Kelab Greenboc |
- Ada Port Maksiat Di Tengah Hutan Di Jelebu
- Lagi Exco Nyatakan Sokongan Kepada Ust Azizan: 'MB Azizan Seperti Bapa'
- Penjual Karpet Selak Baju Gadis
- Exco Kedah Tetap Bersama Ustadz Azizan
- [Video] Kenapa Saya Sertai PAS - Abdullah Ali
- Syabas Ana Raffali Bertudung Bukan Sebab Lain
- Demo Keldai-keldai Israel Yang Gagal - Pejabat PKR Tutup Hari Ini
- Siapa Dalang Di Belakang JATI Hassan Ali?
- SPRM: Kes Ariffahmi Telah Ditutup Kerana Kurang Bukti
- Gadis Itu Tetap Cinta Walaupun Pemuda Itu Jahat
- Penderitaan Rakyat Palestin Jadi Mainan Politik UMNO
Ada Port Maksiat Di Tengah Hutan Di Jelebu Posted: 25 Feb 2012 01:01 AM PST Pakej maksiat rimba JELEBU: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan membongkar kewujudan satu markas maksiat dan perjudian di sebuah tapak perkhemahan yang dilengkapi bekalan air, tandas, dapur serta pentas di Hutan Simpan Kenaboi, di sini, kelmarin. Kawasan seluas hampir setengah padang bola, lengkap dengan susunan pondok yang teratur air dan tiga bangsal besar serta tandas berlantaikan simen. Beberapa tin minuman dipenuhi peluru dipercayai bahan untuk membidik sasaran turut ditemui di kawasan berkenaan. Penolong Pengarah Silvikultur, Jabatan Perhutanan negeri, Nor Zaidi Jusoh berkata, pihaknya percaya tapak yang dikunjungi kumpulan antara 30 hingga 40 orang pada hujung minggu itu dibina sudah sejak setahun lalu. "Kami memperoleh maklumat hasil risikan polis berkaitan pencerobohan hutan simpan dan aktiviti tidak bermoral termasuk judi dan seks bebas di kawasan itu.
Ulasan GB Siapa orang Jelebu? Angkat tangan... |
Lagi Exco Nyatakan Sokongan Kepada Ust Azizan: 'MB Azizan Seperti Bapa' Posted: 24 Feb 2012 11:14 PM PST Alor Setar - Desas-desus dua anggota Exco Kerajaan Negeri dikatakan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai protes terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di luar pengetahun barisan Exco sedia ada. Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak mendapat maklumat berkenaan perkara itu. "Saya tidak tahu pula ada kalangan Exco menyatakan hasrat untuk tidak dilantik semula. Setahu saya, semua Exco bersedia galas amanah jika ditawarkan peluang," katanya kepada Sinar Harian. Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit mengulas spekulasi melanda politik Kedah sejak kelmarin, mendakwa kononnya kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco. "Jika saya mendapat tawaran dilantik semula sebagai Exco, saya akan terima amanah itu dan hadir pada majlis pelantikan 28 Februari di Istana Anak Bukit. "Saya tiada masalah dan bersedia pikul tanggung jawab. Saya menyokong kepimpinan Azizan yang saya anggap sebagai seorang bapa dalam keluarga besar Kerajaan Negeri," katanya. Menurutnya, masih banyak perancangan untuk melonjakkan ekonomi negeri ini yang belum dilaksana. Ditanya sama ada Azizan kini berdepan tekanan, Amiruddin berkata, Azizan dilihat tenang atau tertekan dengan pelbagai dakwaan, malah menjalankan tugasnya dengan lancar. "Menteri Besar seperti biasa sahaja, semua mesyuarat lancar, seolah tidak ada apa-apa berlaku," katanya. klik untuk baca |
Penjual Karpet Selak Baju Gadis Posted: 24 Feb 2012 09:30 PM PST Baling - "Saya hanya mampu menangis dan merayu agar dia melepaskan saya. Saya cuba melawan, tapi kudratnya terlalu kuat," kata Yana (bukan nama sebenar), 19, dari daerah ini yang dicabul oleh penjual karpet di rumahnya kira-kira jam 3 petang Khamis lalu. Kejadian berlaku ketika Yana berada bersendirian di rumahnya sebelum dikunjungi oleh seorang lelaki yang menjual karpet datang untuk mengutip hutang kain. Menurut gadis malang itu, ketika kejadian dia sedang mengemas rumah dan hanya seorang diri di rumahnya, manakala ibunya keluar berniaga sementara adiknya ke kedai berdekatan. "Bila penjual itu datang saya cakap mak tiada di rumah, tapi dia tetap masuk dengan alasan nak minum air. Namun, saya rasa risau bila penjual itu asyik pandang saya. "Saya suruh dia keluar tapi dia tidak mahu. Bila saya hendak masuk bilik, saya rasa seseorang tiup telinga saya dan bila pusing ke belakang, lelaki itu terus memeluk saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, kelmarin. Menurutnya, dia cuba melawan tetapi kudrat lelaki itu terlalu kuat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa selain menangis. Yana berkata, apabila dia menjerit, penjual itu menutup mulutnya sebelum mengangkatnya dan meletakkannya di atas sofa. "Lelaki itu kata, dia hendak cium sedikit saja, tapi saya terus mengelak. Dia tidak berpuas hati dan menyelak baju saya, namun saya terus mengelak sehinggalah terdengar bunyi enjin motosikal adik di luar rumah. "Bila saya dilepaskan, saya terus berlari ke luar rumah dan mendapatkan adik. Namun, penjual itu sempat melarikan diri," katanya. Anak keempat dari tujuh adik beradik itu berkata, dia dan keluarganya sememangnya mengenali lelaki itu kerana pernah berurusan dengannya sebelum ini. Menurutnya, setiap bulan lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang. "Saya dan mak memang kenal sangat penjual itu," katanya. Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Baling dan tindakan pantas polis berjaya mengumpulkan beberapa lelaki yang bekerja sebagai penjual karpet di daerah ini untuk sesi kawad cam. "Namun begitu, dia itu tidak berada dalam sesi kawad cam tersebut," kata Yana. Difahamkan, kejadian hitam hampir 20 minit itu mengakibatkan Yana mengalami ketakutan dan trauma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan semangatnya. -SH |
Exco Kedah Tetap Bersama Ustadz Azizan Posted: 24 Feb 2012 06:52 PM PST Hamdan nafi boikot angkat sumpah SUNGAI PETANI - Seorang daripada anggota Exco Kerajaan Kedah yang disebut-akan memboikot majlis angkat sumpah Exco pada 28 Februari ini, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib menafikan beliau terbabit dengan konspirasi menggulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Sebaliknya kata Hamdan, beliau masih bersama dengan kepimpinan negeri (Azizan) dan sanggup berada dalam barisan Exco jika mendapat tawaran menyambung tugas. "Saya setuju terima jika ada tawaran untuk jadi Exco lagi. Saya sedia sambung tugas untuk terus memberi khidmat kepada rakyat dan juga meneruskan perjuangan jemaah (parti) yang penuh dengan cabaran ini. "Kita tunggu 28 Februari ini, pada hari angkat sumpah Exco untuk sambung tugasan yang belum selesai untuk rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Kenyataan Hamdan itu sekali gus menafikan laporan muka depan sebuah akhbar semalam, menyebut beliau antara empat anggota Exco Kerajaan Kedah yang akan memboikot majlis angkat sumpan anggota Exco Kerajaan Negeri yang baru di Istana Anak Bukit, Alor Setar. Selain Hamdan, turut disebut ialah Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dr Ismail Salleh. Kedua-duanya juga masing-masing adalah Timbalan Pesuruhjaya I dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri. Sinar Harian semalam menyiarkan kenyataan Menteri Besar yang mengaku akan membuat kejutan pada hari pelantikan Exco sebagai susulan kontroversi itu. Azizan berkata, tidak timbul ada Exco sedia ada yang menolak tawaran menyambung jawatan kerana surat tawaran belum dihantar. Phahrolrazi ketika dihubungi berkata, beliau akan memberi kenyataan apabila tiba masanya. -SH Azizan: Saya ada hak lantik Exco tanpa rujuk Presiden parti Ulasan GB GB bersama dengan MB Kedah, Ustadz Azizan Abdul Razak. Perlantikan exco sememangnya prerogatif Menteri Besar. Beliau berhak untuk mengugurkan dan melantik exco. Jadi tidak timbul sebarang isu mengenainya. Kepada para exco yang namanya terpalit dengan isu ini, GB yakin mereka juga dari kalangan yang matang dan tidak melakukan perkara-perkara seperti dilaporkan oleh akhbar media massa kononnya mereka tidak puas hati dengan Ustadz Azizan.Pemimpin PAS yang sebenar tidak gilakan sebarang jawatan kerana mereka tahu sesuatu jawatan samada di dalam parti atau kerajaan adalah sesuatu taklif bukan tasyrif (bebanan bukan keistimewaan). Justeru itu GB doakan agar Ustadz Azizan diberikan hidayah dan kekuatan untuk mengatasi apa jua isu yang timbul dan semuga PAS Kedah sentiasa mendapat perlindungan dari Allah s.w.t. dari tindak-tanduk musuh yang sentiasa mengintai peluang untuk memporak-perandakan mereka. |
[Video] Kenapa Saya Sertai PAS - Abdullah Ali Posted: 24 Feb 2012 05:43 PM PST Abdullah Ali yakin PAS dapat Terengganu balik KUALA LUMPUR, 24 Feb: Bekas lagenda bola sepak negara, Haji Abdullah Ali yakin, PAS dan Pakatan Rakyat boleh memenangi negeri Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang ini. Gambar: Abdullah Ali bercakap dalam rancangan Persepsi Harakahdaily "Dengan saya menyertai PAS, saya boleh membantu untuk memberikan kesedaran khasnya orang baru untuk menyokong PAS," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily. Abdullah Ali, bekas pemain bola sepak negara yang terkenal dengan tendangan 'inswinger' dari sudut penalti di lewat 1970an dan awal 1980an dahulu. Pasukan Malaysia yang disertai beliau pernah layak ke sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 tetapi tidak berjaya menyertai kejohanan itu kerana Malaysia menarik diri dari menyertai Olimpik Moscow ekoran serangan Rusia ke atas Afghanistan. Baru-baru ini, Abdullah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu. Hari ini Abdullah menyertai wawancara di Harakahdaily untuk rancangan "Persepsi". Dalam rancangan itu, Abdullah melahirkan keyakinan beliau dengan barisan pimpinan baru PAS Terengganu yang ada mampu mengembalikan negeri itu ke tangan PAS selepas kehilangannya pada pilihan raya 2004. "Insya Allah kita sama-sama doa dan kerja kuat. Saya juga telah bercakap dengan jawatankuasa PAS Terengganu, kalau ada program saya boleh bantu PAS di Terengganu. "Insya Allah, kali ini Terengganu akan dimenangi balik oleh Pakatan Rakyat," kata Abdullah. Ketika ditanya kenapa menyertai PAS, Abdullah berkata, suasana politik sekarang yang ada sangat tidak baik akibat dari sikap Umno sendiri. "Misalnya skandal NFC yang diberikan pinjaman RM250 juta. "Begitu juga yang berlaku di sebelah kampung saya, Kampung Surau Haji Mat Zin. Rakyat di sini sangat miskin. Pemimpin Umno hanya datang semasa pilihan raya membawa lori yang berisi makanan untuk diberikan kepada rakyat. "Ini cara yang tidak baik sepatutnya kita ikut macam Khalifah Omar Al Khattab yang datang malam-malam melihat rakyat untuk menjaga kebajikan mereka," katanya. -HD klik untuk baca |
Syabas Ana Raffali Bertudung Bukan Sebab Lain Posted: 24 Feb 2012 03:52 PM PST Ana Raffali Tidak Hirau Dipersendakan Gara-Gara Bertudung Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali tidak mahu menghiraukan cakap-cakap orang yang cuba mempersendakan penampilannya selepas tampil dengan imej bertudung. Ana, 27, berkata, niatnya untuk melakukan perubahan dalam hidup dengan bertudung bukan untuk berfesyen tetapi melunaskan apa yang wajib untuknya sebagai seorang wanita Muslim. "Segelintir pihak yang mempertikaikan gaya saya bertudung adalah berfikiran cetek dan berharap mereka hentikan kata-kata buruk terhadap orang lain. "Bagaimanapun terpulang kepada mereka yang melihat kerana saya bertudung bukan untuk berfesyen tetapi berbalik kepada asas saya sebagai wanita Islam," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis. Ana diminta mengulas mengenai komen sesetengah pihak menerusi Internet yang mengatakan penyanyi itu gagal tampil menarik apabila memakai tudung. Tambahnya, dia berasa selesa dengan imejnya kini dan apa yang dilakukannya adalah atas kesedaran sendiri dan bukannya paksaan sesiapa. Ana mula bertudung pada sambutan Maulidur Rasul yang lalu dan memberitahu keputusan untuk berbuat demikian datang dengan sendiri pada hari tersebut. Bersedia ke alam perkahwinan Dalam perkembangan lain, Ana bakal melangsungkan perkahwinan dengan Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30, pada Sabtu ini memberitahu dia telah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Ana berkata, dia tidak perlu berasa debar atau takut kerana perkahwinan itu sendiri adalah sesuatu yang dituntut dalam agama dan berharap akan menemui kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. "Sejujurnya saya langsung tidak rasa takut atau berdebar untuk bergelar isteri kepada Naim kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang menakutkan. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar pada majlis itu nanti," ujarnya. Dalam pada itu, Ana berkata, persiapan untuk majlis itu telah hampir siap berkat daripada pertolongan daripada ahli keluarga dan rakan terdekat. Acara pada Sabtu ini akan dimulakan dengan majlis pertunangan terlebih dahulu sekitar pukul 10.30 pagi dan upacara akad nikah sejam kemudian. Kedua-dua pasangan itu akan dinikahkan sendiri oleh bapa Ana iaitu Mohd Raffali Mohd Nor. -mstar Ulasan GB Itulah jawapan yang sebenar untuk memakai tudung iaitu melunaskan apa yang wajib untuknya sebagai seorang wanita Muslim. Bukan kerana mengikut trend, bukan untuk kelihatan lebih cantik dan ayu, bukan untuk membuat penampilan berbeza, bukan kerana nak berkahwin, bukan kerana umur dah meningkat, bukan kerana dikeranakan yang lain selain dari menunaikan perintah Allah s.w.t yang mengarahkan agar wanita-wanitah Islam menutupi aurat mereka. klik untuk baca |
Demo Keldai-keldai Israel Yang Gagal - Pejabat PKR Tutup Hari Ini Posted: 24 Feb 2012 07:53 AM PST Pemuda Umno demo depan pejabat PKR Pemuda Umno hari ini mengadakan perhimpunan depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media antarabangsa yang didakwa pro-Israel. Bermula jam 4 petang, kira-kira 100 orang berkumpul di pejabatnya di Tropicana dengan membawa bendera Umno, BN dan Palestin setelah hujan lebat sebelumnya. Pelbagai kain rentang turut dipamerkan, antaranya yang bertulis "PKR + Anwar = Keldai Israel". Setiausaha Pemuda Umno Megat Firdouz Megat Junid kemudiannya cuba menyerahkan memorandum. Bagaimanapun pejabat PKR ketika itu ditutup dan pegawainya juga tiada, dipercayai berada di Kuantan untuk urusan pemukiman tiga hari mereka. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PKR sebelum itu membuat laporan polis berhubung sebaran maklumat yang menjangkakan kemungkinan akan berlaku kekecohan dalam perhimpunan itu. "Kita minta polis memberi pengawasan seberapa segera dan ambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang provokasi dan kerosakan harta benda, jika benar ia berlangsung," katanya kepada Malaysiakini. Laporan itu dibuat Timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur. -mk
Ulasan GB Salah timing be! Pertama: Pemuda UMNO berdemo di pejabat PKR yang tiada orang. Kedua: Pemuda UMNO berdemo kononnya mengecam Anwar dengan menamakannya "Keldai Israel" sedangkan semua orang tahu kerajaan BN double standard mengadakan hubungan dagangan dengan negara haram Israel! Oleh itu bukankah mereka yang berdemo itu telah benar-benar menjadi keldai Israel? klik untuk baca |
Siapa Dalang Di Belakang JATI Hassan Ali? Posted: 24 Feb 2012 06:39 AM PST Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad hari ini membangkitkan persoalan sumber kewangan siri 'roadshow' mantan Exco negeri, Datuk Dr. Hasan Ali ke seluruh negara yang pastinya menelan biaya yang besar. Menurut Khalid, sesiapa sahaja yang berada di belakang Dr.Hasan Ali semestinya pihak-pihak yang bakal mendapat keuntungan sekiranya Kerajaan Pakatan tumbang di Selangor pada Pilihanraya Umum akan datang. "Di antara yang berkemungkinan ialah Puncak Niaga dan Syabas kerana kadar tarif air akan naik sebanyak 71 peratus sekiranya BN kembali memerintah negeri Selangor. "37 peratus untuk tahun 2009 dan 25 peratus untuk tahun 2012. Jika didarabkan 1.37 dengan 1.25 maka jawapannya ialah pendapatan Syabas dan Puncak Niaga naik sebanyak 71 peratus," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam. Selain itu, Khalid juga memberitahu sekiranya Barisan Nasional berjaya menawan Selangor, Syabas berkemungkinan memperoleh kelebihan untuk menjalankan rundingan luar mahkamah berhubung kes saman RM 1 billion terhadap Kerajaan Negeri. "Kerajaan Negeri sekarang disaman kerana tidak benarkan kenaikan harga air pada 2009 dan 2012, maka Syabas bertindak saman Kerajaan Pakatan sebanyak RM 1 billion. "Kalau Kerajaan BN naik, mereka pasti akan lakukan 'out of court settlement' dan duit sebanyak itu akan diserahkan pada Syabas dalam apa bentuk sekalipun yang dipersetujui bersama," tambah Khalid lagi. Selain Puncak Niaga dan Syabas, Khalid turut memberitahu kemungkinan ada kontraktor-kontraktor berkepentingan lain yang membiayai Dr. Hasan Ali. "Di bawah Pakatan Rakyat, mereka tidak berpeluang merasai keuntungan seperti dahulu kerana semua peluang adalah 'open tender' dan tiada lagi 'direct negotiation' serta tiada lagi projek diberi sebagai 'political payback'. "Oleh kerana itu ada kemungkinan kontraktor-kontraktor yang lain ini membiayai Dr. Hasan Ali," jelas Khalid dalam satu sidang medianya di pejabatnya di Seksyen 13 disini pagi tadi. Bagaimanapun, Khalid menjelaskan sekiranya perkara ini tidak benar, pihak-pihak yang berkaitan dapat memberi penafian berhubung 'cakap-cakap kedai kopi' ini dan Dr.Hasan Ali dapat memberi penjelasan berkenaan sumber yang diperolehinya. "Kita mahu beri peluang kepada Puncak Niaga, Syabas, Dr. Hasan Ali untuk menjawab segala andaian ini. Mungkin juga Hasan Ali sudah menggadaikan harta mahupun keretanya demi perjuangan politiknya. "Tetapi jika tidak, yang kita mahu tahu ialah dari mana sumber kewangan yang beliau perolehi ini," ulas Khalid. -tvsnews |
SPRM: Kes Ariffahmi Telah Ditutup Kerana Kurang Bukti Posted: 24 Feb 2012 05:45 AM PST Menantu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Bebas Tuduhan Salahguna Kuasa! Lembaga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan laporan rasuah ke atas Abdul Arifffahmi Abdul Rahman menantu Menteri Besar Kelantan ditutup kerana kekurangan bukti. Dengan pengumuman itu tuduhan terhadap Ariffahmi yang didakwa telah melakukan penyalahgunaan kuasa semasa menjawat jawatan terpenting di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah tidak benar dan satu difitnah yang disengajakan untuk memburukkan Ariffahmi dan juga mertuanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pihak tertentu termasuk dari dalam PAS sendiri dan juga Umno-APCO sebelum ini seakan beriya benar mahu melihat kes itu berjalan dan Ariffahmi didakwa. Perkiraan mereka kalau Ariffahmi didakwa ia akan turut merosakan reputasi MB Kelantan itu. Umno ada tujuan kenapa mereka beriya mahu mengheret Ariffahami ke mahkamah kerana dengan cara itu boleh melemahkan PAS. Ini menunjukkan peranan dan komitmen Ariffahmi dalam kerajaan dan parti penting. Ekoran siasatan dan dakwaan itu menyebabkan Ariffahmi didesak supaya meletak jawatan untuk tidak memberi implikasi kepada parti Pas dan Kerajaan. Ariffahmi dengan penuh rela telah mengambil keputusan meletak jawatan walaupun dia tidak perlu berbuat demikian. Sikap Ariffahmi itu sesuatu yang patut dipuji kerana peka kepada kehendak parti. Setelah pihak lembaga SPRM mengesahkan bahawa kes itu tidak dibawa kepada pihak pendakwaan sewajarnya kalau PAS dan Kerajaan Kelantan menimbang semula untuk memberi peranan kepada Ariffahmi. Kalaupun jawatan lamanya tidak dikembalikan tetapi pesepsi buruk ke atasnya hendaklah dikikis. Sudah tentu pengumuman lembaga SPRM itu menggembirakan sama Tok Guru Nik Aziz dan seluruh keluarganya kerana mereka terhindar dari menerima risiko fitnah. Dalam pada itu wajar mereka yang sebelum ini ghairah membuat tuduhan terhadap Ariffahmi supaya memohon maaf secara terbuka. Profil Ariffahmi Abdul Rahman Ir Abdul Ariffahmi Abd Rahman merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Beliau merupakan menantu menantu Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau meletakkan jawatan itu pada 24 Januari 2010. Pada 15 November 2009, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian menyerahkan momorandum kepada Penolong Pengarah SPRM Kelantan, Muhamad Hafiz Hamzah di Wisma Persekutuan agar siasatan segera dibuat. Antaranya ialah : 1) Pengakuan Mursyidul Am Pas itu bahawa beliau ditaja oleh pihak tertentu melalui pakej Haji VVIP bernilai RM65,000 pada 2009. 2) Pelantikan menantu Nik Abdul Aziz, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). PAS pusat yang bimbang imej akan tercalar telah menggesa Abdul Ariffahmi meletakkan jAwatan. Pada 23 November 2009, rombongan PAS pusat bertemu dengan Nik Abdul Aziz selama sejam di kediaman rasminya di Kota Baharu. Mereka terdiri daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Bendahari, Dr Hatta Ramli dan Timbalan Mursyidul AM PAS Datuk Dr Haron Din. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berpendapat selepas memberi notis 3 bulan perletakan jawatan, Ariffahmi tidak patut membuat apa-apa keputusan terutamanya yang boleh memberi implikasi pengurusan dan kewangan. Seksyen 12 Akta Perkerjaan 1955 menerangkan pihak majikan Ariff boleh menggunakannya untuk beri tiga bulan gaji kepada dia untuk terus berundur. Nik Abdul Aziz mengakui tidak sedar membuat kesilapan dalam melantik menantunya kerana pelantikan itu mengikut prosedur dan dalam pengetahuan anggota-anggota Exco. Semasa perlantikan, Penasihat Undang-undang negeri Kelantan tidak memberi sebarang komen. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Akta SPRM jelas menyatakan peruntukan bahawa menantu atau anggota keluarga tidak boleh dilantik. Pada 11 November 2009 , Blogger 'Kickdefella' dalam blognya mendakwa kerajaan negeri kerugian kerana terpaksa membeli kompleks Bazar Tok Guru ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ariffahmi. 'Kickdefella' mendedahkan dirinya sebagai Syed Azidi Syed Abdul Aziz , bekas pegawai perhubungan korporat PMBK. Kerajaan negeri Kelantan terpaksa membeli semula kompleks perniagaan Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur, kerana masalah teknikal - demi kepentingan peniaga. Pembelian itu menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan. SPRM menyerbu PMBK dua kali berikutan surat layang berlakunya kronisme, salah guna kuasa dan pelantikan anggota keluarga terdekat menerajui syarikat milik kerajaan (GLC) yang mempunyai peranan begitu besar pada Ogos 2008 hingga November 2009 . Pada 24 Disember 2010 beliau meletakkan jawatan sebagai CEO selepas bapa mentuanya mengarahkan beliau berbuat demikian. Pada 29 Januari 2010, beliau meletak jawatan dan diganti oleh Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Mustafa Salleh. Majlis serahan tugas diadakan di Pejabat PMBK di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. SPRM: Kes menantu Nik Aziz sudah ditutup |
Gadis Itu Tetap Cinta Walaupun Pemuda Itu Jahat Posted: 24 Feb 2012 03:31 AM PST Saya tetap cinta walau dia jahat Dungun – "Biarpun dia jadi buruan polis dan seorang pengedar dadah, saya tetap menyintainya malah sanggup jadi isteri jika dia sudi terima saya." Demikian luah seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), di sini ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun. Lebih mengejutkan apabila penuntut tahun pertama jurusan teknologi maklumat itu sanggup kahwin lari sekiranya ibu bapanya menghalang. "Buat masa ini ibu bapa saya tidak mengetahui mengenai hubungan kami, namun saya akan maklumkan kepada mereka apabila tiba masanya kelak," katanya. Kata penuntut yang hanya mahu dikenal sebagai Dila ini, dia tidak kesal menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki terbabit biarpun tahu jenayah yang dilakukan. Gadis berasal dari Temerloh, Pahang itu juga mengakui, sebelum ini dia tidak tahu bahawa teman lelakinya seorang kaki dadah sehinggalah dihubungi polis kerana komputer riba miliknya berada dalam simpanan lelaki berkenaan. Dila memberitahu, dia dihubungi polis setelah teman lelakinya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan di sebuah rumah dekat Jalan Bunga Raya. "Saya kenal dia dua bulan lalu, kami berkenalan di sebuah kedai makan dan mula bertukar nombor telefon. "Sejak itu kami makin rapat dan sering bertemu," katanya yang hadir di balai polis untuk menuntut komputer riba miliknya, Dila berkata, biarpun tahu teman lelaki itu bakal dihadapkan ke mahkamah, cintanya tetap tidak berubah. "Biarpun baru tahu jenayah yang dilakukan tetapi saya tetap tidak dapat melupakannya," katanya. Demi cinta, dia sanggup menunggup teman lelakinya itu menjalani hukuman asalkan dapat menjadi suri dalam hidup suspek. Buat masa ini, kata Dila, dia merahsiakan hubungan mereka kerana dia masih belum habis belajar manakala teman lelakinya tidak mempunyai pekerjaan tetap. Suspek, 21, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik setelah mendapati remaja yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu disyaki menjadi dalang utama membekalkan dadah jenis pil kuda kepada penagih tempatan. Penemuan 10 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis methamphethamine dalam poket seluar suspek menguatkan dakwaan dia terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah. Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut selain turut menasihati golongan remaja agar lebih berhati-hati jika ada hubungan cinta dengan lelaki tidak dikenali untuk mengelakkan diri terbabit dengan perkara menyalahi undang-undang. -SH |
Penderitaan Rakyat Palestin Jadi Mainan Politik UMNO Posted: 24 Feb 2012 02:25 AM PST Kuala Lumpur: DAP kesal dengan sikap kerajaan pusat dalam menangani perjuangan rakyat Palestin menuntut hak negara merdeka kerana ia telah dijadikan politik murahan oleh para pemimpin UMNO. Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata, amat menyedihkan apabila kepimpinan UMNO hanya berminat untuk mengambil kesempatan daripada penderitaan rakyat Palestin untuk mengukuhkan kedudukan politiknya sahaja. Katanya, para pemimpin UMNO tidak berminat untuk benar-benar menjuarai perjuangan Palestin yang hanya digunakan sebagai isu tempatan bagi menyerang Pakatan Rakyat dengan pelbagai tohamahan tidak berasas. "DAP menjunjung idealisme keadilan, kebebasan dan solidarity, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di negara-negara lain yang mana rakyat mereka ditindas tanpa mengira kaum dan agama. "Justeru, kami berdiri teguh bersama rakyat Palestin yang dipinggirkan dan sentiasa memberi tekanan terhadap masyarakat antarabangsa untuk menyelesaikan segera konflik dan keganasan di Gaza dam Tebing Barat," katanya dalam satu kenyataan. Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, DAP menerima pendirian kerajaan Malaysia yang selaras dengan sikap majoriti masyarakat global untuk menangani isu Palestin. Menurutnya, DAP menyokong pendirian kerajaan Malaysia seperti mana yang dijelaskan oleh Menteri Luar Anifah Aman dalam Sesi ke-66 Perhimpunan Agung PBB di Neyw York pada 27 September 2011 yang menyatakan bahawa penyelesaikan kepada isu Palestin adalah untuk mendapatkan sebuah kerajaan Palestin yang merdeka berasaskan wujudnya dua negara. "DAP sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin dan telah mengutuk keganasan regim Israel. Malah seawal 1975, mantan Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang, di hadapan perwakilan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), mengumumkan sokongan DAP kepada rakyat Palestin," katanya. Sebaliknya, beliau berkata, hipokrasi kerajaan UMNO-BN terdedah apabila Ahli Parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa, dalam sidang Dewan Rakyat yang lalu telah dihalau keluar dari dewan kerana mendesak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjelaskan dakwaan sama ada wujud hubungan perdagangan di antara Malaysia dan Israel. – Roketkini |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan