Rabu, 1 Februari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Gambar TG Nik Aziz Semasa Merasmikan Program Anak Muda Tolak Umno

Posted: 01 Feb 2012 07:42 AM PST

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/423582_361915633835817_100000521511371_1427539_564762418_n.jpg

Patung Baru Di Batu Caves. Apa Kata Mufti Dan Fatul Bahri?

Posted: 01 Feb 2012 05:41 AM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGwNuyr2XQzFTGWI71d_e1JEqza7JWaeBIXLRvX_rTbwcSY0nnuniq78wL9Mj4sSrdFRGy5A_ef4kumLzyMlu2A8d-aO1AIagvLBNNS0NhYMY1TS0plAtnRUbkowXN5KrKnOfEj7hDIfY/s1600/patung+Najib.jpg

Rakyat Diseru Pilih Pemimpin Pejuang Rakyat

Posted: 01 Feb 2012 05:34 AM PST

http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/anwar-khalid%20CNY.JPG

Oleh Lizawati Madfa

CHERAS, 1 FEB : Rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu memilih kerajaan yang bekerja kuat, yang memperjuangkan nasib mereka serta mampu menyediakan masa depan yang lebih baik dan terjamin.

Itulah amanat dan pesanan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapannya dalam satu majlis rumah terbuka Sambutan Tahun Baru Cina di padang Flat Sri Johor, Batu 3 1/2 di sini petang tadi.

"Ada yang kata Anwar Ibrahim alat Cina. Nanti ada yang akan kata saya alat India. Memang saya mengaku saya alat Cina, saya alat India, saya alat Melayu.

"Kerana saya mahu jadi pemimpin yang menjadi alat kepada seluruh rakyat mendapatkan apa yang selama ini patut dinikmati mereka," tegas Anwar.

Anwar turut berkongsi kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang menjaga harta dan kebajikan rakyat dengan baik di negeri-negeri pentadbirannya.

"Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang misalnya telah memperuntukkan lebih kurang RM1 billion wang kerajaan negeri bagi menyediakan rumah kos rendah yang mampu dimiliki rakyat.

"Sepatutnya ia dimajukan oleh kerajaan persekutuan tetapi oleh kerana kerajaan lembab, maka kerajaan negeri pakatan mengambil inisiatif sendiri demi rakyat," jelas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat ini.

Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan bahawa kerajaan Selangor kini mempunyai RM 1.9 ribu juta simpanan selepas perbelanjaan melebihi RM 500 juta.

"Kenaikan rezab ini adalah sebanyak 27 peratus daripada tahun lalu. Jadi dengan lebihan ini dapatlah kita berbelanja untuk rakyat.

"Bukan seperti kerajaan persekutuan yang terpaksa berhutang untuk beri rakyat wang imbuhan, sebaliknya kita menggunakan wang yang ada dalam tangan untuk dikembalikan pada rakyat," beritahu Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Dalam pada itu, EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata bahawa majlis sambutan seumpama ini seharusnya menjadi program wajib untuk mengeratkan barisan pimpinan kerajaan dengan rakyat.

"Kesempatan ini bukan sekadar untuk merapatkan hubungan dua hala rakyat dan pemimpin, tetapi juga boleh dijadikan platform bagi kerajaan menjelaskan dasar-dasar mereka kepada rakyat.

"Ini kerana rakyat seharusnya faham dan tahu apa yang dilakukan kerajaan samada betul atau salah," ulas Ronnie.

Majlis sambutan anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Parti Keadilan Rakyat Bandar Tun Razak itu bermula seawal jam 2.30 petang dan dihadiri kira-kira 2,000 rakyat dari pelbagai kaum. Sebanyak 14 gerai makanan dan minuman yang disediakan disamping acara selingan nyanyian dan bacaan sajak oleh penduduk di situ.

Di samping itu juga, Khalid turut menyampaikan sumbangan angpaw kepada warga emas dan kanak-kanak.

Selain Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu, antara tetamu lain yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub serta Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad.

KUIN: ‘Saya mahu tentang Umno-BN bukan Pakatan’ tegas Azizan

Posted: 01 Feb 2012 03:00 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat untuk tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN), menegaskan "mahu mempertahankan Kedah dan menentang Umno-Barisan Nasional (BN) bukan parti perikatan itu."

Beliau juga menyifatkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengambil pendekatan berunding dengan lima mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai pandangan peribadi.

Azizan juga turut menegaskan cadangan itu sepatutnya ditujukan kepada rektor KUIN dan bukan beliau yang hanya bertindak selaku pengerusi lembaga pengarah pusat pengajian tinggi itu.

"Apa yang beliau (Anwar) campur tangan dalam perkara ini, mengapa saya yang perlu berunding? Bukan saya yang berunding dengan mahasiswa itu tapi KUIN.

"Lagipun (kalau berunding) nak cakap pasal apa lagi, perkara ini dah lama...empat daripada mereka sudah masuk semula (sambung pengajian), selain itu nak berunding apa lagi sebab perkara ini dah dibawa ke mahkamah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti itu dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Selain mendapat kecaman dari kumpulan mahasiswa, Azizan turut dikritik pemimpin Pakatan Rakyat kerana masih melaksanakan AUKU walaupun parti pembangkang mahu memansuhkannya seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari pula mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan.

Azizan turut menegaskan tidak mahu terlibat dalam pentadbiran KUIN dan menyerahkan urusan itu rektor.

"Saya sudah cakap saya tidak campur tangan dalam urusan KUIN, saya hanya pengerusi lembaga pengarah...saya bukan rektor, saya serahkan kepada KUIN," katanya.

Dengan nada tegas Azizan mengingatkan Pakatan Rakyat fokusnya adalah untuk mempertahankan Kedah dan menentang Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

"Kita Pakatan Rakyat, bukan BN...fokus kita untk tumbangkan Umno-BN.

"Saya nak pertahankan kerajaan negeri Kedah, saya mahu kalahkanj Umno-BN...sebab itu saya tidak campur tangan urusan KUIN, biar KUIN selesaikan," katanya.

Wahai UMNO, ke mana hilangnya RM1.1 juta untuk warga miskin tegar Pulau Pinang?

Posted: 01 Feb 2012 02:57 AM PST

GEORGE TOWN, 1 FEB: UMNO Pulau Pinang perlu menjelaskan ke mana hilangnya peruntukan RM1.1 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada 22 keluarga miskin tegar Pulau Pinang.

Sudahkah setiap keluarga tersebut mendapat RM50,000 daripada peruntukan kerajaan itu? Di manakah janji yang ditaburkan oleh UMNO Pulau Pinang pada tahun 2009 itu?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. telah membuat kenyataan yang disiarkan oleh Berita Harian bertarikh 26 Februari 2009 bahawa kementerian itu sedia mengambil alih masalah kemiskinan tegar, kononnya berikutan kegagalan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Katanya, Zainal Abidin telah berjanji bahawa kementerian tersebut akan membantu keluarga berkenaan menerusi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang memperuntukkan dana RM1.1 juta untuk membantu 22 keluarga terbabit.

"Exco Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, telah menulis surat kepada Zainal pada 7 April dan 12 Mei tahun 2009 untuk mendapatkan maklumat 22 keluarga tersebut serta memohon status program- program khas yang dirancang.

"Malangnya tidak ada jawapan daripada Zainal Abidin atau pun maklumat tentang 22 keluarga miskin tegar mana yang menerima RM50,000 setiap keluarga," katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih berkata, laporan polis telah dibuat pada 31 Julai 2009 oleh Phee bagi membolehkan satu siasatan dilakukan untuk mengetahui ke mana perginya RM1.1 juta yang sepatutnya disalurkan kepada keluarga berkenaan.

"Selepas tiga tahun, demi memastikan wang kebajikan sampai ke tangan keluarga miskin, adalah dikesali kerana Zainal Abidin tidak berani memberi jawapan macam mana dan kepada siapa peruntukan tersebut telah disalurkan.

"Juga kita ingin tahu mengapa hanya 22 keluarga ini sahaja yang boleh menerima RM50,000 setiap keluarga dan bukan keluarga miskin tegar yang lain.

"Saya mencabar Zainal Abidin untuk menyenaraikan 22 keluarga miskin tegar tersebut. Adakah RM1.1 juta telah masuk dalam poket pihak-pihak tertentu? UMNO dan kerajaan persekutuan perlu bertanggungjawab dan tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan keraguan kepada semua pihak," tambah beliau.

Menurutnya, sejak kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar pada Mac 2009 sehingga Disember 2011, sebanyak RM6.32 juta telah disalurkan kepada lebih kurang 700 keluarga setiap bulan.

Ini sekali gus menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang, negeri pertama yang berjaya buat begitu di Malaysia, ujarnya.

"Kini kerajaan negeri telah bersetuju untuk menambah wang pendapatan bulanan kepada minima RM600 sebulan untuk setiap keluarga. Dengan kata lain, kerajaan negeri akan menambah wang atau top up sehingga RM600 sebulan untuk keluarga yang menerima wang pendapatan kurang daripada RM600.

"Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri PR Pulau Pinang untuk membasmi kemiskinan menjelang 2015," katanya.

Beliau menambah, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan meneruskan semua program kebajikan yang dilaksanakan dan menyalurkan lebihan belanjawan yang diperolehi untuk dikongsi bersama rakyat selaras dengan urustad bir cekap, akauntabel dan telus (CAT). – Roketkini.com

Gambar Perjumpaan TG Nik Aziz Dengan Rombongan Mufti Kelantan

Posted: 01 Feb 2012 12:48 AM PST

Kuliah Magrib Khas Bersama Ustaz Azhar Idrus @ Masjid Negeri Shah Alam

Posted: 31 Jan 2012 06:42 PM PST

Guru-Guru Dikerah Paksa Ke SK Padang Bongor Semata-mata Untuk Dengar Tok Pa Berucap?

Posted: 31 Jan 2012 04:00 PM PST

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/406396_10150643148575039_227789400038_10823386_633722239_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/422987_10150643143195039_227789400038_10823376_1411462867_n.jpg
Dari FB Mustapa Mohamed

1 Feb, 3 Petang : Saya berceramah di SK Lubok Bongor bersama YB Dato' Aziz, ADUN Kuala Balah, ADUN Bukit Bunga, YB Adhan Kecik, SU Politik saya, Dato' Dr.Azmi dan Ust Kamaruddin Omar, Pegawai Agam MB Terengganu

Dari maklumat dan email yang diterima dari golongan pendidik kelantan, mereka meluahkan rasa tidak puas hati kerana pihak sekolah memaksa semua kakitangan pendidikan dan staf sokongan sekitar Jeli untuk pergi ke SK Padang Bongor semata-mata dengar ucapan pemimpin Umno.


Masuk dalam surat khabar bukan kemain lagi cakap ramai orang tidak berganjak semasa program padahal kebanyakan mereka hanya tunjuk muka tidak sampai 10 minit dan terus pulang.


Golongan pendidik Kelantan sangat cerdik wahai pemimpin Umno. Mereka tidak mudah diperbodohkan dengan mudah. Kebanyakan mereka menolak Umno!

Tiada ulasan: