Selasa, 7 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hasan Akidah - Apakah Bai’ah Talak 3 keatas isterinya itu tidak berlaku?

Posted: 06 Feb 2012 10:51 PM PST

Bai'ah adalah sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.Saya yakin Hasan Akidah telah melafazkan bai'ah tersebut sebagaimana pengakuan beliau dalam video dibawah ini.

Bai'ah Talak 3 Isteri ini dibongkar oleh Hasan Akidah , mendakwa setiap pemimpin PAS diwajibkan menyatakan bai'ah akan menceraikan isteri masing-masing jika bertindak meninggalkan parti atau dalam erti kata lain 'Lompat Parti'. Video di bawah ini merupakan pengakuan Hasan Ali mengenai Bai'ah menceraikan isteri setelah ditanya beberapa Blogger Pro Umno suatu ketika dulu dirumahnya.


Hasan telah dipecat dari PAS dan diberikan masa dan peluang untuk merayu keatas pemecatannya itu supaya membolehkan beliau kembali kedalam parti.

Namun, Hasan telah menyatakan secara tegas tidak akan merayu. Ini bermakna Hasan telah bertindak secara sukarela untuk meninggalkan parti.

Roadshow Hasan yang memfitnah PAS juga membuktikan dia telah mengkhianati parti yang pernah didukungi dan yang pernah dia bai'ah untuk bertaat setia.

Apakah Bai'ah Talak 3 keatas isterinya itu tidak berlaku? Sewaktu dia dipecat dari parti, kemungkinannya tidak.Tapi setelah dia menolak untuk merayu keatas pemecatan tersebut, bermakna Hasan dengan sukarela mahu meninggalkan parti. Hasan kena renungkan perkara ini.

Hasan Ali Sedang Bertapa ....

Posted: 06 Feb 2012 06:19 PM PST

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar, marahkan pejat, katil dan tilam kena bakar. Itulah sikap motivator yang terkenal, Hasan Akidah.

Sejak berkawan baik dengan Zulbabwe dan pencacai Umno yang lain, Hasan kini sudah tidak mahu berkawan lagi dengan seorang kawan lamanya....Apakah dia sedang bertapa?

Anak rusa nani, baru kembang ekor. Apa dosa kami lalu tidak tegur...

Naib ketua dewan ulamak PAS, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengakui beliau sangat rapat dengan Dr Hasan yang dipecat dari parti awal Januari lalu.

"Saya dan isteri pergi ke rumah Dr Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur tetapi beliau tidak membuka pintu untuk kami masuk.

"Jadi kami tidak dapat bertemu Dr Hasan," kata Dr Mahfodz di sini

Tiada ulasan: