jabatan Imigresen dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) cawangan Klang. Dalam serbuan sama, seorang wanita masih berstatus isteri berusia 32 tahun dicekup bersama seorang mualaf berumur 35 tahun di sebuah hotel bajet lain. Ketika serbuan pada jam 1 pagi itu, lelaki yang bekerja sebagai juruteknik dan baru memeluk Islam Oktober lalu itu turut gagal ujian saringan awal air kencing dijalankan AADK apabila positif heroin. Ketika serbuan, lelaki itu mengaku hanya mahu menemani kekasihnya yang berasal dari Kuantan bagi menghadiri perbicaraan terakhir perceraian pasangannya dan mendakwa tak cukup duit untuk menyewa dua bilik. Difahamkan, lelaki mualaf itu sudah lima tahun menjalinkan hubungan terlarang bersama wanita beranak empat itu. Timbalan Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPK, Sharul Hazri Abd Majid berkata, ketika serbuan, lelaki itu hanya berseluar pendek membuka pintu bilik serta membenarkan pemeriksaan dijalankan. “Ketika membuka pintu, pasangan itu kelihatan terkejut dan mengaku tidak melakukan apa-apa. “Bagaimanapun, lelaki itu dan pasangannya tetap ditahan berikutan disyaki berkhalwat. Lelaki berkenaan gagal ujian awal saringan air kencing dan disyaki positif dadah,” katanya ketika ditemui di lokasi, selepas serbuan berakhir jam 4 pagi semalam. Beliau berkata, jika air kencing lelaki berkenaan disahkan positif oleh Jabatan Patologi, dia bakal didakwa mengikut Seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah 1983 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tiga tahun dan tiga sebatan. Selain itu, katanya, seorang wanita warga Indonesia dari Palembang berusia 20 tahun yang sepatutnya baru mula bekerja di sebuah kilang di sini antara yang dicekup bersama pasangan senegara berusia 30-an berasal dari Lombok. “Wanita itu menangis teresak-esak kerana esok (hari ini) dia memberitahu akan mula bekerja hari pertama di sebuah kilang di sini. “Keseluruhan seramai 14 pasangan dicekup berusia antara 20 hingga 40-an dalam operasi hampir 5 jam yang diadakan serentak di 32 hotel bajet seluruh Klang. “Operasi diadakan bagi mencegah kes mungkar terutama pasangan khalwat dan zina yang kebiasaannya menumpukan hotel bajet sebagai tempat melampiaskan nafsu serakhttp://www.blogger.com/img/blank.gifah. “Semua pesalah dihantar ke lokap sementara Jais Klang dan operasi berakhir kira-kira jam 4 pagi,” katanya. -hm Ulasan GB Berita yang dibirukan di atas ada persamaan dengan satu laporan di beberapa buah blog semalam yang mendakwa GEMPAR!!! Ahli Lembaga Disiplin UMNO ditangkap khalwat? memang gempar! Ahli Lembaga Disiplin UMNO ditangkap khalwat? dengan lelaki cina lak tu! menurut sumber yg amat boleh dipercayai, ahli lembaga yg bergelar Dato' ni (aku rahsiakan namanya dulu atas sebab2 kemaslahatan) telah ditangkap khalwat pada 13 januari 2012 yg lalu di unit tingkat 4 kondominium Kojaya Ampang, jalan kolam air jam 3.18 pagi. ketika diserbu, dato' tersebut menyatakan bahawa pasangannya, yg juga merupakan sorg lelaki berbangsa cina, merupakan sorg convert muslim (muallaf) dan mereka telah bernikah tetapi gagal menunjukkan bukti pernikahan mereka. difahamkan, dato' tersebut telah dipanggil oleh JAIS untuk sebutan kesnya pada 22 januari lalu tetapi dato' tersebut tidak menghadirkan diri. oleh itu, mahkamah syariah kajang telah menetapkan tarikh sebutan baru kes khalwat itu pada 23 februari ini. spekulasi bertiup bahawa ketidakhadiran dato' tersebut pada panggilan sebutan pertama 22 januari lalu adalah kerana dia mungkin sedang berusaha untuk mendapatkan sijil pernikahan dari thailand untuk mengaburi keadaan ketika sebutan kesnya nanti. insya Allah, jika terdapat perkembangan lanjut, akan aku kongsikan lagi mengenai kisah ni. maybe kita sama2 boleh menjengah mahkamah syariah kajang ke utk "live coverage". - Al Hajari Sumber: Demo LaNie greenboc KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
DATUK CAIR DENGAN JANDA HILANG RM5000 Posted: 15 Feb 2012 08:58 PM PST KESAL...mangsa menunjukkan pengeluaran RM5,000 dari akaun Tabung Haji untuk dipinjamkan kepada wanita terbabit. KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah. Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu. "Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya. "Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam. HM KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
UGUT BAKAR DIRI DEPAN RUMAH MB PAHANG Posted: 15 Feb 2012 06:06 PM PST Lelaki yang menunjuk perasaan dengan mogok lapar sejak Isnin lalu bersetuju untuk tidak lagi membakar dirinya buat masa ini tetapi tidak menolak kemungkinan akan melakukan perbuatan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.Gan Ee Seng, seorang pelabur dalam syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, berkata beliau akan meneruskan niatnya untuk membunuh diri jika kerajaan negeri Pahang terus mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi pada 2007 supaya membayar syarikat berkenaan, RM63 juta. "Saya mahu rakyat Pahang dan Malaysia tahu bahawa rakyat menolak pemimpin yang cuba untuk menipu orang ramai. Mereka ini, tidak berbeza dari perompak."Jika setiap pemimpin kita seperti pemimpin Pahang, adakah pelabur asing akan terus datang?" soalnya kepada pemberita di lokasi bantahannya di Padang Kota Damansara, Selangor. Mahkamah Rayuan pada 2009, memutuskan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak perlu membayar RM63 juta kepada syarikat balak Seruan Gemilang Makmur kerana tersilap dinamakan sebagai responden dalam kes melanggar perjanjian itu. Bagaimanapun, Hakim Datuk Zaleha Zahari memutuskan bahawa RM63 juta yang terhutang kepada Seruan Gemilang, masih perlu dibayar. Gan berkata bahawa rancangannya untuk membunuh diri ditangguhkan kerana kehadiran polis di kawasan itu dan juga hasil pujukan daripada pengarah urusan syarikat itu, Lee Sin. Sebelum ini, beliau berkata bahawa dia akan mogok lama selama yang mampu dalam usaha menggesa kerajaan negeri Pahang untuk mematuhi perintah mahkamah supaya membayar syarikat berkenaan RM63 juta.Namun, semalam, lelaki itu dikejarkan ke hospital selepas beliau rebah dan paramedik gagal untuk mengesan tekanan darahnya.Gan juga berikrar bahawa jika beliau membuat bantahan di Kuantan, beliau tidak akan berseorangan.Sumber: Malaysiakini kl-today Published with Blogger-droid v1.7.4 |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan