Rabu, 22 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[Gambar] 11 bulan Tsunami Jepun VS 32 bulan Stadium Sultan Mirzan Terengganu

Posted: 22 Feb 2012 09:27 PM PST

tsunami jepun (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Pejam celik pejam celik secara tidak sedar sudah 11 bulan rupanya telah berlaku tsunami di Jepun 2011. Tsunami Jepun merupakan bencana semulajadi yang telah meragut 16,000 nyawa rakyat dan memusnahkan 310,000 bangunan di sana. Daripada angka-angka yang cukup dahsyat seperti ini, semua boleh menjangkakan kesan kepada persekitaran & emosi rakyat Jepun ketika ditimpa bencana ini. Tetapi itu dahulu……
Itu dahulu, sekarang ini kita sudah boleh melihat semua rumah-rumah sementara dibina dan pusat-pusat pemindahan akan ditutup tidak lama sahaja lagi. Dan anda boleh membuat perbandingan di antara keadaan semasa dengan selepas 11 bulan kemudiannya selepas berlakunya tsunami di Jepun 2011 berdasarkan koleksi gambar-gambar di bawah ini :

Gambar Tsunami di Jepun VS Selepas 11 Bulan Kemudian

Ada banyak gambar, jadi harap bersabar untuk menantikan satu demi satu gambar tersebut habis loading dengan baik.
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #1
tsunami jepun 2 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #2
tsunami di jepun 2011 10 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
 Gambar Selepas Tsunami di Jepun #3
tsunami di jepun 5 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
 Gambar Selepas Tsunami di Jepun #4
tsunami di jepun 7 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #5
tsunami di jepun 8 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #6
tsunami di jepun 9 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #7
tsunami di jepun 2011 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #8
tsunami di jepun 2011 4 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #9

Win Movie Tickets now! Just click and answer an Easy Survey
tsunami di jepun 2011 13 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #10
tsunami di jepun 2011 12 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #11
tsunami di jepun 2011 11 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #12
tsunami di jepun 2011 8 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #13
tsunami di jepun 2011 7 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #14
tsunami di jepun 2011 6 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
Gambar Selepas Tsunami di Jepun #15
tsunami di jepun 2011 5 (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?

Jepun VS Terengganu?

Walaubagaimanapun di Malaysia, berlainan situasinya. Walaupun Malaysia berada di luar lingkaran gunung berapi bukan bermakna Malaysia boleh dikategorikan bebas sepenuhnya daripada sebarang bencana alam. Kadangkala jikalau tiada bencana alam sekalipun kemusnahan tetap boleh terjadi, kali ini atas kesilapan & kecuaian manusia itu sendiri.
Ini telah dibuktikan dengan Stadium Sultan Mizan yang memakan kos sebanyak RM292 juta boleh runtuh dengan sendirinya.
  • Stadium Sultan Mizan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008
  • Stadium Sultan Mizan runtuh 2 Jun 2009 kira-kira pukul 9.30 pagi
Sayangnya selepas 2 tahun lebih menunggu dan terus menunggu, masih tak siap-siap lagi laporannya apatah lagi untuk membaikpulihnya. Adakah mahu tunggu Terengganu diberikan hak menganjurkan Sukma sekali lagi barulah ada "semangat yang berkobar-kobar dan betul-betul prihatin" tentang masalah ini?
stadium runtuh sultan mizan (Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?
(sumber : Utusan Malaysia)
 Yang baik kita jadikan contoh, yang tidak baik kita jadikan pengajaran"
Mungkin kerajaan Terengganu boleh menjenguk sebentar cara dan semangat rakyat & pemimpin Jepun membangunkan semula negara mereka selepas ditimpa bencana tsunami di Jepun 2011.
Kenapa boleh jadi begini? Runtuh satu hal, tindakan membaikpulih pun masih lagi dipertikaikan dan satu lagi sehingga ke hari ini laporan SPRM masih lagi tidak muncul-muncul lagi? Adakah SPRM kurang berminat dengan kes-kes seperti ini?

Ini sudah baik ... Jepun akan bina lif ke Musytari

Posted: 22 Feb 2012 08:18 PM PST

Petikan dari KOSMO. Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 km atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi. Lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 km/j selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.
"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi,"
Walaupun beliau yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan. Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney.

"Saya dipaksa langkah Al Quran untuk mendapatkan semula isteri"

Posted: 22 Feb 2012 07:31 PM PST

[23/02/12] KUCHING: Tidak sanggup menanggung dosa besar angkara syarat pelik keluarga mentua yang memaksa melangkah al-Quran sebelum dibenar mendapatkan kembali isteri dan anak-anak, seorang saudara baru mengadu kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), selain membuat laporan polis.

Sebelum ini, Mohd Ikmal Hakimie Abdullah, 32, sudah tujuh kali melangkah al-Quran di depan pintu utama rumah mentuanya selepas dipaksa berbuat demikian oleh keluarga mentuanya yang beragama Islam.

Dia mendakwa, setiap kali berbuat demikian kejadian itu turut disaksikan dua penduduk kampung mentuanya di Trusan Jaya, di sini, termasuk seorang daripadanya berbangsa Cina.

Mohd Ikmal mendakwa, syarat pelik keluarga mentuanya itu kali pertama berlaku pada Disember 2008 ketika dia bertandang ke rumah mereka bagi menjemput isteri berusia 27 tahun dan dua anak lelaki berusia tiga serta lima tahun selepas wanita berkenaan melarikan diri dari rumahnya di Sematan.

"Saya dipaksa melakukan perbuatan itu sebagai syarat mendapatkan semula isteri dan anak serta membuktikan saya tidak mengamalkan sihir. Ini kerana keluarga mentua menuduh saya mengamalkan sihir ketika datang mengambil isteri dan anak di rumahnya.

Bekas pelajar AF ... Jadi isteri no. 2

Posted: 22 Feb 2012 07:51 AM PST


Bekas pelajar Akademi Fantasia yang kami maksudkan bukan'lah popular mana tetapi wajah ; juga nama'nya masih boleh di'ingati.


Sumber yang terdekat dengan si penyanyi ini memberitahu yang persiapan untuk perkahwinan bekas pelajar Akademi Fantasia ini sedang rancak berlangsung dan yang lebih menarik, beliau akan bergelar isteri nombor dua.

Bakal suami di'khabarkan seorang anak kepada pengeluar kosmetik terkemuka di Malaysia dan hubungan mereka berdua sudah pun mendapat restu pihak keluarga dan isteri pertama. Wahh, payung emas.

Menurut sumber juga, artis Akademi Fantasia ini juga baru sahaja pulang dari bercuti dengan kapal layar peribadi milik bakal suami di Pulau Langkawi dan rasanya boleh'lah mereka anggap ini sebagai percutian bulan madu awal.

Pasangan ini di'khabarkan berkahwin pada Mac 2012. Hmm. Kita tunggu.

Solat Jumaat di jalanan kota London

Posted: 22 Feb 2012 07:22 AM PST

Jemaah solat Jumaat di jalanan London
'Mekah' di tengah-tengah London. Begitulah tajuk akhbar harian terkemuka British Daily Mail pada hujung minggu lalu.
Laporan tersebut menulis mengenai orang Islam British yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di atas jalan kerana ruangan masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung jemaah yang ramai.
Dalam artikel bertajuk "The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows", harian itu melaporkan ramai yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat ramai orang berdoa bersama di luar.
"Perkara itu bukanlah pemandangan biasa di England," tulisan the Daily Mail.
Dalam bayangan gedung pencakar langit dan ruang kaca serta batu-batu di Mile Square, ratusan umat Muslim berlutut di jalanan melaksanakan solat Jumaat. Kegiatan selama satu jam di tengah-tengah kawasan kewangan kota London itu ternyata menjadi sangat popular sehingga jemaah memenuhi jalan-jalan di sekitar masjid komuniti kecil.
Pekerja yang memakai uniform bercampur dengan umat Islam dari komuniti Bangladesh tempatan. Mereka terkeluar sehingga ke jalan-jalan di sekitar Bentley dan kawasan letak kereta.
Masjid Brune Street di Spitalfields, London Timur, merupakan masjid terdekat untuk solat Jumaat bagi pekerja. Ramai juga jemaah yang datang dari Brick Lane danWhitechapel. Pekerja-pekerja profesional mengisi jalan di bawah bangunan perniagaan yang menjulang tinggi. Umat Muslim tanpa memakai kasut melakukan solat Jumaat dan bersujud menghadap ke kiblat.
Islam semakin berkembang di Kota London
Dalam ruangan masjid yang hanya dapat menampung 100 orang, sekitar 300 umat Muslim yang bekerja di kawasan berhampiran hadir bersama penduduk setempat yang juga ingin menjalankan solat Jumaat. Dan ini menyebabkan jemaah solat Jumaat melimpah sehingga ke jalan.
"Keadaan ini semakin ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini" kata seorang pekerja yang masih memakai pakaian solat Jumaat. "Ramai orang yang terkejut ketika mereka datang ke daerah itu pada hari Jumaat. Kerana, mereka dapat melihat ramai orang yang berdoa bersama di luar. Mereka melaksanakan solat betul-betul di tengah Kota London."
Penambahan umat Islam di Eropah menyebabkan banyak tempat-tempat ibadah seperti kuil yahudi dan gereja bertukar milik menjadi tempat ibadah bagi umat islam

Sumber : Gilerkentang

Bekas pelajar AF ... Jadi isteri no. 2

Posted: 22 Feb 2012 05:00 AM PST


Bekas pelajar Akademi Fantasia yang kami maksudkan bukan'lah popular mana tetapi wajah ; juga nama'nya masih boleh di'ingati.


Sumber yang terdekat dengan si penyanyi ini memberitahu yang persiapan untuk perkahwinan bekas pelajar Akademi Fantasia ini sedang rancak berlangsung dan yang lebih menarik, beliau akan bergelar isteri nombor dua.

Bakal suami di'khabarkan seorang anak kepada pengeluar kosmetik terkemuka di Malaysia dan hubungan mereka berdua sudah pun mendapat restu pihak keluarga dan isteri pertama. Wahh, payung emas.

Menurut sumber juga, artis Akademi Fantasia ini juga baru sahaja pulang dari bercuti dengan kapal layar peribadi milik bakal suami di Pulau Langkawi dan rasanya boleh'lah mereka anggap ini sebagai percutian bulan madu awal.

Pasangan ini di'khabarkan berkahwin pada Mac 2012. Hmm. Kita tunggu.

Imam baling kasut ke arah Hakim

Posted: 22 Feb 2012 04:35 AM PST


Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.


Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.


Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.



Imam berkenaan, Hoslan Hussain (kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.



Difahamkan Roslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan  kerana ia mengikut undang-undang.



Hakim Zulkefli cuba menenangkan Roslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.



Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.



Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan mahkamah memegang Roslan dan cuba menenangkan beliau.



Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu. - malaysiakini

Tiada ulasan: