Blog-list Malaysia |
- Najib Tolak Gagasan 1 Malaysia
- Debat Anwar Najib - Alasan Ezam Bodoh Macam Budak Tak Sekolah
- Karam Singh Mendapat Habuan 'Pertahankan LYNAS
- Umno Iktiraf Usaha Hassan Ali
- Cina Yang Tak Sedar Diri..
- Anwar Pecahkan Cermin Keretanya Sendiri
- WARGA FELDA…JOM LIHAT JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 1)
- Hudud Sudah Tak Laku Lagi Untuk Takutkan Kaum Cina
- Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang Dan Bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka Sertai PAS
Najib Tolak Gagasan 1 Malaysia Posted: 20 Feb 2012 12:54 AM PST Kenyataan PAS-DAP Najib tanda penamat 1Malaysia kata Pakatan KUALA LUMPUR, 20 Feb — Cubaan Datuk Seri Najib Razak menghubungkan PAS dan DAP menunjukkan beliau telah menolak prinsip 1 Malaysia demi kepentingan politik bangsa, menurut para pemimpin pembangkang. Perdana Menteri itu berkata semalam semasa perhimpunan ulama, undi untuk PAS bermakna undi untuk DAP. Kenyataan itu dikeluarkannya sehari selepas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberitahu pengundi Cina bahawa undi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS, yang mana menurutnya akan menekan nilainya kepada bukan Muslim. "Najib telah meninggalkan segala pembaharuan dan transformasinya. Beliau kembali kepada cara lama politik menggunakan wang dan bangsa," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Menurutnya, perkara itu agak lucu kerana Barisan Nasional (BN) masih lagi mengamalkan teknik pecah dan perintah seperti dulu sedangkan sekarang ini rakyatsudah mempunyai kemudahan yang tidak terhad untuk mendapatkan maklumat, dan menambah pemerintah sedia ada berada dalam keadaan "panik" kerana pilihan raya semakin hampir. Rafizi turut menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tetap dengan pendirian ubntuk tidak membangkitkan soal bangsa dan keturunan sebaliknya hanya " menggunakan satu suara dan bahasa." "Setiap polisi yang kami amalkan di negeri di bawah kepimpinan kami juga tidak menggunakan pendekatan bangsa. Itu adalah komitmen kami selama ini," katanya. Ali Jawatankuasa PAS pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Najib yang mengulas Dr Chua, bermaksud membangkitkan semangat perkauman dalam kemajuan negara. "Saya katakan 1Malaysia Najib sedang jatuh. Najib dalam keadaan terdesak dan cuba untuk memainkan sentimen perkauman ... jadi ianya merupakan politik perkauman BN," katanya. Tegasnya, PR berusaha menghapuskan cubaan seperti itu dalam politik, kerana barisan pengundi muda tidak lagi akan mengundi untuk isu perkauman, sebaliknya lebih kepada isu yang objektif. Ahli DAP, Zairil Khir Johari menggelar perdana menteri seorang yang "keliru", kerana Najib sering menggunakan politik perkauman dan terdesak menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang sederhana. "Sama ada beliau tersedar satu hari nanti dan merasakan kadangkala 1 Malaysia dan tidak, beliau sebenarnya sangat keliru," katanya. PR tidak akan terjatuh ke dalam perangkap perkauman yang dibuat Najib, yang mana kenyataannya menyemarakkan sentimen kepada masyarakat Melayu walaupun BN telah berikrar mengunakan platform berbilang kaum, tambahnya. Tanpa menamakan parti, Najib semalam mencadangkan satu undi untuk PAS, merupakan undi untuk DAP, yang mana menurutnya akan menjadi musibah yang besar untuk umat Islam. "Walaupun kita mengundi parti itu, mereka yang tidur sebantal sekalipun akanmendapat manfaatnya," katanya selepas majlis pelancaran Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya di sini. "Cina berdebat dengan Cina lain. Muslim juga berada di seberang, pilihan raya semakin hampir. Kita msti memilih merek yang boleh mempertahankan Islam." Kenyataan Najib itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Dr Chua, yang memberi amaran bahawa undi DAP bermakna undi untuk PAS, yang mana akan menyaksikan PR mewujudkan negara Islam sekiranya memerintah. Bagaimanapun, Datuk Abdul Rahman Dahln mempertahankan kenyataan kedua-dua mereka dan mengesahkan kenyataan tersebut konsisten dan ia adalah ketidakupayaan pembangkang merupakan kunci utama PKR untuk mengawal dasar-dasar yang berlebihan antara sekutunya. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-pas-dap-najib-tanda-penamat-1malaysia-kata-pakatan/ |
Debat Anwar Najib - Alasan Ezam Bodoh Macam Budak Tak Sekolah Posted: 19 Feb 2012 10:43 PM PST Panas: Debat, Senator Ezam Dakwa Anwar Bahaya Dan Beliau Tak Layak Berdebat Dengan PM Najib ! KLANG, 20 Feb - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor (foto) berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang "bahaya." Sehubungan itu kata Ezam, Anwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara. "Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat," kata beliau selepas berucap pada majlis Perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam. Beberapa pihak mencadangkan satu debat diadakan antara Najib dan Anwar ekoran debat disertai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin. Selain itu, Ezam berkata, secara umumnya, debat merupakan satu perkara yang bagus tetapi perlu berhati-hati kerana ia boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Jelasnya lagi, elemen khianat dalam berdebat juga boleh tercetus berdasarkan situasi politik negara. "Debat akan berguna jika kita tampilkan orang-orang yang bertanggungjawab. Kalau macam Anwar ini, tak payah la. Debat ini sama seperti benda lain. Ia boleh diadakan dan tidak boleh diadakan. Bergantung pada faktor," dakwa Ezam lagi http://pahangdaily.blogspot.com/2012/02/panas-debat-senator-ezamdakwa-anwar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29 |
Karam Singh Mendapat Habuan 'Pertahankan LYNAS Posted: 19 Feb 2012 10:35 PM PST PANAS: Rupanya Karam Singh Mendapat Habuan 'Pertahankan LYNAS ? KUANTAN, 20 Feb - Ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya wartawan Aduan Rakyat TV3, Karam Singh Walia (foto) selepas beliau mendedahkan isu Lynas berapa bulan yang lalu. Beliau yang dianugerahkan gelaran "Dato" selepas itu dikatakan tidak lagi muncul-muncul untuk membantu Kerajaan UMNO BN mempertahankan isu Lynas yang kononnya dipesongkan fakta oleh pembangkang kepada rakyat. PDO cuba menyiasat, kenapa tiba-tiba Karam Singh yang selama ini gemar membela rakyat dalam banyak isu yang didedahkan tiba-tiba "membela kerajaan" dalam isu Lynas. Walhal selama ini, beliaulah yang bertanggungjawab membongkarkan berbagai penyelewengan yang membabitkan agensi kerajaan dalam mempertahankan rakyat. Namun, anehnya dalam isu Lynas tiba-tiba Karam Singh berubah hati. Rakyat yang teraniaya tidak dibela, sebaliknya beliau mencari bahan-bahan hingga ke Australia semata-mata ingin membela kerajaan dalam isu kontroversi itu. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Kenapa Karam Singh tiba-tiba sudah tidak prihatin dan cakna kepada masalah yang dihadapi rakyat. Kenapa dia tiba-tiba menjadi pembela kepada kerajaan yang melaksanakan satu projek yang dibantah rakyat. Jika ini keadaannya, maka siaran rancangan Aduan Rakyat tidak layak lagi untuk disiarkan oleh TV3 kerana Karam Singh boleh terus membela kerajaan dalam apa jua isu yang rakyat dedahkan atau laporkan kepadanya. Tapi, anehnya dalam isu-isu lain beliau kononnya menjadi "juara rakyat", tapi berubah hati dalam isu Lynas. Tindakan Karam Singh benar-benar mengecewakan rakyat Kuantan, malahan beliau menipu diri sendiri apabila hanya menemubual ahli UMNO dalam hal itu. Sedangkan beliau sepatutnya mendapatkan juga kenyataan daripada NGO yang membantah Lynas seperti Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Stop Lynas Coalition (SLC) dan sebagainya. Namun, dalam hal ini Karam Singh lebih rela membela kerajaan dan Lynas Corporation yang kaut untung lumayan dengan mendirikan kilang berisiko di kawasan ini. Laporan berita Eksklusif di TV3 tentang isu Lynas, di mana Karam Singh dipercayai mendapat habuan lumayan di atas pendedahan beliau ini [Maka, setelah sekian lama menyiasat akhirnya PDO mendapat maklumat panas yang pasti mengecewakan ramai pihak. Karam Singh dipercayai telah memaksa Kerajaan Negeri Pahang membayar beliau dengan sekian harga jika mahu dia membela nasib mereka dalam isu Lynas. Malah, dengan duit tersebut beliau telah pergi ke Australia dan mendapatkan maklumat berkaitan untuk didedahkan. Beliau dengan lantang membela kerajaan, kononnya rakyat telah ditipu dengan fakta Lynas sebelum ini. Soalnya, berapakah jumlah "habuan" yang diterima oleh Karam Singh?. Menurut sumber, jumlahnya melebih RM100,000 dan urusan terbabit dilakukan terus dengan pemimpin besar UMNO BN di Pahang. Kami sedang menyiasat siapakah pemimpin terbabit dan kenapa beliau sanggup "merasuah Karam Singh" untuk membela kerajaan dalam isu kontroversi itu agaknya. Nantikan laporan yang seterusnya tentang isu ini]. Pahang Daily Online |
Posted: 19 Feb 2012 08:32 PM PST Semasa sidang akhbar selepas merasmikan seminar pemantapan jentera Pergerakan Wanita Umno bahagian Muar semalam, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia mengingatkan agar jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, digesa tidak leka dengan kesan positif yang diperoleh hasil pendedahan kepincangan PAS oleh Datuk Dr Hasan Ali. Datuk Razali Ibrahim mengakui bahawa memang siri jelajah Dr Hasan Ali banyak memberi faedah kepada BN, tetapi Umnoikita tidak boleh leka sebaliknya terus mendekati rakyat kerana mereka yang akanmenjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya nanti. Datuk Razali Ibrahim juga mengakui bahawa Beliau tindakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu memberi peluang kepada BN untuk menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat tanpa halangan. Dalam masa yang sama, PAS terpaksa mengambil masa yang banyak untuk membuat penjelasan kepada ahli mereka tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali, dan ini memberi masa kepada BN untuk bekerja tanpa gangguan. Bagi Datuk Razali, isu yang dibangkitkan Hasan akan membantu membuka mata rakyat terhadap kebenaran perjuangan Umno iaitu untuk agama Islam, bangsa Melayu dan memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu. Nampaknya, Umno bertuah kerana Dr Hassan Ali kini menjadi menjadi 'pegawai penerangan' tanpa tauliah yang turun ke serata negara bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan 'akidah' dan kuasa ketiga walaupun sebahagian besarnya Dr Hassan lebih menjurus kepada serangan terhadap PAS dan ianya turut diperakui oleh Naib Ketua Pemuda Umno. Tidaklah mustahil andaikata roadshow Dr Hassan akan ditaja oleh Umno kerana Umno tidak perlu bersusah-susah lagi untuk turun ke lapangan memberikan penerangan. Tidak mustahil juga selepas ini pimpinan Umno akan duduk sepentas bersama Dr Hassan Ali kerana perjuangan mereka yang selari dan senada. http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=10274 |
Posted: 19 Feb 2012 05:53 PM PST RIDHUAN TEE TERUS KUTUK PAS Baru sebentar tadi penulis sempat menonton Buletin Pagi TV3. Paling menarik satu interview melibatkan tokoh Agama UMNO, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah yang menyifatkan sekarang PAS dah jauh tersasar dari perjuangan lama yang extreme. Katanya sekarang ini UMNO mula bangkit untuk menjadikan Islam sebagai agenda utama (hahaha...ketawa sekejap). Malah dengan penuh konfidentnya Ridhuan menyatakan bahawa PAS kini terpaksa bekerjasama dengan DAP yang menolak Islam. Cuma poenulis musykil, adakah selama ini UMNO yang bekerjasama dengan MCA, dapat menerima Islam sepenuhnya? Kenyataan terbaru Soi Lek Porno bahawa mereka sanggup lawan UMNO bagi memastikan hudud tidak dilaksanakan di Malaysia. Takkan Ridhuan tak baca kot? Apakah Ridhuan sudah lupa asalnya beliau seorang Cina juga sebelum ini? Nampak sangat Ridhuan ni lebih Melayu dari orang Melayu itu sendiri. Tak sedar diri. Bodek tak kena gaya. Dulu penulis amat hormati beliau seperti penulis hormat Ustaz Ravi Abdullah. Tapi penulis tengok Ustaz Ravi sedia berceramah dan berdakwah mana-mana saja undangan termasuk anjuran Pakatan Rakyat. Tapi Ridhuan Tee? ...... (ahh...sudahlah...penulis nak tengok Hasan Ali pulak sebentar lagi di Malaysia Hari Ini cerita tentang kayu Jatinya...) http://pejuang-rakyat.blogspot.com/2012/02/ridhuan-tee-terus-kutuk-pas.html |
Anwar Pecahkan Cermin Keretanya Sendiri Posted: 19 Feb 2012 04:45 PM PST Bimbang dengan karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman, sebilangan samseng Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu. Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong. Perangai samseng Umno menjadi-jadi Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat. Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis. Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib. Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta 'dipecahkan sendiri'. "Saya saksi di tempat kejadian," kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui Twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu. Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat. JALAN PULANG |
WARGA FELDA…JOM LIHAT JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 1) Posted: 19 Feb 2012 06:21 AM PST Koi nak berkongsi dengan perwakilan KPF dan warga Felda sekalian maklumat yang koi dapat dari sahabat-sahabat dari PR untuk semua. Mula-mula koi tertanya juga apa agaknya perubahan dan kelebihan undi kali ini kalau koi undi PR. Iyalah, macam-macam MSM dan blogger BN kata PR nak tutup Feldalah, hancur Melayulah, macam-macam lagi. Dalam kekalutan dan kontroversi melanda Felda hari ini, tentu ramai yang laparkan alternatif lain kepada perancangan listing, pelanggaran undang-undang KPF dan macam-macam hal lagilah. Oleh itu Koi perturunkan draf Janji PR Untuk Warga Felda bagi renungan semua warga Felda atau sebagai penguat semangat aouk-aouk semua. Koi tahu ramai di antara peneroka dan kakitangan gerun dengan mulut-mulut yang mendakwa 'mewakili PM', 'arahan PM' dan kecewa kerana jasa dan bakti untuk memenangkan BN sebelum ini dipandang sepi dan diperlekehkan: Manifesto Untuk Warga Felda: MENGHARGAI BUDI YANG TELAH MENYEMAI BAKTI JANJI 1: MENGEMBALIKAN KEHARMONIAN DALAM FELDA PR berjanji untuk memecat serta merta Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan gerombolannya di dalam Felda serta Lembaga Pengarah Felda yang meluluskan secara membuta tuli keputusan-keputusan merugikan Felda seperti penyenaraian Felda Global Venture secara lulus dahulu bincang kemudian, perlantikan melanggar undang-undang KPF serta lain-lain keputusan yang zalim dan membazir. Jawatan Pengarah Besar FELDA yang dipaksakan bercuti belajar akan dikembalikan begitu juga kezaliman ke atas Timbalan Pengarah Besar yang ditukarkan untuk menjaga buku-buku di Jabatan Perdana Menteri akan dihentikan. Dalam tempoh 100 hari, Pakatan Rakyat akan menubuhkan Majlis Penasihat Felda yang melibatkan: • Pengasas Felda dan bekas Menteri berkaitan Felda • Wakil-wakil negeri berkaitan Felda • Bekas-bekas Pengerusi Felda • Bekas Pentadbir Felda • Pentadbiran Felda semasa • Ketua-Ketua Peneroka dan Penerokawati • Wakil Belia Felda PR akan mendengar pembentangan dan cadangan hala tuju Felda yang seterusnya dan akan bersama-sama merealisasikan hasrat warga Felda. PR mencadangkan sementara Majlis Penasihat Felda ditubuhkan, YM Raja Muhammad Alias, arkitek Felda diberi peranan sekali lagi sebagai Pengerusi Felda dan YM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah diberi peranan sebagai Menteri Felda. Jawatan Pengerusi Yayasan Felda akan dikembalikan kepada Tan Sri Dr. Yusof Noor bagi mengembalikan projek sosial dan kerohanian yang bermanfaat kepada warga Felda. JANJI 2: MEMPERKASAKAN INDUSTRI ASAS DAN HILIRAN FELDA MELALUI PEMANTAPAN FELDA HOLDINGS BERHAD PR berjanji untuk memecat serta merta Dato Sabri Ahmad daripada jawatan Presiden Felda Global Ventures, memecat Dr Suzana Idayu daripada Ketua Pegawai Strategi dan membuat rombakan semula struktur bagi mengembalikan Felda Global Ventures sebagai status anak syarikat Felda biasa yang berperanan menguruskan pelaburan Felda di luar negara. Setiap pelaburan di luar negara akan dikaji semula dan akan diumumkan prestasi perniagaan masing-masing kepada masyarakat Felda yang berhak tahu ke mana wang Felda dilaburkan dan apa prestasi terkini pelaburan tersebut. Felda Holdings Berhad akan dikembalikan fungsinya supaya bebas daripada pengaruh Felda Global Ventures dan cadangan memperkasakan perniagaan anak-anak syarikat Felda Holdings akan dibawa ke dalam Majlis Penasihat Felda dan seterusnya dibincangkan di peringkat Lembaga Pengarah Felda Holdings Berhad. PR berpendapat berbanding penyenaraian Felda Global, kejayaan Felda Holding Berhad dan anak-anak syarikat pada masa ini adalah suatu yang membanggakan dan memuji usaha gigih pengurusan dan kakitangan serta kerjasama warga Felda yang lain untuk mengharumkan nama Felda Holdings Berhad. Mengambil contoh Petronas yang berjaya mengharumkan nama negara dan meraih pendapatan tinggi tanpa campur tangan politik. Campur tangan politik BN mengakibatkan tersingkirnya permata korporat iaitu Tan Sri Hassan Merican, pengambilan keuntungan Petronas secara berlebihan tanpa pembentangan perbelanjaan di Parlimen serta penafian hak royalti sewajarnya bagi negeri-negeri pengeluar minyak petroleum. PR berjanji untuk mengembalikan kegemilangan Felda Holdings Berhad dan anak-anak syarikat melalui memaksimumkan kecekapan, R&D bertaraf dunia, meningkatkan penyertaan warga Felda dalam peluang pekerjaan dan penubuhan Jawatankuasa CAT (Competency, Accountability and Transparency) bagi memantau sebarang aktiviti penyelewengan, rasuah dan penipuan terutama melibatkan hak peneroka seperti Kadar Perahan Gred (KPG), tender melibatkan penanaman semula dan jualan kayu getah serta lain-lain. PR juga akan melamar kembali Tan Sri Hassan Merican daripada syarikat asing di Singapura untuk menggantikan Dato Sabri Ahmad. JANJI 3: MEMELIHARA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KOPERASI PERMODALAN FELDA DAN KEBAJIKAN AHLI-AHLI PR berasa kesal dengan usaha berterusan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menggunakan pelbagai taktik termasuk menekan, mengugut, menyingkir Pengerusi dan Setiausaha Agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) serta menggunakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menghalalkan tindakan beliau untuk menjadi Pengerusi KPF dan membubarkan peranan Jawatankuasa Pelaburan KPF yang setakat ini telah berjaya menjadikan KPF sebagai koperasi terbaik negara. Lebih dikesali adalah mengikut jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Isa Samad, usahanya direstui malah merupakan 'arahan' daripada Perdana Menteri yang jelas menunjukkan Perdana Menteri sendiri tidak menghormati undang-undang sebuah koperasi yang disegani. PR berjanji untuk menghentikan segala bentuk pelanggaran dan penghinaan undang-undang Koperasi Permodalan Felda dan paksaan melepaskan kepentingan 51% kepentingan Koperasi Permodalan Felda di dalam Felda Holdings Berhad. Sebaliknya, PR berhasrat meningkatkan lagi kepentingan tersebut kepada 55% dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan PR bagi meningkatkan lagi dividen kepada pemegang saham JANJI 4: MEWUJUDKAN FELDA FASA 2 Kejayaan Felda dalam membasmi kemiskinan masyarakat serta memberikan tanah kepada mereka yang tidak punya apa-apa akan diteruskan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Berbanding rekayasa-rekayasa BN bahawa Fasa-Fasa Felda melibatkan Empat Fasa dan istilah seperti transformasi yang memerlukan Felda membuat pelaburan luar negara dan membuat penyenaraian Felda Global Venture untuk mengumpul dana bagi tujuan tersebut. Berdasarkan arkib dan pandangan pakar sejarah serta pengakuan mantan pimpinan negara terdahulu yang terlibat secara langsung dalam penubuhan Felda di samping Tun Abdul Razak, tidak terdapat di mana-mana catatan yang menyebut empat fasa tersebut dan kehendak yang memerlukan pengumpulan dana melalui penyenaraian. Pakatan Rakyat berpegang teguh bahawa terdapat golongan dalam negara yang perlu diberi peluang menjadi peserta rancangan Felda Fasa 2 selepas pengambilan peneroka dihentikan pada tahun 1996. Pajakan tanah milik Felda yang diuruskan oleh Felda Plantation selama 99 tahun kepada Felda Global Venture adalah berniat jahat dan bertujuan menafikan hak rakyat di negeri-negeri di mana tanah tersebut terlibat termasuklah generasi baru dan lain-lain golongan untuk bersama-sama menjadi peserta rancangan Felda Fasa 2. Usaha mendapatkan modal yang besar melalui pajakan tanah adalah untuk menutup fakta pengurangan aset tunai yang berkurang secara drastic yang memerlukan pinjaman daripada KWSP serta kerugian pelaburan luar negara di bawah pentadbiran Menteri Felda terbaru iaitu Dato Sri Najib sendiri dan di tambah perlantikan Pengerusi Felda baru yang disabitkan rasuah oleh UMNO sendiri, Bajet 2012 Felda menunjukkan defisit yang tinggi dan dijangka keadaan ini berterusan selama 99 tahun. Antara kesan pajakan tanah milik Felda adalah Perbelanjaan Pengurusan Peneroka berkurang lebih 50% berbanding tahun 2011 dan ini menjejaskan nikmat-nikmat dan perancangan pembangunan untuk peneroka pada hari ini. PR berhasrat membuka tanah-tanah rancangan baru serta mengisi kembali peserta yang telah meninggalkan atau tersingkir daripada rancangan Felda yang telah dihentikan pengambilannya pada tahun 1996 dengan secara berperingkat dan memastikan penggantian pendapatan kepada Felda dilakukan supaya nikmat warga Felda melalui program pentadbir sedia ada tidak terjejas. Antara golongan terlibat dicadangkan untuk terlibat dalam pembukaan Felda Fasa 2 adalah rakyat termiskin, generasi baru Felda serta anggota beruniform dan keutamaan adalah kepada anak-anak negeri di mana tanah tersebut berada. Peranan pentadbiran Felda dan Jawatankuasa Perundingan Peneroka akan diiktiraf sepenuhnya berbanding tindakan unilateral BN melalui Pengerusi Felda yang memusuhi pihak-pihak berpengalaman dalam Felda dan hanya mengutamakan pandangan diri sendiri dengan meletakkan alasan 'Arahan Perdana Menteri'. Koi minta aouk-aouk semua warga Felda nilai sendiri draf Janji PR untuk warga Felda di atas. Koi difahamkan draf tersebut masih dalam perbincangan dengan pimpinan atasan PR dan draf ini diusulkan sendiri oleh perwakilan KPF, peneroka, kakitangan dan generasi baru Felda. Kita sambung kemudian, koi nak ke ladang. Pesan koi, biar kotor badan dengan tanah, jangan kotorkan hati dan makan rezeki kotor. OLEH: BUDAK CHINI Diterima melalui email Puterikarimun Indo |
Hudud Sudah Tak Laku Lagi Untuk Takutkan Kaum Cina Posted: 19 Feb 2012 05:14 AM PST KUALA LUMPUR, 19 Feb: Isu hukum hudud diakui sebagai isu yang sudah tidak laku lagi bagi masyarakat Cina jika digunakan oleh Umno, MCA dan BN dalam kempen mereka bagi menghadapi sebarang pilihan raya di negara ini. Sebaliknya, semakin meluas isu itu dimainkan, semakin meningkat pula sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan BN akan mengalami kekalahan teruk. Pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi tanah air, Ong Kian Ming berkata, realiti itu terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun 2008 lalu, apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memainkan isu tersebut dalam kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dun Pasir Panjang, Perak yang ditandingi Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bagi pihak PAS. Menurutnya, disebabkan isu tersebut, pengundi-pengundi Cina di kawasan itu bukannya memberikan undi kepada BN, tetapi semakin menyokong PAS sehingga menyebabkan Nizar mencapai kemenangan besar. Katanya, perkara itu perlu dijadikan pengajaran oleh MCA dan BN agar tidak terperangkap dengan kesilapan mereka sendiri dalam memilih isu dalam kempen mereka dalam pilihanraya termasuk untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. "Isu hudud sudah tak patut ditimbulkan lagi oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Isu hudud sebenarnya dah tak laku bagi orang Cina sekarang," katanya ketika menjadi ahli panel bagi mengulas debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan secara langsung di Astro Awani semalam. Pada program debat selama dua jam yang bermula jam 4.30 petang itu, seorang peserta turut membangkitlkan mengenai isu hukum hudud untuk dijawab oleh Lim, dengan mengkritik keras DAP kerana menjalinkan kerjasama dengan PAS yang ingin melaksanakan hukum itu jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada PRU Ke-13 akan datang. Bagaimanapun, persoalan itu tidak dijawab dengan panjang lebar oleh Lim disebabkan kesuntukan masa, sehingga Soi Lek juga turut menyuarakan kekesalannya terhadap Lim kerana tidak memberikan respon yang baik terhadap soalan itu ketika tiba giliran beliau berhujah sejurus selepas itu. Ketika program ulasan mengenai debat itu berlangsung yang diadakan sejurus selepas tamatnya debat yang julung-julung kali diadakan itu, Kian Ming berkata, sikap Soi Lek yang turut membangkitkan isu hudud pada program tersebut ternyata usaha yang sia-sia. "Apabila Soi Lek bangkitkan isu hudud, ia tak menguntungkan MCA atau BN lagi. Malah tak guna. Rakyat perlukan isu-isu penting, bukannnya isu yang sudah tak laku lagi seperti itu," katanya. Beliau dan dua orang lagi panel bagi mengulas debat tersebut, Markus Lim dan Wan Firdaus, yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran tersebut turut menyarankan agar program debat seperti itu diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia memberikan kesan cukup baik kepada rakyat. Menurut Markus Lim, pemimpin-pemimpin kerajaan tidak seharusnya takut untuk berdepan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang menerusi debat jika masing-masing jujur untuk berbakti kepada rakyat. Manakala Wan Firdaus pula menyarankan agar program debat seperti itu diadakan dengan melibatkan audien dari kaum yang berbeza dengan pemimpin terbabit jika mahu program tersebut menjadi lebih menarik dan memberikan kesan yang lebih baik kepada rakyat. "Kalau pemimpin yang terbabit itu sama ada dari pembangkang dan kerajaan adalah dari kaum Cina, audiennya mestilah dari kaum Melayu. Kalau pemimpin Melayu, audiennya dari kaum Cina. Jika pemimpin itu dari kaum Indian, audiennya mestilah dari kaum Melayu," katanya. Sementara itu, Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat bagi kaum Cina, Vincent Lee dalam satu temubual dengan Harakahdaily baru-baru ini turut mengakui isu hukum hudud sudah semakin difahami oleh masyarakat Cina di negara ini. Malah, katanya, sokongan kaum Cina terhadap PAS atas kesedaran mereka sendiri dengan posisi PAS dalam politik tanah air selaku satu-satunya parti yang berasaskan agama di negara ini. "Semua agama menekankan kepada sikap bertanggungjawab, keadilan dan ketelusan. Selaku parti yang berasaskan agama, PAS juga pasti menekankan kepada ketelusan dan keadilan kepada semua kaum. "Kaum Cina di negara ini yakin PAS pasti akan memberikan ketelusan dan keadilan kepada semua kaum termasuk kepada kaum Cina jika diberikan peluang memerintah negara ini bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini, malah diyakini jauh lebih baik berbanding Umno atau BN," ujar beliau.-HD |
Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang Dan Bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka Sertai PAS Posted: 19 Feb 2012 01:13 AM PST MELAKA, 19 Feb: Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin (kiri) dan bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim menyertai PAS. Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Telok Mas, malam tadi. Khalid telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu. Sementara Sahak pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang. Mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka. Kemasukan mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN negeri selama lebih dari 54 tahun. Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun. Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas pegawai kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka. "Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka," ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu. /HarakahDaily |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan