Rabu, 1 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Semua Naib Canselor Patut Diganti - Prof Dr Syed Farid

Posted: 01 Feb 2012 08:52 AM PST

Anak sulung Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Al-Atas, Prof Dr Syed Farid pernah menyarankan supaya sistem universiti kita dirombak segera kerana pentadbiran yang kurang baik oleh kakitangan yang tidak cekap.

Selain, menyebut universiti tempatan mengambil profesor dan pensyarah tanpa kelayakan yang sesuai menyebabkan mutu universiti kita rendah hingga jatuh daripada 200 universiti terkemuka di QS World University Ranking 2010, beliau juga menggesa supaya menggantikan semua naib canselor dan memperkenalkan sistem tempoh dan ganjaran untuk profesor yang layak. Sila baca di sini


Carian saya diatas menunjukan, UM telah berjaya membaiki prestasinya bagi tahun 2011. Tahniah . Namun prestasi yang lain-lain tu dukacita kerana terus merosot. Sila ke sini

SUBHANALLAH, Rumah Hangus Terbakar, Tapi Kitab Tafsir Al-Quran selamat !

Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak 'terusik' dek api dalam kejadian itu.

Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.

Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR / Gambar dari Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Shah Alam

Tiada ulasan: