Khamis, 23 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Siapa wakil rakyatnya? ... Jangan cakap jer lebih

Posted: 23 Feb 2012 06:44 PM PST


rumah usang
rumah usang2
MUAR - Lapan beranak di Kampung Parit Abdul Aziz, Sungai Balang Darat dekat sini, terpaksa tinggal di pondok usang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran pada Jun tahun lalu.

Norhawa Arip, 37, berkata, pondok tersebut dibina atas tanah milik ibu mertuanya hasil gotong-royong penduduk kampung kerana mereka sekeluarga tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

Menurutnya, pondok berukuran 20x15 kaki ini didiami bersama suami, Ariffin Md Amin, 39, dan enam anak mereka berusia 15 hingga tiga tahun, sejak lapan bulan lalu.

"Pendapatan suami sebagai pemandu lori tidak menentu kerana bergantung kepada perjalanan lori telah menyukarkan kami untuk membina rumah baru.

"Ia sekadar mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk perlu menanggung lima daripada enam anak yang masih bersekolah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Norhawa berkata, keadaan pondok itu juga sudah tidak kukuh, selain tidak mempunyai ciri keselamatan kerana hanya berdindingkan zink dan kanvas serta tidak berpintu.

"Jika hujan lebat, tidur malam kami sekeluarga sering terganggu kerana terkena tempias air hujan berikutan kanvas ini tidak mampu menahan tiupan angin yang kuat.

"Ketika inilah anak-anak terpaksa berhimpit-himpit mencari tempat berteduh bagi mengelak diri daripada terkena tempias air hujan," katanya.


Menurutnya, hatinya begitu sayu bila melihat anak-anak membesar dalam keadaan kediaman yang kurang sempurna.

"Pondok ini tidak mempunyai bilik dan di ruang yang sempit inilah menjadi tempat tidur, tempat berehat, tempat makan dan tempat anak-anak membuat kerja sekolah.

"Pondok ini juga tidak mempunyai bekalan elektrik dan saya terpaksa mendapatkan bekalan elektrik dengan menyambung wayar menerusi rumah jiran bersebelahan rumah," katanya.

Norhawa berkata, setiap malam pondok ini hanya bertemankan cahaya malap menggunakan satu mentol lampu sahaja.

"Pada siang hari pula, kami sekeluarga terpaksa menahan panas zink kerana bumbung pondok ini terlalu rendah.

"Atas ihsan daripada rakan suami yang telah memberikan kanvas dan kami jadikannya sebagai pengganti siling, Alhamdulillah dapat kurangkan sedikit panas dalam pondok ini," katanya.

Menurutnya, kadang-kadang anak-anaknya merungut kerana tidak berasa selesa tinggal dalam pondok yang mereka duduki ketika ini.

"Saya hanya mampu memujuk mereka dengan mengatakan akan segera bina rumah apabila wang simpanan mencukupi.

"Apa yang menggusarkan hati saya apabila memikirkan keselamatan anak perempuan berusia 15 tahun kerana dia sering tinggal sendirian dengan keadaan rumah yang tidak berpintu," katanya.

Norhawa berkata, selepas tragedi tersebut dia ada membuat permohonan rumah baru daripada Baitulmal menerusi ketua kampung tetapi masih tidak mendapat sebarang maklum balas positif.

Sementara itu, Ketua Kampung berkenaan, Abdullah Basiron berkata, pihaknya akan membantu untuk mengemukakan semula permohonan tersebut.

Bukan sikit ooii ...RM589juta ...Najib lepaskan hutang Tajudin Ramli (mas) pada Danaharta

Posted: 23 Feb 2012 06:17 PM PST

Pentadbiran angkuh Najib burukkan imej korup negara

oleh  YB Dr Dzulkefly Ahmad . MP Kuala Selangor


24 FEB — Perbuatan Pentadbiran PM Najib melepaskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli terhadap Danaharta sebanyak RM589 juta adalah kekemuncak keangkuhan kerjaan BN dalam mengurus kewangan negara yang telah pun buruk dengan pelbagai skandal, paling mutakhir NFC.

Pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) sendiri menyifatkan keputusan itu ini sebagai satu penyalahguanaan kuasa oleh kerajaan Najib yang tidak langsung mempedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal) dan ketelusan yang sangat diperlukan oleh kerajaan Najib-BN yang telah terus mengalami kejatuhan dalam ranking Indeks Persepsi Korupsi (CPI), sekaligus membawa kesan buruk negara di kacamata pelabur tempatan mahupun antarabangsa.


Penghapusan dana awam sebanyak RM589 juta, yang merupakan baki pinjaman Tajudin sebanyak RM1.79 bilion oleh sekumpulan peminjam bagi membiyai pembelian 32 peratus kepentingan saham MAS pada tahun 1994 semasa era penswastaan mega di zaman Tun Mahathir.

Tun masih punya pelbagai "tengkorak" atau "skeleton" yang umum masih tuntut pertanggungjawaban. Buku-buku Tun banyak, tetapi tidak banyak hal yang dijelaskan, Malang.

Untuk ingatan semua, seorang analyst Danial Lian dari Morgan Stanley dalam tahun 2004 (April, The Edge) pernah mendedahkan bahawa dalam pentadbiran Tun Mahathir sebanyak US$100 bilion (RM310 bilion) hangus dalam pelbagai keboborkan urus-tadbir kewangan yang tiris dan curang kerana rasuah dan salah guna kuasa dalam era mega penswastaan dan bailout.

Perkara ini juga menimbulkan spekulasi bahawa Tun Mahathir masih lagi berkuasa menentukan banyak hal dalam Pentadbiran Najib ketika kes ini dapat diperap dan dilenyapkan begitu sahaja..

Bayangkan kekecewaan rakyat. Negara ini semacam ditadbir sekumpulan Mafia yang tidak boleh dipertanggungjawabkan!

Tidak layak sama sekali perkara ini dipandang ringan oleh pihak Najib, terutama beliau juga menunjukkan sikap yang culas dan cukup tidak komited dalam menangani skandal perbelanjaan RM250 juta yang tidak dilakukan secara komplian oleh syarikat milik keluarga seorang menteri penuhnya.

Najib wajar diingatkan bahawa isu dakwaan rasuah dan "kickback" pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan beliau dengan dakwaan bayaran "komisyen" RM540 juta atau 114 euro juta masih di mahkamah Perancis.

Rakyat kini mahu tahu dan mendesak supaya bentuk penyelesaian yang dicapai antara bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd yang dimiliki 100 peratus oleh Kementerian Kewangan didedahkan dan tidak dirahsiakan kerana ia melibatkan dana awam.

Mengikut kata Pengerusi TI-M itu lagi, kes ini pasti akan meninggalkan kesan buruk terhadap CPI akan datang sekali lagi akan menjejaskan ranking negara Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang tidak menarik. Sebagai seorang PM merangkap Menteri Kewangan, tidak layak Najib memandang ringan hal ini.

Kali terakhir Transparency International Malaysia (TI-M) mendedahkan rankingnya hujung tahun lalu (2011), Malaysia mencatat ranking terburuk dalam tempoh 10 tahun — jatuh dari tangga 56 kepada tangga 60 dari sejumlah 183 buah negara manakala skor CPI jatuh kepada tahap paling rendah 4.3/10.

Menurut TI-M, dari tempoh sembilan tahun (1995-2003), dalam era Tun Mahathir, kedudukan CPI Malaysia berligar di antara 4.8 pada tahun 2000 hingga 5.32 pada 1996 manakala ranking CPI jatuh 14 anak tangga dari No. 23 tahun 1995 kepada No. 37 pada 2003. (Skor 10 ialah markah paling bersih manakala 0 ialah markah paling korup.)

Dalam tempoh lima tahun pentadbiran Pak Lah pula, ranking TI-M CPI Malaysia jatuh 10 anak tangga lagi dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 manakala skor CPI berligar di antara 5.0 hingga 5.1.

Dalam era Najib kini yang baru melalui tempoh 2½ tahun pentadbirannya mencatatkan TI CPI paling terburuk; jatuh sembilan (9) anak tangga dalam tempoh setahun sahaja dari No. 47 pada 2008 kepada No. 56 pada 2009.

Dalam penilaian paling mutakhir yang dilakukan TI-M di hujung tahun lalu (2011), ranking Malaysia jatuh 13 anak tangga dari No. 47 kepada No. 60 di bawah Najib berbanding ketika Pak Lah, Malaysia jatuh 10 anak tangga dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 dan sembilan tahun di bawah Dr Mahathir, Malaysia jatuh 14 anak tangga dari No. 23 pada 2007 kepada No. 37 tahun 2003.

Antara perhitungan besar pengundi dalam PRU ke-13 ini, adalah memilih kepimpinan dan kerajaan yang boleh mengeluarkan negara dari amalan rasuah, kronisme dan salah-guna kuasa sebagai antara faktor paling besar yang telah menggagalkan negara mencapai kedudukan negara maju dan menghalang rakyat mengecapi kemakmuran dan kemajuan negara sebenarnya.

Kekayaan kini hanya dibolot secara rakus oleh segelintir pemimpin politik dan elit bisnes yang bernama kroni sudah menjadi rahsia umum yang mengaibkan. Pimpinan Umno-BN semacam langsung tidak mengendahkan dan jauh lagi untuk malu dengan kritikan serta herdikan rakyat. Inilah jenayah politik paling besar di negara ini. sekaligus khianat kepada Amanah Allah dan mandat Rakyat!

Kebobrokan urus-tadbir yang sarat "Rasuah dan Ketempangan" ini dalam ketiga-tiga PM Umno-BN ini dan paling buruk di bawah PM Najib sudah cukup memberi maklumat bagaimana rakyat perlu memberi pengajaran kepada kerajaan BN dalam pilihnaraya ke-13 ini. - TMI

Himpunan Hijau 2.0 : DSAI bersama semua pimpinan utama PKR akan hadir

Posted: 23 Feb 2012 04:35 PM PST

Parti Keadilan Rakyat memberikan sokongan penuh kepada Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan pada 26 Februari 2012 ini.

Sebelum ini Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan masyarakat setempat telah bersama-sama menentang projek radiaoktif Lynas di Gebeng, Pahang.

Malah, Temurapat Pimpinan KEADILAN pada 24-26 Februari ini yang pada awalnya dijadualkan di Lumut, Perak telah dipindahkan ke Kuantan, Pahang bagi membolehkan semua pimpinan parti diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0.

Saya juga telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota KEADILAN di Pahang khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya untuk turut sama menyokong Himpunan Hijau 2.0 dan kempen Hentikan Lynas.

DATO' SAIFUDDIN NASUTION
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

[Video] DSAI berucap di 'Zon Perang' Johor

Posted: 23 Feb 2012 07:16 AM PST

Kisah tentera Amerika yang menjadi Imam

Posted: 23 Feb 2012 06:05 AM PST

Postur badan yang tinggi, besar dan berkulit hitam mungkin pemandangan umum di angkatan darat AS. Namun, ada satu hal yang membuatnya cukup ketara iaitu bulan sabit bersulam hitam pada di topi rasminya. Ya, itulah penampilan seharian Mayor Khallid Shabazz ketika berseragam rasmi.

Dengan lambang itu, Khallid dikenali sebagai seorang Imam yang mewakili perwakilan Muslim dalam tentera AS. Dengan kedudukannya itu, Khallid selalu mendapat perhatian lantaran polisi AS melawan kelompok Muslim selama satu dekad. "Saya bukan seorang imam, tapi saya seorang Muslim," katanya seperti dilaporkan agusta.com, Isnin(6/2).


Ketika ini, AS menempatkan sejumlah imam dalam beberapa lokasi strategik. Khallid sendiri ditempatkan di Jerman. Di sana dia bertugas membimbing tentera AS yang Muslim. Namun, dalam tugasnya dia juga memberikan arahan kepada tentera AS beragama Kristian.

Sebelum memeluk Islam, Khallid yang dahulu bernama Michael Barnes merupakan individu yang dibesarkan dalam keluarga Kristian yang taat. Semasa remaja, Khallid banyak melalui perkara pahit yang paling teruk ketika dia dipukul dan ditembak oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Selanjutnya, kehidupan Khallid berubah drastik setelah dia diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan. Baginya, kewajipan itu menjanjikan harapan baru berupa kehidupan yang lebih baik. Memang benar, kehidupan tentera sangat sesuai untuk Khallid. Tapi kedudukannya sebagai tentera barisan hadapan membuatnya sengsara.

Suatu ketika, dia mendapati sebuah perbincangan agama dengan seorang Muslim. Dari perbincangan itu, ada perubahan perspektif dalam dirinya tentang agama. Dia pun memutuskan memeluk Islam. Keputusannya itu mendapat cemuhan dari pihak atasannya. "Mengapa anda melakukan sesuatu yang bodoh," kata dia.

Melihat komen itu, Khallid terpukul. Namun, seorang pendeta Katolik menyarankannya untuk menjadi ulama tentera. "Sepertinya itu adalah wahyu. Saya merasa ada hal yang harus dikerjakan," tenang Khallid. Dia memulakan niat itu dengan menukar namanya menjadi Khallid Shabbaz. Dia pelajari bahasa Arab dan Islam di Jordan.

Tugas besarnya pun bermula pada 2004. Ketika itu, dia ditugaskan untuk menjadi ulama bagi tahanan pengganas di penjara Guantanamo, Cuba. Dia menggantikan ulama bernama Yusuf Lee yang ditahan atas tuduhan hasutan. "Ketika itu, saya tidak punya waktu untuk takut," katanya.

Khallid mula merasa seperti orang buangan di Guantanamo. Sebagai seorang imam tanpa janggut, berikut dengan seragam tentera Amerika. Para tahanan umumnya tidak percaya padanya. Para penjaga di Guantanamo pun tidak terlalu tertarik pada seorang lelaki yang melayani musuh Amerika. "Inilah bahagian yang sukar dari hidup saya. Padahal aku tidak memihak sesiapa," kata dia.

Khallid akhirnya menarik perhatian saudara-saudaranya melalui keperibadian dan kemampuannya dalam bermain bola keranjang. Dia berjaya menjalankan misinya sebagai duta bagi tentera, AS dan Islam. "Ketika mereka berinteraksi dengan saya, saya mempunyai bola untuk dimainkan dengan orang-orang ini," katanya dia.

- terjemahan dari republika.co.id

Himpunan Hijau 2.0 : Padang MPK dipagar

Posted: 23 Feb 2012 04:28 AM PST

KUANTAN 23 Feb: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh percaya ada tangan tersembunyi di sebalik tindakan memagar tapak himpunan Hijau 2.0, bertujuan menghalang bantahan loji memproses nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).
Dalam satu kenyataan, Fuziah berkata, padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), mula dipagar pihak berkuasa secara tergesa-gesa bagi menghalang himpunan tersebut yang bakal berlangsung di lokasi itu, Ahad ini.
"MPK bertindak seperti yang tidak sepatutnya, yang menggambarkan seolah-olah tindakan terdesak sesetengah pihak yang dipercayai di belakang kerajaan negeri.
"Dua hari lalu, notis memaklumkan MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang berkenaan dan hari ini, ini pula," katanya.

Menurutnya, beliau telah menghubungi pejabat MPK dan dimaklumkan pagar berkenaan didirikan kononnya bagi menaik-taraf padang MPK1 untuk acara SUKMA yang dijadualkan pada Julai 2012.
"Nampaknya ada tangan tersembunyi dalam seluruh plot ini. Justeru, saya gesa MB (Datuk Seri Adnan Yaakub) supaya tidak bercakap dengan lidah bercabang.
"Beliau berkata kehadiran berama-ramai orang ke Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 adalah baik untuk ekonomi tempatan. Malah, beliau juga berkata dirinya mungkin datang ke majlis itu pada Ahad ini," kata Fuziah.
Menurut beliau, penangguhan dua hari bagi membina pagar itu tidak akan menjejaskan kerja-kerja menaik-taraf padang berkenaan dan mengulangi desakan supaya Adnan mengotakan janjinya.
Tambah beliau, tidak ada sebarang alasan pihak berkuasa tempatan tidak memberi kebenaran supaya perhimpunan anti Lynas itu diteruskan sepertimana kebenaran diberikan ke atas penganjuran konsert Jom Heboh.
"Adalah pilihan terbaik bagi mereka membenarkan padang itu digunakan untuk perhimpunan aman, demi solidariti rakyat daripada membiarkan orang ramai turun ke jalanan," tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27062

Drama 'Apa Celop' hina Islam?

Posted: 23 Feb 2012 02:53 AM PST

Ahmad Idham Kesal Dituduh Hina Islam Dalam 'Apa Celop'
Ahmad Idham.
KUALA LUMPUR: Pengarah filem dan drama popular, Ahmad Idham kecewa apabila ada pihak mendakwa drama bersiri terbaru arahannya iaitu Apa Celop menghina agama Islam.
Idham berkata, dia berasa kesal dan sedih apabila niat baiknya untuk memartabatkan kalimah Allah S.W.T. seperti ungkapan Alhamdulilah, Astagfirullah A'lazim, Subanallahdan sebagainya di dalam drama bersiri itu telah dikatakan menghina agamanya sendiri.

"Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop.
"Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih," ujarnya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Ahmad Idham mengulas pendapat sesetengah pihak menerusi beberapa laman sosial yang menuduhnya mempersendakan agama Islam apabila kalimah Allah diungkapkan oleh pelakon yang membawa watak mat rempit dalam drama bersiri tersebut.
Apa Celop menemui penonton TV3 pada setiap Isnin dan telah memulakan siaran pertamanya pada 20 Februari lalu.
Dalam pada itu, Idham berkata, masyarakat sepatutnya melihat perkara itu sebagai kebaikan dan cara membudayakan elemen Islam yang semakin jauh daripada masyarakat terutamanya golongan belia.
Dia sebenarnya sengaja menggunakan kalimah-kalimah tersebut secara kerap dalamApa Celop kerana ingin mendidik golongan belia dan kanak-kanak bahawa ada cara sebenar untuk menyatakan sesuatu mengikut ajaran Islam.
"Jika dilihat hari ini golongan remaja dan kanak-kanak lebih terbiasa dengan ucapan seperti Oh My God, Oh!Damn dan sebagainya selain tidak lagi menggunakan kata-kata Ya Allah Ya Tuhan Ku, Alhamdulilah, Astagfirullah A'lazim dan sebagainya.
"Sepatutnya orang yang mengecam itu kena kaji balik dan tidak cepat menuduh dan mengatakan saya menghina Islam," katanya.
Drama bersiri 13 episod tersebut merupakan cetusan idea Idham yang bertindak sebagai pengarahnya manakala skrip ditulis oleh Meor Shariman.
Ia memaparkan pelbagai dilema dan masalah pelumba-pelumba haram yang menjalani kehidupan mereka di Kuala Lumpur.

Konspirasi Umno : Pengaruh Istana adakan PRU13 Selangor, pusat serentak?

Posted: 23 Feb 2012 12:52 AM PST

DESAS-DESUS pilihan raya negeri Selangor serentak dengan pilihan raya umum ke-13 yang diputuskan pusat kemungkinan berlaku sebagaimana dirancang oleh Umno di negeri berkenaan.

Sumber luar istana mendedahkan Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikenali adil dan rasional cuba dipengaruhi oleh beberapa pelobi upahan Umno.

Sumber meminta pihak berwajib mengikuti serta mendapatkan penjelasan Dato' Mohammed Khusrin Munawi kerana Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor itu didakwa mengetahui konspirasi terbaru Umno bagi merampas Kerajaan Negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat menggunakan pengaruh Istana.

Umno sendiri dilihat mengelak dari menggunakan pengaruh Istana bagi melengkapkan proses kudeta di Selangor sebagaimana yang pernah dilakukan ke atas Kerajaan Negeri Perak lebih tiga tahun lepas.

Mereka dilaporkan hanya mahu rampas Selangor, bukan menghadapi kebangkitan berpenjangan rakyat sebagaimana yang berlaku di Perak sehingga sekarang. Rakyat dilihat bangkit menolak perbuatan tidak demokratik tersebut.

Sumber turut meminta pihak berwajib mengikuti serta mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hal ini daripada 'orang istana' bernama Munir Bani.

Sehingga sekarang, Pakatan Rakyat di Selangor bersama-sama Pulau Pinang dan Kelantan dilaporkan merancang untuk tidak mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut sedemikian.

Kedah masih belum memberikan isyarat yang jelas mengenai cadangan Pakatan Rakyat itu.

Seluruh rakyat Malaysia terus berteka-teki mengenai pilihan raya umum belakangan ini gara-gara permainan media yang dilakukan oleh Najib sendiri.

Mampukah Umno menjayakan konspirasi terbesar bagi merampas Selangor ini dengan mempengaruhi Tuanku Sultan Selangor yang adil lagi rasional kelak?

SUMBER : ZULFAQAR

BN semakin tenat di Johor... Lagi orang besar Umno akan sertai PAS

Posted: 22 Feb 2012 11:15 PM PST

Blog Ibn75.wordpress.com 
 
JOHOR BAHRU – Lagi bekas pemimpin UMNO di peringkat tertinggi negeri ini didakwa akan menyertai PAS kerana Pakatan Rakyat (PR) dilihat bakal menerajui kerajaan negeri di Nusajaya selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 akan datang dan hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

Menurut sumber, beberapa pertemuan telah diadakan melibatkan bekas pemimpin itu seperti bekas exco Kerajaan Negeri Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan lain-lain.

Sumber turut mendakwa, spekulasi tentang kedudukan mereka itu dikuatkan lagi dengan keyakinan apabila melihat kuasa orang Melayu semakin terhakis di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN).

Disamping itu, isu pengambilalihan dua syarikat terbabit Sehingga Johor Corporation (Jcorp) membatalkan hasratnya turut mendorong kelompok itu hilang kepercayaan kepada corak kepimpinan Datuk Abd. Ghani Othman.

"Lagi pertemuan bersama Bekas pemimpin UMNO peringkat tertinggi di Johor, yg juga bekas DO, bekas Exco, bekas ADUN & bekas JCS. Seorg think tank UMNO negeri. Sudah terang lagi bersuluh, beliau memberitahu, UMNO akan TUMBANG DLM PRU-13 di JOHOR. Beliau tak menafikan ......, bukan setakat ketua caw @ bahagian, malah ADUN & MP dr UMNO sendiri yg BAKAL BERPALING TADAH MENUMBANGKAN UMNO DLM PRU AKAN DATANG… Drpd sini, sudah PASTI Najib akan DRAG PRU SEHINGGA KE TARIKH AKHIR PD MAC 2013. Teruskan perjuangan, KEMENANGAN SEMAKIN HAMPIR UTK ISLAM.

"Seorg yg berpangkat Dato & bekas Bentara Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar. Beliau MEMANG KONFIDEN PAKATAN AKAN MEMERINTAH JOHOR. Cuma satu shj pesannya, KEMBALIKAN SEMULA HAK ORANG MELAYU DI JOHOR yg hilang semasa UMNO BN memerintah. ISLAM SEMULA BUMI JOHOR nih dgn cahaya HIDAYAH & SINGKIRKAN PENGARUH YAHUDI yg telah laama meresap ke dlm pemerintahan Tok Ghani Othman, Na'uzubillah," ujar pemilik akaun facebook Ibnu Zatussalasil.

Isu tersebut mula mendapat perhatian umum apabila PAS Johor mendesak Pengerusi Jcorp, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar supaya membatalkan serta-merta kerana ia jelas tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada Jcorp, Kulim (M) Berhad, QSR, KFCH termasuk rakyat Johor.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu, berpandukan analisis yang dilakukan Pakatan Rakyat dipercayai mampu untuk meraih lebih kurang 60% kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala usaha yang berterusan harus digerakkan lagi supaya lebih banyak lagi kerusi yang akan dimenangi.

"Kami cakap, takperlah biar kitorg jd pembangkang yg kuat sdh cukup baik laaa, DIA MARAH KAT KAMI, HAHAHA… Dia kata JGN berfikiran sedemikian, sbb dlm analisis dia, PR akan menguasai 60% kerusi DUN & kena usaha keras sikit spya leh jejak 80%. Mak aih… TERKEJUT KAMI DIBUATNYA, hahaha.

"Selalu jumpa ketua cawangan & ahli2 biasa UMNO yg nak masuk PAS ja, tp kali nih betul2 punya cerita & fakta yg sgt jelas," ujarnya lagi

Tiada ulasan: