MIMPI SENJA |
- Ana Raffali sah bergelar isteri jam 11.55 tadi
- Santai pagi : [18SX] Mempromosikan produk mandian - Telanjang bulat
- Mahathir teringin nak jadi PM semula
- Kisah isteri solehan yang dimadu
- PKR Bakar Memorandum Pemuda BN
- Isu Israel: Pemuda Umno Adakan Demonstrasi Di Pejabat PKR Bantah Kenyataan Anwar
- hahahaha ....Ibrahim Ali yang tergila-gilakan Rosmah tetapi malangnya tiada cinta
- Jom turun Kuantan Ahad 26/2/12 - Polis jamin keselamatan peserta - Fuziah
- Himpunan Hijau 2.0 : Padang MPK atau banjiri jalanraya Kuantan
Ana Raffali sah bergelar isteri jam 11.55 tadi Posted: 24 Feb 2012 08:13 PM PST 25 Februari 2012 KUALA LUMPUR - [25 Feb 2012] Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi popular, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, atau Ana Raffali sah bergelar sebagai isteri Ahmad Aznaim Abdullah, 30, tepat jam 11.55 pagi tadi, di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati. Pasangan dinikahkan oleh bapa Ana sendiri, Mohd Raffali Mohd Nor dengan mas kahwin RM11,214. Dalam majlis itu, Ana turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki. Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang. AKAN MENYUSUL |
Santai pagi : [18SX] Mempromosikan produk mandian - Telanjang bulat Posted: 24 Feb 2012 06:37 PM PST Sebuah perusahaan Cina mempekerjakan tiga wanita muda untuk tampil telanjang bulat untuk mempromosikan produk-produk gel Mandi.seperti di nukil sumber : apekepelik |
Mahathir teringin nak jadi PM semula Posted: 24 Feb 2012 05:38 PM PST Mutakhir ini nampaknya Dr. Mahathir kerap memberikan kenyataan-kenyataan bagi pihak Kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Najib Tun Razak. Jika ketika zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) dahulu ada sahaja kritikan Dr. M terhadap Pak Lah dan pimpinan UMNO/BN. Semuanya tidak betul dan tidak kena. Islam Hadhari zaman Pak Lah tidak disokongnya Dr. M. Kali ini gagasan 1Malaysia Najib Razak juga tidak bersambut baik oleh Mahathir. Hanya Wawasan 2020 Mahathir sahaja yang kononnya terbaik. Setelah banyak pertikaian pandangan ketika zaman Pak Lah, akhirnya Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO ketika zaman Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Ini suatu yang cukup memalukan pimpinan UMNO/BN. Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional keluar daripada UMNO. (Nota: bekas PM yang meninggalkan UMNO Tengku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn ). Hari ini pertembungan politik ialah pertembungan politik antara kerakusan Dr. M dengan ketelusan Anwar Ibrahim. Kali ini terutamanya selepas tsunami politik 8 Mac 2008, lapangan politik bukan pertempuran Anwar-Pak Lah atau Anwar-Najib, tetapi adalah pertarungan politik Anwar-Mahathir. Pilihanraya Umum Ke-13 adalah medan kumpulan Dr. M untuk kembali mencari landasan. Mereka sudah melihat kemungkinan Najib Razak sudah tidak punyai upaya untuk mengimbangi kepintaran politik Anwar Ibrahim dengan misi Kerajaan Reformasi dan kebajikan untuk rakyat. Sebab itu mahu tidak mahu, Mahathir merasakan bahawa perlu bagi dirinya menjadi Perdana Menteri semula. Dalam isu semasa terkini, soal penyenaraian FELDA Global Ventures Holding (FGHV), Dr. Mahathir terlebih lagi memberikan kenyataan bahawa penyenaraian tersebut sebagai 'peluang besar' mengembangkan perniagaannya. Kenyataannya itu lebih yakin daripada kenyataan Perdana Menteri Najib Razak. Isu-isu negara termasuk soal cabaran debat dengan Anwar Ibrahim dalam isu Palestin-Israel juga sibuk dijawab Mahathir tanpa Najib Razak menjawab. Najib diam membisu untuk menyatakan pendirian. Yang dicabar debat adalah Najib, tetapi bekas PM yang nampaknya agak serabut untuk menjawab. Najib banyak diam seribu bahasa dalam isu-isu penting negara termasuk soal FELDA, Isu Palestin-Israel, Isu NFC, isu kaum, isu rasuah, serta kelemahan pentadbiran tetapi dalam masa yang sama Dr. Mahathir bertungkus lumus menjawab setiap isu. Maka ini adalah isyarat kuat (signal) daripada Mahathir kepada UMNO bahawa UMNO perlu beliau sebagai Perdana Menteri. Najib Razak tidak cukup kuat karektornya untuk berdepan dengan karisma kepimpinan Anwar Ibrahim. Pasukan Najib Razak tidak cukup bersedia untuk memastikan UMNO/BN menang dalam PRU-13 akan datang. Pada pandangan Mahathir kelemahan Najib Razak sebagai PM ini tidak boleh dibiarkan. Situasi ini akan membahayakan Dr. M, keluarga serta kroninya. Hari ini isu Palestin-Israel sebenarnya adalah sindiran yang terkena batang hidung Mahathir sendiri. Dia yang pernah berutus surat dengan PM Israel. Ada menteri UMNO yang pernah berjumpa Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Israel. Najib Razak tidak membelanya. Mahathir terpaksa memberi penjelasan. Anaknya juga yang menjadi Tim. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi sasaran dalam kes kapal dagang Israel di Pelabuhan Klang. Sebab itu Mahathir mahu menunjukkan kepada ahli UMNO bahawa dia perlu kembali sebagai PM kerana dirinya sahaja kononnya boleh menjawab segala hujah Pakatan Rakyat. Najib Razak dilihat lemah untuk mempertahankan UMNO. Dalam isu hubungan dengan Israel juga peranan Najib juga tidak mampu untuk mempertahankan imej UMNO dan APCOnya. RM77 juta yang dibayar setahun (Agensi yang punyai hubungan dengan Zionis-Israel) oleh Najib Razak juga tidak banyak membantu terutamanya kerosakan dalam integriti pentadbiran yang telah dibuat oleh Mahathir. Sebelum ini, Mahathir menyifatkan kepemimpinan Umno sekarang seperti usus yang sudah busuk. Kenyataan Mahathir itu kita percaya ditujukan kepada Najib. Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilihat lebih menyokong Mahathir berbanding Najib. Jika dahulu Muhyiddin boleh berkomplot untuk menjatuhkan Pak Lah, maka apakah tidak mustahil untuk Muhyiddin sekali lagi menyusun komplot untuk menjatuhkan Najib lalu mengangkat Dr. Mahathir? Pertikaman lidah dalaman antara beberapa pemimpin UMNO sekaligus menyaksikan bahawa Umno sedang mengalami dilema sama ada untuk kekal memperjuangkan rasis-Melayu atau mengubah ideologinya mengikut cara Najib melalui konsep 1Malaysia. Sanggahan-sanggahan Mahathir terhadap kepimpinan UMNO masa kini menguatkan gambaran kepada ahli UMNO bahawa mereka perlu kembalinya Mahathir sebagai PM. Mahathir sedang menunggu....... http://telokkemang.blogspot.com/ Datuk Kamarul Baharin Abbas ialah MP Telok Kemang/Pengerusi Keadilan N. Sembilan |
Kisah isteri solehan yang dimadu Posted: 24 Feb 2012 08:32 AM PST Dahulu di Baghdad ada seorang laki-laki penjual kain yang kaya. Tatkala dia sedang berada di kedainya, datanglah seorang gadis muda mencari-cari sesuatu yang hendak dibeli. Ketika sedang bercakap, tiba-tiba gadis itu menyingkap wajahnya di sela-sela perbincangan tersebut sehingga laki-laki terrebut terkesima dan berkata, "Demi Allah, aku terpana dengan apa yang kulihat." Gadis itu pun berkata, "Kedatanganku bukan untuk membeli apa-apa. Selama beberapa hari ini aku keluar masuk pasar untuk mencari seorang lelaki yang menarik hatiku dan bersedia menikah denganku. Dan engkau telah membuatku tertarik. Aku memiliki harta. Apakah engkau mahu berkahwin denganku? " Laki-laki itu berkata, "Aku telah menikahi sepupuku, dialah isteriku. Aku telah berjanji kepadanya untuk tidak membuatnya cemburu dan aku juga telah mempunyai seorang anak darinya. " Wanita itu mengatakan, "Aku rela jika engkau hanya mendatangiku dua kali dalam seminggu." Akhirnya laki-laki itu pun setuju lalu bangkit bersamanya. Akad nikah pun dilakukan. Kemudian dia pergi menuju rumah gadis tersebut dan berkaitan dengannya. Setelah itu, si pedagang kain pulang ke rumahnya lalu berkata kepada isterinya, "Ada teman yang memintaku tinggal semalam di rumahnya." Dia pun pergi dan bermalam bersama isteri barunya. Setiap hari selepas zuhur dia mengunjungi isteri barunya. Hal ini berlangsung selama lapan bulan, hingga akhirnya isterinya yang pertama mulai merasa aneh dengan keadaannya. Dia berkata kepada pembantunya, "Jika suamiku keluar, perhatikanlah ke mana dia pergi." Si pembantu pun membuntuti suami majikannya pergi ke kedai, namun ketika tiba waktu zuhur dia pergi lagi. Si pembantu terus membuntuti tanpa diketahui hingga tibalah suami majikannya itu di rumah isteri yang baru. Pembantu itu mendatangi jiran-jiran sekitar dan bertanya, "Rumah siapakah ini?" Mereka menjawab, "Rumah milik seorang wanita yang telah berkahwin dengan seorang penjual kain." Pembantu itu akan pulang menemui majikannya lalu menceritakan hal tersebut. Majikannya berpesan, "Hati-hati, jangan sampai ada seorang pun yang lain mengetahui hal ini." Dan isteri lama si pedagang kain juga tetap bersikap seperti biasa terhadap suaminya. Si pedagang kain menjalani kehidupan bersama isterinya yang baru selama satu tahun. Lalu dia jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia dengan meninggalkan warisan sebanyak lapan ribu dinar. Maka isteri yang pertama membahagikan harta warisan yang berhak diterima oleh putranya, iaitu tujuh ribu dinar. Sementara bakinya yang berjumlah seribu dinar ia bagi menjadi dua. Satu bahagian ia letakkan di dalam beg, kemudian ia berkata kepada pembantunya, "Ambillah beg ini dan pergilah ke rumah wanita itu. Maklumkan kepadanya bahawa suaminya telah meninggal dengan mewariskan wang sebanyak lapan rib dinar. Putranya telah mengambil tujuh ribu dinar yang menjadi haknya, dan selebihnya seribu dinar aku bagi denganmu, masing-masing memperoleh setengah. Inilah bahagian untukmu. Dan sampaikan salamku juga untuknya. " Si pembantu pun pergi ke rumah isteri kedua si pedagang kain, kemudian mengetuk pintu. Setelah masuk, disampaikannyalah berita tentang kematian si pedagang kain, dan mesej dari isteri pertamanya. Wanita itu pun menangis, lalu membuka kotak miliknya dan mengeluarkan sehelai kertas seraya berkata kepada si pembantu, "Kembalilah kepada majikanmu dan sampaikan salamku untuknya. Maklumkan kepadanya bahawa suaminya telah menceraikanku dan telah menulis surat cerai untukku. Maka kembalikanlah harta ini kepadanya kerana sesungguhnya aku tidak berhak mendapatkan harta warisannya sedikitpun. " - sumber dari menujuhidayah.wordpress.com |
PKR Bakar Memorandum Pemuda BN Posted: 24 Feb 2012 05:53 AM PST PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Jumaat bertindak membakar memorandum Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mengutuk kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongannya terhadap isu keselamatan negara Israel. Setiausaha Pemuda BN Datuk Megat Firdaus Megat Junid berkata tindakan PKR membakar memorandum itu selepas Pemuda BN meletakkannya dalam peti surat parti itu di ibu pejabat PKR di Damansara di sini kira-kira 4 petang Jumaat, menunjukkan parti itu 'tidak amanah dan jujur'. Beliau berkata selepas memorandum itu diletakkan dalam peti surat, kira-kira 50 anggota Pemuda BN yang menyertai perhimpunan itu mendapati kakitangan PKR keluar dan mengambil memorandum itu lalu membakarnya. "Bayangkan, jika memorandum ini pun boleh dibakar, apatah lagi surat masalah rakyat dan surat-surat rasmi lain. "Kami (BN) tidak pernah membakar surat-surat dari parti pembangkang dan akan sentiasa memastikan ada pegawai yang menerima memorandum yang dihantar baik positif atau negatif," katanya di sini. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Tuah Masrom berkata polis dapat mengawal keadaan semasa perhimpunan itu. - BERNAMA |
Isu Israel: Pemuda Umno Adakan Demonstrasi Di Pejabat PKR Bantah Kenyataan Anwar Posted: 24 Feb 2012 04:18 AM PST Oleh ARIFFUDDIN ISHAK PETALING JAYA: Pemuda Umno pada Jumaat mengadakan demonstrasi aman di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat bagi membantah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongan terhadap keselamatan negara Israel. Kumpulan yang diketuai Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid itu turut menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan kepada wakil PKR. "Kami menyerahkan memorandum ini sebagai bantahan kepada kenyataan Anwar yang menyokong Israel. "Kami amat kecewa dengan sokongan seorang pemimpin Islam terhadap pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa," katanya di sini. Bagaimanapun menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Aziz, pihak Ibu Pejabat PKR enggan menerima memorandum berkenaan. Anwar sebelum ini mempertahankan kenyataannya seperti yang disiarkan The Wall Street Jounal (WSJ) iaitu akan menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel. Malah menerusi penjelasan Anwar mengenai kontroversi tersebut, beliau tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati. -mStar |
hahahaha ....Ibrahim Ali yang tergila-gilakan Rosmah tetapi malangnya tiada cinta Posted: 24 Feb 2012 03:01 AM PST Mungkin kerana menyedari bahawa dia tidak begitu digemari oleh rakyat, Rosmah Mansor, isteri Pedana Menteri Najib Razak yang penuh kontroversi itu telah berpaling kepada sebuah kumpulan manusia yang pasti akan menerima beliau. Bukan MCA, MIC atau Gerakan tetapi Perkasa! Ya, Perkasa – kumpulan ektremis Ibrahim Ali. Hujung minggu yang lalu, Ibrahim Ali, Presiden Perkasa dan juga Ahli Parlimen bebas Pasir Mas telah memuji Rosmah yang sejak akhir-akhir ini sering menjadi target kritikan dalam dan luar negara dan dipersoalkan kerana menerima ijazah kerhormat daripada Universiti Curtin Australia. Janji sumpah setia Ibrahim itu tentu sahaja pengubat kelukaan hati Rosmah kerana beliau pernah dikritik kerana perilaku membeli-belah beliau ala-ala Imelda Marcos. Curtin juga dikritik kerana memberikan Rosmah ijazah kehormat tersebut. Sehinggakan ada ugutan daripada Badan Pelajar dan Alumni universiti itu untuk memboikotnya jika ijazah itu tidak ditarik balik! Tetapi Ibrahim Ali hanya mengendahkan fakta yang boleh membantu beliau mencapai matlamat beliau. "Kita semua tahu yang Datin Seri Rosmah bukan sahaja isteri perdana menteri, tetapi jika kita ikuti perkembangan terkini di akhbar, kita tahu beliau sangat aktif melaksanakan tugas beliau. Kita kagum dengan kepimpinan beliau," ujar Ibrahim Ali. Beliau kemudiannya menyeru agar Rosmah sentiasa menghadiri majlis-majlis Perkasa jika ada masa dan menambah: "Terima kasih Datin, kami semua sayang datin." Kehidupan di Malaysia sudah terpisah dari segi perkauman Tidak hairanlah kesemua tiga tingkat dagu Ibrahim Ali bergetar semasa meluahkan rasa sayang beliau dan kumpulan Perkasanya itu kepada Rosmah. Tetapi, hanya kurang setahun lalu, Perkasa telah mengugut akan mencederakan orang Cina sekiranya mereka mengambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih pada 9 Julai. Perkasa juga menasihatkan mereka untuk menyimpan stok makanan. Begitu pelbagai emosi yang ditunjukkan Perkasa dan mereka sememangnya pelakon yang baik! Malangnya, ia langsung tidak mencuit hati dan nampak gayanya cinta tidak hadir. Tidak jelas siapakah yang akan diharapkan oleh pentadbiran Najib untuk melaksanakan taktik kotor dan membuat kacau dalam bulan-bulan sebelum pilihanraya umum ke 13 kelak. Orang bukan Melayu dalam negara- bersiap sedialah! Perkasa dan Najib akan bersekongkol. Mereka ibarat tangan kanan dan tangan kiri. Apabila ada keperluan untuk menimbulkan kekacauan demi mencapai target politik Najib, kedua-dua belah tangan ini akan berkerjasama. Dan tidak kiralah apa jua yang timbul nanti, Perkasa tidak akan dipersalahkan. Ia akan dilindungi. Yang salah adalah orang lain kecuali Umno dan Perkasa. Kita sudah mencapai ke tahap ini dalam Malaysia. Perkasa meniupkan api perkauman dan bekerja-keras merosakkan keharmonian kaum di Malaysia. Sebagai sebuah organisasi, Perkasa tidak takut untuk melakukan perkara yang jijik untuk menimbulkan rasa takut dan tidak puas hati dikalangan orang Melayu dan bukan Melayu di Malaysia. Masih ingatkah bagaimana Perkasa menuduh orang Kristian dan Cina cuba merampas kuasa daripada pentadbiran Najib dan meletakkan seorang perdana menteri bukan Melayu atau muslim. Tuduhan liar Perkasa tidak akan dapat dibuktikan. Polis dan Kementerian Dalam Negeri juga tidak akan meminta bukti daripada mereka, tidak kisahlah betapa beracunnya kenyataan mereka itu. Jika kumpulan lain yang mengeluarkan kenyataan sebegitu, alamatnya sudah lama dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan. Apa yang boleh dijangka semasa PRU 13 Mengenai kenyataan bahawa Perkasa akan berdiri disebelah Najib dan isteri kontroversi beliau dalam susah senang, nampaknya sudah semakin jelas bagaimana pentadbiran Najib akan meletakkan diri mereka dan memposisikan kedudukan mereka kelak. Perkauman dan agama akan menjadi menu utama mereka, Perkasa akan ditugaskan untuk menimbulkan ketegangan perkauman manakala Hassan Ali dan kumpulan JATI yang baru ditubuhnya akan cuba menakut-nakutkan orang Islam dan melagakan mereka dengan orang Kristian. Suatu rancangan yang sangat sinonim dengan propaganda 1Malaysia Najib bukan? Ahli politk yang sudah matang akan merasakan bahawa untuk dikaitkan dengan Perkasa atau JATI adalah sesuatu yang boleh membunuh kerjaya politik mereka tetapi tidak BN, Najib dan Rosmah. Mereka gagal melihat kekecewaan rakyat tetapi asyik dengan impian mereka mencapai objektif untuk mentadbir kerajaan persekutuan tidak kira apa cara sekali pun. Tidak hairanlah kumpulan ektrimis Perkasa itu boleh menerima pasangan suami isteri kontroversi itu dan juga BN. Mereka memang sebulu. Sementara itu, keadaan ekonomi Malaysia semakin teruk disebabkan pentadbiran lemah Najib yang hanya fokus untuk mendapatkan mandat rakyat pada PRU 13 nanti. Berikan sebab yang baik mengapa rakyat harus mengundi untuk perdana menteri yang juga menteri kewangan yang terang-terangan membawa negara menuju kepada kebankrapan? Tidak perlu berfikir panjang kerana rakyat harus memilih pemimpin yang boleh membawa Malaysia ke atas dan bukan ke bawah dan mengaibkan negara. Bagaimana hendak memimpin negara jika kawal isteri pun tak dapat? Persoalannya juga, kenapa orang Malaysia harus memilih seorang ahli politik yang tidak dapat mengawal isterinya daripada kontroversi? Suami dan isteri itu langsung tiada rasa bersalah kerana sentiasa memalukan negara. Sebagai contoh, mereka asyik menyalahkan pembangkang yang memberi liputan buruk terhadap Rosmah. Tetapi, adakah pembangkang yang menggalakkan beliau membeli beg Birkin yang mahal itu dan juga cincin berlian? "Saya telah menjadi bahan fitnah dan pembohongan daripada mereka yang berada di seberang pagar tetapi insya'allah, walau apa pun yang saya hadapi, semangat saya tetap kuat untuk rakyat," kata beliau menerangkan bahawa anugerah PhD yang diberi kepadanya adalah untuk usaha beliau dalam Permata. Rosmah adalah pengerusi Permata. Dalam kapasiti inilah beliau menerima anugerah tersebut. "Mereka yang mengatakan saya membayar untuk ijazah ini, mengapa pula saya harus buat begitu? Lebih baik saya derma kepada Wiranita Perkasa. Mereka tuduh saya sebegitu, itu tidak baik. Hanya kerana mereka selalunya bayar, mereka rasa saya pun bayar!" ujar Rosmah. Rosmah nampak berani mempertahankan dirinya tetapi rakyat Malaysia mungkin masih belum percaya. Mungkin ramai yang masih ingat bahawa baju Permata mendapat dana daripada pentadbiran Najib. Najib yang juga perdana menteri dan menteri kewangan juga pernah mengumumkan dalam bujet 2010, RM100 juta untuk program tersebut. Wang untuk Perkasa? Demi golongan muda negara, diharapkan Rosmah membelanjakan wang RM100 juta ini dengan lebih bertanggungjawab berbanding menteri wanita Umno Shahrizat Jalil yang terlibat dengan skandal RM250 juta NFC. Tidak hairanlah jika ada insiden 'kepentingan bercanggah' atau 'pecah amanah', Umno dan BN enggan bercakap mengenainya atau meminta ia disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah. Kemungkinan besar, rakyat akan lihat dana yang diwujudkan khas untuk Perkasa daripada Najib menerusi Rosmah sebagai balasan kasih sayangnya. Semasa memberikan ang-pow putih tempoh hari, Ibrahim bersusah-payah menjelaskan bahawa Perkasa membelanjakan RM 10, 000 untuk majlis itu dan tidak dapat memberikan lebih kerana tiada wang. Apa pula kerosakkan yang boleh dibuat Ibrahim Ali jika dia ada banyak wang dalam tangannya?! |
Jom turun Kuantan Ahad 26/2/12 - Polis jamin keselamatan peserta - Fuziah Posted: 24 Feb 2012 12:10 AM PST (Oleh: Mohd Martin Kahar) KUANTAN, 24 Feb – Penganjur Himpunan Hijau 2.0 berjaya mendapatkan kerjasama baik daripada pihak polis bagi memastikan perhimpunan yang bakal berlangsung pada Ahad ini, berjalan lancar. Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Fuziah Salleh berkata, pihak polis memberi jaminan akan menjaga keselamatan peserta selain menghalang sebarang provokasi melampau daripada pihak yang tidak bertanggung jawab. "Pada pertemuan dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifudin dan Ketua Polis Kuantan, Tuan Jasmani, polis memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini dan kita mendapat respon yang baik daripada polis. "Polis memberi jaminan akan menjaga keselamatan peserta, orang awam dan juga pemimpin Pakatan Rakyat. "Mereka juga akan memberi kerjasama dengan menunjukkan arah trafik lokasi perhimpunan memandangkan ia telah ditukar pada saat-saat akhir," katanya ketika dihubungi KeadilanDaily. Menurut Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan, pihak penganjur juga berjaya mendapatkan kebenaran bertulis polis setelah permohonan yang dibuat menepati syarat yang ditetapkan di bawah akta polis yang baru. Katanya, penganjur juga tidak dihalang menggunakan pembesar suara dengan syarat ia tidak mengganggu ketenteramaan awam pada perhimpunan yang dijangka bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari itu. Perhimpunan Hijau 2.0 dianjurkan bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Kuantan. Lokasi awal yang dirancang adalah di kawasan Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak di tengah bandar Kuantan, namun MPK telah memagar kawasan berkenaan. Persetujuan kemudiaan dicapai untuk memindahkan himpunan itu ke Padang MPK 4 yang dinamakan Padang Kemunting, terletak di depan Hospital Tengku Ampuan Afzan. Padang tersebut boleh mengisi sekitar 20,000 orang pada satu masa. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27162 |
Himpunan Hijau 2.0 : Padang MPK atau banjiri jalanraya Kuantan Posted: 23 Feb 2012 11:36 PM PST KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dua hari menjelang Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), lokasi tapak perhimpunan yang dicadang iaitu Padang MPK(1) telah dipagar dan ditutup untuk orang ramai. "Alasan untuk menaiktaraf padang adalah tidak masuk akal memandangkan tiada cacat celanya padang tersebut menurut pandangan ramai," kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan. Katanya, SAMM melihat penutupan Padang MPK(1) adalah satu tindakan bacul dan tidak 'gentleman' oleh seorang menteri besar yang telah berada di tampuk kuasa selama berbelas tahun. Justeru, ujarnya hasrat Menteri Besar Pahang untuk melihat sejauh mana sokongan anti-lynas berlangsung di Kuantan adalah satu lagi retorik apabila satu demi satu halangan terancang diwujudkan. Menurutnya, pada peringkat awal iaitu dua hari lalu, sebuah notis telah memberi maklum bahawa MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang yang sama manakala hari ini pula padang tersebut telah dipagar. Ini, tambahnya tindakan terdesak oleh pihak yang takut akan kebangkitan rakyat khususnya menjelang perhimpunan anti-lynas. "Tindakan ini juga memberi gambaran betapa Menteri Besar Pahang panik sesudah memberi lampu hijau untuk rakyat berhimpun secara aman menyatakan bantahan. "Di atas penipuan ini juga, rakyat yang akan hadir dalam Himpunan Hijau tidak mempunyai pilihan apabila padang yang sepatutnya cukup untuk memuatkan 20 ribu kehadiran yang dijangka, akan melimpah ke seluruh jalan raya di bandar Kuantan," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, SAMM memberi kata dua buat kerajaan negeri Pahang sama ada untuk membuka kembali padang MPK(1) atau bertanggungjawab di atas kebanjiran demonstran ke jalan raya seluruh bandar Kuantan selama beberapa jam himpunan berlangsung. Beliau menambah, jika jalan raya adalah pilihan, sila beri kerjasama dengan menjaga lalulintas dan kawalan trafik. "Akhir, SAMM mengambil kesempatan ini untuk menyeru rakyat dari seluruh pelosok negara supaya turut sama hadir berhimpun 26 Febuari ini di Kuantan dan beberapa spot lain untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan pusat janakuasa yang berorientasikan radiasi," ujarnya. Katanya, semua harus percaya projek Lynas ini bukan hanya masalah untuk rakyat negeri pahang tetapi juga merupakan malapetaka berjangka buat setiap rakyat di seluruh negara. - Harakah Daily |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan