Kelab Greenboc |
- Pasangan Dicekup Kali Kedua
- [Bergambar & Video] Protes Bakar Al-Quran Di Afghanistan, 6 Terbunuh
- Wajah Imam Hosnan Yang Membaling Kasut Kepada Panel Hakim Mahkamah Persekutuan
- Bekas Banduan Geletar Mengaku Rogol Adik Kandung
- PANAS: Laporan Polis Oleh Jurusolek Dakwa Dicabul Pemimpin BN
- [Video] Demo Anti Israel Di Pelabuhan Klang
- Najib Kata ISA Mansuh Tetapi Mahkamah Jatuhkan Hukuman Kepada Penentang ISA
- Taklimat KPF Kecoh: Isa Samad Halau Keluar Peneroka
- Ku Li Bidas Kenyataan Najib: 'Buat Malu Sahaja Kata Kelantan Termiskin'
- Perangai UMNO: Depan Rakyat Maki Israel, Belakang Rakyat Cium Bontot Israel
Posted: 23 Feb 2012 12:30 AM PST Batu Pahat – Sepasang kekasih yang pernah dicekup berkhalwat di daerah ini Januari lalu, dicekup buat kali kedua di sebuah hotel murah di sini, petang semalam. Pasangan masing-masing berusia 40-an itu dicekup sepasukan penguat kuasa Agama Daerah Batu Pahat yang melakukan serbuan di hotel berkenaan kira-kira jam 2 pagi. Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit sedang tidur dan terdapat seorang bayi tidur bersebelahan mereka. "Ketika disoal penguat kuasa, mereka mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau hubungan mahram. "Hasil siasatan mendapati bayi tersebut yang berusia dua minggu itu dipercayai adalah bayi hasil hubungan terlarang pasangan terbabit yang dibawa untuk mengaburi mata pihak berkuasa yang akan menyangka mereka ini adalah suami isteri," katanya. Menurutnya, wanita terbabit yang sebelum ini sarat mengandung langsung tidak dapat dihidu keluarganya yang hanya mengetahui perkara tersebut selepas mereka diberkas. "Berdasarkan rekod, ini adalah tangkapan kedua membabitkan pasangan itu di mana serbuan menyasarkan hotel bajet di sini. "Ketika ditahan pertama kali, wanita terbabit sedang sarat mengandung dipercayai hasil hubungan terlarang mereka," katanya. Saiful Ariffin berkata, difahamkan lelaki terbabit sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri, namun kini dalam proses penceraian berikutan ingin mengahwini kekasih hatinya itu. "Pasangan terbabit yang merupakan warga tempatan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut. "Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. |
[Bergambar & Video] Protes Bakar Al-Quran Di Afghanistan, 6 Terbunuh Posted: 22 Feb 2012 11:50 PM PST 6 terbunuh protes bakar al-Quran di Afghanistan KABUL - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera di Afghanistan berikutan protes berhubung insiden membuang dan membakar kitab suci al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) Bagram, utara Kabul. Beberapa naskhah dilaporkan dibakar, Isnin lalu. Menurut laporan BBC, seorang terbunuh di Kabul, seorang lagi di bandar raya timur Jalalabad dan sekurang-kurangnya empat orang di wilayah Parwan. Pegawai-pegawai AS memohon maaf kelmarin atas kejadian secara tidak senjaga meletakkan al-Quran dalam alat membakar di pangkalan udara itu. Pegawai-pegawai di Bagram dilaporkan mengesyaki banduan Taliban menggunakan al-Quran untuk menghantar mesej antara satu sama lain. Beberapa naskhah dengan kesan bakar ditemui oleh pekerja-pekerja tempatan. Protes yang bermula di Bagram tersebar ke seluruh Afghanistan. Protes yang serupa pernah diadakan tahun lalu ekoran tindakan seorang pastor dari Florida membakar kitab suci orang Islam itu. |
Wajah Imam Hosnan Yang Membaling Kasut Kepada Panel Hakim Mahkamah Persekutuan Posted: 22 Feb 2012 09:44 PM PST Imam 'BERSIH' baling kasut ke arah hakim Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini. Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan. Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan. Imam berkenaan, Hoslan Hussain, yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu. Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang. Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka. Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari. Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau. Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu. Demi keadlilan Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu berkaitan tidak dilayan. Beliau mendakwa banyak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan berkenaan, tetapi tiada tindakan. Malah, dakwanya, Umno turut terbabit menggunakan MAIWP untuk menyingkirkannya. Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan. Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya. Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu. Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya, khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan. Namun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya. -mk Ulasan GB Panel 3 hakim mahkamah Persekutuan yang bersidang sepatutnya tidak terlalu rigid dengan hanya mendengar pendakwa raya semata-mata kerana bantahan itu mengikut undang-undang. Sebagai mahkamah tertinggi di dalam institusi kehakiman, rayuan yang ingin dikemukakan oleh Imam Hoslan berkenaan adalah "peluang terakhir" baginya untuk membuat rayuan dan demi kebenaran dan keadilan, panel hakim sebaik-baiknya berlembut dan mendengar rayuan tertuduh. Namun tindakan para hakim berkenaan yang rigid menjadikan yang tertuduh tidak dapat mengemukakan rayuannya lalu hilang sabar dan bertindak membaling kasutnya dengan tidak lagi mengindahkan apa pun risiko yang bakal dihadapinya. Peristiwa di atas sepatutnya membuka mata dan memeri pengajaran kepada para hakim di negara ini. |
Bekas Banduan Geletar Mengaku Rogol Adik Kandung Posted: 22 Feb 2012 07:59 PM PST Kuala Terengganu - Seorang bekas banduan menggeletar ketika membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan merogol dan mengugut adik kandungnya dengan pedang, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Wan Fadilah Nor Wan Idris di sini hari ini. Tertuduh yang melakukan kesalahan sumbang mahram itu selepas dua hari dibebaskan daripada penjara akibat kesalahan dadah, kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan bagi kedua-dua kesalahan itu. Dia dihukum penjara 11 tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol dan penjara setahun bagi kesalahan mengugut tetapi perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan selepas Hakim Wan Fadilah Nor memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berturutan. Terdahulu, tertuduh yang berumur 37 tahun hanya tunduk dan mengangguk faham ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadilah Nor. Dalam keadaan menggeletar, dia kemudiannya mengaku salah. Dia didakwa telah secara paksa merogol adik perempuannya yang berumur 24 tahun di belakang sebuah rumah di Kuala Besut pada 10.30 malam, 10 Februari lalu mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta boleh dikenakan sebatan. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah mengugut mangsa dengan sebilah pedang dengan tujuan menakutkan mangsa supaya tidak membuat laporan polis bersabit kejadian itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazlyza Mohd Nazri. - Bernama klik untuk baca |
PANAS: Laporan Polis Oleh Jurusolek Dakwa Dicabul Pemimpin BN Posted: 22 Feb 2012 05:57 PM PST Jurusolek dakwa dicabul pemimpin MCA MCA kini berdepan dengan satu lagi skandal yang melibatkan pemimpinnya, kali ini Ng Tian Poh (gambar), ahli jawatankuasa Perhubungan MCA Perak. Ng Tian Poh dituduh mencabul seorang jurusolek bernama Ng Sook Mei pada 30 Disember 2010, dan isu ini menjadi hangat di dunia internet, baru-baru ini. Ibu pejabat polis daerah Ipoh telah mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa satu surat telah dikeluarkan untuk memaklumkan Ng Sook Mei bahawa polis telah menjalankan siasatan rapi terhadap aduan beliau, malah tangkapan telah dibuat ke atas Ng Tian Poh, yang disyaki terlibat dalam kes ini. Bagaimanapun, Ng Tian Poh ketika dihubungi MerdekaReview, menafikan dirinya telah ditangkap. Ng Tian Poh bagaimanapun mengakui dirinya pernah disiasat sekali sahaja pada tahun 2010. Ng Tian Poh enggan mengulas apabila wartawan menyusul dengan soalan sama ada beliau mencabul wanita tersebut. Dalam aduan polis oleh Ng Sook Mei pada 31 Disember 2010, Ng Tian Poh dituduh memasukkan tangan ke dalam baju Sook Mei, meraba buah dadanya dan membuka kancing baju dalamnya. Sook Mei, 29 ketika itu, menolaknya tetapi Ng Tian Poh terus memasukkan tangan ke dalam seluar pendeknya. Seorang kawannya, Ranjit yang berada bersama mereka ketika itu, di Ipoh Royal Club menolong Sook Mei untuk membebaskan diri dari terus dicabul Ng Tian Poh. Ng Sook Mei memanggil sidang media pada 17 Februari 2012 untuk menjelaskan apa yang berlaku pada malam itu. Beliau bersama teman lelakinya berada di tempat kejadian semasa pencabulan berlaku. Mereka pergi ke Ipoh Royal Club atas undangan kawan, dan diperkenalkan kepada Ng Tian Poh. Ng Sook Mei dan teman lelakinya hanya tahu identiti Ng Tian Poh selepas kad namanya dihulurkan kepada mereka. Bagaimanapun, ketika pencabulan berlaku, teman lelaki Ng Sook Mei tidak terdaya untuk berbuat apa-apa, setelah mengambil minuman keras yang diberikan kawannya. Begitu juga dengan Ng Sook Mei yang merasakan tubuhnya hilang tenaga. Beberapa akhbar Cina membuat liputan untuk sidang media itu, tidak menyebut "pemimpin MCA" sebagai orang yang disyaki terlibat, melainkan Oriental Daily dan Guang Ming Daily yang menyebut "pemimpin MCA" dalam laporannya. Menurut teman lelaki Ng Sook Mei, terdapat sesetengah pihak yang berlatarbelakangkan parti politik pernah memujuk agar tidak dibuat aduan polis, dan menawarkan wang kepadanya agar kes ini "diselesaikan". Bagaimanapun, beliau menolak tawaran tersebut. Peguam Ng Sook Mei, iaitu Leong Cheok Keng (gambar kanan) turut berkata dalam sidang media itu, bahawa pihak polis pernah mendakwa pihaknya memiliki rakaman video kejadian tersebut, lantas mempertikaikan mengapa tindakan tidak diambil sehingga hari ini. Leong berkata beliau pernah menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Polis Negara Ismail Omar, Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negara bagi pihak anak guamannya, menyeru agar pihak berkenaan memandang serius kes ini, menurut laporan. -MR |
[Video] Demo Anti Israel Di Pelabuhan Klang Posted: 22 Feb 2012 03:02 PM PST NGO berdemo di Pelabuhan Klang bantah kapal Israel Sekumpulan NGO dan aktivis mahasiswa hari ini berhimpun di Westport dekat Pelabuhan Klang bagi membantah dakwaan akses kapal Israel di situ. Kumpulan kira-kira 80 orang yang diketuai Ketua Penyelaras Jingga 13 Fariz Musa itu berhimpun sejam sambil melaungkan slogan anti-Israel. Perhimpunan itu berlangsung aman dan hanya diperhatikan kira-kira 20 anggota polis yang bertugas. Turut kelihatan Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zaman Huri dan aktivis popular siswa Adam Adli. Fariz ketika dihubungi selepas itu berkata, perhimpunan itu dianjurkan hari ini kerana mereka mendapat maklumat terdapat lagi kapal dari Israel yang berlabuh di situ hari ini. "Kita kesal dengan hubungan dagang ini kerana ia seolah-olah membantu negara haram Israel membeli peluru bagi membunuh rakyat Palestin," katanya. Katanya, banyak lagi perhimpunan akan diadakan selepas ini, bermula dengan perhimpunan di kedutaan Palestin pada 29 Februari. Pada tarikh itu, katanya, mereka akan menghantar memorandum memaklumkan perkara itu dan menyerahkan bukti yang dikumpul pada negara itu. "Kita pilih tarikh itu kerana berdasarkan maklumat kita, pada hari itu ada lagi kapal akan masuk ke sini," katanya. Bagaimanapun kumpulan itu tidak dibenarkan masuk ke kawasan pelabuhan dan tidak dapat memastikan sama ada kapal dari Israel ada berlabuh di Pelabuhan Klang hari ini. Isnin lalu, sambil mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 berkata kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang. Ini termasuk kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu yang datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel. -mk |
Najib Kata ISA Mansuh Tetapi Mahkamah Jatuhkan Hukuman Kepada Penentang ISA Posted: 22 Feb 2012 08:27 AM PST ISA: Tidak selaras dengan pengumuman Najib KUALA LUMPUR, 22 Feb: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyifatkan keputusan kepada 14 individu kerana terbabit dengan perhimpunan membantah ISA tidak selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ISA dimansuhkan. "Perdana menteri sendiri sudah pun mengumumkan bahawa ISA dimansuhkan dan pada masa sama kerajaan telah membuat pindaan terhadap akta polis. Tapi mereka dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 27 Akta polis," kata pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh ketika ditemui di luar kamar Mahkamah Sesyen Jalan Duta, hari ini. Beliau juga berkata, kesemua mereka berjuang menentang akta yang zalim. "Perjuangan mereka ini adalah satu perjuangan yang mulia iaitu untuk memansuhkan undang-undang zalim seperti ISA," katanya. Kekesalan itu turut dikongsi Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud. Beliau berkata, meskipun menghormati keputusan mahkamah, pihaknya tetap berpendapat ianya tidak wajar. "ISA kini sudah dimansuhkan dan kita ada akta perhimpunan awam," katanya. Sementara itu, Bad Latif, suami kepada OKT Nashita Md Noor pula berkata, hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti termaktub dalam Perlembagaan ternyat dinafikan. Katanya, penghujahan peguam bela juga juga jelas menyatakan mereka ditangkap sebelum perhimpunan bermula. "Kita menjangkakan yang terbaik, kalau boleh bebas tanpa penjara atau denda. Walau bagaimanapun, hukuman satu hari dan denda 2,000. Kita tak puas hati sebab hak kita untuk berhimpun seperti dalam artikel 10 Perlembagaan yang membenarkan perhimpuan menyuarakan pandangan dinafikan. "Kita tak melakukan apa-apa kesalahan dan dalam hujah tadi peguam bela sebut mereka ditangkap bukan masa perhimpunan," katanya. Terdahulu, 14 daripada 16 tertuduh dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 oleh Hakim Ainul Shahrin Mohamad. Manakala kes terhadap dua lagi yang tidak hadir hari ini akan diputuskan kemudian. Waran tangkap dikeluarkan kepada tiga lagi yang tidak hadir hari ini. -HD Kutipan derma kilat untuk sampaikan mesej: Mereka tidak keseorangan! Saya antara yang gagal gembira menyambut pemansuhan ISA |
Taklimat KPF Kecoh: Isa Samad Halau Keluar Peneroka Posted: 22 Feb 2012 07:14 AM PST Taklimat KPF Felda kecoh PETALING JAYA: Taklimat antara Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dengan kira-kira 500 pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) dikhabarkan kecoh apabila salah seorang peneroka dihalau keluar daripada dewan kerana mempersoalkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Difahamkan, taklimat antara Isa dan sebahagian pemegang saham diadakan di Dewan Perdana Felda di Kuala Lumpur petang tadi susulan pembatalan Mesyuarat Agung Khas (EGM) KPF pada saat-saat akhir yang sepatutnya dijadual berlangsung hari ini. Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, insiden itu terjadi apabila soalan yang dikemukakan salah seorang pemegang saham daripada Felda Sendayan di Negeri Sembilan itu gagal dijawab dengan baik oleh Isa. Katanya, semasa sesi dialog generasi kedua Felda yang berumur dalam lingkungan 50-an itu bangkit bertanyakan Isa mengenai jaminan yang akan diperoleh pemegang saham KPF jika ia disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Namun, menurut Mazlan jawapan yang diberikan Isa hanyalah "Perdana Menteri akan bagi jaminan". Isa Samad angkuh "Lelaki itu tidak berpuas hati dengan jawapan Isa kemudian bertanya lagi kalau Najib lepas ni tak jadi Perdana Menteri dan digantikan dengan orang lain, kalau berlaku masalah dalam KPF siapa yang nak bertanggungjawab? "Isa kemudiannya menjawab 'kalau awak tak percaya Najib sila keluar daripada dewan'," kata Mazlan ketika dihubungi. Menurut Mazlan, lelaki yang menetap di Felda lebih 50 tahun dan memiliki saham KPF melebihi RM250,000 itu kemudiannya dibawa keluar oleh polis bantuan dalam keadaan dimalukan dan disaksikan pemegang saham yang lain. Mengulas mengena kejadian terbabit, Mazlan berkata tindakan Isa itu adalah tidak wajar dan tidak profesional memandangkan beliau sendiri yang mahukan dialog itu dijalankan. "Hasil dialog petang tadi menunjukkan kecenderungan peneroka yang hadir memihak kepada peneroka yang dihalau itu. "Namun Isa sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menggambarkan sikap pemimpin yang angkuh, ego dan tidak boleh terima teguran," katanya yang turut kesal dengan kejadian itu. -FMT Kecoh: Isa halau ahli KPF keluar dewan |
Ku Li Bidas Kenyataan Najib: 'Buat Malu Sahaja Kata Kelantan Termiskin' Posted: 22 Feb 2012 05:25 AM PST Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak diperintah kerajaan PAS adalah tidak wajar dan memalukan. Katanya, adalah tidak molek untuk seorang pemimpin negara bercakap sedemikian apatah lagi dengan nada menghina negeri tersebut semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS. "Kita tak boleh lah berbangga ini negeri sudah tidak miskin lagi, negeri Kelantan sudah jadi termiskin. "Saya tak nak dengar percakapan macam itu, buat malu sahaja," katanya yang lebih dikenali sebagai Ku Li ketika ditemui Harakahdaily semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib di satu majlis Lahad Datu, baru-baru ini kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah, negeri dibawah bayu itu. Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan. "Kita boleh rasa seronok lah dengar berita ini, tapi takkan lah kita nak biar Kelantan menjadi negeri termiskin pulak. "Apakah kita ini nak terus membanding satu negeri yang miskin dengan satu negeri yang lain. Sampai bila kita nak tengok negeri ini miskin," soal Ku Li lagi yang juga anak kelahiran Kelantan dan kini ahli parlimen Gua Musang. Mengulas lanjut perkara itu Ku Li berkata, jika benar sekalipun Sabah sudah mengatasi Kelantan, seorang pemimpin negara sewajarnya memikirkan langkah penyelesaian untuk memajukan negeri yang didakwa tercorot itu, dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan seolah-olah berbangga dengan perbezaan kedua-dua negeri tersebut. Apatah lagi katanya majoriti masyarakat di Kelantan adalah Melayu dan sewajarnya dibantu. "Macam Kelantan pulak, yang tinggal di sana anak Melayu. Takkan kita tak nak cari jalan nak perbaiki kehidupan orang Melayu di Kelantan berbanding dengan orang-orang lain. "Kita juga nak pejuangkan anak-anak Melayu dapat nikmat daripada minyak (royalti) dan sebagainya supaya kehidupan mereka berubah dan taraf hidup mereka meningkat naik berbanding orang lain," tegasnya yang juga kini sebagai Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Sebelum ini, beberapa pihak turut menyelar kenyataan perdana menteri itu. Ianya termasuk Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang mendakwa kenyataan Najib itu hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara. Abu Hassan berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu. "Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya. "(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani. -HD klik untuk baca |
Perangai UMNO: Depan Rakyat Maki Israel, Belakang Rakyat Cium Bontot Israel Posted: 22 Feb 2012 03:45 AM PST Khairy sahkan Malaysia berdagang dengan Israel KUALA LUMPUR, 22 Feb: Ketika para blogger Umno bermati-matian berkata tiada kapal Israel masuk ke Malaysia, Ketua Pemuda Umno pula mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel. (Salah sebuah kapal Israel yang mendarat di Perlabuhan Klang) Khairy berkata, kerajaan mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan politik dan diplomatik dengan Israel. "Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya sedar bahawa ada hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel tetapi ia adalah hubungan antara syarikat. "Saya harap perkara ini dapat diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi," katanya. Selain menolak kenyataan bloger Umno, kenyataan Khairy juga menolak kenyataan pihak pengurusan Perlabuhan Klang baru-baru ini. Westport, Port Klang melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengakui kehadiran Kapal Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd yang berlayar dari Israel [Sinar]. Namun beliau mendakwa tiada sebarang urusniaga berlangsung kerana kapal tersebut hanya singgah sahaja. Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno membuat pelbagai tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutannya kenyataannya dalam The Wall Street Journal. Namun bagi para blogger Pakatan, tindakan ini hanya umpama, "Depan rakyat maki Israel, belakang rakyat cium bontot Israel" sahaja. -HD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan