Sabtu, 11 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA SUPER 11/2/2012

Posted: 11 Feb 2012 09:40 AM PST

TUBIK MASUK LAGU DANGDUT LUCAH

Posted: 11 Feb 2012 01:45 AM PST

Penulis nak tergelak pun ada sebaik saja menonton klip video lagu dangdut ni.

Bukan sebab suara penyanyinya lari 'pitching' atau tariannya ke laut…kedua-duanya bagus sebenarnya.

Cuma liriknya bunyi 'pelik' sikit.

Tajuknya Tubik Masuk. Ia adalah lagu loghat Kelantan.

Maksudnya lebih kurang macam Keluar Masuk lah.

Rasanya dah lama ia dimuat naik dalam laman YouTube.

Sehingga kini lebih 100,000 orang telah menontonnya.

Lirik dia memang lucah habislah kalau kita amati, antaranya:



Suk suk tubik masuk

Masuk lagi aarrghhhh!!! tubik lagi

Jak jak jak memey sedap

Lamo lamo ah ah ah kohok sedap

dipegey-pegey disedut-sedut



Isk tak sanggup pula rasanya nak tulis habis senikatanya.

Rupa-rupanya bila tengok sampai habis baru penulis tahu….lagu ini mengenai 'nikmatnya' bila menghisap rokok.

Baik, mungkin ramai nak tahu siapa penyanyi Wani ni?

Harian Metro 17 September 2011 ada menyiarkan berita tentang Wani, seorang penyanyi dikir barat moden sensasi Kelantan yang menampilkan imej seksi dan goyangan-goyangan dangdut.

" Saya bukan perosak dikir barat Kelantan, " kata Wani (Azmahirwani Nordin, 21) yang buat pertama kali 'membuka mulut' berhubung pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Wani mengakui banyak menerima kritikan yang mengatakan dia artis murahan dan mencari publisiti dengan imej seksi.

Dia dikatakan mencemar seni dikir barat Kelantan gara-gara lagu yang dinyanyikan dan penampilannya.

" Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik dikir barat di negeri ini. Mungkin ada yang salah faham bahawa dikir moden tiada kaitan dengan dikir barat asli kerana dikir moden lebih kepada nyanyian versi loghat Kelantan yang disadur dengan pelbagai irama seperti pop.

" Mengenai imej seksi, saya mohon maaf andai penampilan saya itu keterlaluan," katanya.

Berbalik pada lagu Tubik Masuk tu, apa-apa ajalah, sama ada ia berbaur lucah, atau menghisap rokok, bagi penulis ia tetap TAK KENA LANGSUNG!

Tak dapat penulis bayangkan kalau anak-anak kita sambil buat kerja sekolah, tiba-tiba dok nyanyi lagu ni, mau pengsan atuk dengan nenek diaorang kalau mendengarnya!

Ramai orang kata, jangan ambil serius, ia cuma hiburan, entahlah, anda pula bagaimana….ke minat juga lagu Tubik Masuk ni? – Oleh SYAHRIL A. KADIR



Mynewshub
Published with Blogger-droid v1.7.4

Hamza hina Rasulullah ditangkap

Posted: 10 Feb 2012 06:25 PM PST

KUALA LUMPUR - Seorang penulis Arab yang dikehendaki pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW akan dihantar pulang ke negara itu selepas proses dokumentasi terhadapnya selesai.

Mohammad Najeeb A. Kashgari atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan pada pukul 9.40 pagi di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin ketika dia mahu meninggalkan Malaysia.Sebelum ditahan, dia yang merupakan kolumnis akhbar Al-Bilad di Arab Saudi dipercayai telah berada di negara ini sejak dua hingga tiga hari lalu selepas melarikan diri dari negaranya.

"Hamza ditahan polis negara ini atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul baru-baru ini," kat sumber di sini semalam. -Kosmo
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: