Sabtu, 11 Februari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®

Gambar Anwar bertemu Yusuf Qaradawi & pemimpin Hamas di Qatar.

Posted: 11 Feb 2012 04:03 AM PST

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/02/a4.jpg

QATAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Sheikh Yusuf al-Qaraqawi di Doha, untuk berbincang pelbagai isu khususnya perjuangan rakyat Palestin dan cabaran umat Islam di dunia termasuk Malaysia, baru-baru ini.

Anwar memberi pandangannya kepada Sheikh Yusuf al-Qaradawi (tengah) dan tokoh ilmuan, Sarjana Jaser Audah

Ketua Pembangkang Malaysia itu terharu dengan sokongan peribadi dan perhatian khusus Sheikh Yusuf al-Qaradawi terhadapnya dan rakyat Malaysia yang bergelut dengan nilai keadilan dan kebebasan.

Katanya, ulama terkenal itu bersyukur kerana beliau dibebaskan dari fitnah dan mendoakan kejayaan rakyat Malaysia untuk mencapai kebebasan dan keadilan.

Malah, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden KEADILAN turut makan tengah hari bersama Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan keluarga.

Anwar ketika ini berdepan fitnah media kawalan Umno yang melabel beliau sebagai pro-Israel dan pertemuan dengan ulama Islam itu sekaligus menangkis tohmahan liar parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Mengikut paparan twitter Anwar, perbincangan itu turut disertai pemimpin Hamas, Khalid Mash'ad dan Menteri Kebudayaan Qatar.

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/02/4a3.jpg

Pandangan Anwar sentiasa diberi perhatian pemimpin Islam dunia

Anwar berkata, Khalid bersyukur atas kebangkitan rakyat Arab dan mendoakan kejayaan serta berkirim salam buat rakyat Malaysia.

Selain mereka, Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Bank Pembangunan Islam, Ahmad Muhd Ali di Jeddah dan mereka sepakat menolak penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Selain itu, Anwar ketika dalam perjalanan pula ke Malaysia sempat mentelaah buku terbaru Sheikh Yusuf al-Qardawi berjudul Thaurah Masr (Revolusi Mesir), malah mencadangkan buku itu diterjemah.

KENYATAAN AKHBAR PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA KOTA BHARU – KUALA KRAI

Posted: 11 Feb 2012 03:49 AM PST

KENYATAAN AKHBAR

PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA KOTA BHARU – KUALA KRAI

Projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) tetapi tidak terlaksana sehingga ke hari ini. Ia telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut.

Namun begitu sehingga kini projek tersebut tidak dimulakan. Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan Negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuhraya ini melalui inisiatif Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai pada 2 Januari 2012 dan ditutup pada 9 Februari 2012. Alhamdulillah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari 5 syarikat.

Untuk makluman, pembinaan lebuhraya sepanjang 73 km yang bertaraf R5 dengan 9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5- 1.8 Billion.

Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan selepas Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat.

Penelitian awal terhadap cadangan-cadangan tersebut pada hari ini iaitu 11 Februari 2012 dan pada umumnya Jawatankuasa ini berkeyakinan cadangan yang dikemukakan adalah berdaya maju. Insyaallah harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

YB Dato' Hj Husam B. Musa

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan

dan Kebajikan Negeri Kelantan

Ustaz Azhar nafi calon Pas

Posted: 10 Feb 2012 08:56 PM PST

Oleh: WAN SAIDATUL FADZILAH WAN NAJEMUDDIN

KUALA TERENGGANU – "Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang," kata Ustaz Azhar Idrus.

"Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati," katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.

Lebih mengejutkan, Az har kemudian memberitahu: "Saya bukan ahli Pas."

"Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli Pas. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik," tegasnya.

Penulis pojok, Cik Kiah Kepok menerusi ruangan 'Cuit-cuit Sikek' Sinar Harian 12 Januari lalu mengaitkan Azhar disebut-sebut akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang.

Antara lain kata penulis itu, nama pendakwah yang mempunyai ratusan ribu peminat di seluruh negara itu turut hangat diperkatakan di kawasan Ladang, tempat asal Azhar sendiri.

Sosok yang cukup dikenali dengan imej berjanggut lebat itu antara penceramah agama masa kini yang paling popular di negara ini terutama sejak berpuluh-puluh video klip kuliahnya dimuat turun menerusi laman Youtube.

Namun kata Azhar, pembabitannya dalam kerja dakwah sama sekali tidak bersandarkan kepada ma na-mana kelompok politik termasuk Pas meskipun ramai yang melihat aliran dibawanya agak selari dengan perjuangan parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan sering kelihatan dalam program anjuran Pas.

"Dah orang jemput kita, kena pergilah. Tak kiralah Pas atau siapa. Umno pula kurang jemput saya ceramah," katanya dengan nada bersahaja ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Wan Esah, Seberang Baroh, di sini.

Dalam pada itu, Azhar turut menyuarakan rasa kecewannya apabila ada pihak tertentu termasuk parti politik yang menyalahgunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke majlis mereka.

"Bukan Pas saja guna strategi seperti itu, parti pemerintah pun ada juga buat majlis yang saya tidak hadir tetapi disebut akan hadir. Memang ada yang hantar surat minta saya hadir tetapi belum sempat saya jawab, mereka sudah buat kain rentang tulis nama saya. Itu yang banyak berlaku sekarang," katanya.

Najib Najib Dan Muhyidin Masih Gagal Menawan Pengundi Selangor

Posted: 10 Feb 2012 08:11 PM PST

Najib Dan Muhyidin Masih Gagal Menawan Pengundi Selangor

Tahniah kepada Datuk Seri Khir Toyo kerana membuat pengakuan jujur bahawa BN sukar merampas Selangor walaupun Datuk Seri Najib dan Tan Seri Muhyiddin Yasin begitu kerap sekali turun ke Selangor. Seolah-olah di Malaysia ini hanya Selangor sahaja yang perlu dijaga. Pemimpin Umno begitu berazam hendak merampas Selangor kerana hampir 40 peratus ekonomi Malaysia berpusat d Selangor. Betapa untungnya rakyat Selangor telah menjadi anak emas, sedangkan negeri lain seolah anak pungutan. Pengakuan jujur bekas Menteri Besar Selangor berdasarkan sokongan orang bukan Melayu masih tidak kepada BN.

Sebenarnya bukan sahaja orang bukan Melayu tidak menyokong BN, malahan pengundi-pengundi Melayu sudah mula berubah sokongan kepada Pakatan Rakyat. Andaian Umno menganggap pengundi luar bandar masih menyokong Umno juga satu kesilapan. Anak-anak mereka yang celik IT dan media baru tidak akan membiarkan ibu bapa mereka ditipu oleh pemimpin BN yang sudah menunjuk rekod tidak baik. Mereka akan pastikan ibu bapa mereka tida dipatuk ular sebanyak dua kali di dalam lubang yang sama.

Banyak program kerajaan PR yang sudah dirasai oleh penduduk luar bandar seperti skim warga emas, air percuma, Tabung Wawasan Anak Selangor (TAWAS), bantuan kepada pelajar ke IPTA, menaikan gaji guru KAFA kepada RM1500.00, skim Kifalah RM2500 kepada keluarga yang kematian warga emas.

Kelas-kelas ilmu di masjid sebagai satu pencerahan ilmu di kalangan rakyat Selangor sudah mula dirasai. Umno cukup gerun dengan majlis ilmu kerana orang berilmu akan meninggalkan Umno. Oleh itu akan berusaha sedaya mungkin supaya majlis ilmu gagal, maka rakyat akan buta agama.

Pencapaian cemerlang dan pengagihan kekayaan untuk rakyat mula dirasai oleh semua lapisan rakyat. Tidak seperti zaman umno, rakyat makan tulang pemimpin makan isi.

Kejayaan kerajaan PR Selangor menjelaskan hutang pada tahun 2010 sebanyak RM173 juta daripada RM800 juta. BN berhutang, PR tolong bayar. Untuk menunjukkan betapa serius kerajaan PR untuk memerangi rasuah maka diperuntukan dalam bajet 2012 sebanyak RM12 juta.

Asas inilah, walaupun dua gergasi di dalam Umno turun ke Selangor, insyaAllah tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PR.

Ustaz Azhar nafi calon Pas

Posted: 10 Feb 2012 05:34 PM PST

Tiada ulasan: