Selasa, 7 Februari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Respon Terkini Dari DS Anwar Ibrahim Berkaitan Isu Pembubaran Parlimen Minggu Ini

Posted: 07 Feb 2012 07:59 AM PST

Mufti Kedah Tegur Mufti Perlis Kerana Arahan Melarang Jemaah Masjid Berzikir

Posted: 07 Feb 2012 06:14 AM PST

Majlis penutup Kuliah Syeikh Nuruddin Al Banjari di Kedah disempurnakan oleh Dato Mufti Kedah
Ahad 12 Rabiul Awal 1433H

Majlis penangguhan kuliah Tn Syeikh Nuruddin Al Banjari bagi kuliah MINGGU PENGHAYATAN SUNNAH- Siri ke 8



Dato Mufti Kedah tidak setuju tindakkan Mufti Perlis yang menghalang orang berzikir di Masjid !

Dalam ucapan penangguhan majlis Minggu Penghayatan Sunnah siri Ke 8 pimpinan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari , Dato Mufti Kedah mezahirkan perasaan kesal terhadap Mufti Perlis . Kata beliu " Mengapa halang jemaah dan imam berzikir sedangkan pusat hiburan di Sekitar Perlis yang beroprasi sepanjang malam tidak pernah dilarang oleh Jabatan Mufti Perlis "

Beliau menasihatkan para jemaah pada malam itu supaya rajin mencari dan belajar Ilmu agama





http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/02/majlis-penutup-kuliah-syeikh-nuruddin.html

Gambar Sultan Kelantan Melawat Mangsa Lemas Di Bachok

Posted: 07 Feb 2012 06:05 AM PST






Perutusan Thaipusam DAP Malaysia oleh Setiausaha Agung DAP

Posted: 07 Feb 2012 06:02 AM PST

Perutusan Thaipusam DAP Malaysia oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 6.2.2012

Korupsi dan Kapitalisme Kroni, Bukan Negeri Kebajikan Yang Akan Membuatkan Malaysia Bankrap.

Thaipusam diraikan bukan sahaja oleh masyarakat Hindu tetapi juga oleh golongan bukan Hindu sebagai tanda kemenangan kebaikan atas kejahatan serta kesedaran terhadap kebijakan dan pengetahuan. Ramai orang bukan Hindu juga mengangkat kavadi untuk menunaikan nazar. Inilah semangat harmoni dan saling hormat-menghormati yang begitu penting dalam sesebuah masyarakat berbilang budaya dan agama.

DAP mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu. DAP berharap bahawa pesanan kebaikan mengatasi kejahatan serta kebijakan dan pengetahuan akan mengukuhkan komitmen kita untuk membanteras korupsi dan kapitalisme kroni.

Malaysia telah kehilangan beratus-ratus bilion dolar Amerika melalui korupsi. Dalam unjuran terbaru Global Financial Integrity, sejumlah RM1,077 bilion wang haram (kebanyakannya wang rasuah) telah dikeluarkan daripada Malaysia dari tahun 2000-9. Kerugian satu trilion ringgit ini bermakna bahawa 10 tahun pertama dalam abad ke-21 adalah dekad yang telah hilang dek korupsi. Tiada tindakan yang telah diambil ke atas skandal RM52 bilion saham bumi yang sepatutnya diagihkan kepada masyarakat Bumiputra yang miskin tetapi telah lenyap begitu sahaja. Begitu juga dengan skandal Perwaja dan kerugian dalam tukaran matawang asing (forex) oleh Bank Negara yang berjumlah RM20 bilion.

Tidak hairanlah mengapa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International telah menjunam ke tahap yang paling teruk selama 60 tahun. Keengganan Kerajaan Persekutuan BN untuk mengikuti jejak langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengisytiharkan harta Ketua Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menunjukkan kekurangan komitmen BN terhadap integriti dalam kepimpinan dan kebertanggungjawab awam.

Kegagalan BN untuk melaksanakan sistem tender terbuka juga telah mengakibatkan kapitalisme kroni. Sebagai contoh, Lebuhraya Pantai Barat RM7.07 bilion dengan tempoh konsesi selama 60 tahun serta keengganan untuk memansuhkan tol Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang walaupun pengendali tol sudahpun mengaut keuntungan lebih daripada 100% ke atas pelaburan modal menunjukkan bagaimana kroni-kroni mendapat untung yang besar sementara yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia.

Negara kebajikan yang memastikan bahawa yang miskin dan lemah tidak dipinggirkan tidak akan menjadikan Malaysia bankrap. Yang akan menjadikan Malaysia bankrap adalah korupsi dan kapitalisme kroni. Masa sudah tiba untuk membasmi kemiskinan, melaksanakan gaji minima dan mengurangkan beban kewangan golongan 60% terbawah yang mempunyai purata pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan dan 40% terbawah yang terpaksa hidup dengan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Inflasi yang melambung telah membawa kesukaran kepada rakyat Malaysia. Program-program sosial mungkin memerlukan berbilion-bilion ringgit, tetapi tidak sampai kerugian RM1,077 bilion yang telah dibawa keluar daripada negara kita. Tidak ada sebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ingin menentang negara kebajikan yang akan membantu semua rakyat Malaysia terutamanya yang miskin, melainkan beliau merasa bimbang untuk segelintir kroni kapitalis yang akan rugi.

Lim Guan Eng

Kenyataan Media Bersama Nurul Izzah Anwar, Tony Pua dan Dr. Dzulkifly-Debat Raja Nong Chik

Posted: 06 Feb 2012 11:01 PM PST


Kenyataan Bersama oleh Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden KEADILAN dan Ahli

Parlimen Lembah Pantai; Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP Pusat dan Ahli

Parlimen Petaling Jaya Utara; dan Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Majlis

Pimpinan PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor



Selasa, 7 Februari 2012, Kuala Lumpur

UNTUK EDARAN SEGERA



——————————————————————-

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat menerima jemputan cabaran debat 'satu-lawan-satu' dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada bila-bila masa dalam suasana yang adil dan telus

Kami merujuk kepada laporan The Malay Mail semalam yang menyiarkan cabaran Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin kepada salah seorang daripada kami dalam debat tentang penggunaan wang Kumpulan Wang Skim Pekerja bagi membiayai pinjaman pemilikan unit-unit perumahan PPR.

Raja Nong Chik berkata, "golongan miskin ini tidak mungkin mendapat perumahan tanpa bantuan. Adakah mereka (ahli-ahli parlimen PR) merasakan golongan ini tidak layak mendapat perumahan?." Beliau juga menambah cabaran kepada kami untuk berdebat dalam sesi debat "satu-lawan-satu" di hadapan semua penduduk PPR terbabit."

Pertama sekali, kami sudah berkali-kali menyatakan pendirian Pakatan Rakyat yang mendukung sepenuhnya objektif mulia bagi menyediakan perumahan mampu milik untuk warga miskin bandar seluruh Negara. Pun begitu, matlamat ini -iaitu memastikan warga miskin bandar memiliki perumahan- adalah merupakan tanggungjawab. kerajaan sedia ada, dan bukannya dipertanggungjawabkan kepada tenaga pekerja Malaysia.

Justeru, kami amat mengalu-alukan debat dengan Menteri demi kebajikan dan maslahat rakyat bagi menjawab semua isu berkait di dalam suasana yang terbuka dan telus.

Dan di dalam memastikan masyarakat umum mengetahui isu sebenar kontroversi penggunaan dana KWSP ini, debat bersama Menteri haruslah terlaksana di dalam suasana adil, terbuka dan sama rata. Debat yang bakal berlangsung ini tidak boleh terhad kepada penduduk rumah PPR di Kuala Lumpur sahaja, tetapi perlu dibuka kepada semua warga Malaysia, khususnya pencarum-pencarum KWSP. Sebaik mungkin, debat yang akan diadakan kelak juga seharusnya tersiar di dalam televisyen untuk memastikan semua rakyat Malaysia yang mungkin tidak dapat turut serta termasuk pencarum KWSP Sabah dan Sarawak, diberi peluang menilai keberkesanan skim pinjaman khas ini.

Tambahan lagi, demi keterbukaan dan akauntabiliti, kami percaya Raja Nong Chik, yang bersedia berdebat dengan salah seorang daripada kami, akan bersedia melampirkan keseluruhan perjanjian antara agensi-agensi pilihan kerajaan dan KWSP. Hanya lampiran perjanjian penuh yang diberi kepada ahli-ahli parlimen dan rakyat secara umum dapat menjamin debat yang telus dan bermakna.

Dalam laporan akhbar yang sama di dalam *The Malay Mail,* Raja Nong Chik juga cuba mengajar kami makna pinjaman "sub prima". Beliau berkata Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah silap dalam membandingkan skim pinjaman khas perumahan DBKL dengan pinjaman sub-prima yang katanya merujuk kepada pinjaman perumahan yang berdasarkan pada harga dua kali ganda nilai hartanah sebenar.

"Adakah mereka tahu apa pinjaman sub-prima? Hartanah tersebut bernilai dua ataupun tiga kali ganda dari harga yang diminta oleh Dewan Bandaraya," jelas beliau yang malangnya terkeliru di dalam membuat kenyataan sedemikian.

Raja Nong Chik sebenarnya telah melakukan kesilapan di dalam usaha mempamerkan 'kecerdikan' beliau di dalam isu ini. Agensi bebas di Amerika Syarikat, the Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC), dengan jelas mendefinisikan "sub-prima" sebagai:

"ciri-ciri kredit peminjam individu. Peminjam sub-prima biasanya mempunyai sejarah kredit yang lemah, termasuk gagal membayar pinjaman secara konsisten … Mereka juga memaparkan keupayaan pembayaran balik yang lemah seperti yang diukur oleh skor kredit, nisbah hutang-kepada-pendapatan, atau kriteria lain yang merangkumi peminjam dengan rekod kredit yang tidak lengkap, tanpa menyebut nilai harta."

Jelasnya, fenomena sub-prima di sini merujuk kepada dana KWSP yang digunakan untuk meminjam wang kepada peminjam yang dianggap tidak layak untuk menerima pinjaman daripada kacamata bank-bank di dalam negara – seperti yang diakui sendiri oleh Menteri.

Pandangan Raja Nong Chik tentang isu sub-prima dan kaitannya dengan nilai hartanah kos rendah bernilai dua atau tiga kali ganda harga jualan semasa adalah jauh tersasar daripada hakikat sebenar.

Seeloknya Menteri menggilap pengetahuan kredit dan pinjaman sub-prima sebelum mengambil cabaran untuk berdebat dengan salah seorang daripada kami, demi meyakinkan rakyat tentang keberkesanan dan kelayakan setiap ahli kabinet BN, terutamanya yang bukan dilantik oleh rakyat tetapi dilantik selaku Senator.

———————————————————————————————————

Joint Media Statement by Nurul Izzah Anwar, MP Lembah Pantai; Tony Pua, MP Parliament Petaling Jaya Utara and Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor in Kuala Lumpur on Tuesday, 7 February 2012 in Kuala Lumpur:

Pakatan MPs will welcome a debate with Minister of Federal Territories and Urban Well-Being any time on an even playing field

The Malay Mail reported yesterday that Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin has challenged both of us "to a one-to-one public debate" on "use of money from the Employees' Provident Fund (EPF) for a low-cost housing loan scheme."

Raja Nong Chik said "these impoverished people cannot get housing without help. Are they saying that these people do not deserve housing?" However, he added that we should debate him "one-to-one in front of all the residents."

First and foremost, we have repeatedly stated that Pakatan Rakyat fully support the noble objective of ensuring that affordable housing for low income urban dwellers. However, the fulfilment of this aim – home ownership for the urban poor – is the responsibility of the government of the day, and not the responsibility of Malaysian workers.

Hence, we are more than happy to debate with the Minister in the interest of the public to ensure that all relevant issues are thrashed out in an open and transparent fashion. In order to ensure that the public receives the full story behind the controversy, the debate must be conducted on a level playing field.

The debate must not only be open to low-cost housing residents in Kuala Lumpur, it should be open to all Malaysians, especially the stakeholders who are EPF contributors. Preferably, the debate should be televised to ensure that Malaysians who are not able to make it to the debate like contributors from East Malaysia have the opportunity to listen to both sides of the argument.

In addition, in the interest of transparency and accountability, we believe that Raja Nong Chik who is willing to openly debate this issue, will have no problems providing full disclosure of the agreements made between all the government entities and EPF. Only then all the members of parliament as well as the public can have full information access to debate this issue.

Raja Nong Chik had in the Malay Mail report even tried to teach us what is "sub-prime" loan. He said the MPs were mistaken in comparing the loans to the sub-prime loans which he said referred to inflated loans sold at double the property value.

"Do they even know what subprime lending is? These properties are worth double or even triple of what City Hall is asking," he explained.

Perhaps in the Minister's attempt to be clever, he is asking for pie in his face. The Federal Deposit of Insurance Corporation (FDIC), and independent agency of the United States Federal Government clearly refers "sub—prime" as "the credit characteristics of individual borrowers. Subprime borrowers typically have weakened credit histories that include payment delinquencies… They may also display reduced repayment capacity as measured by credit scores, debt-to-income ratios, or other criteria that may encompass borrowers with incomplete credit histories" with no mention of "property value".

What we have here today is the EPF lending money to borrowers who Raja Nong Chik himself has admitted will not qualify for loans from commercial banks. The fact that the low-cost property value, which Raja Nong Chik claims to be worth double or triple the selling price has nothing to do with the issue of "sub-prime".

Perhaps the Minister might want to polish up his knowledge of subprime credit and lending before taking on the challenge to debate either one of us, to save himself from further public embarrassment.



Nurul Izzah Anwar

Tony Pua

Dr Dzulkefli Ahmad

Panas! Pejabat Pelajaran Kelantan Berkempen Untuk Umno?

Posted: 06 Feb 2012 08:50 PM PST

Politik sistem demokrasi seperti yang diamalkan di negara ini tidak menghalang mana-mana parti siasah berkempen untuk tujuan menarik perhatian umum. Kempen dalam pelbagai bentuk itu dibenarkan selagi ia tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang. Demokrasi itu ada garis tegaknya tersendiri yang harus dihormati.

SPR badan yang mengendalikan perjalanan pilihan raya di negara ini juga ada peraturan dan kuasa yang diberikan kepadanya. SPR boleh membatalkan mana-mana individu yang mengambil bahagian dalam pilihan raya sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang atau akta tertentu.

Ertinya kebebasan dalam demokrasi masih ada batasnya. Hal-hal yang boleh memudaratkan orang lain ataupun membabitkan hak kepentingan awam, hak kerajaan, pencabulan hak rakyat tidak dibenarkan sama sekali.

Tetapi nampaknya peraturan itu tidak dipedulikan. Lagak sesetengah pihak laksana Orang Asli yang masih buta mengenai kanun tanah Kelantan yang beranggapan ada istilah Tanah Adat di Kelantan. Ia terus berlaku dan berlaku dan pihak yang suka mencabulinya semacam sudah menjadi habit buat mereka.

Baca Pendedahan Seterusnya...

Ucapan pembukaan daripada Pengerusi Kuil Batu Caves yang melampau lamanya

Posted: 06 Feb 2012 08:24 PM PST

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/407049_3217378394819_1277133994_3311241_389534433_n.jpg

nak bodek punya pasal

nak poong rosmah punya pasal

angkat bakul sendiri beb!

kesian najib

Kini bola di kaki Ustaz Azizan ... [Siri 2]

Posted: 06 Feb 2012 06:20 PM PST

Ahmad Lutfi Othman, 06 Feb 2012

Ketika saya tiba di rumah Ustaz Azizan Abd Razak, di Sungai Limau, Yan, seawal jam 9 pagi Tahun Baru Cina, 23 Januari lalu, sudah ada tiga aktivis PAS tempatan bersembang santai dengan Menteri Besar Kedah itu. Suasana ceria. Sekali imbas umpama murid dengan tok guru, juga bagai rakan dengan sahabat lama.

Sesekali perbualan mereka, yang banyak menyentuh cerita-cerita lama, disulami gelak-ketawa yang menyenangkan. Saya tumpang seronok mencuri dengar kisah lama Ustaz Azizan. Wajahnya jelas terpancar kelegaan meskipun banyak isu-isu panas Kedah diperdebatkan di peringkat nasional.

Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid membisikkan, "beginilah keadaan Ustaz jika bercuti di rumahnya". Sambil mempelawa saya duduk di ruang tamu yang agak sempit, hanya dihiasi rak-rak buku dan sofa lusuh, Ustaz Azizan yang berkain pelikat berbaju pagoda putih, terus menjemput kami menjamah sarapan.

Saya bersama Helmi dan Azamin Amin, wartawan Harakah Kedah, sebenarnya telah mengalas perut di pekan kecil tidak jauh dari rumah Ustaz Azizan, di tepi Jalan Alor Setar - Sungai Petani itu. "Ustaz macam terkilan kerana tidak dapat lagi bersama rakyat di pasar dan kedai makan seperti ini kerana kekangan masa," kata Helmi, semasa kami menikmati nasi berlaukkan ikan keli sambil menunggu roti canai serta kari kepala ikan dibungkus untuk 'bosnya'.

"Lutfi, ini pertama kali datang rumah ana?" tanya Ustaz Azizan, ramah dan mesra. Saya perhatikan, rupanya tetamu terdahulu juga menitip makanan. Isterinya sendiri yang keluar membawa minuman.

"Ya, ana tak pernah datang lagi, dulu buat interbiu dengan Ustaz di Alor Setar," balas saya perlahan, sambil menjeling suasana rumah yang cukup sederhana. Ada rakan-rakan yang pernah mengaitkannya dengan kediaman Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tok Guru Abd Hadi Awang: "Rumah Ustaz Azizan lagi simple, 'kan?"

Selang beberapa ketika, salam diberi dan pintu dikuak. Kunjungan tetamu lagi, rasanya tiada temujanji dibuat, juga orang tempatan. Daripada reaksinya, Ustaz Azizan kenal rapat dengan mereka. Turut dibawa bungkusan kecil nasi lemak dan dadih. "Masin sikit dadih ini," tegur Ustaz Azizan.

Tidak terasa kami bersembang panjang melampaui dua jam. Dalam kelucuan, banyak juga perkara serius dan penting yang disentuh Ustaz Azizan. Beliau nampak cukup prihatin dengan bebanan amanah kepemimpinan yang dipikulnya, termasuk hal-hal berkaitan rasuah dan pengurusan kewangan negeri.

Isu-isu membabitkan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan kontroversi Madrasah Salihiah turut disinggungnya.

Penjelasan mengenai surau, yang dimanipulasi Umno dan Perkasa Kedah -- sebenarnya lebih merupakan pejabat syarikat insuran dengan ruang solat -- di Kanchut, Alor Setar itu memang cukup meyakinkan. Tinjauan saya ke Madrasah Salihiah dan kawasan sekitarnya melenyapkan sama sekali pelbagai keraguan tentang kemungkinan isu itu boleh "menikam" PAS Kedah.

Isu madrasah bukan hanya mendedahkan kegagalan kerajaan BN terdahulu menyelesaikan projek Kompleks Tunku Yaakob yang terbengkalai selama lebih 30 tahun, malah menunjukkan keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat menjana ekonomi melalui projek Aman Central bernilai RM500 juta, dengan pembinaan surau gantian di dalam pusat membeli- belah yang mampu menampung 400 jemaah.

Ramai beranggapan tapak itu "berhantu" disebabkan terlalu lama terbiar, selain mencacatkan pemandangan dari Menara Alor Setar, lokasi yang sepatutnya boleh menarik pelancong.

"Ada taukeh Cina bertanya saya, 'Dato' Seri ada baca apa-apa ke, sehingga projek ini boleh dipulihkan?' Saya kata, 'baca banyak takdalah, tetapi adalah sikit-sikit baca'," gurau Ustaz Azizan disambut ketawa.

Tidak kurang yang mengaitkan kegagalan usaha menangani projek usang itu dengan elemen rasuah dalam pentadbiran lama, sesuatu yang kini diperangi kerajaan Pakatan. "Bayangkan, melalui projek setengah bilion ini, kalau rasuah lima peratus saja, sudah RM25 juta, tapi sah saya masuk neraka kalau terima sogokan," tegas Ustaz Azizan.

Bagaimanapun, hukuman ke atas lima pelajar KUIN (tempoh penggantungan empat daripadanya sudah berakhir kecuali seorang yang digantung pengajian dua semester, Mohd Faiz Mohd Arshad), yang pada mulanya dikaitkan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tetap hangat diperkatakan.

Ustaz Azizan memberitahu kami, Anwar Ibrahim sendiri menghubunginya pada sebelah malam demonstrasi pelajar di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dan beliau telah menjelaskan situasi sebenar kepada Ketua Pembangkang itu. Pastinya beliau juga memaklumkan hal itu kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, seseorang yang paling dihormatinya.

Dalam pertemuan eksklusif dengan Jabatan Pengarang Harakah, di sebuah resort Sungai Tua, Ulu Yam minggu lalu, Ustaz Hadi turut ditanya isu KUIN. Beliau mengulangi pendirian Ustaz Azizan yang tidak mahu campur tangan hal elwal pengurusan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu. Agak mengejutkan apabila Ustaz Hadi mengaku belum melihat memorandum pelajar.

Daripada tutur bicara Ustaz Azizan, kolej universiti itu memang dekat dengan beliau, yang juga Pengerusi KUIN. Helmi turut memaklumkan, semasa Ustaz Azizan menjadi wakil rakyat pembangkang lagi, beliau kerap menimbulkan persoalan Insaniah ini dalam setiap kali persidangan Dun.

Tetamu yang lebih awal sampai daripada kami juga menimbulkan perkara sama. Dia masih ingat ucapan Ustaz Azizan dalam satu majlis yang menggambarkan keakraban Menteri Besar Kedah itu dengan pengembangan KUIN.

"Helmi, nanti bawa Lutfi tengok kampus baru KUIN di Kuala Ketil," kata Ustaz Azizan semasa saya minta izin berundur. Difahamkan beliau agak kerap melakukan tinjauan di tapak projek, kadang-kadang secara mengejut.

Sebelum bergegas ke hotel penginapan untuk check-out, sempat saya memerhati keadaan sekeliling rumahnya -- tenang dan sunyi. Terbayang gaya kehidupan kampung Ustaz Azizan yang cukup mudah.

Namun, harapan rakyat dan pendokong parti tidak semudah itu. Di bahu Ustaz Azizan tergalas impian yang cukup besar. Tidak cukup sekadar untuk membuktikan pemerintahan PAS berjalan lancar tanpa gangguan besar. Dakwaan bahawa tanpa Umno, kerajaan negeri akan kucar-kucir hanya mitos, dan rakyat amat memahaminya kini. Mereka menuntut lebih daripada itu.

Selama lebih 20 tahun, Kelantan dan perwatakan Tok Guru Nik Aziz diperhatikan penuh minat dan cemburu, bukan saja oleh masyarakat setempat tetapi menarik tumpuan rakyat seluruhnya, tidak kira orang Melayu atau bukan Islam. Perubahan yang dilaksanakan Kelantan menjadi buah mulut -- dipuji dan dikritik -- namun ia langsung tidak membantut pembaharuan yang dibuat.

Apabila PAS menerajui Pakatan Rakyat memerintah Kedah, fokus sedikit sebanyak beralih, sekurang-kurangnya untuk mengenali personaliti Ustaz Azizan. Ya, sekali lagi, tidak memadai dengan kehidupan sederhananya yang cukup mengkagumkan itu ...

Latar belakang akademiknya, yang pernah menuntut di Mesir dan England, sudah cukup menggamit perhatian. Begitu juga dengan komposisi anggota Exco Kerajaan Negeri (daripada kalangan PAS), yang nampak seimbang dan harmonis, iaitu dua jurutera profesional, dua doktor perubatan, dua peguam, dan seorang ustazah.

Selaras dengan gelombang politik baru dan proses pendemokrasian yang menjalar ke seluruh planet bumi hari ini, apa yang berlaku di Kedah turut membentuk imej dan penampilan PAS, sama ada positif mahupun sedikit tercalar.

Dalam masyarakat yang serius membicarakan soal keadilan, demokrasi, ketelusan, dunia tanpa sempadan, langit terbuka, good governance, antirasuah, integriti, akuantabiliti dan seumpamanya, isu-isu seperti pengisytiharan harta kepada publik dan kongkongan peraturan seumpama Auku (walaupun atas nama berbeda seperti Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) boleh menimbulkan persepsi baru kepada gabungan parti-parti dalam Pakatan.

Isu KUIN memang satu cabaran kepada kepemimpinan Ustaz Azizan menjelang PRU13. Ia boleh sahaja menjadi masalah lebih besar ataupun dapat ditangani secara berhemah, bergantung kepada pendekatan Menteri Besar sendiri. Meskipun Ustaz Azizan beberapa kali menegaskan untuk tidak campur tangan dalam pengurusan KUIN, tetapi saya kira isu ini tidak semudah itu untuk "didiamkan".

Semasa bersembang panjang dengan aktivis mahasiswa UPSI, Adam Adli Abd Halim, yang turut digantung pengajian selama tiga semester, di rumah saya, Selasa lalu, jelas sekali komitmen mereka untuk mengungguli idealisme perjuangan mahasiswa.

Adam mewakili suara prihatin mahasiswa yang nampak tulus dan tidak diperalatkan oleh pihak berkepentingan, jauh sekalilah Umno! Usah rentap keyakinan mereka terhadap Pakatan Rakyat dengan dakwaan yang menyakitkan hati. Masih terbuka luas jalan keluar, tetapi pilihan itu bergantung sepenuhnya kepada Ustaz Azizan. Ya, bola di kakinya sekarang ...

Selama ini Ustaz Azizan dikenali sebagai tokoh yang tajam pengamatan politiknya, sekali gus mempunyai kebolehan luar biasa untuk meredakan kemarahan dan protes kepadanya. Harapan tinggi disandang ke bahunya. Masakan isu KUIN harus dibiar menggerhanakan imejnya itu.

(Persoalan dibangkitkan Dr Mujahid Yusof Rawa dalam artikelnya agak menganggu saya: "Apakah Azizan terlalu personal dengan cita-citanya dengan KUIN sehingga isu Auku dianggap terlalu kecil atau Azizan terlalu marah kerana beberapa pelajar telah menyentak impiannya dan mencabarnya? ... Ataukah Azizan mempunyai egonya sendiri sehingga gagal melihat kepentingan Pakatan Rakyat yang lebih besar?")

Umno sendiri terkedu dengan keupayaan diplomasi Ustaz Azizan. Tak percaya tanyalah dengan Abd Aziz Sheikh Fadzir, Pengerusi Biro Pendidikan Umno Kedah yang pernah berkunjung ke pejabat Menteri Besar itu, ekoran isu rayuan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM), pada bulan Mei 2011!

Reaksi protes yang dijangka panas hilang begitu sahaja selepas rombongan Aziz diberi penjelasan sedetailnya oleh Ustaz Azizan dan mereka makan tengahari bersama.

Tiada ulasan: