Kelab Greenboc |
- [Video] Kenapa Aku Baling Kasut Kepada Panel Hakim... - Imam Hosnan
- Jawapan Najib Buktikan Beliau PM Untuk UMNO BN Bukan PM Untuk Malaysia
- Isu Kes Helmi: UMNO Lakukan Apa Saja Untuk Malukan Elizabeth & PKR
- Wajah Pemuda Pakistan Yang Didakwa Larikan Nurul Zakiah
- Blogger UMNO BN Cuba Nafikan Kapal ZIM Milik Israel
- Apabila Si Jahil Tentang Islam Mahu Bercakap Tentang Bai'ah
- Najib Diselar Sisihkan MB & KM Negeri Pakatan Rakyat Untuk Mesyuarat Kali Ke 114
- Gadis Diculik Setelah Tersalah Naik Komuter
[Video] Kenapa Aku Baling Kasut Kepada Panel Hakim... - Imam Hosnan Posted: 24 Feb 2012 12:30 AM PST Imam: Baling kasut tanda 'kehakiman rosak' Bekas imam sebuah masjid yang melontarkan kasut ke arah hakim ketika sesi Mahkamah Persekutuan Rabu lalu berkata, beliau berbuat demikian sebagai satu tanda bahawa "kehakiman negara sudah rosak." Hoslan Hussin, 46, berkata beliau juga bertindak melontar kasutnya ke arah hakim memandangkan keadilan tidak memihak kepadanya. "Tidak tahulah, siapa yang kena itu rezekilah," katanya sambil tersenyum ketika ditemui di satu sudut di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di Kuala Lumpur, semalam. Hoslan memilih sudut berkenaan untuk mengadakan temubual – 'port' istimewanya di masjid itu yang digunakannya untuk bersembahyang sunat dan juga untuk mengajar kanak-kanak membaca al-Quran. Berbeza dengan sudut lain di masjid berkenaan, sebahagian daripada dinding sudut berkenaan diwarnakan dengan warna hijau. Bekas pengikut al-Arqam itu lagi turut mengakui bahawa beliau merupakan seorang penyokong PAS – parti yang disifatkannya sebagai gerakan yang mendukung kebenaran. Beliau menerima elaun sebanyak RM450 semenjak bertugas sebagai imam rawatib di masjid tersebut, sehinggalah perkhidmatannya ditamatkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2008. Keputusan itu juga memaksa beliau untuk mengosongkan kuarters imam yang dihuni bersama tujuh orang anaknya itu sejak 2002. Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu semalam membuat laporan polis ke atas panel tiga orang hakim tersebut – Tan Sri Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriadi Halim Omar dan Datin Zaleha Zahari. "Keputusan hakim tidak menepati keadilan mengakibatkan saya melemparkan sepatu saya kepada hakim, bukan bertujuan menghina mahkamah. "Keputusan itu menyokong orang-orang dan pentadbir masjid yang menyelewengkan beratus ribu duit Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan yang telah dihantar kepada ketua polis negara," katanya dalam laporan polisnya. 'Saya hanya seorang imam' Ketika ditemui, Hoslan menimbulkan semula dakwaan tersebut, yang turut dikemukakannya ke mahkamah Rabu lalu. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menolak dokumen tersebut setelah dibantah oleh peguam yang mewakili MAIWP dengan alasan, dokumen tersebut tidak difailkan mengikut tertib. "Saya hanya seorang imam sahaja. Saya tidak tahu undang-undang ini (prosedur mahkamah) semua," kata Hoslan ketika mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menolak permohonan rayuannya semalam. Hoslan berkata beliau juga telah menghantar laporan berhubung dakwaan tersebut ke pejabat menteri wilayah persekutuan dan juga ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Dakwaan Hoslan itu pernah mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengadakan pertemuan dengan kesemua anggota jawatankuasa masjid berkenaan pada 22 Mei 2006. Hoslan mendakwa, kesemua anggota jawatankuasa berkenaan telah dipecat dan satu jawatankuasa baru dibentuk. Bagaimanapun, ahli jawatankuasa itu masih tidak berpuas hati dengannya apabila beliau terus menimbulkan dakwaan penyelewengan melibatkan jawatankuasa berkenaan, dakwanya. Pihak pentadbiran masjid berkenaan juga telah mengadakan perjumpaan untuk memberi teguran kepadanya dan mendapatkan penjelasan daripada beliau pada 16 Mei 2008. Susulan daripada pertemuan itu, pentadbiran masjid tersebut kemudiannya mencadangkan supaya perkhidmatan beliau sebagai imam ratib ditamatkan. Tidak berpakaian rasmi "Keputusan tersebut diambil berdasarkan pemerhatian dan penilaian terhadap beliau bagi memelihara kemuliaan jawatan imam di mata masyarakat dan menjaga nama baik masjid Ar-Rahimah," laporan itu dipetik. Laporan JAWI ke atasnya antara lainnya mendakwa Hoslan sering tidak memakai pakaian rasmi lengkap imam dan tidak berkerjasama dengan pihak masjid dalam program yang dijalankan. Malah, beliau juga didakwa telah memakai pakaian yang melambangkan imej parti politik dalam satu bengkel pada Mei 2008, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Hoslan juga didakwa sering "berebut" dengan imam dan juga khatib jemputan untuk menjalankan tugas berkenaan – satu tindakan yang menimbulkan rasa malu di kalangan pentadbiran masjid, menurut laporan itu lagi. Selain itu, Hoslan juga didakwa menduduki kuarters masjid tanpa kebenaran walaupun telah diberikan unit perumahan di salah satu pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Termiskin. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kemudiannya menamatkan perkhidmatan Hoslan pada 2008 dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu. Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ. Perintah Mahkamah Tinggi pada Jun 2011 itu bagaimanapun dirayu oleh Hoslan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan itu semalam. Hoslan tampil mewakili dirinya sendiri di mahkamah semalam dan bertindak membaling kasut berkenaan apabila mendengar keputusan tersebut yang menjadikan beliau seorang penceroboh sekiranya terus tinggal di kuarters masjid. Hoslan yang kini tinggal di PPRT Cochrane, Kuala Lumpur berkata, apa yang diharapkannya hanyalah untuk mendapatkan kebenaran demi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapinya sebelum ini. Beliau juga percaya bahawa tindakan yang dikenakan ke atasnya setakat ini, termasuk dihalau keluar daripada kuarters imam, adalah ekoran daripada pendedahannya berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku di masjid itu. Ketua imam masjid itu, Zakaria Mohamed ketika dihubungi hari ini bagaimanapun enggan mengulas dakwaan yang ditimbulkan Hoslan. "Tidak boleh tanya saya... Kena tanya MAIWP sebab semuanya itu urusan MAIWP," katanya lagi. -mk Ulasan GB Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan: Panel 3 hakim mahkamah Persekutuan yang bersidang sepatutnya tidak terlalu rigid dengan hanya mendengar pendakwa raya semata-mata kerana bantahan itu mengikut undang-undang. klik untuk baca |
Jawapan Najib Buktikan Beliau PM Untuk UMNO BN Bukan PM Untuk Malaysia Posted: 23 Feb 2012 10:23 PM PST Tak jemput pemimpin Pakatan, amalan biasa Dakwaan pemimpin Pakatan Rakayat tidak dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 Selasa lalu tidak berbangkit kerana ia merupakan amalan biasa dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Malah, katanya, mesyuarat yang berlangsung dua hari lalu, adalah mesyuarat "penyelarasan" antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, yang diamalkan sejak dulu lagi. "Jadi kita hadkan menteri besar dan ketua menteri BN sahaja. "Itu sebab diberi tumpuan bukan sebab peruntukan perlembagaan, kehendak perlembagaan tetapi penyelarasan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini. Sehubungan itu, menurut Najib yang juga pengerusi BN, tidak berbangkit dengan mengetepikan daripada memanggil menteri besar dan ketua menteri di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan untuk hadir pada mesyuarat berkenaan. "Dia pun banyak mesyuarat, tapi tidak jemput kita. Kita pun nak complaint. Dia berpakat sama dia, tak mengapa. Kita nak buat kerja penyelarasan," katanya sinis sambil diiringi gelak ketawa. Bagaimanapun, Najib berkata pihaknya berpendirian semua mesyuarat yang dikehendaki mengikut perlembagaan, seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Tempatan dan juga yang melibatkan jawatankuasa kewangan negeri tertentu.pihaknya, tetap menjemput pemimpin Pakatan yang terbabit. "Atas peruntukkan perlembagaan, kita memang menghormati perlembagaan," katanya. Najib mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang membidas tindakan perdana menteri kerana mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan. Sambil menyifatkan tindakan Najib itu sebagai "amat tidak professional", dul Khalid berkata mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN. Sementara itu, Najib ketika diajukan soalan sama ada pihaknya MT Umno membincangkan isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diselubungi kemelut kerana didakwa berlakunya penyelewengan, hanya berkata: "Kita tidak bincang". Pada sidang media itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang keluarganya dikaitkan dengan skandal itu tidak turut serta. Namun, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir pada mesyuarat MT Umno. -mk Ulasan GB Jika demikian halnya, iaitu hanya satu mesyuarat penyelaran maka Najib sepatutnya menggunakan jawatannya sebagai Pengerusi UMNO/BN dan mesyuarat itu dikendalikan oleh UMNO/BN bukan oleh kerajaan Pusat. Ini kerana "peruntukan kewangan" kerajaan pusat untuk sebarang mesyuarat sepatutnya untuk seluruh rakyat tanpa mengira parti politik. Apakah Najib cuba memperbodohkan rakyat negara ini atau apakah Najib memikirkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat bukan rakyat Malaysia? Tindakan Najib itu menjelaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri BN bukan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan: Apa yang dilakukan oleh Najib dengan tidak memanggil sama MB & KM dari negeri Pakatan Rakyat untuk mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 adalah pembelakangan terhadap demokrasi dan ternyata BN cuma menyisihkan MB & KM dari negeri-negeri tersebut. klik untuk baca |
Isu Kes Helmi: UMNO Lakukan Apa Saja Untuk Malukan Elizabeth & PKR Posted: 23 Feb 2012 07:20 PM PST Umno dan Hilmi: Melakukan apa jua untuk memalukan Eli Wong dan PKR Seperti yang dijangka, Umno kini sedang memfokus kepada Elizabeth Wong, Ahli dewan undangan negeri Selangor yang dihormati dan cuba memalukan beliau dengan menggali fakta mengenai hubungan sulit beliau dengan Hilmi Malek, bekas teman lelakinya yang telah bersetuju untuk membuat temuramah eksklusif dengan surat khabar Umno walaupun mendakwa bahawa diri beliau dalam bahaya. "Adalah sangat pelik kerana Hilmi sepatutnya dikehendaki di Malaysia dan dia dijumpai di Indonesia. Kenapa pihak berkuasa Malaysia tidak meminta pihak berkuasa Indonesia menghantarnya balik?" beritahu timbalan presiden Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. Menjadikan Eli dan PKR sebagai target Sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dengan episod ini. Mula-mula sekali, tidak banyak yang Hilmi boleh buat untuk menjatuhkan Eli, mungkin hanya dengan memalukan Eli dan PKR dari segi politik. Beliau telah meletak jawatan semasa skandal itu terbongkar pada 2009 tetapi disebalik protes daripada rakyat kawasan yang menyukai beliau disebabkan dedikasi serta kerja keras yang dicurahkan beliau, pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim dan Presiden PKR Wan Azizah telah meminta beliau mengekalkan jawatan. Selepas bercuti satu bulan untuk pulih daripada terkejut dan trauma, Eli tidak lagi memandang ke belakang. Beliau telah menyumbang kepada Perakuan Kebebasan Maklumat pertama di negara. Semasa peristiwa bersejarah PKR, pemilihan satu undi satu ahli , beliau telah memenangi jumlah undian terbanyak dalam merebut kerusi majlis tertinggi. Baru-baru ini, beliau telah memulakan kempen terhadap Syabas yang dikawal oleh ahli perniagaan kaya Umno, Rozali Ismail. Jadi tidak sukar untuk mengesan daripada parti mana musuh beliau. Eli memegang portfolio pelancongan, hal ehwal pengguna dan persekitaran dalam Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum ini beliau pernah bertelingkah dengan rakan sekerjanya yang dipecat, Hassan Ali yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia. Membuatkan lelaki Melayu nampak 'murah' di mata dunia Musuh beliau akan kecewa sekiranya mereka berharap dapat menjatuhkan beliau daripada konstitusi Bukit Lanjan. Beliau semakin popular kini. Lagipun, tidak ramai rakyat Malaysia akan percaya pada penipuan lelaki sepeti Hilmi yang orang Melayu sendiri anggap merosakkan imej lelaki Melayu. "Inilah masalahnya dengan orang Umno. Mereka tidak pernah berfikir panjang dan menyedari bahawa tindak-tanduk mereka itu akan merosakkan maruah bangsa Melayu sendiri. Lihat sahaja cara mereka memburu Anwar. Anwar adalah antara sebilangan kecil pemimpin Melayu yang berbakat. Beliau mampu menarik perhatian dunia. Orang penting seperti Al-Gore pernah keluar daripada majlis makan malam rasmi demi menunjukkan sokongan kepadanya tetapi orang yang cemburu seperti Mahathir dan Najib melemparkan fitnah liwat ke atasnya. Mereka memburukkan bangsa mereka sendiri untuk kuasa politik," ujar pemerhati veteran PKR Eddie Lee kepada Malaysia Chronicle. Sama juga dengan Hilmi. Dia seperti seperti manusia bodoh dan sama ada dia mendedahkan gambar-gambar itu atau tidak, dia akan kelihatan seperti seorang lelaki tidak bermaruah. Membuka pekung sendiri. Eli sangat bijak dan berkuasa manakala dia, seorang lelaki Melayu yang perlu jual gambar untuk wang. Inilah yang dirasakan oleh orang ramai dan inilah yang akan menjadi anggapan terhadap lelaki Melayu – 'jualan murah' –berterima-kasihlah pada Umno. Eddie merujuk kepada bekas perdana menteri Mahathir Mohamad dan perdana menteri Najib Razak yang kedua-duanya telah melemparkan tuduhan liwat terhadap Anwar untuk menamatkan kerjaya politik Anwar. Melodrama yang tidak masuk akal Menurut Kosmo, akhbar berbahasa Melayu yang mewawancara Hilmi di Batam, Indonesia, bekas pekerja PKR itu mengakui pernah mempunyai hubungan intim dengan Eli tetapi menyangkal dakwaan yan dia membocorkan gambar-gambar Eli yang terdedah dan sedang tidur kepada akhbar yang dikuasai Umno seraya memulakan skandal itu pada 2009. "Saya tak tahu siapa yang bocorkan gambar-gambar tersebut. Yang saya tahu telefon bimbit itu telah lama tiada," ujar Hilmi yang berusia 36 tahun. Hilmi juga enggan mengatakan jika dia telah mengambil gambar-gambar tersebut tetapi mengakui bahawa kebanyakkan laporan media mengenai kontroversi itu adalah salah. "Saya tak lari kerana rasa takut. Saya tak mahu mengeruhkan situasi. Saya juga tak mahu jadi bahan sarkas politik," ujarnya lagi. Kini sudah 3 tahun berlalu. Mengapa pergi begitu lama dan kenapa khabar angin mengatakan dia bimbang akan nyawanya. Sememangnya jelas bahawa ada lebih dari yang kita nampak mengenai perkara ini dan juga ia angkara Umno. Selangor kekal sebagai negeri utama yang mahu ditawan semula pada PRU 13 dan PM Najib Razak telah mengumumkan bahawa BN akan melakukan apa jua cara untuk menawannya kembali. Tidak perlulah orang bijak pandai menfasirkannya untuk rakyat. Perlindungan politik? Kenapa tak balik sahaja? Hilmi juga ada menyebut beliau mahu memulakan hidup baru dan mancari perlindungan politik di Eropah dan berharap agar polis Malaysia tidak mencarinya. "Saya mahu mulakan hidup baru," kata beliau. "Keselamatan saya tidak dapat dipastikan di Malaysia kerana ugutan yang dibuat kepada saya oleh pemimpin Malaysia yang menggunakan saya sebagai umpan politik untuk pihak berkuasa," dia juga ada memberitahu perkata tersebut kepada pegawai imigresen menurut akhbar Indonesia, Detik. Jika benar kata-katanya itu, sudah tentulah pihak Umno yang mengancam nyawanya dan bukan pihak pembangkang. Ini kerana, pembangkang akan cuba menutup mulutnya dan apa yang dia perlu buat ialah kembali dan menyerah diri kepada pihak polis. Tiada sebab dia berada dalam ketakutan kecualilah musuhnya itu adalah pihak kerajaan. Dibayar untuk berbohong? Alternatif lain adalah dia telah dibayar untuk berbohong untuk memalukan Eli, Kerajaan Negeri Selangaor dan Parti PKR. "Tidakkah ini mengingatkan kita kepada pita rakaman seks Datuk T terhadap Anwar? Ia sangat bodoh. Ia adalah contoh terbaik politik kotor dan tidakkah melampau untuk mencari perlindungan politik hanya kerana perkara sebegini dan sesuatu yang berlaku pada tahun 2009? Jika Hilmi didapati bersalah, hukumannya sudahpun berakhir. Lihat saja trio Datuk T, mereka bebas dengan sedikit bayaran denda," ujar Eddie. "Mengenai orang yang mengancam hidupnya, nasihat saya pada Hilmi adalah, balik sahaja dan laporkan kepada polis. Kecualilah jika itu polis Umno, mereka akan mencari Hilmi pula. Saya percaya dia ni menipu selepas menerima sejumlah wang yang besar daripada mereka yang mempunyai sebab untuk memalukan Eli dan Pakatan. Anda boleh teka sendiri siapa mereka itu." -malaysia-chronicle |
Wajah Pemuda Pakistan Yang Didakwa Larikan Nurul Zakiah Posted: 23 Feb 2012 04:39 PM PST Nurul Zakiah telefon keluarga KUALA LUMPUR - Remaja hilang yang didakwa terkena ilmu pengasih Pakistan, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, telah menghubungi keluarganya kelmarin untuk menegaskan bahawa dia melarikan diri kerana ingin hidup berdikari. Perkara itu disahkan oleh bapanya, Azman Saad, 51, yang turut memberitahu, Nurul Zakiah telah menghubunginya kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin untuk menyatakan perkara tersebut kepadanya. Selain itu, dia memberitahu, anaknya itu turut merayu agar dia menarik semula laporan polis yang telah dibuat berkenaan kehilangannya sejak 14 Februari lalu. "Dia menceritakan bahawa dia tidak lagi bersama dengan kekasihnya itu dan dia kini berhasrat untuk bekerja dan hidup sendiri," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam. Kosmo! kelmarin melaporkan tentang ahli keluarga Nurul Zakiah yang merayu agar dia pulang selepas disyaki lari dari rumah kerana mengikut Samer Khan atau nama sebenarnya, Arsad Mohd., 20-an apabila cinta mereka mendapat tentangan keluarga. Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Kuala Langat itu dikatakan telah terkena ilmu pengasih lelaki Pakistan tersebut hingga menyebabkan dia mula berbohong dan melawan cakap orang tua. Mengulas lanjut, menurut Azman, walaupun hanya berbual selama seminit, dia berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit baharu anaknya. -kosmo klik untuk baca |
Blogger UMNO BN Cuba Nafikan Kapal ZIM Milik Israel Posted: 23 Feb 2012 03:07 PM PST Gempar!!! Kapal ZIM Bukan Milik Israel... "Jika kapal tersebut didaftarkan di Pelabuhan Klang, maka kapal itu akan mengibarkan bendera Malaysia dan kapal itu adalah kapal Malaysia. Bendera negara berdaftar kebiasaannya akan dikibar di bahagian buritan kapal atau di wheel bridge". "Jika seseorang itu seorang yang lemah pengetahuan amnya dan tidak mengenali bendera negara-negara asing, orang itu boleh pergi ke bahagian buritan kapal dan lihat nama tempat kapal itu didaftarkan. Dalam hal ini terang-terangan kelihatan pendekar-pendekar tempang PKR sangat lemah ilmu pengetahuan amnya sehingga nama tempat pun tak tahu". "Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh pak pandir-pak pandir jingga 13 kepada sekumpulan pemberita hari ini. Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel" - kenyataan puak-puak UmnoBn. Yahudi laknat ni bukannya bodoh... Takkan mereka nak masuk ke negara yang dilarang perhubungan diplomatiknya, mengibarkan bendera di kapal milik mereka... UmnoBn masih berterusan membuat kenyataan yang memperbodohkan orang-orang Melayu sejak sekian lama… dengan mengatakan Kapal ZIM yang berlabuh di Pelabuhan Kelang itu bukannya kapal dagang Israel, tetapi sebenarnya Kapal dagang Liberia...? Bendera (flag) Yang Dimaksudkan adalah "flag of convenience" Bendera "flag of convenience" adalah bendera yang menerangkan tentang negara mana kapal saudagar itu DIDAFTARKAN… dan bukannya bendera bagi negara pemilik kapal. Ia bertujuan untuk mengurangkan kos operasi atau mengelakkan peraturan-peraturan negara pemilik, seperti banyak negara yang tidak mengiktiraf Israel. (baca rujukan wikipedia)… puak Umno yg tak reti bahasa inggeris DILARANG baca… takut tak faham, cakap lain pulak ! Liberia adalah Pendaftar Kapal kedua terbesar di dunia, termasuk lebih 3,750 kapal-kapal dari seluruh dunia didaftarkan di Liberia. Memang benar kapal ZIM itu didaftar di negara Liberia… sebab itu benderanya negara Liberia. Kerajaan UmnoBn Menyumbang Kezaliman Terhadap Palestin Dalam hal ini, perkara pokoknya dan asasnya adalah kapal ZIM itu milik siapa…? Sudah tentunya Israel… kerana Perbadanan Israel memegang 98% saham Zim. Kumpulan Ofer adalah pemegang saham majoriti Perbadanan Israel (57%), dengan baki saham yang dipegang oleh Bank Leumi L'Israel (20%) dan orang awam. Oleh itu, sebarang perdagangan dengan Israel sudah pasti ada keuntungan hasil perdagangan… dan dari keuntungan itulah mereka gunakannya untuk melakukan kezaliman dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin. Malah, Malaysia bukan sahaja memberi keuntungan kepada Israel… tetapi juga membekal Minyak Sawit yang diperah dari hasil titik peluh rakyat negara ini termasuklah dari Peneroka-Peneroka FELDA … Rakyat Bijak Menilai .......... kredit: reformisanakmuda |
Apabila Si Jahil Tentang Islam Mahu Bercakap Tentang Bai'ah Posted: 23 Feb 2012 07:32 AM PST Bai'ah: Nik Aziz nafi 'tohmahan' Tun Mahathir SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menafikan tanggapan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menegaskan, partinya tidak pernah memaksa ahli-ahlinya taksub kepada pemimpin-pemimpin parti itu. Malah kata beliau, kenyataan Dr Mahathir juga memberi satu tanggapan yang salah mengenai dasar dan perjuangan Pas. "Semalam Dr. Mahathir ada komen mengenai bai'ah yang diamalkan oleh Pas. Ia semacam mentohmahkan cara bai'ah Pas sebagai ketaksuban kepada pemimpin tidak kepada Allah SWT. "Sebenarnya, Pas tidak mengamal sebegitu. Pas mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun berjamaah, bukannya pemimpin," kata beliau dalam komen yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook. Sehubungan itu kata beliau, jelas sekali Dr. Mahathir sudah tersasar dalam menterjemahkan Pas sebagai sebuah gerakan politik Islam yang meletakkan akidah perjuangan Islam sebagai keutamaan. SU Agung Pas: Bai'ah kaedah perjuangan Islam Ulasan GB Sikap Mahathir terhadap bai'ah menjelaskan bahawa beliau amat jahil mengenai Islam. Wahai Mahathir, mari sini ku kuliahkan kepada kamu serba sedikit tentang bai'ah. Dalam Islam Bai`ah bermaksud berjanji untuk taat kepada pemimpin. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud "Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar." (Surah Al-Fath, ayat 10) Sikap setia dan patuh yang tidak berbelah bagi perlu diamalkan, sama ada dalam perkara yang disukai atau tidak, susah atau senang, selagi ketaatan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran agama dan peraturan yang mendasari dasar sesebuah negara. Berkaitan dengan perkara tersebut, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud "Diwajibkan ke atas orang Islam itu dengar dan taat (kepada pemimpin) dalam perkara yang disukainya dan dalam perkara yang dibencinya, kecuali ia diperintah melakukan maksiat." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Sejarah Islam telah menceritakan bagaimana sebelum berhijrah ke Yathrib, baginda Rasulullah SAW telah dikunjungi oleh penduduk Yathrib sebanyak dua kali dan kedua-duanya melibatkan ikrar taat mereka yang disebut sebagai bai'ah. Bai'ah al-Aqabah yang pertama dikenali sebagai Bai'at-an Nisa'. Bai'ah ini lebih menjuruskan kepada persetujuan dan janji untuk menjaga dan mempertahankan keamanan di Yathrib. Seramai 12 orang penduduk Yathrib yang terdiri dari 10 orang suku kaum Khazraj dan 2 orang suku kaum Aus terlibat dengan ikrar ini didepan Rasulullah SAW. Mereka berjanji untuk tidak menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak membunuh anak, tidak berbohong, tidak memfitnah dan lain-lain. Bai'ah Aqabah kedua yang diadakan pada tahun 13 selepas kerasulan Nabi disebut sebagai Bai'at-al-Haub yang mana penduduk Yathrib berjanji dan berikrar akan melindungi dan mempertahankan Nabi serta umat Islam sepertimana mereka melindungi keluarga mereka sendiri. Sementara bai'ah khas terhadap Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Thaqifah Bani Saadah berlaku selepas kewafatan Rasulullah. Kewafatan Rasulullah SAW pada bulan Rabiulawal tahun 11 Hijrah amat dirasai oleh umat Islam dan mereka merasakan betapa besarnya musibah yang sedang menimpa mereka. Walau bagaimanapun Sayidina Abu Bakar terus keluar dan berkata kepada umat Islam di dalam kata-katanya yang masyhur " Wahai manusia sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah " . Seterusnya beliau membaca firman Allah s.w.t yang bermaksud "Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). Lalu umat Islam kembali kepada kewarasan mereka yang asal dan melihat siapakah yang bakal mengganti Nabi SAW dengan menuju ke serambi Bani Saadah bagi memilih Abu Bakar as-Siddiq RA sebagai Khalifah. Bai'ah ini di namakan sebagai Bai'ah Khas. Bai'ah am bagi pelantikan Abu Bakar As-Siddiq r.a menjadi khalifah di masjid Nabi s.a.w: Adapun bai'ah umum berlaku ketika umat Islam berhimpun di Masjid Nabawi di Madinah. Sayidina Umar bin al-Khattab RA bangun serta menggesa orang ramai agar melakukan bai'ah terhadap Abu Bakar as-Siddiq atas kedudukan Abu Bakar salah seorang yang paling hampir dengan Baginda Rasulullah SAW dan merupakan salah seorang pelopor dari kalangan para sahabat dan amat erat dengan Rasulullah SAW. Lantaran itu umat Islam menyokong cadangan Umar mereka telah melakukan bai'ah terhadap Abu Bakar sebagai khalifah dan bermula dari masa dan ketika itulah Saidina Abu Bakar As-Siddiq secara rasmi menjadi Khalifah bagi umat islam yang pertama. Itulah yang tidak diketahui dan difahami oleh Mahathir! Dia menyangka kepimpinan tidak ada pertanggungjawabnya kepada Allah, maka sebab itu dia berkata tidak perlu baiah. Sebab itu juga semasa UMNO berkuasa, tiada baiah yang mengikat mereka, maka itu lahirlah pemimpin-pemimpin yang tidak takut kepada Allah, melakukan penyalahgunaan kuasa, menipu rakyat, rasuah dan penyelewengan yang pelbagai rupa. Namun merela alpa dan lupa, kesemuanya itu akan tetap menerima hukuman dari Allah swt jua. klik untuk baca |
Najib Diselar Sisihkan MB & KM Negeri Pakatan Rakyat Untuk Mesyuarat Kali Ke 114 Posted: 23 Feb 2012 05:51 AM PST PPulau MB, KM Pakatan, Najib tak profesional, kata Khalid Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat dianggap amat tidak professional. Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN. "Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat tidak dipanggil menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Putrajaya pada Selasa lalu. "Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN," katanya dalam satu kenytaan media hari ini. Sambil membidas Najib kerana mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam membincangkan kebajikan rakyat, Abdul Khalid berkata sikap perdana menteri hanya membuktikan bahawa konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanyalah sekadar gimik politik. "Adalah amat tidak professional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat. "Apatah lagi rakyat dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia," katanya sambil menambah tindakan Najib itu juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin dilakukan. Mesyuarat Selasa lalu itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta beberapa menteri kabinet. Ia lazimnya digunakan bagi menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit. -mk PM pamer sikap hipokrasi Ulasan GB Ia adalah satu pengkhianatan terhadap konsep federalisma. Apa yang dilakukan oleh Najib dengan tidak memanggil sama MB & KM dari negeri Pakatan Rakyat untuk mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 adalah pembelakangan terhadap demokrasi dan ternyata BN cuma menyisihkan MB & KM dari negeri-negeri tersebut. Tidak mengapa. Jika begitu tindakan Najib menggunakan kuasanya, maka akan lebih cepat kerajaan beliau akan tercampak keluar dari Putrajaya. Kerana hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya bahawa: BN sudah tidak layak untuk menerajui Kerajaan "Persekutuan" apabila bertindak secara tidak adil dan tidak profesyenal serta membelakangkan konsep "PERSEKUTUAN". |
Gadis Diculik Setelah Tersalah Naik Komuter Posted: 23 Feb 2012 03:44 AM PST Padah salah naik komuter SHAH ALAM - Akibat tersalah naik komuter, seorang remaja berusia 16 tahun bukan sahaja dilarikan lebih sejam, malah turut diikat dan dikurung dalam sebuah rumah terbiar, kira-kira 50 meter dari Stesen Komuter Pelabuhan Klang, 10 Februari lalu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aisha (bukan nama sebenar) berkata, sebelum kejadian, dia serta rakannya Aida (bukan nama sebenar), 15, baru pulang dari sekolah dan merancang ke Jeram, Kuala Selangor untuk bertemu rakan sekolah lama mereka. Setelah bertemu dengan rakan lama, dia dan Aida kemudiannya ke Stesen Komuter Klang untuk pulang ke Shah Alam, namun tersalah naik komuter yang menuju ke Pelabuhan Klang. Aisha berkata, mereka hanya menyedari tersalah menaiki komuter setelah tiba di stesen Pelabuhan Klang. Menurut Aisha, mereka berpakat menunaikan solat Mahgrib di surau stesen tersebut terlebih dahulu sebelum berpatah balik ke Shah Alam. "Kami berpecah. Saya ke tandas manakala Aida terus ke surau. Apabila keluar dari tandas, tiba-tiba mulut saya ditekup, sebelum ditarik ke belakang tandas oleh seorang lelaki berpakaian hitam, serta memakai topeng ski. "Saya sangat terkejut tapi tak sempat buat apa-apa. Saya cuba untuk lepaskan diri tetapi lelaki itu sangat kuat dan tak mampu untuk melawan," katanya. Katanya, keadaan terlalu gelap dan dia diheret melalui jalan kecil yang sunyi menuju ke sebuah perumahan flat berdekatan. "Lelaki itu mengurung saya dalam sebuah bilik kosong serta ikat kedua-dua tangan dan kaki sebelum menyeluk poket baju sekolah dan merampas telefon bimbit," kata anak tunggal perempuan dari empat beradik itu. Aisha berkata, lelaki terbabit seperti menaip sesuatu melalui telefon bimbitnya, sebelum mencampakkan telefon serta pisau atas almari lama di bilik berkenaan. "Saya cuba untuk lepaskan diri dan berjaya buka ikatan tali di tangan serta kaki. Saya sangat panik dan bertindak mengambil telefon bimbit serta padamkan semua nombor yang disimpan, sebelum terdengar bunyi tapak kasut. Saya terus berlari sekuat hati, keluar dari situ dan menuju ke stesen komuter," katanya. Menurutnya, apabila sampai di stesen itu, dia nampak Aida mundar-mandir dalam keadaan bingung, lalu terus menarik tangan rakannya itu dan masuk ke komuter yang kebetulan baru tiba di stesen tersebut. "Saya menangis sambil menceritakan apa yang berlaku kepada Aida. Pada masa sama, ketika komuter sudah bergerak untuk ke Shah Alam, saya seperti ternampak kelibat penculik itu berdiri di sebelah tandas stesen seolah-olah sedang mencari-cari saya. "Tidak lama kemudian, ibu menghubungi telefon bimbit Aida untuk bertanyakan sama ada sudah menemui saya atau belum. Saya sangat lega sebab masih dapat bercakap dengan ibu kerana langsung tidak terfikir akan selamat," katanya yang mengakui masih teringat-ingat serta bermimpi buruk ekoran kejadian tersebut. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan