Kelab Greenboc |
- Paksa Seks Atas Motosikal
- [Bergambar] Kasut Tak Lekang Dari Tangan Pemuda PERKASA Ini
- 2000 Tong Gas Meletup Di Kajang
- Memang Sengal, Bayi Ditinggalkan Di Alas Kaki Rupa-rupanya Anak Sendiri
- [Video] Kes Tampal Mulut Bayi, Pemilik Pusat Asuhan Lapor Polis
- Apa Barang Hassan Ali Merepek Ni?
- Apakah Phahrolrazi Mahu Jadi Hassan Ali Klon?
- [Video] Hampir Ditumbuk Oleh Pembantu ADUN UMNO, Nurul Izzah Buat Laporan Polis
- Sepasang Penjawat Awam Dicekup Separuh Bogel Di Dungun
Posted: 29 Feb 2012 01:03 AM PST Nilai – Akibat terlalu percaya kepada teman lelaki, seorang pelajar Tingkatan Satu dirogol secara paksa oleh teman lelakinya yang berusia 19 tahun di sebuah lorong gelap, delat Gadong Jaya, Seremban. Gambar fail Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai di ibu negara itu dikatakan memaksa kekasihnya berusia 13 tahun itu melakukan seks atas motosikal. Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian pertama berlaku Ogos tahun lalu dan selepas itu, pasangan tersebut kerap berjumpa untuk melakukan seks sehinggalah pada 22 Februari lalu. "Laporan asal dibuat keluarga wanita itu yang melaporkan anaknya tidak pulang ke rumah selama seminggu dipercayai mengikut teman lelakinya di Kuala Lumpur. "Sejurus laporan polis dibuat, wanita tersebut pulang ke rumah. Setelah didesak keluarganya, wanita itu memberitahu bahawa dia dirogol. Sebaik sahaja mengetahui hal itu, ibunya membuat laporan di Balai Polis Nilai," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Yusoff berkata, polis berjaya menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. -SH Ulasan GB "Kerap berjumpa" setelah dirogol kali pertama untuk dirogol lagi. Pelik. |
[Bergambar] Kasut Tak Lekang Dari Tangan Pemuda PERKASA Ini Posted: 28 Feb 2012 11:26 PM PST Perkasa tunjuk kasut kerana 'kecewa' dengan Guan Eng GEORGETOWN - Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menjelaskan tindakannya menunjukkan kasut di hadapan kereta Ketua Menteri, Lim Guan Eng Ahad lalu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau. Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008. Rizuad berkata, Guan Eng mampu meluangkan masa untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 sebagai membantah projek Lynas di Gebeng, Pahang demi modal politiknya. "Guan Eng didapati mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu untuk berucap sambil memperkecilkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogon 1 Malaysia yang dianggapnya sebagai satu pembohongan. "Padahal, beliau sendiri sebagai Ketua Menteri belum menyelesaikan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan melibatkan masalah penduduk negeri. Tetapi beliau lebih sibuk dengan hal yang berlaku di negeri lain," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini. Beliau meluahkan kekecewaan ini berikutan keengganan Guan Eng memberi respons yang baik ketika meminta untuk berjumpanya bagi membincangkan hal berkaitan penduduk tempatan. "Guan Eng cuba mengalihkan permintaan NGO dengan mendakwa kami adalah orang Umno, padahal beliau sendiri tahu bahawa kami adalah ahli Perkasa. "Perkataan diungkap oleh Guan Eng mencetuskan kemarahan sehingga kami hilang sabar sebelum bertindak mengepung kereta beliau sambil menunjukkan kasut kepadanya," katanya. -SH Ulasan GB Begitu karenahnya kesamsengan pemuda Perkasa. Tak lekang kasut dari tangannya. Agaknya jika orang lain tak puashati dengan Perkasa, masing-masing tunjuk kasut kepadanya apamacam? |
2000 Tong Gas Meletup Di Kajang Posted: 28 Feb 2012 09:26 PM PST Kajang: "Saya sempat melihat puluhan tong gas meletup dan melantun setinggi bangunan tiga tingkat disusuli api yang marak. Malah bunyi letupan seolah-olah di medan perang," kata Tazrul Tahir, 25, saksi kejadian kebakaran sebuah kilang mengisi dan memproses gas memasak di Jalan Semenyih Mantin, dekat sini, malam tadi. Gambar: KEBAKARAN kilang memproses dan mengisi gas di Batu 22, Jalan Beranang. Tazrul yang bekerja sebagai petani, berkata ketika kejadian dia sedang berada di rumah di Kampung Sentosa kira-kira 500 meter dari tempat kejadian. Menurutnya, ketika itu dia ingin mengambil air wuduk untuk menunaikan solat Isyak sebelum terkejut apabila mendengar bunyi letupan kuat berulang-ulang kali, kira-kira jam 8.30 malam. "Saya kemudian terus bergegas ke tempat kejadian sebelum tergamam seketika apabila melihat tong gas terbabit `terbang' manakala api mula marak. "Ketika itu saya berasa seperti berada di medan perang apabila mendengar dentuman bunyi yang kuat. Bimbang kejadian tidak diingini berlaku saya kemudian berlari semula ke jalan utama sebelum polis dan bomba tiba di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata lima jentera bomba dengan kekuatan 30 anggota termasuk bantuan air dari Balai Bomba Mantin, Negeri Sembilan, dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran. Menurutnya, api dapat dikawal dalam sejam bagi mengelak api merebak ke kawasan lain di samping meletakkan kawasan berkenaan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kemungkinan termasuk letupan. "Unit Forensik Bomba kini sedang menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh bagi mengenalpasti punca dan kerugian sebenar," katanya. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca utama kebakaran. Menurutnya, 2,000 tong gas musnah dalam kebakaran itu bersama treler, lori sarat dengan tong gas, sebuah Proton Waja dan motosikal. "Hasil siasatan awal yang dijalankan stor penyimpanan gas ini didapati tidak memenuhi piawaian keselamatan pada tahap sebenar hingga mengakibatkan kebakaran dan letupan berlaku. "Sehingga ini, kita sedang mengesan pekerja dan pemilik stor dipercayai menghilangkan diri sejurus kebakaran berlaku," katanya yang ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati punca kebakaran dipercayai akibat kebocoran paip gas. "Polis juga akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kajang bagi mengambil menyemak operasinya sama ada sah atau tidak," katanya. Difahamkan, kilang terbabit sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu dan kejadian ini adalah yang pertama. -hm |
Memang Sengal, Bayi Ditinggalkan Di Alas Kaki Rupa-rupanya Anak Sendiri Posted: 28 Feb 2012 07:50 PM PST Tanda tanya bayi siapa yang ditinggalkan atas alas kaki di depan pintu sebuah rumah di Kampung Beladau, Kepong dekat sini pada Jumaat lalu terungkai apabila bayi itu sebenarnya anak kepada wanita yang membuat laporan polis mendakwa menemui bayi itu. GADIS yang direman pada Jumaat lalu menunjukkan alas kaki tempat seorang bayi ditemui di Kampung Beladau, Kepong, Kuala Terengganu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, K. Manoharan berkata, tembelang pekerja sebuah kedai makan berusia 23 tahun itu terbongkar selepas polis menemui beberapa bukti mengaitkan kelahiran bayi berkenaan di salah sebuah bilik di rumah yang didiami wanita terbabit. Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu baru melahirkan bayi berkenaan secara bersendirian sebelum suspek membuat laporan polis pada Jumaat lalu mendakwa bayi itu diserahkan oleh seorang warga emas. "Siasatan mendapati sebaik bersalin, wanita itu terus menyerahkan bayinya kepada seorang kakak angkatnya untuk dijaga beberapa hari. "Selepas itu, kakak angkat wanita terbabit memulangkan semula bayi itu kepada si ibu," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam. -kosmo Berita sebelumnya
|
[Video] Kes Tampal Mulut Bayi, Pemilik Pusat Asuhan Lapor Polis Posted: 28 Feb 2012 05:45 PM PST Johor Bahru: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung. Gambar: KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat. Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum. Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya. "Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami. "Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya," katanya. -hm Dua wanita dipanggil |
Apa Barang Hassan Ali Merepek Ni? Posted: 28 Feb 2012 03:49 PM PST Tiada lagi azan berkumandang JASIN - Tidak mustahil tiada lagi azan berkumandang sekiranya rakyat terus memilih dan menyokong parti DAP dan PKR untuk memerintah terutama di Selangor dan negeri yang diperintah PR sebelum ini. Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, sedangkan usahanya mengharamkan arak di premis serbaneka yang pernah dilakukan sebelum ini juga mendapat tentangan dari wakil Exco dalam PR dan tidak sukar jika senario itu berlaku dalam konteks azan. Menurutnya, lebih buruk apabila yang kedua mendapat halangan dalam kalangan orang Pas sendiri yang menyekat kemaraan untuk menegakkan agama Islam termasuk program mencegah murtad yang turut mendapat penghalang pihak terbabit. "Saya dipecat kerana hendak mempertahankan aqidah dan syariah yang bersendikan kepada akhlak bukannya disebabkan berkhalwat atau liwat. "Tidak mustahil azan juga akan diharamkan bila PR terus berkuasa dan Pas menyatakan apa yang hendak dibuat mengenai Islam mesti rujuk dulu kepada parti komponen dalam PR iaitu PKR dan DAP sedangkan ia berhubung kait agama Islam," katanya ketika berucap pada Majlis Simposium Perdana Menjunjung Daulah Islam, Perpaduan Ummah dan Selamatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Alamanda, malam kelmarin. Hassan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata, NGO perlu diperkasa dan bergerak seiring dengan merujuk kepada kemahuan serta kehendak aliran yang dibawa oleh kepimpinan tertinggi mana-mana NGO. "Ia bagi memastikan NGO seperti Jati dapat berfungsi dan menjalankan tugas dengan lebih berkesan. "Jati yang ditubuhkan bukan hanya untuk kemajuan orang Melayu semata-mata, sebaliknya kepentingan kaum lain juga turut dipelihara berdasarkan ajaran agama Islam," katanya. Katanya, Islam Melayu Raja (IMR) yang dibawa oleh Jati antara lain bertujuan menyatukan anak Melayu. "Jati ditubuhkan bukan untuk terlibat dalam dunia politik, namun ahli dalam NGO terbabit masih lagi dibenarkan berpolitik selagi tidak membawa nama Jati," katanya. Difahamkan sehingga kini, lebih 1000 orang mendaftarkan diri sebagai ahli Jati sejak NGO itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah yang mewakili Ketua Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Datuk Nika Ujang. -SH Ulasan GB Azan tidak berkumandang lagi? Andaian yang sengaja dibuat dari bisikan syaitan untuk rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat. Kamu Hassan Ali dipecat dari PAS bukan kerana faktor yang kamu nyatakan iaitu "hendak mempertahankan aqidah dan syariah yang bersendikan kepada akhlak" tetapi sepertimana pengumuman Presiden PAS, tindakan kamu yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. Seperti yang GB ulas sebelum ini. Petikan: Sehari demi sehari, kebenaran terdedah siapa itu Hassan Ali. klik untuk baca |
Apakah Phahrolrazi Mahu Jadi Hassan Ali Klon? Posted: 28 Feb 2012 07:26 AM PST Phahrolrazi akui ada perbezaan pendapat dengan Azizan ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira. Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar". "Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati. "Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini. Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri. Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco. Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau. "Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya. Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan. Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong. " Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya. Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat. Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas. "(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya. Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas. "Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya. Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. - Bernama Ulasan GB Susah bila diri dah rasa "terlalu pandai" - dah ada PhD / Ir. Perangai Hassan Ali nak diikutnya. Sifat sombong, takbur dan angkuh menebal di dalam diri. Di dalam jemaah ini, izinkan saya beritahu: tiada perbezaan seseorang yang ada PhD dengan tiada PhD. Selalu GB suarakan, kadangkala, si penampal poster yang hanya lulus PMR itu mungkin lebih mulia di sisi Allah jika kerjanya ikhlas membantu jemaah daripada seorang yang berpendidikan sarjana atau PhD tetapi berjuang untuk nafsu peribadi dan perut mereka. Jangan terlalu angkuh dan sombong walau sebanyak manapun pendapat kita tidak diambil kira apabila berada di dalam sesebuah organisasi. Itu adalah ujian bagi diri kita samada kita ini bersabar di dalam perjuangan atau hati masih tebal dengan penyakit mazmumah. Sepatutnya anda perlu merendah diri dan merujuk kepada Allah dengan "bermuhasabah" - menilai diri sendiri mengapa pendapat-pendapat anda diketepikan, bukan untuk melihat kesalahan orang lain, apatah lagi membelakangkan ketua anda sendiri. Tak sabar nak jadi MB. Sama perangainya dengan Hassan Ali. Itu jawapan sebenarnya Umar Al-Khattab berbeza pandangan dan pendapat dengan Saidina Abu Bakar, malah di dalam isu paling kritikal waktu itu iaitu "riddah". Tetapi Umar bersabar dan terus menerus memberi sokongan kepada usaha-usaha Saidina Abu Bakar sehinggalah akhirnya Umar mendapati hikmah yang banyak pada pendapat ketuanya Abu Bakar. Dan apabila sampai masanya kerana berkat sikap sabar Umar, Umar telah menggantikan Abu Bakar sebagai khalifah! Begitu juga turutan sahabat-sahabat yang lain seperti Usman Affan dan Ali Abi Thalib. Sejarah khulafau Ar-Rasyidin itu sepatutnya menjadi renungan dimana walau macamana pun hebat perbezaan pendapat, jika kita berjuang kerana Allah, kita tidak mengutamakan pendapat sendiri, sebaliknya meletakkan tsiqah kepada "ketua" yang sepatutnya diyakini mendapat lebih bimbingan dari langit apabila organisasi itu bersandarkan kepada taqwa kepada Allah. Di dalam qaedah usul-fiqh pun sepatutnya masing-masing mengetahui bahawa kita sepatutnya mengutamakan kemaslahatan jamaah ke atas kemaslahatan seseorang individu atau peribadi. Satu perkara saya ingin bertanya kepada YB Phahrolrazi: kenapa perlu bersuara dengan wartawan BERNAMA tetapi bukan dengan para wartawan dari jemaah sendiri? Apa muslihat kamu? Pada bila-bila masa, saya boleh berhujjah dengan kamu yang bernama Phahrolrazi yang BERSALAH dari sudut tanzim, samada organisasi itu islamik ataupun tidak. Kamu sepatutnya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan "ikhlas kerana Allah" sekalipun 100% pendapat kamu ditolak. Berhenti atau keluar dari organisasi yang kamu sudah diberikan peranan itu bererti kamu mengkhianati amanah dan mengkhianati kepimpinan. Apatah lagi cuba "mempengaruhi" exco-exco lain untuk memburukkan MB. Mujurlah ianya tidak direstui Allah, exco-exco lain lebih mengutamakan jemaah, hanya kamu berdua yang tidak! GB telah suarakan sebelum ini: BERTAUBATLAH! Kembali ke dalam saf dengan merendahkan diri bersama-sama dengan mereka yang merendah diri, bukan dengan "syarat" bahawa pendapat kamu mesti diterima. Itu bukan tawadhu namanya. Di depan Allah, lucutkan dahulu PhD kamu seperti Nabi Musa disuruh menanggalkan kasutnya semasa berada di lembah thuwa! Jika hendak bersyarat juga, usah terima jawatan exco, malah letak jawatan sebagai wakil rakyat. Kita tidak mahu adanya klon dan saki baki Hassan Ali dalam jemaah. Dan sepertimana yang GB katakan berkali-kali, PAS ini hizbullah, (parti Allah), Allah akan tetap menjaga dan membersihkan parti ini dan mengekalkan hanya mereka yang layak dan yang tidak mengkhianati perjuangan parti berada di dalamnya. Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam partiNya sekalipun bukan dari kalangan bijakpandai yang ada gelaran PhD dan akan mengeluarkan sesiapa dari partiNya walaupun dia seorang yang ada PhD. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN! Dengan sebab itulah Timbalan Presiden PAS dan Naib-naib Presiden PAS yang dipilih di dalam muktamar yang lalu tidak ada dari kalangan mereka yang memiliki kelulusan sarjana atau PhD. "Keikhlasan" mereka di dalam perjuangan tiada galang gantinya. Dan kita serahkan kepada Allah untuk mentarbiyah saki-baki mereka yang masih seperti Hassan Ali sifat dan sikapnya yang masih berlegar di dalam parti kita. Tak usah GB sebutkan nama mereka tetapi cukuplah mereka yang sedar itu bertaubat dan memberhentikan kerja-kerja jahat mereka sebelum menerima pukulan dasyat Allah seperti yang Hassan Ali sudah terima. Mungkin ini juga adalah sebahagian "pembersihan" yang kita telah minta kepada Allah s.w.t. sebelum ini. Ya Allah Ya Tuhan kami p/s pada awalnya GB tak kisah dengan tindak-tanduk manusia bernama Phahrolrazi ini, tetapi, apabila beliau memilih platform BERNAMA dan media massa arus perdana dan bukan platform parti sendiri, maka itu sudah keterlaluan dan "tidak beradab". Sepatutnya beliau boleh meluahkan semuanya kepada Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub yang telah dilantik oleh parti untuk menyelesaikan kemelut Kedah. klik untuk baca |
[Video] Hampir Ditumbuk Oleh Pembantu ADUN UMNO, Nurul Izzah Buat Laporan Polis Posted: 28 Feb 2012 05:30 AM PST Izzah, Nik Nazmi buat laporan polis insiden serangan di Felda di Lepah Hilir Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Komunikasi Nik Nazmi Nik Nik Ahmad semalam membuat laporan polis berhubung serangan ke atas mereka ketika sesi ceramah di Felda Lepar Hilir 1, Paya Besar, Pahang malam kelmarin. Menurut Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata kepada pemberita, ketika beliau baru memulakan ceramah, seorang pemuda berbaju merah secara tiba-tiba meluru ke arahnya dan cuba menyerang beliau dari arah hadapan. "Lelaki berkenaan merupakan ahli daripada sekitar 30 individu yang memakai baju dan bendera Umno, dan membuat provokasi ketika sejak kami tiba di lokasi ceramah. "Mereka menjerit "Keluar Nurul Izzah", "Keluar Nik Nazmi", "Hidup Umno", "Anwar Penyokong Israel", dan sebagainya sambil menyanyikan lagu Umno," katanya dan menjeaskan kumpulan itu berulang kali mendesak mereka keluar dari kawasan tersebut. Tambah beliau, atas nasihat dan saranan pihak polis yang membuat kawalan, mereka meninggalkan premis berkenaan, namun penyokong Umno itu mengepung kenderaan mereka, sebelum Polis Bantuan Felda datang mengiringi mereka keluar daripada lokasi berkenaan. "Saya berterima kasih kepada pihak polis yang memberikan bantuan kepada kami, walaupun mereka turut menjadi mangsa serangan provokasi pada malam itu," katanya dan menjelaskan terdapat kurang daripada 10 pegawai polis berpakaian seragam dan Polis Cawangan Khas yang bertindak menjaga keamanan ketika insiden itu. Ketika kejadian, Nurul Izzah menjelaskan terdapat kira-kira 100penduduk tempatan yang hadir untuk mendengar ceramah mereka. Sementara itu, Nik Nazmi menjelaskan, tindakan provokasi yang dibuat kumpulan berkenaan telah bermula sejak mereka sampai di kawasan premis gerai makanan itu. Sehubungan itu, beliau turut menuntut Perkasa dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat penjelasan berhubung insiden berkenaan. "Saya menuntut Khairy dan Perkasa tampil menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan anak muda yang menjadi perkakas Umno ini. Tambah Nik Nazmi, pihaknya kesal kerana tindakan malam itu tidak menggambarkan kematangan anak muda dan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini. "Ini negara berperlembagaan, rakyat boleh memilih parti yang mereka percaya, kalau benar Umno serius, saya minta Khairy rujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berbahas secara ilmiah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berdasarkan maklumat daripada pihak polis yang diterima Nurul Izzah, pemuda yang disyaki cuba menyerang Nurul Izzah dikenali sebagai Asrullah Affendi Abdullah, Ketua Majlis Belia Malaysia cawangan Felda Lepar Hilir. Kedua-dua pemimpin PKR itu membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Square, Tropicana di sini. -TMI Tragedi mata lebam nyaris berulang – Nurul Izzah Umno dakwa Nurul bukan diserang, tapi dilindungi |
Sepasang Penjawat Awam Dicekup Separuh Bogel Di Dungun Posted: 28 Feb 2012 03:12 AM PST Dua penjawat awam dicekup separuh bogel DUNGUN – Dua penjawat awam yang juga rakan sekerja di sebuah agensi kerajaan di Dungun, didenda RM2,800 atau dua bulan penjara selepas masing-masing didapati bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah rumah, dekat sini, awal pagi, Disember lalu. Khairul Mubin Abdullah, 26, dan pasangannya, Laily Norashikin Che Sukeri, 22, menerima pengajaran paling berharga apabila kedua-duanya dijatuhkan hukuman setimpal oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, apabila masing-masing membuat pengakuan bersalah atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan. Mengikut fakta kes yang dibaca pendakwaraya, Khairul, seorang Pembantu Kebajikan Masyarakat bersama pasangannya, Laily, kakitangan kerajaan berstatus janda yang beralamat di Ketengah Jaya, Dungun ditahan sepasukan Pegawai penguat kuasa syariah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Sekolah Intan Zaharah Balai Besar, Dungun kira-kira jam 2.10 pagi, 7 Disember 2011. Selepas pintu rumah dibuka, tertuduh lelaki didapati hanya memakai tuala mandi, dan pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui seorang perempuan tidur dalam keadaan berselimut dengan toto. Pemeriksaan lanjut juga mendapati perempuan tersebut hanya memakai seluar dalam. Turut dirampas dalam serbuan itu sebagai barang kes, coli milik tertuduh perempuan. Soal siasat mendapati keduanya tidak mempunyai hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum didakwa melakukan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Ketika mengemukakan rayuan kepada mahkamah, kedua-dua tertuduh merayu agar diringankan hukuman dengan alasan kedua-duanya kini sudah mengikat tali pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan Mac ini. Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah tetap berpendirian bahawa kesalahan dilakukan mereka amat serius, dan kedua-duanya berhak menerima hukuman setimpal atas perbuatan dilakukan. Khairul yang berasal dari Sarawak bersama pasangannya menjelaskan denda yang dikenakan. -SH Ulasan GB Tanpa hudud, semua tak takut melakukan dosa. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan