Sabtu, 11 Februari 2012

SIASAH

SIASAH


Usaha pulih imej, Anwar temui pemimpin Hamas

Posted: 11 Feb 2012 10:46 AM PST

Selepas dilanda kontroversi berhubung kenyataannya menyokong Israel, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul dengan kempen memulihkan imej melalui pertemuan dengan Khaled Mishaal dan Dr Yusuf al-Qaradawi di Doha, Qatar baru-baru ini.

Usaha ini memberi gambaran impak negatif yang terhasil ekoran kenyataan pemimpin PKR itu kepada akhbar Wall Street Journal Januari lalu.

Umno menyerang Anwar dengan agresif ekoran kenyataan itu, terutama melalui media utamanya dan penulis-penulis blog parti itu.

Rasa kurang senang turut tercetus dalam kalangan PAS, sekutu Anwar dalam gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat.

Anwar dilihat membuat kenyataan "menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel" dalam wawancara dengan akhbar perniagaan yang menjadi salah satu rujukan utama komuniti bisnes dan politik antarabangsa itu sebagai usaha menarik sokongan Barat menjelang pilihan raya umum.

Kecaman terhadap Anwar bermula serta-merta selepas wawancara itu diterbitkan oleh akhbar Wall Street Journal.

Akhbar itu menerbitkan sebuah lagi laporan memuatkan penjelasan Anwar beberapa hari selepas laporan pertama, yang dilihat sebagai satu tanda hubungan baik beliau dengan media Barat.

Pertemuan Anwar dengan pemimpin Hamas dan al-Qaradawi mampu menolak kesan negatif kenyataan Anwar berhubung Israel yang sedang dieksploit musuh politiknya.

Anwar mempunyai hubungan baik dengan al-Qaradawi, ilmuan Islam yang memberikan imej positif kepada pemimpin pembangkang itu, terutama ketika berdepan isu seperti dakwaan terlibat skandal.

Khaled yang akan berundur daripada jawatannya dalam Hamas menandatangani perjanjian menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Fatah di Doha, Qatar yang meletakkan Mahmoud Abbas sebagai perdana menteri dan pada masa sama kekal sebagai presiden dalam kerajaan yang bakal ditubuhkan.

Perjanjian dengan Fatah itu walau bagaimanapun tidak mendapat persetujuan sepenuhnya pemimpin Hamas berpangkalan di Gaza, Palestin, termasuk Ismail Haniyeh dan Mahmoud al-Zahar, yang mengkritik perjanjian itu dan pemilihan Abbas sebagai perdana menteri.

Tiada ulasan: