MiLo SuaM |
Bukti! Putera Umno terlibat menyerang ceramah Anwar di Johor! Posted: 23 Feb 2012 03:32 AM PST TERBARU, ceramah Anwar Ibrahim di Johor, iaitu di daerah Semberong, Kluang Johor diserang oleh sekumpulan anak muda yang dipercayai diupah oleh pihak Umno. Ceramah Anwar Ibrahim dilastik, dibaling dengan mercun bola, batu dan sebagainya. Malah kereta beliau turut dilastik dan disepak sehingga kemik di bahagian tepi, serta mengalami keretakan di cermin hadapan kereta tersebut. Di bawah ini gambar yang sempat diambil di HQ KEADiLAN keadaan kereta Anwar Ibrahim akibat serangan tersebut. Menggelupur blogger-blogger United Malays No Otak, Umno cuba menafikan berita ini. Seperti biasa mereka akan putar belikan cerita menggunakan kaedah yang sama, iaitu Keadilan atau Anwar sendiri yang menyerang diri sendiri untuk mendapat simpati rakyat. Sama saja seperti sebelum ini, mahasiswa dituduh cederakan diri sendiri, Anwar tumbuk mata sendiri sampai lebam, Teoh Beng Hock bunuh diri sendiri. Lebih lucu, peserta himpunan 901 dituduh letupkan bom untuk membunuh diri beramai-ramai kerana Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat. Adakah orang yang berfikiran waras akan mempercayai propaganda seperti ini? Kali ini kita dedahkan bukti salah seorang anak muda yang menyerang ceramah Anwar Ibrahim di Sembrong Kluang Johor tempoh hari. Anak muda ini pada malam kejadian tersebut mengakui, baru pulang menghalau Anwar dari tanah Kluang. Dia menulis di akaun Facebook miliknya yang dihantar melalui telefon bimbit BlackBerry, mengakui bahawa dia terlibat menghalau Anwar Ibrahim atau dengan kata lainnya dia terlibat melakukan kekecohan pada malam itu [Facebook]. Siapakah anak muda ini yang dilihat begitu benci dengan Anwar Ibrahim, sehingga sanggup membuat kacau di ceramah beliau di Sembrong, Kluang Johor baru-baru ini? Salah satu gambar di dalam akaun facebooknya menjelaskan segala-galanya [facebook]. Regim United Malays No Otak, Umno akan terus melakukan apa sahaja untuk mengalahkan lawan politik mereka. Politik rasuah, penyalahgunaan kuasa dan samseng akan terus jadi amalan regim ini. ReJaM© " Polis sila jalankan tugas anda! " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan