Rabu, 1 Februari 2012

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


SATU KISAH DI GEREJA

Posted: 31 Jan 2012 08:51 PM PST


[1]

Hari itu,hari jumaat. Aku dijadualkan berkhutbah jumaat di Masjid haji kamaruddin, PJ. Dalamperjalanan, tiba-tiba telefon aku berderingan. Aku lihat di screen, namaseorang ahli politik yang berjawatan Ahli Parlimen.

"apa pula pakhaji ini? ada benda yang dia nak lanya la tu" bisik hatiku sendirian.

Aku angkattelefon, kami berbual-bual. Dia bertanya khabar dan kemudiannya bertanyakantentang satu hadis yang bermaksud, "sesiapa yang menyakiti hati Zimmi, maka diaadalah menyakiti hatiku juga".

Aku menjawab,bahawa hadis itu bukan perkataan Nabi Muhammad SAW, tetapi ia adalah perkataanUmar Abd al-Aziz. Lalu aku mencadangkan satu hadis lagi yang sememangnya sahehdan terbukti bahawa ia perkataan nabi SAW.

Aku punmembaca matan  arabnya, lalumenterjemahkan hadis tersebut, "barangsiapa yang menzalimi Mu'ahid (nonMuslim), atau mengurangkan haknya, atau membebankan kepadanya luar darikemampuannya, maka akhirat nanti aku akan penghujjah untuknya  (non Muslim itu)".

Dia bertanyamatan arab untuk dicatit. Aku membaca satu kalimah demi satu kalimah untukmemudahkan ahli parlimen itu mencatit matan arab bagi hadis tersebut.

Selesai dariitu, aku bertanya, "nak buat apa Tanya hadis ni tuan haji?"

Aku agakjanggal nak membahasakan diri kami dengan YB, tetapi lebih senang dengan tuanHaji, sebab kami mengenali satu sama lain sebelum lagi dia bergelar YB.

"Ana adadialog dekat gereja dengan paderi di PJ lepas jumaat ini" jawabnya ringkas.

"Eh.. ana naktumpang pegi dengar, boleh tak?" aku mencelah.

"Boleh.. datangje.. gereja xevier, PJ…kita jumpa sana".

"Ok.. lepasjumaat ana terus ke sana. Lagi pula ana berkhutbah di kawasan PJ juga ni". Ujarku

[2]

Selesai solatjumaat aku terus ke sana. Memandangkan aku selesai solat jumaat, maka akumemakai jubah. Sesampai sahaja, majlis baru bermula.

Berlaku dialogyang cukup sihat dan menarik. Menterujakan sungguh, apabila disebelah pihakmasing-masing mengemukakan idealogi pemikiran masing-masing. Perbincangan keagamaandari sudut politik.

Yang menyebabkanaku terkejut,apabila Ahli parlimen terbabit membacakan satu hadis yang akuajarnya sebelum solat jumaat terbabit selepas dia mengupas beberapa buktitentang keadilan islam. Apabila selesai dia menterjemah sahaja hadis terbabit,didapati semua hadirin yang beragama kristian, juga dua orang paderi yang hadirsebagai pendengar menepuk tangan.

Aku terkejutmelihat keadaan itu. Aku merasakan, ini satu budaya baru dalam kerangka PAS. Iatidak pernah aku lihat sebelum ini.

"kalaulah benda ini Berjaya disuburkan oleh PAS, tidak hairan dalam jangkakurang 10 tahun, Islam akan Berjaya terlaksana di Malaysia" bisik hatiku.

Inilah KhalidSamad, seorang ahli politik memegang jawatan ahli Parlimen Shah Alam dari PAS.







Tiada ulasan: