Blog-list Malaysia |
- Anak Muda Pas Meluat Dengan Nasrudin Tantawi
- Skandal Lembu NFC Semakin Panas
- Hishamuddin Melatah..
- S'jaya Diraja siasat Projek IC diluluskan tapi belum diumum
- Hari Ini Isa Samad Halau Peneroka Keluar Dewan.. Lepas Ni Keluar Tanah Felda Pulak..
- Peneroka Bakal Diusir Dari Tanah Felda - Ku Li
- Betul ke Nabi saw suruh pertahankan bangsa, kaum dan raja?
- Video Serangan Monyet Umno Di Sembrong
Anak Muda Pas Meluat Dengan Nasrudin Tantawi Posted: 22 Feb 2012 11:16 PM PST |
Skandal Lembu NFC Semakin Panas Posted: 22 Feb 2012 11:06 PM PST NFC beli kondominium tanpa kelulusan pengarah Pelaburan hartanah Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) telah dijalankan tanpa pengetahuan lembaga pengarahnya, akhbar harian Inggeris the Sun melaporkan hari ini. Menurut laporan muka depan akhbar itu, tiga wakil kerajaan yang menganggotai lembaga itu hanya mengetahui mengenai pembelian beberapa unit kondominium mewah melalui media. Memetik sumber yang tidak dinamakan tetapi didakwa berkait rapat dengan siasatan yang dijalankan ke atas dakwaan penyelewengan oleh syarikat projek ternakan lembu yang dimiliki oleh keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, the Sun melaporkan bahawa kelulusan lembaga pengarah adalah keperluan berkanun. "Menurut penyiasat, dokumen yang dirampas dari syarikat itu menunjukkan bahawa tiada resolusi atau usul yang dicadangkan atau diluluskan semasa mesyuarat lembaga. Siasatan dijangka akan selesai dalam beberapa hari lagi," kata sumber itu. Tiga wakil kerajaan dalam lembaga pengarah NFC adalah Alias Mohd Yassin (Kementerian Pertanian), Manaf Hussein (Kementerian Kewangan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Mat Ali Hassan. Menurut akhbar itu lagi, lembaga pengarah juga tidak dimaklumkan berhubung perbelanjaan daripada dana pinjaman mudah RM250 juta yang disediakan oleh kerajaan. http://malaysiakini.com/news/190048 |
Posted: 22 Feb 2012 11:03 PM PST Hisham: Serangan ke atas Anwar bukan di Sembrong Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein hari ini terus menafikan bahawa serangan ke atas ahli PKR minggu lalu berlaku di kawasan parlimennya. "Pertama, Batu Empat bukan berada dalam kawasan bahagian pilihan raya saya," katanya pada sidang akhbarnya di Putrajaya. "Saya tidak tahu kenapa mereka terus sebut Sembrong. Ceramah itu bukan diadakan di sana," kata Hishamuddin. Ahad lalu, ceramah PKR di Jalan Mersing, Sembrong diganggu oleh penduduk tempatan yang didakwa ahli Umno. Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah. PKR mendakwa pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ. Antaranya, mereka didakwa membuat bising dan menjerit-pekik dan membuat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren. Menjawab soalan mengenai perkara itu, Hishamuddin berjanji bahawa polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab. "Saya difahamkan laporan polis telah dibuat, dan bagi saya, sesiapa yang bersalah tetap bersalah. "Mereka yang bersalah akan menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah," kata ahli parlimen Sembrong itu. Menurut beliau perkara itu adalah mudah dan tidak sepatutnya dipolitikkan hanya kerana ia dikatakan berlaku berhampiran kawasan parlimennya. "Mengapa fokus pada Sembrong? Tanya diri awak mengapa di sana?" kata Hishammuddin. Pada serangan Ahad lalu, selain kereta Anwar dipecahkan, seorang dilaporkan cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik manakala seorang lelaki tua cedera dibaling kayu dan bendera PKR dibakar. http://malaysiakini.com/news/190037 |
S'jaya Diraja siasat Projek IC diluluskan tapi belum diumum Posted: 22 Feb 2012 08:28 PM PST Kerajaan pada dasarnya telah bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat projek IC tetapi terma rujukan dan ahli-ahlinya masih belum dimuktamadkan. Justeru kata, setiausaha agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko) Wilfred Madius Tangau, pemimpin negeri Sabah tidak bimbang apabila Perdana Menteri Najib Abdul Razak, semasa lawatannya ke Sabah minggu lalu, tidak mengumumkan perkara berkenaan. Menurut Tangau, jemaah menteri pada mesyuarat 8 Fenrurari telah meluluskan pembentukan suruhanjaya itu dan perkara itu juga telah diminitkan. "Kabinet membuat keputusan pada 8 Februari dan hari ini hanya 22 Februari. Kami telah berjuang membuat tuntutan itu sekian lama, jadi apa salah tunggu satu atau dua minggu lagi untuk menunggu pengumuman itu? "Saya difahamkan bahawa kabinet juga elah membincangkan bidang rujukan (suruhanjaya itu)," kata kata Tangau yang juga adalah bekas ahli parlimen Tuaran. Penduduk Sabah yang meningkat secara mendadak adalah isu yang amat penting, justeru kata beliau, terma suruhanjaya itu tidak boleh diputuskan pada hanya satu mesyuarat sahaja. http://www.malaysiakini.com/news/190019 |
Hari Ini Isa Samad Halau Peneroka Keluar Dewan.. Lepas Ni Keluar Tanah Felda Pulak.. Posted: 22 Feb 2012 03:38 PM PST Kecoh: Isa halau ahli KPF keluar dewan KUALA LUMPUR : Seorang perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) hari ini meluahkan rasa kecewa apabila dihalau keluar oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad ketika satu sesi taklimat di Dewan Perdana Felda petang ini. Sanggam a/l Raju (gambar) yang juga peneroka dari Felda Sendayan dihalau keluar dewan selepas bangkit menanyakan soalan kepada Isa ketika sesi soal jawab dibuka. "Saya tanya dia (Isa), Tan Sri, saya bukan menghalang penyenaraian ke bursa saham ini, tetapi saya nakkan satu jaminan daripada Suruhanjaya Koperasi atau Koperasi Permodalan Felda tentang aset itu semua. "Dia jelaskan dengan saya, jaminan daripada kerajaan, tak percaya dengan PM (Perdana Menteri) ke, PM jamin," kata Sanggam. "Saya kata hari ini PM boleh jamin la sebab dia perdana menteri, tapi besok bila dia dah tak jadi perdana menteri nanti jadi dolak dalih. "Lepastu dia (Isa) kata, kamu tak percaya PM kamu keluar dewan," ceritanya lagi ketika ditemui di luar dewan. Difahamkan taklimat hari ini dibuat sebagai menggantikan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas yang sepatutnya diadakan tetapi dibatalkan. Ia kerana mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan melarang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dibincangkan. "Kemudian saya kata pada dia, saya ini sudah 50 tahun dalam felda, kamu (Isa) ini cap jari pun belum kering baru setahun lebih, patutnya kamu yang keluar dewan," katanya sambil menambah beliau kemudian bertindak keluar dari dewan itu. Menurutnya, suasana ketika itu bertukar kecoh apabila ada peneroka turut marah kepada Isa. Beberapa orang lain juga katanya turut bertindak keluar dewan bersamanya kerana tidak berpuas hati dengan sikap Isa itu. Selain menuntut soal jaminan terhadap aset mereka, Sanggam dalam soalannya juga turut mempersoal tawaran bayaran durian runtuh yang dijanjikan kepada peneroka sekiranya FGVH disenaraikan kelak. Beliau mempersoal tawaran itu yang disifatkannya tidak kekal lama berbanding aset tanah yang bakal dicagarkan. Tambahnya lagi, pada sesi yang dikatakan 'taklimat' itu, Isa mengambil kesempatan itu memburuk-burukkan pakatan pembangkang. Sebelum ini, Isa pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa mengeluarkan kata-kata menghina Ketua peneroka Felda, Shamsuddin Othman yang juga seorang ahli lembaga pengarah agensi itu. Antara lain Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Pak Sam dihambur oleh Isa dengan ayat seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu dia". Kata-kata penghinaan itu didakwa dinyatakan Isa ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian FGVH di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November tahun lalu. http://razali01.blogspot.com/2012/02/kecoh-isa-halau-ahli-kpf-keluar-dewan.html |
Peneroka Bakal Diusir Dari Tanah Felda - Ku Li Posted: 22 Feb 2012 05:20 AM PST Ku Li: Bawa Felda ke Bursa langkah bahaya KUALA LUMPUR - Usaha kerajaan mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia, dijangka pertengahan tahun ini, adalah satu langkah yang bahaya kepada masa depan peneroka Felda, kata Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah. Dipetik Harakahdaily hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau ada dimaklumkan oleh banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka. Apabila terdedah di pasaran terbuka, tambah beliau, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu. Oleh itu kata bekas Menteri Kewangan ini, ia akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka. "Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodohlah kalau tak jual untuk ambil kesempatan keuntungan. "Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya," kata beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li. Malah menurut beliau, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang mereka diami dan usahakan selama ini. "Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini. "Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ. "Saya tak tahu kerajaan ada cara lain untuk menjamin hak peneroka supaya kekal, tetapi saya tak nampak," katanya yang juga Presiden Amanah. http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=19386 |
Betul ke Nabi saw suruh pertahankan bangsa, kaum dan raja? Posted: 22 Feb 2012 03:43 AM PST Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam. Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad." "Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi. Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini. "Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini. Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini." "Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya. -MKINI- Sekali lagi nama Nabi saw dipetik dan dipermain2kan dalam isu neh. Senang nya berhujah. Sikit2 guna nama Nabi saw. Sikit2 guna Nabi saw. Langsung tak rasa kasih ka malu ka takut ka apa.. main petik jek tak fikir akibat dan kesan negatifnya di kemudian hari. Lihat atas neh ; Mufti kata ; 1. Perjuangan jati = satu jihad. Sebenarnya aku cenderung tidak percaya syaitan ada logo. Malahan aku tak percaya langsung pun. Aku tahu logo tue ciptaan orang dan sengaja di promosikan sebagai satu bentuk logo yang membawa imej syaitan dan sebagainya. Lebih kurang satu simbol geng2 yang mengiktirafkan syaitan and the geng lah. Ia bukan logo syaitan tetapi ia logo kumpulan pro syaitan. Lebih kurang gitu. So sepatutnya jati, peka lah sikit. Nak cipta logo pun.. biarlah realistik dan takde kena mengena dengan pertubuhan2 macam neh. Usah kata kreatif, inovatif pun failed. Kalau tak reti reka logo kot ye pun check dulu sumber logo tue apa. Ia ada kaitan dengan pertubuhan apa2 ka dan etc. Jangan main cedok dan balon kemudian jadikan ia logo sendiri. Nanti dipertikaikan reti pula marah. Aku tak pertikaikan logo tue logo syaitan. Jangan salah faham sebab aku tak percaya seme benda neh. Aku cuma nak bagitau betapa takde daya saing nya pereka cipta logo jati tue ajek. Copy paste sangat. 2. Wajib pertahankan akidah daripada di ejek? Aku taktahu macam mana tapi kenyataan neh agak kurang tepat. Akidah sekarang neh di ejek bukan kerana orang suka2 datang dan ejek booo akidah umat islam booo sama dia. Tak betul tue. Akidah umat islam diperlekehkan sebab kata pemuda umno buku seks kanak2 harus diharamkan namun dalam masa yang sama mangga playboy melayu terbitan utusan milik umno dibiarkan berleluasa. Seks kanak2 dalam bentuk kartun. Tapi dalam majalah mangga ia gambar realiti, betul2 punya. Seme terjojol keluar. Yang duduk dalam kolam mandi ada, yang pakai nampak tut ada, yang lelaki tayang badan pun ada. Itu bukan akidah umat islam kah? Bagi menanggani permasalahan macam neh adalah amat wajar untuk umat islam belajar cermin diri sendiri terlebih dahulu. Kita jangan jadi hipokrit. Salah orang kita nampak tapi salah diri sendiri kita buat2 buta. Ini tidak betul. Seseorang yang murtad ia bukan semudah abc. Hari neh ko penganut islam esok ko murtad. Tidak. Ia perlukan proses. Antara penyumbang kepada proses2 itu ialah bilamana dakwah islam disukarkan dan dakyah agama lain di longgarkan. Proses untuk mengenali Allah swt dan islam dilakukan dalam keadaan yang terpilih dan tidak menyeluruh sebab perlu menjaga ahti pemimpin dan kerajaan manakala proses untuk melakukan dosa diberikan ruang dan peluang yang melimpah ruah. Kena faham masalah sebenar baru boleh tahu punca. Bila dah tahu punca baru boleh overcome. 3. Bab raja. Bab neh bab yang sangat sensitif. Salah cakap ke dalam lah ko tak pasal2. Bagi aku dalam isu neh mudah sahaja. Seseorang yang menerima islam bukan takat kena terima je, sebaliknya kena amal sekali. Kalau setakat terima kawan2 aku yang bukan beragama islam pun terima islam neh. Terima islam atas dasar hormat kepelbagaian agama di malaysia neh. Lagi satu kita neh manusia biasa jek. Bukan lah tanggungjawab untuk melindungi raja2. Aku tak naik kereta mewah or tinggal di rumah mewah pun. Aku tak pun takde dapat elaun2 khas tiap2 bulan. Siapa aku yang pertahankan raja? Aku tak mampu. Aku orang biasa yang nak pertahankan diri sendiri pun kadang2 tak lalu. Sekarang siapa yang kena pertahankan siapa? Aku minta maaf banyak2 jika ia datang ke soal neh aku adalah insan biasa. Aku tak mampu nak pertahankan raja. Orang2 macam aku neh bergelut untuk hidup. Aku takde masa nak fikir pertahankan orang2 kaya sedangkan aku sendiri sesak hidup dalam kesusahan. Jadi berhentilah gunakan nama Nabi saw bagi memaksa orang2 macam aku neh pertahankan sesuatu yang aku tak layak pun nak pertahankan. Aku hidup dalam suasana yang sangat2 biasa.. orang macam aku diharapkan untuk menjadi benteng org2 yang hidup mewah? Logik lah sket Nabi saw suruh buat macam neh der. Jangan gunakan nama Nabi saw. Jangan heret Nabi saw dalam isu macam neh. Jangan sesekali babitkan Nabi saw. Nabi saw tue Nabi saw aku dan kita seluruh umat islam. Baginda bawa utusan untuk seluruh manusia tanpa kira bangsa, anutan, status, dan warna kulit serta negara sekalipun. Jika mahu berhujah, hujahlah. Jangan lah berhujah sampai heretkan nama Nabi saw dalam isu2 macam neh. Bukan orang islam tak kenal siapa Nabi saw tue. Umat islam kenal. Kenal sangat. Sebab tue umat islam faham sangat raja yang Nabi saw maksudkan tue raja yang bagaimana. Jadi.. tolong ber ahti2 atas tiap sesuatu yang kita sampaikan apatah lagi peranan kita neh mufti. Bukan orang yang biasa2 pun yang mana kalau melalut.. takde sapa yang nak heran. Bai. Nota : Antara twitter dari drmaza ==> @realDrMAZA: Jngn salahguna hadis; jk sultan @ raja itu kaki judi atau arak, apakah dia pun byangan Allah? Ameno : Takde hujah Nabi saw pulak jadi mangsa. amenoworld.blogspot.com/2012/02/betul-ke-nabi-saw-suruh-pertahankan.html#ixzz1n6t8NPRE |
Video Serangan Monyet Umno Di Sembrong Posted: 22 Feb 2012 03:25 AM PST |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan