Kelab Greenboc |
- Pelacur Dari Negara "Gohed Gostan" Berlambak Di KL
- Bersekedudukan Dengan Wanita lain Kerana Balas Dendam Isteri Curang
- UMNO Semakin Hilang Akal: Cermin Kereta Anwar Pula Dipecahkan
- Undi BN Bermakna Kita Suka Pada Rasuah
- [Bergambar] 2 Lelaki Disimbah Asid Dari Tingkap Ketika Sedang Tidur
- Isu Hudud Sudah Tidak Laku Bagi Kaum Cina
- Debat Soi Lek - Guan Eng Selesai Sudah, Debat Najib - Anwar Bila Lagi?
- Daftar Pemilih Meragukan: Mat Sabu Alu-alukan BERSIH 3.0
- 3 Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Dungun
Pelacur Dari Negara "Gohed Gostan" Berlambak Di KL Posted: 20 Feb 2012 12:27 AM PST Melancong untuk melacur KUALA LUMPUR – Kegiatan pelacuran membabitkan wanita dari negara-negara Asia Tengah yang pernah dibanteras pada 2009 kini dikesan cuba dihidupkan kembali di kawasan Bukit Bintang di sini. TINJAUAN wanita dari negara Uzbezkistan yang menawarkan dirinya untuk dijadikan pelacur di sekitar jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Risikan polis mendapati, pelacur dari negara Asia Tengah termasuk Kazakhstan, Uzbekistan dan Turkmenistan berusia lingkungan 20-an itu dibawa ke sini oleh sindiket tertentu dengan menggunakan pas pelajar atau pas pelancong. Mereka kembali digilai atas beberapa faktor termasuk cantik, bertubuh tinggi lampai, berkulit gebu dan seksi. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, ia terbukti apabila pihaknya menahan 15 wanita dari negara-negara itu baru-baru ini. Katanya, kemasukan semula wanita itu disebabkan permintaan tinggi dari lelaki warga asing dan tempatan. "Aktiviti persundalan sejak hujung tahun lalu itu mula dikesan pada awal tahun ini. Pelacur-pelacur itu akan 'dibela' oleh seorang bapa ayam yang akan menghantar mereka ke sebuah pub di Bukit Bintang di sini pada pukul 9 malam untuk mencari pelanggan," katanya kepada Kosmo!. Tambahnya, dalam serbuan itu, 13 gadis dari Asia Tengah tersebut gagal menunjukkan dokumen perjalanan dan polis percaya pasport mereka dipegang oleh pihak sindiket. Menurut Abdul Jalil, gadis berkenaan mengenakan caj di antara RM500 dan RM1,000 bagi sekali perkhidmatan seks. "Pelacur China pula dicari kerana caj perkhidmatan seks yang murah iaitu RM150 hingga RM200 manakala wanita Vietnam pula dipilih kerana pandai berbahasa Inggeris," katanya. Ujar Abdul Jalil, pihaknya percaya sindiket-sindiket itu tidak akan berputus asa dan sentiasa mencari jalan untuk menghidupkan semula kegiatan tersebut walaupun polis kerap melakukan serbuan. "Kita akan tetap mengekang kegiatan itu walaupun mereka menggunakan pelbagai taktik termasuk mengubah tempat operasi," katanya. -kosmo |
Bersekedudukan Dengan Wanita lain Kerana Balas Dendam Isteri Curang Posted: 19 Feb 2012 11:33 PM PST Balas dendam isteri curang BATU PAHAT – Seorang lelaki yang kecewa terhadap kecurangan isterinya mengambil keputusan membalas dendam dengan memadu asmara bersama perempuan lain di sebuah rumah kedai usang di sini. Bagaimanapun nasib lelaki itu yang merupakan warga Indonesia malang apabila perbuatannya berjaya dihidu penduduk kampung lalu dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat kira-kira jam 1 pagi semalam. Timbalan Penguatkuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit sanggup menjadikan sebuah rumah kedai yang telah terbiar dan berbau busuk di Sri Gading untuk memuaskan nafsu mereka. "Ketika diserbu, rumah kedai berkenaan berada dalam keadaan gelap sebelum beberapa anggota penguat kuasa bertindak mengepungnya. "Tiba-tiba seorang lelaki meluru keluar menerusi pintu belakang. Bagaimanapun tindakan nekadnya gagal kerana diberkas anggota yang berkawal di pintu belakang rumah kedai itu," katanya. Saiful Ariffin berkata, pemeriksaan penguatkuasanya kemudian mendapati ada tangga yang menghubungkan ruang unit bilik atas rumah kedai itu sebelum menemui pasangan lelaki terbabit bersembunyi sebalik pintu. "Pasangan berusia 42 dan 45 tahun masing-masing berasal dari Jawa Timur, Indonesia dan lelaki terbabit sudah tiga tahun menetap selain bekerja sebagai buruh binaan di sini. "Difahamkan lelaki terbabit mengakui mempunyai isteri di negara asalnya malah memiliki seorang anak berusia 14 tahun. Bagaimanapun selepas mengetahui kecurangan isterinya, dia bertindak 'membalas dendam' dengan mengadakan hubungan dengan perempuan lain," katanya. Menurut Saiful Ariffin, berdasarkan siasatan, kedua-duanya gagal membuktikan mereka pasangan suami isteri yang sah. Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut. "Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan, bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -SH |
UMNO Semakin Hilang Akal: Cermin Kereta Anwar Pula Dipecahkan Posted: 19 Feb 2012 09:33 PM PST Johor: Bimbang dengan karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman, sebilangan samseng Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu. Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong. Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat. Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis. Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib. Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta 'dipecahkan sendiri'. "Saya saksi di tempat kejadian," kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu. Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat. -KD klik untuk baca |
Undi BN Bermakna Kita Suka Pada Rasuah Posted: 19 Feb 2012 07:24 PM PST Beginilah perangai rasis Umno/BN yang suka menakut-nakutkan rakyat. Umno menakut-nakutkan orang Melayu terhadap orang Cina. Disebaliknya pula MCA menakut-nakutkan orang Cina dengan Islam! PM Najib beritahu umat Islam hari ini bahawa undi PAS adalah undi untuk DAP, sehari selepas Presiden MCA Chua Soi Seks beritahu pengundi Cina, undi DAP adalah undi untuk PAS! Dr Chua memberi amaran kepada masyarakat Cina semasa perdebatan beliau dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam bahawa undi untuk parti pembangkang adalah undi untuk PAS. Apakah 400 perwakilan di Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam yang mendengar dakyah PM Najib itu mudah terpedaya dengan fitnah tersebut? Dan mahukah kita semua melihat Umno/BN meneruskan tradisi rasuah yang selama ini menindas kehidupan kita? Kita mahukan perubahan. Umno/BN tidak mampu melakukan perubahan terutamanya untuk menghapuskan rasuah dan 'good governance'. PR telah menjanjikan beberapa perubahan untuk penambahbaikan.Kita sendiri telah melihat negeri-negeri dibawah perintah PR melakukan beberapa perubahan dimana tidak ada berlakunya rasuah dan penyelewengan. Pentadbiran kewangan yang baik di empat negeri Pakatan Rakyat (PR) di akui oleh jentera kerajaan pusat sendiri menerusi laporan Ketua Audit Negara. Pulau Pinang dan Selangor mengungguli dari segi pengurusan kewangan dengan menduduki dua kedudukan teratas. Audit Negara memberitahu bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik menjaga wang rakyat daripada Barisan Nasional. Aku lebih takut mengundi Umno/BN kerana mengundi BN bermakna kita suka pada rasuah dan penyalah gunaan kuasa yang sekian lama menjadi ikon Umno/BN. -alhusseyn |
[Bergambar] 2 Lelaki Disimbah Asid Dari Tingkap Ketika Sedang Tidur Posted: 19 Feb 2012 05:19 PM PST Cecair maut dari tingkap MARANG: "Saya terjaga daripada tidur sebaik mendengar rakan menjerit kepanasan dan meminta tolong. Tanpa sedari saya sendiri turut menjadi mangsa apabila rakan lain memberitahu muka saya kemerahan dan mula menggelupas," kata Shahrul Zaman Salim, 38, seorang daripada dua mangsa simbah cecair dipercayai asid dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Padang, Merchang, di sini, semalam. Pada mulanya, dia menyangka hanya rakannya, Mohd Fazil Hanapi Idrus, 18, saja yang terkena simbahan cecair itu. "Bagaimanapun, sebaik rakan membuka lampu, barulah saya terasa pedih di muka dan lengan. Lebih mengejutkan, tilam kami berdua tidur turut rosak disebabkan terkena cecair itu," katanya. Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, kedua-dua mangsa yang sedang tidur di rumah berkenaan disimbah dari arah tingkap yang tidak ditutup berhampiran tempat mereka tidur. Shahrul Zaman yang juga nelayan berkata, dia terkejut sebaik mendengar teriakan Mohd Fazil yang menggelupur sambil memegang muka dan badan yang kemerahan. -hm SHAHRUL...tak sedar diri turut kena MOHD FAZIL...parah terkena simbahan asid
|
Isu Hudud Sudah Tidak Laku Bagi Kaum Cina Posted: 19 Feb 2012 02:49 PM PST Kuala Lumpur, 19 Feb: Isu hukum hudud diakui sebagai isu yang sudah tidak laku lagi bagi masyarakat Cina jika digunakan oleh Umno, MCA dan BN dalam kempen mereka bagi menghadapi sebarang pilihan raya di negara ini. Sebaliknya, semakin meluas isu itu dimainkan, semakin meningkat pula sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan BN akan mengalami kekalahan teruk. Pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi tanah air, Ong Kian Ming berkata, realiti itu terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun 2008 lalu, apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memainkan isu tersebut dalam kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dun Pasir Panjang, Perak yang ditandingi Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bagi pihak PAS. Menurutnya, disebabkan isu tersebut, pengundi-pengundi Cina di kawasan itu bukannya memberikan undi kepada BN, tetapi semakin menyokong PAS sehingga menyebabkan Nizar mencapai kemenangan besar. Katanya, perkara itu perlu dijadikan pengajaran oleh MCA dan BN agar tidak terperangkap dengan kesilapan mereka sendiri dalam memilih isu dalam kempen mereka dalam pilihanraya termasuk untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. "Isu hudud sudah tak patut ditimbulkan lagi oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Isu hudud sebenarnya dah tak laku bagi orang Cina sekarang," katanya ketika menjadi ahli panel bagi mengulas debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan secara langsung di Astro Awani semalam. Pada program debat selama dua jam yang bermula jam 4.30 petang itu, seorang peserta turut membangkitlkan mengenai isu hukum hudud untuk dijawab oleh Lim, dengan mengkritik keras DAP kerana menjalinkan kerjasama dengan PAS yang ingin melaksanakan hukum itu jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada PRU Ke-13 akan datang. Bagaimanapun, persoalan itu tidak dijawab dengan panjang lebar oleh Lim disebabkan kesuntukan masa, sehingga Soi Lek juga turut menyuarakan kekesalannya terhadap Lim kerana tidak memberikan respon yang baik terhadap soalan itu ketika tiba giliran beliau berhujah sejurus selepas itu. Ketika program ulasan mengenai debat itu berlangsung yang diadakan sejurus selepas tamatnya debat yang julung-julung kali diadakan itu, Kian Ming berkata, sikap Soi Lek yang turut membangkitkan isu hudud pada program tersebut ternyata usaha yang sia-sia. "Apabila Soi Lek bangkitkan isu hudud, ia tak menguntungkan MCA atau BN lagi. Malah tak guna. Rakyat perlukan isu-isu penting, bukannnya isu yang sudah tak laku lagi seperti itu," katanya. Beliau dan dua orang lagi panel bagi mengulas debat tersebut, Markus Lim dan Wan Firdaus, yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran tersebut turut menyarankan agar program debat seperti itu diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia memberikan kesan cukup baik kepada rakyat. Menurut Markus Lim, pemimpin-pemimpin kerajaan tidak seharusnya takut untuk berdepan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang menerusi debat jika masing-masing jujur untuk berbakti kepada rakyat. Manakala Wan Firdaus pula menyarankan agar program debat seperti itu diadakan dengan melibatkan audien dari kaum yang berbeza dengan pemimpin terbabit jika mahu program tersebut menjadi lebih menarik dan memberikan kesan yang lebih baik kepada rakyat. "Kalau pemimpin yang terbabit itu sama ada dari pembangkang dan kerajaan adalah dari kaum Cina, audiennya mestilah dari kaum Melayu. Kalau pemimpin Melayu, audiennya dari kaum Cina. Jika pemimpin itu dari kaum Indian, audiennya mestilah dari kaum Melayu," katanya. Sementara itu, Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat bagi kaum Cina, Vincent Lee dalam satu temubual dengan Harakahdaily baru-baru ini turut mengakui isu hukum hudud sudah semakin difahami oleh masyarakat Cina di negara ini. Malah, katanya, sokongan kaum Cina terhadap PAS atas kesedaran mereka sendiri dengan posisi PAS dalam politik tanah air selaku satu-satunya parti yang berasaskan agama di negara ini. "Semua agama menekankan kepada sikap bertanggungjawab, keadilan dan ketelusan. Selaku parti yang berasaskan agama, PAS juga pasti menekankan kepada ketelusan dan keadilan kepada semua kaum. "Kaum Cina di negara ini yakin PAS pasti akan memberikan ketelusan dan keadilan kepada semua kaum termasuk kepada kaum Cina jika diberikan peluang memerintah negara ini bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini, malah diyakini jauh lebih baik berbanding Umno atau BN," ujar beliau. -HD |
Debat Soi Lek - Guan Eng Selesai Sudah, Debat Najib - Anwar Bila Lagi? Posted: 19 Feb 2012 07:07 AM PST Susulan debat DAP-MCA, giliran Najib-Anwar susul? KUALA LUMPUR - Rakyat muncul pemenang sebenar dalam debat antara parti MCA dan DAP kerana ia membolehkan mereka menilai sendiri pendirian serta polisi Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. "Pemenangnya ialah rakyat, dan bukan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) atau Chua Soi Lek," kata presiden MCA itu pada sidang akhbar bersama sejurus menamatkan perdebatan yang menarik minat ramai rakyat, terutama masyarakat Cina, serta disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro AEC dan Awani. "Penglibatan seperti ini akan membolehkan rakyat melihat pendirian BN dan Pakatan," katanya selepas debat sejam bertajuk 'Kaum Cina di Persimpangan: Apakah sistem dua parti akan menjadi sistem dua bangsa?' anjuran Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) serta kumpulan pemikir MCA Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (Insap) di sini. Sejak awal lagi, Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bersetuju berdebat secara profesional serta tidak menggunakannya sebagai platform bagi menentukan siapa menang atau kalah. Debat itu dikendalikan dalam bahasa Mandarin dan dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, Tan Ah Chai. Mengulas isu sama ada mereka menjawab soalan yang dibangkitkan dalam debat itu, Soi Lek berkata, beliau yakin mampu memberikan penjelasan lebih baik jika diberikan lebih masa dan peluang untuk berbuat demikian. Guan Eng pula berkata, debat itu boleh menjadi satu permulaan yang baik ke arah mewujudkan masyarakat demokrasi lebih matang, dan ia patut dianjurkan lebih kerap. "Saya rasa ini sesuatu yang baik serta berharap ia bukan yang pertama dan terakhir. Saya rasa ia akan membuka minda rakyat kita kerana isu perlu dibahas secara rasional dan waras," katanya sambil menambah, beliau bersetuju untuk berdebat sekali lagi dengan Soi Lek dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris, dan butiran lain seperti topik, masa serta venue akan diputuskan kemudian. Beliau juga berkata, debat yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia ialah antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terdahulu, ketika perdebatan, yang dihadiri lebih 600 khalayak, Soi Lek berkata, DAP hanya tahu menyerang kerajaan BN dan menyalahkan parti komponen itu dalam setiap perkara bagi menyembunyikan kelemahan mereka. Beliau berkata, DAP juga menyemai politik kebencian di kalangan rakyat terhadap BN selain mahir melaga-lagakan orang Cina sesama sendiri. Katanya, sejak DAP berkuasa di Pulau Pinang, ia tidak mampu menyelesai dan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk negeri itu, malah gagal meluluskan tanah untuk membina sekolah Cina. Soi Lek juga menegur DAP kerana mendesak sistem dua parti sedangkan pada realitinya, ia hanya satu slogan bagi meraih undi, selain bercanggah dengan sasaran pilihan raya mereka baru-baru ini untuk 'tidak mempunyai pembangkang' di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang. Pada segmen di mana pendebat diberi peluang menyoal lawannya, Soi Lek meminta Guan Eng menjelaskan model ekonomi Pakatan Rakyat dan bagaimana ia boleh memacu Malaysia menjadi negara maju. Bagaimanapun, Guan Eng seolah-olah tidak dapat berbuat demikian sebaliknya memilih untuk menjawab secara umum tanpa memberikan butiran berkaitan pembangunan ekonomi dan pelaburan di Pulau Pinang. - Bernama Ulasan GB Kalau ke Majlis Thaipusam boleh hadir dengan alasan untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan di sana takkanlah program debat tak berani, sedangkan dalam program debatlah dasar-dasar kerajaan itu boleh diulas dan dipertahankan. |
Daftar Pemilih Meragukan: Mat Sabu Alu-alukan BERSIH 3.0 Posted: 19 Feb 2012 05:34 AM PST Cheras: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengalu-alukan Jawatankuasa Bersih menganjurkan Bersih 3 bagi membantah kenaikan daftar pemilih yang didakwa 'pelik' di sembilan kawasan Parlimen di Selangor. "Daftar pemilih di Selangor berlaku satu perkara yang pelik di sembilan kawasan Parlimen. Parlimen Subang kenaikan daftar pemilih sebanyak 35 peratus. Kawasan Kota Raja naik lebih kurang 28 peratus. Puchong lebih kurang 20 peratus. Serdang dan sebagainya. Sembilan kawasan Parlimen kenaikan pengundi lebih daripada 20 peratus. "Oleh itu hadirin sekalian, Bersih 3 mesti diadakan,"katanya ketika berucap pada siri jelajah Asalkan Bukan UMNO (ABU), di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik, di sini malam tadi. Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, mesyuarat Pakatan Rakyat baru-baru memandang serius perkara itu. Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat akan menyokong sekiranya satu lagi perhimpunan bersar-besaran diadakan bagi membantah daftar pemilih yang meragukan itu agar pilihan raya dapat dijalankan dengan adil dan bersih. " Cara nak buat, kita serah kepada badan induk itu. Serah kepada Datuk A. Samad Said bagaimana untuk kita lancarkan Bersih 3.Pas, Keadilan dan DAP akan menyokong sebarang tindakan yang dicadangkan oleh NGO Bersih 3," ujarnya lagi. Beliau memberi contoh bagaimana kenaikan daftar pemilih di Subang yang begitu tinggi dilihat begitu berbeza dengan kawasan berhampirannya itu Petaling Jaya Utara. " Sedangkan Parlimen yang bersebelahan Petaling Jaya Utara kawasan Tony Pua, kenaikan daftar pemilih hanya 7 peratus. Kenapa berlaku begitu tidak seimbang? Ini yang menjadi bahan renungan kita. Sepatutnya kalau Subang nak 35 peratus, sekurang-kurangnya Petaling Jaya Utara 25 peratus,"katanya. Tambahnya lagi, senario pertambahan jumlah daftar pemilih ini lah yang menyebabkan kerajaan Pas di Terengganu tumbang pada 2004. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," katanya pada sidang media Ibu Pejabat PKR baru-baru ini. -antarapos |
3 Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Dungun Posted: 19 Feb 2012 03:22 AM PST Dungun – Hajat enam sekeluarga untuk menghadiri kenduri perkahwinan saudara tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 21.5, Jalan Dungun-Bukit Besi, Kampung Paya Kemudi di sini semalam. Gambar: ORANG RAMAI melihat keadaan kereta mangsa kemalangan yang mengorbankan tiga sekeluarga di Kampung Paya Kemudi, Dungun semalam. Dalam kejadian pukul 11.40 pagi itu, pemandu kereta Proton Wira, Tengku Shafuddin Tengku A. Rahman, 46, dan isterinya, Salwiah Abdul Rahman, 42, maut di tempat kejadian sementara anak mereka, Tengku Muhammad Aqil Tengku Shafudin, 9, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Ibu kepada Tengku Shafuddin, Tengku Nik Asiah Tengku Embong, 70, berada dalam kritikal manakala dua lagi anak pasangan itu, Tengku Amir Haziz, 10, patah paha kanan dan Tengku Nor Azira 18, cedera ringan. Kesemua mereka menerima rawatan di Hospital Dungun. Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari arah Kampung Syukur, Pasir Raja untuk menghadiri kenduri perkahwinan di Kampung Gong Pasir. -kosmo Tiga Beranak Maut Kereta Dinaiki Bertembung Lori Barang |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan