Selasa, 28 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Semua menunggu ... Adakah suami Shahrizat akan didakwa?

Posted: 28 Feb 2012 10:40 PM PST

Perhatian rakyat Malaysia telah beralih kepada Peguam Besar yang popular, Gani Patail, kerana ingin tahu jika dia akan mengeluarkan waran tangkap bagi suami Menteri hal ehwal wanita Shahrizat Jalil, yang menghadapi pertuduhan pecah amanah membabitkan NFC yang berjumlah RM250mil.

Gani yang sering dituduh rasuah dan menjadi pak turut kerajaan persekutuan pimpinan Umno, dan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada hujung minggu yang lalu, terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya, ia mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah isyarat kepada Gani untuk tidak tunduk kepada tekanan daripada orang ramai, pihak pembangkang dan Umno sendiri, untuk bertindak ke atas kes yang memakan masa yang lama itu.


Najib sebenarnya memberi respon terhadap berita bahawa polis telah mengesyorkan supaya dakwaan pecah amanah dikenakan keatas Salleh Ismail, pengerusi NFC, walaupun timbalan ketua polis, Khalid Abu Bakar sebelumnya telah mengumumkan pada bulan November bahawa siasatan tidak menunjukkan apa-apa "elemen" pecah amanah .

Sesungguhnya, skandal NFC penuh dengan misteri kerana hampir semua kumpulan-kumpulan utama dalam parti Umno terlibat dalam perjanjian itu. Projek itu sendiri bertujuan untuk membangunkan industri penternakan lembu di Malaysia dan telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat serta keluarga untuk diselia pada tahun 2006.Sebuah pinjaman kerajaan berjumlah RM250mil telah diberikan bagi pembiayaan projek itu tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang yang diketuai oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua wanita Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan bahawa keluarga Shahrizat menggunakan sebahagian besar pinjaman untuk tujuan peribadi termasuk membeli kondominium mewah, kereta,bercuti di luar negara dan sebagainya.

PN mesti bertindak dengan profesional

Menyeru pentadbiran Najib untuk berhenti menundakan kes ini, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang memberi amaran keras terhadap menggunakan Gani sebagai alasan untuk menghalang atau melambatkan tindakan terhadap Salleh baru-baru ini.

"Apa yang penting ialah Peguam Negara mesti bertindak mengikut fakta kes. Saya berharap mereka akan menyelesaikan perkara itu secara profesional," Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, memberitahu sidang akhbar pada hari Isnin.

Salahuddin bimbang akan komen terbaru Perdana Menteri mengenai perkara itu, yang membayangkan bahawa ada kemungkinan tiada pendakwaan akan dilakukan oleh pentadbiran beliau. Perdana Menteri berkata Peguam Negara memegang kuasa mutlak di bawah Perlembagaan untuk memutuskan sama ada sesuatu kes mempunyai bukti yang mencukupi untuk diterima di mahkamah, kegagalannya akan menyebabkan kes dikembalikan semula kepada polis untuk siasatan semula.

"Saya menyatakan ini berdasarkan prinsip bahawa andaian tidak boleh dibuat ke atas apa yang akan berlaku seterusnya kerana ia terpulang kepada Peguam Negara .dan hanya dia mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam perkara ini. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa semua siasatan berakhir dengan pendakwaan, "kata Najib kepada pemberita pada hari Ahad.

Najib dan pengikutnya telah dipersalahkan kerana memulakan kejatuhan NFC kerana memberi maklumat tentang penyalahgunaan dana dengan tujuan untuk menjatuhkan Shahrizat dan menggantikannya dengan Raja Nong Chik sebagai calon bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umun yang akan datang. Ia dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini.

Najib, bagaimanapun, tidak bersedia apabila skandal meletup dan sekarang sedang dipersalahkan kerana mengurangkan peluang Umno untuk menang pada PRU ke-13. Dipercayai bahawa dia kini sedang membuat perjanjian dengan Shahrizat untuk tidak mendakwa beliau, dengan syarat dia meletak jawatan dari kabinet dalam masa terdekat.

Memalukan Muhyiddin dan Badawi secara berterusan



Pemerhati Umno percaya bahawa dia kini sengaja memanjangkan drama NFC kerana puak saingan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga terlibat dalam kes itu.

Badawi yang juga mantan Perdana Menteri telah memberikan projek kepada keluarga Shahrizat untuk diurus. Pesaing berpotensi Najib dalam perlumbaan untuk merebut jawatan presiden Umno, Muhyiddin Yasin, merupakan bekas Menteri Pertanian yang menanda tangani secara rasmi pemberian projek kepada keluarga Shahrizat. Dengan memainkan skandal NFC, Najib berharap untuk menjatuhkan kedua-dua Badawi serta Muhyiddin.

"Najib akan memaksimumkan pengunaan media untuk memalukan Muhyiddin, KJ dan puak Badawi, jadi jangan mengharapkan tindakan pantas atau keputusan daripada Peguam Negara. Taktik ini memberi kelebihan kepada Najib dan beliau akan menggunakannya sepenuhnya. Kepada rakyat, sudah tentu dia akan menyanyikan lagu yang berbeza dan tali barutnya akan pergi menyebarkan pelbagai jenis cerita untuk cuba memisahkan diri daripada skandal NFC, "kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

"Tetapi saya tidak fikir ia akan berjaya memperdayakan orang ramai kerana mereka tahu Umno tetap meraih keuntungan daripada pendedahan kes Shahrizat dan sekarang ia cuba dipanjangkan dengan membabitkan Muhyiddin dan Badawi supaya nama mereka juga tercemar. Yang rugi adalah Umno, secara keseluruhannya kerana politik kotor tetap akan memakan presidennya juga. "

Malaysia Chronicle

[Video] : Ditembak ketika tunggu anak

Posted: 28 Feb 2012 09:08 PM PST

PETALING JAYA: "Saya tidak menyangka kereta yang dilihat dua kali terbabit kemalangan dalam tempoh 10 minit itu disebabkan pemandunya cedera parah terkena tembakan dan dia berusaha mendapatkan bantuan sebelum kenderaan itu tersadai di depan sebuah rumah," kata saksi terawal tiba di tempat kejadian kes tembak di Jalan Gasing, Seksyen 9, di sini, semalam.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Albert, 38, berkata, dia sedang dalam perjalanan menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan (SK) La Salle di Jalan Gasing apabila ternampak sebuah kereta melanggar tiang lampu.

"Mulanya saya berniat untuk berhenti dan membantu, tetapi terbantut apabila dia tiba-tiba mengundurkan keretanya dan bergerak seperti biasa.

"Saya fikir mungkin pemandu terbabit tidak cedera dan mungkin dia menuju ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan," katanya ketika ditemui.

Menurut Albert, selepas menghantar anaknya di sekolah, dia yang bekerja sebagai mekanik kemudian menggunakan laluan Jalan Templer, Seksyen 6, di sini, untuk kembali ke tempat kerja.

PANAS TERKINI : 10 ribu hadiri ceramah Hassan Jati di Kg Melayu, Subang

Posted: 28 Feb 2012 07:54 AM PST

Gua tak sangka bahawa rakyat selangor amnya
dan penduduk kampung melayu subang khususnya begitu 
tertarik utk datang ke majlis ceramah akidah hasan ali..

dgn itu gua pun tidak teragak agak menyatakan bahawa
sebentar tadi seramai 10 ribu org hadir mendengar ceramah beliau
mengenai isu akidah, melayu dan raja.. kah kah kah

selamat melihat foto foto menarik ini kah kah kah








Abbs© - sesak nafas gua tadi berhimpit himpit utk mendengar ceramah hasan ali beb..
               sampai tak boleh nak duduk dekat mana lagi penuh dgn lautan manusia..
               kah kah kah


SUMBER : Bagind @ Era Pasca

STONE : KAH KAH KAH ...

Adam AF kini pengamal perubatan Islam?

Posted: 28 Feb 2012 05:11 AM PST

Kalau di'ikutkan, kisah ini sudah agak lama dan baru kini kami ada peluang untuk menulis tentang kegiatan terbaru Adam AF ini.

Menurut sumber kami yang rapat dengan penyanyi ini, Adam AF kini sedang aktif mempelajari selok belok dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merupakan fasiliti perubatan yang di'miliki oleh Ashraf Muslim yang kita sedia maklum kini bergelar pengamal perubatan Islam.

Hasil carian Google tengah malam kami berjaya menemui satu entri pengalaman seorang pesakit yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan di'kejutkan dengan kehadiran Adam AF yang kelihatan membantu Ashraf Muslim merawat pesakit.

Tetapi, itu kisah hampir setahun yang lalu & mungkin'kah kini Adam AF sudah pun layak sepenuhnya untuk bergelar pengamal perubatan Islam? Kami akan cuba dapatkan kenyataan Adam AF secepat mungkin. = Rotikaya

Tempahan nombor plat Wilayah WWW bermula 30 April

Posted: 28 Feb 2012 04:36 AM PST


KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.
"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran "WWW'. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud "World Wide Web"," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Katanya, nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.
Kong berkata, beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran "WWW" bukansahaja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, malah akan mencatatkan harga tempahan yang paling tinggi dalam sejarah tempahan terhadapnombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
"Setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100.
"Secara puratanya JPJ meperoleh pendapatan RM1.7juta setiap tahun daripada tempahan nombor kenderaan. Pada tahun lepas lebih RM1.8juta diperolehi daripada tempahan nombor kenderaan berbanding hampir RM1.6 juta dalam tahun sebelumnya" jelas beliau. Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai yang ingin membuat tempahan nombor agar mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan.
Katanya, borang tempahan itu boleh dimuat turun dari portal JPJ di www.jpj.gov.my - BERNAMA

Konsert Erykah Badu dibatalkan

Posted: 27 Feb 2012 11:32 PM PST

Konsert Erykah Badu Live in Kuala Lumpur 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Februari ini telah dibatalkan. Pembatalan tersebut telah diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim menerusi Twitter @DSURaisYatim pukul 2 petang tadi.

Ia dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.

Persembahan penyanyi Erykah Badu di Malaysia merupakan konsertnya yang pertama kali setelah pihak Erykah membatalkan penyertaannya di Sunburst Festival dua tahun lalu.

Konsert tersebut sepatutnya diadakan pada malam ini namun ditangguhkan sehari sebelum dibatalkan oleh pihak kerajaan.

Sebelum ini, beberapa wakil pembangkang dan badan bukan kerajaan turut mendesak kerajaan agar membatalkan konsert tersebut. - GUA

Tiada ulasan: