Selasa, 7 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


PAS SEDIA TAWAR KERUSI PARLIMEN UNTUK ZAID

Posted: 07 Feb 2012 05:18 AM PST

Pas bersedia menawarkan kerusi Parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan berbincang mengenai tawaran kepada Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) itu jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri."

Itu kita akan bincang, saya tak kata 'no' atau 'yes', kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pas Kota Bharu di sini hari ini.

Akhbar ini semalam melaporkan hasrat Zaid untuk membubarkan parti KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti itu yang akan diadakan tidak lama lagi.Beliau dilaporkan berkata, pembubaran itu perlu bagi 'menghapuskan keraguan bahawa KITA tidak memihak kepada pembangkang' dan juga setelah sedar bahawa penubuhan KITA adalah 'satu kesilapan'.

Terdahulu, Mohamad semasa berucap di konvensyen itu berkata, beliau gembira dengan hasrat Zaid mahu membubarkan KITA dan memberi isyarat mahukan Pas Kawasan Kota Bharu di bawah Yang Dipertuanya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah untuk mengadakan perbincangan dengan Zaid.

"Saya gembira apabila KITA hendak dibubar dan ke mana arah tuju Zaid selepas kini kita serah kepada dia sendiri dan terserahlah kepada Wan Rahim dan Pas Kota Bharu untuk langkah seterusnya," katanya.Pada masa sama, beliau meminta petugas dan penyokong bekerja bersungguh-sungguh memastikan kemenangan semua 60 kerusi Parlimen yang dituntut Pas bagi membolehkan mereka menguasai kerajaan dan Kabinet sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13.

"Sekarang ini kita berada nombor tiga dengan 22 kerusi Parlimen berbanding DAP 28 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 31 kerusi."Sampai bila kita mahu jadi parti nombor tiga?. Kita kena berusaha menjadi parti nombor satu baharulah boleh kita demand jawatan-jawatan menteri kanan," katanya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

'Khir Toyo seolah-olah balas dendam pada Umno'

Posted: 06 Feb 2012 07:49 PM PST

Penafian bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa beliau tidak terlibat menyerahkan konsesi air negeri Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) didakwa seolah-olah mahu membalas dendam kepada Umno.Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa, ini kerana Umno tidak melindunginya ketika dituduh di mahkamah - layanan yang didakwa berbeza dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Khir kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana keistimewaan yang diperolehi Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam isu lembu- NFC," dakwa Faekah.Khir kelmarin dilaporkan menafikan menyerahkan pengurusan air kepada SYABAS semasa menjadi menteri besar sebagaimana sangkaan ramai, sebaliknya ,menyerahkannya kepada kerajaan pusat bagi mengatasi krisis air Selangor sekitar 1997 dan 1998.

Tambahnya, beliau tidak terlibat kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya melantik SYABAS menguruskannya, lapor sebuah portal berita.Beliau menjelaskan, kerajaan BN Selangor menyerahkan projek bekalan air kepada kerajaan pusat kerana tidak mampu menguruskannya ekoran krisis air membuatkan Selangor perlu membina empangan di Kuala Kubu Baru bernilai RM2.4 bilion.

Dalam kenyataannya semalam, Faekah juga berkata, kenyataan Khir itu membuktikan beliau tidak layak dan gagal selaku menteri besar atas sikap menuding jari terhadap orang lain."Sebagai bekas pemimpin nombor satu di negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan SYABAS menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama," katanya.

Menurut Faekah lagi, Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 antara tiga pihak dan kerajaan negeri turut terlibat bersama kerajaan pusat dan Puncak Niaga.-Malaysiakini
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: