Kelab Greenboc |
- Ladang Fidlot Manjung Timbulkan Tandatanya - Apakah Ada Kaitan Dengan Shahrizat?
- Siapa Yang Mula-mula Buat Kenyataan Najib Gadai Akidah?
- Dr.Asri Tegur Hassan Ali: Henti Guna Agama Untuk Kepentingan Peribadi
- Festival Layang-layang Sedunia Di Pasir Gudang Dihentam Ribut
- MCA Takut Berdepan DAP Di Kawasan Majoriti Penduduknya Cina
- [Bergambar] Anwar Dibawa Dengan Motosikal Ke Tempat Ceramah Di Pekan Pahang
- 61 Remaja Dicekup Semasa Tonton Penari Tiang
- Kelantan Miskin Kerana Dizalimi Kerajaan Pusat
- Penagih Larikan Kereta Peronda Polis
- Gadis Tayang Tubuh Bogel Depan Penguatkuasa
Ladang Fidlot Manjung Timbulkan Tandatanya - Apakah Ada Kaitan Dengan Shahrizat? Posted: 19 Feb 2012 12:56 AM PST Adakah Shahrizat terlibat Ladang Fidlot Manjung? PARIT, 19 Feb: PAS Perak mahu kerajaan negeri bertanggungjawab dan menjawab kegagalan projek Ladang Satelit Fidlot Nasional di Gelung Pepuyu, Manjung yang masih belum beroperasi sehingga sekarang. Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, dalam tinjauan ke tempat tersebut baru-baru ini mendapati tanah seluas 100 ekar di atas padang ragut telah terbiar walaupun seratus peratus siap dibina. Katanya, menurut sumber, projek tersebut dimulakan sejak 4 tahun yang lalu di mana status tanah telah bertukar kepada taman kekal pengeluaran makanan. Difahamkan Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM6.7 juta untuk membangun infrastruktur seperti membina 2 kandang untuk muatan 600 ekor lembu pada sesuatu ketika, bekalan elektrik, pagar dan bekalan air. Menurutnya, konon pesertanya dari kalangan orang-orang yang berkemampuan dari segi kewangan untuk membela lembu yang dibekalkan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Tambahnya, bagaimanapun diberitakan pihak NFC sehingga sekarang tidak mampu untuk membekal lembu-lembu yang dijanjikan, maka tinggallah ladang dan kandang tersebut kosong manakala pengurus projek itu juga telah diberhentikan kerja. "PAS Perak menyifatkan projek yang menelan belanja berjuta ringgit duit rakyat ini dibazirkan begitu sahaja. Kami mahu kerajaan negeri menjawab isu ini," katanya. Katanya, timbul juga persoalan kemungkinan projek itu ada kaitan dengan isu NFC yang melibatkan suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Inilah contoh kerakusan dan salah urus tadbir pihak tertentu dengan melibatkan tanah kerajaan dan duit rakyat. "PAS Perak mahu kerajaan negeri yang meluluskan tanah tersebut menjawab isu ini kepada rakyat, sekiranya berlaku penyelewengan atau amalan rasuah, tindakan sewajarnya hendaklah diambil," ujarnya. -HD |
Siapa Yang Mula-mula Buat Kenyataan Najib Gadai Akidah? Posted: 18 Feb 2012 11:40 PM PST Lawatan Najib ke Thaipusam tidak gadai akidah KUALA LUMPUR –Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menempelak pihak yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggadaikan akidah kerana melawat Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves semasa perayaan Thaipusam lalu. Beliau berkata, perkara itu sengaja dibangkitkan bagi menimbulkan kebencian terhadap Najib sebagai pemimpin Islam dan beliau kecewa kerana ia dilakukan oleh umat Islam sendiri. Menurutnya, perkara ini tidak timbul kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah memberi garis panduan mengenai hukum ketika beliau berada di kawasan berkenaan. "Najib tidak terlibat dalam upacara keagamaan dan acara yang dianjurkan, justeru, tidak timbul soal akidahnya. Beliau (Najib) telah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Beliau tahu mana yang boleh dan mana yang tidak. "Ini yang merosakkan agama (Islam) apabila umatnya sendiri sanggup menuduh dan membuat pelbagai dakwaan berniat jahat semata-mata tidak sehaluan dengan pemimpin negara," katanya semasa memberi ucapan dalam Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam. Menurut Jamil Khir, Najib telah mengikut nasihat pakar dan ulama melalui susun atur perjalanan majlis dengan berada di dalam dewan untuk menerangkan program kerajaan kepada masyarakat India beragama Hindu. Menjawab mengenai pakaian 'purta' yang dipakai Najib, beliau berkata, ia adalah kostum kebudayaan orang India dan bukan 'pakaian agama Hindu'. "Kalau lelaki India pakai baju Melayu dalam majlis, itu tidak bererti mereka telah masuk Islam dan menjadi orang Melayu. Sama juga yang berlaku pada Najib, beliau tetap orang Islam," katanya. Sekiranya yang dilakukan Najib boleh dianggap menggadaikan akidah, kata Jamil Khir, perkara yang sama perlu diajukan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila bertemu dengan penganut agama lain di kuil dan pada masa yang sama menghulurkan sumbangan wang. "Tidak pula kita kata pemimpin itu (Nik Aziz) gadai akidah kerana berada di kuil. Pokok utamanya, perkara ini menjelaskan mengenai kelemahan umat Islam apabila bercakap mengenai perpaduan. Saya sedih apabila ada pemimpin Islam diberi ugutan kerana cuba membawa konsep perpaduan dan lebih suka melihat sesama kita terus berpecah-belah. "Begitu juga apabila umat Islam mementingkan agenda politik untuk menawan Putrajaya daripada menyelesaikan masalah akidah, perpaduan, Islam dan apa yang berlaku di Palestin," katanya. Menurut Jamil Khir, umat Islam lemah perlu mengetepikan pendapat, sebaliknya merujuk kepada pakar dan ulama serta tidak menjadikan laman sesawang sebagai hukum-hakam untuk kehidupan seharian. -SH Ulasan GB Siapa yang sebenarnya memulakan "serangan" ke atas Najib dengan perkataan "gadai akidah" sebelum ini jika bukan mufti dari Perak? Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Najib itu adalah syirik, dan beliau sendiri telah mengakui bahawa beliau telah "menasihatkan" PM setiap tahun tetapi tidak diindahkan. Malah beliau meminta menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah. Hanya selepas beberapa hari selepas kenyataan itu dibuat, mufti berkenaan membuat pusingan U dengan menyatakan menghadirkan diri di majlis Thaipusam itu tidak salah. Sekarang masing-masing boleh jawab; siapa yang membuat tuduhan dan kenyataan tanpa usul periksa? klik untuk baca |
Dr.Asri Tegur Hassan Ali: Henti Guna Agama Untuk Kepentingan Peribadi Posted: 18 Feb 2012 09:25 PM PST Pemimpin politik harus henti guna agama demi kepentingan peribadi, kata Dr Asri KUALA LUMPUR, 17 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Zainul Abidin menegaskan pemimpin parti politik perlu "memisahkan" agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati. Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran. "Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik. "Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama," katanya. Jelas beliau, sesuatu agama akan dipandang serong sekiranya ia dipergunakan pihak tertentu. "Sebab itu amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia. "Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi," katanya. Tambah Asri, pemimpin politik seharusnya sedar dan tidak lagi menjadikan agama sebagai "mangsa" dan "alat" untuk tujuan peribadi. "Maka tidak hairan jika melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh ahli politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis manusia yang berkepentingan. "Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam sebaliknya semua agama," katanya. Dalam kenyataan itu, beliau turut menyentuh mengenai seorang pemimpin yang baru dipecat keanggotaan dari sebuah parti — merujuk kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. "Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja-raja Melayu sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam demikian juga raja. "Jika Islam diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun apabila Islam dipergunakan, Islam dinodai untuk tujuan tersendiri. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita?" katanya. Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat awal Januari lalu, akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan "Jati" untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. -TMI |
Festival Layang-layang Sedunia Di Pasir Gudang Dihentam Ribut Posted: 18 Feb 2012 07:21 PM PST Pasir Gudang: Kemeriahan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-17 di sini semalam, terganggu seketika apabila lebih 10 daripada 15 khemah peserta antarabangsa acara itu rosak teruk akibat diterbangkan angin kencang. Gambar: Peserta, petugas Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang menyelamatkan diri dan barangan selepas kawasan festival dilanda ribut di Bukit Layang-Layang, Johor, semalam. - Foto Roslan Khamis Kejadian jam 4.20 petang itu ketika peserta festival terbabit sedang menerbangkan layang-layang mereka, sebelum angin bertiup kencang sehingga menerbangkan deretan khemah berkenaan. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar, berkata tiada kecederaan dilaporkan dan pihaknya sedang berusaha memasang kembali khemah yang rosak akibat diterbangkan angin kencang itu. "Kejadian ini berlaku dengan pantas dan kita tidak menjangka khemah terbabit boleh diterbangkan angin kerana seperti kebiasaan semua khemah yang ada di sini dipasang dengan aspek keselamatan sudah diperiksa terlebih dulu. "Nasib baik tiada insiden buruk menimpa peserta atau pengunjung yang hadir di festival ini. Namun, saya percaya kejadian ini tidak menjejaskan kelancaran program yang berlangsung sejak Rabu lalu dan dirasmikan esok (hari ini) dan berakhir Ahad," katanya ketika dihubungi Berita Harian. On berkata, kejadian itu menyebabkan semua aktiviti membabitkan layang-layang terpaksa dihentikan seketika petang semalam, namun aktiviti seperti pertandingan memasak dan mewarna tetap diteruskan seperti biasa. "Semua peserta sedang berlindung dalam Muzium Layang-Layang akibat hujan lebat selepas kejadian angin kencang itu. Aktiviti menerbangkan layang-layang akan disambung esok (hari ini) sebelum majlis perasmian festival ini berlangsung sebelah petang. "Orang ramai tidak perlu bimbang untuk melihat festival kerana aspek keselamatan ketika acara berlangsung dijaga pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berada dalam keadaan siap siaga," katanya. Sementara itu, Jabatan Meteorologi semalam melalui laman web melaporkan amaran angin kencang dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan laut bergelora yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri. -BH |
MCA Takut Berdepan DAP Di Kawasan Majoriti Penduduknya Cina Posted: 18 Feb 2012 05:58 PM PST DAP dicabar letak calon di kawasan Melayu KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mencabar DAP meletak calon di kawasan Melayu terutama kerusi UMNO pada pilihan raya umum akan datang. Gambar: SOI LEK (kanan) menyampaikan hujahnya pada sesi perdebatan dengan Guan Eng (kiri) yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai di Kuala Lumpur semalam. Tegas beliau, cabaran itu dibuat apabila melihat DAP yang wujud sejak 46 tahun lalu hanya berani bertanding di kawasan majoriti penduduknya adalah kaum Cina. "Ini sama sekali tidak mencerminkan imej parti DAP yang mendakwa ia adalah parti berbilang kaum," katanya pada sesi perdebatan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertajuk Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa di sini semalam. Beliau berkata, parti pembangkang itu mempunyai pengalaman hanya dengan mendapat sokongan daripada masyarakat Cina. "Jika kita tinjau, masalah mereka hanya berani bertanding di tempat di mana majoritinya adalah penduduk Cina. "Mereka beritahu orang Cina, sudah tiba masanya untuk mengajar UMNO tetapi parti pembangkang tidak berhadapan dengan UMNO sebaliknya hanya berani dengan parti-parti di kalangan masyarakat Cina," tegasnya. -kosmo Ulasan GB Apa yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek itu sebenarnya satu helah untuk menghambat DAP supaya jangan bertanding di kawasan dimana ramai pengundi Cina agar MCA mempunyai peluang untuk bernafas. Jika saya menjadi pimpinan DAP saya akan mencabar pula supaya MCA jangan bertanding di bandar tetapi bertanding di kerusi-kerusi orang Melayu dan umat Islam terutama di kawasan PAS. Semua orang tahu bahawa masyarakat Cina sudah hilang kepercayaannya kepada MCA. Ia adalah hasil daripada kekalahan teruk parti berkenaan di dalam pilihanraya pada 2008 yang lepas. MCA sudah hampir pupus di peta politik negara dan kini mencari jalan dan helah baru bagi menarik sokongan kepada parti itu yang telah dikuasai oleh DAP, sebuah parti komponen Pakatan Rakyat. Lebih ramai masyarakat Cina kini telah mengerti bahawa politik perkauman yang ditunjungi oleh parti-parti komponen BN sudah tidak berupaya untuk kekal lama di pesada politik tanahair, malah BN sendiri sudah dilihat sebagai sebuah parti yang bakal pupus dan bakal dikerandakan oleh rakyat di pilihanraya akan datang. |
[Bergambar] Anwar Dibawa Dengan Motosikal Ke Tempat Ceramah Di Pekan Pahang Posted: 18 Feb 2012 03:10 PM PST Sekatan Sebabkan Jalan Raya Sesak 5 Km, Anwar BONCENG Motosikal GEMPUR Kubu Najib di PEKAN, Pahang Blog pkrnegeripahang melaporkan program ceramah Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim di dua lokasi berasingan di Pahang, iaitu di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan dan juga di Pekan, Pahang. Walaupun dimomokkan dengan isu Israel oleh media propaganda milik UMNO, namun hal itu tidak menghalang ribuan rakyat tempatan menghadiri ceramah beliau. Blog rasmi PKR Pahang itu mendakwa tidak kurang 3000 penduduk di Taman Mahkota Aman mendengar penjelasan Anwar berkaitan dengan isu semasa dan isu Israel yang diputarbelitkan oleh media perdana. Program ceramah di Taman Mahkota Aman itu bermula pada jam 9.00 malam dan Dato' Seri Anwar tampil sebagai penceramah pertama memandangkan beliau akan bergegas pula ke Pekan untuk program ceramah berikutnya Ceramah Anwar di Kuantan, Pahang Orang ramai membanjiri lokasi ceramah di Mahkota Aman Ceramah Anwar di Pekan, Pahang DEMI RAKYAT....Dato' Seri Anwar menaiki motosikal ke Pekan Kredit gambar: blog pkrnegeripahang Berbeza daripada situasi di Mahkota Aman, perjalanan Dato' Seri Anwar menuju ke Pekan terganggu apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi menuju ke tapak ceramah. Sekatan polis itu menyebabkan orang ramai yang ingin ke lokasi ceramah merungut kerana berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk. Kesesakan sejauh 5 km seperti yang dilaporkan oleh MK itu memaksa Dato' Seri Anwar menaiki motosikal ke lokasi ceramah. Tiba di lokasi ceramah, Anwar disambut tidak kurang daripada 4 000 penduduk tempatan yang sabar menunggu untuk mendengar penjelasan tentang pelbagai isu semasa. Sambutan dan jumlah penduduk yang hadir pada ceramah itu sesungguhnya sesuatu yang luar biasa kerana Pekan dimomokkan sebagai kubu kuat Najib 1Malaysia. -DuniaCacaMarba P/s: Walaupun polis mengadakan beberapa sekatan jalan raya di laluan ke tapak ceramah, namun kunjungan penduduk tempatan dalam jumlah yang besar sudah tentu menggerunkan Najib. Bayangkan jika tiada sekatan jalan raya, agak-agaknya berapa ribu yang hadir semalam? Berkaitan: Sekatan akibatkan kesesakan 5km di ceramah Anwar [MK] Sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas sepanjang lima kilometer. Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, mereka yang mahu mendengar ceramah Anwar terperangkap dalam kesesakan tersebut selama "lebih daripada 40 minit". Katanya, beliau terpaksa ke tempat ceramah dengan menaiki motosikal, begitu juga dengan Anwar. Menurutnya lagi, kesesakan lalulintas itu menyebabkan kelewatan ceramah bermula, sehinggakan ucapan Anwar melebihi waktu had permit polis sehingga jam 12 tengah malam. Katanya lagi, anggota polis berada tepat jam 12 tengah malam, tetapi Anwar dapat melanjutkan program tersebut, kerana masalah kesesakan untuk ke sana. Dzulkefly berkata, kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan". Kerusi Parlimen Pekan diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang 'diwarisi' dari bapanya, Tun Abdul Razak Hussein - perdana menteri kedua Malaysia, yang meninggal dunia pada tahun 1976. -blog duniacacamarba Anwar naik motosikal gempur Parlimen Pekan |
61 Remaja Dicekup Semasa Tonton Penari Tiang Posted: 18 Feb 2012 06:54 AM PST Kuala Lumpur – Seramai 61 remaja yang sedang berseronok menyaksikan aksi panas penari-penari tiang adalah antara yang ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan P. Ramlee di sini, awal pagi tadi. Pusat hiburan itu menggunakan khidmat penari tiang bagi menarik ramai pelanggan termasuk mereka bawah umur. Kelab malam ini dipercayai baru beroperasi empat minggu menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita hanya memakai coli serta seluar dalam mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung saban malam. "Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah di atas pentas, penari itu akan melakukan aksi panas dan memanjat tiang setinggi kira-kira tiga meter, mereka akan melakukan persembahan kira-kira 15 minit pada jam 10.45, 11.45 malam dan 1.30 pagi, " kata Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mat Isa. Kesemua mereka ditahan dalam operasi sekitar jam 1 pagi tadi. Azman berkata, polis memeriksa hampir 217 pengunjung di premis tersebut dan turut menahan enam penari tiang wanita warga tempatan."Kita juga dapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan. "Semua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi bagi mengambil semua mereka," katanya. -SH |
Kelantan Miskin Kerana Dizalimi Kerajaan Pusat Posted: 18 Feb 2012 05:58 AM PST Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara. Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu. "Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya. "(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani.. Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah. Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam. Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri. "Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri. "Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau. -HD Kelantan miskin: 'Air terpercik ke muka Najib' Ulasan GB Sebenarnya kelantan negeri terkaya di negara ini jika UMNO BN tidak merompak wang royalti minyaknya. Dan jangan lupa Mahathir mengakui bahawa beliau sendiri menyekat pembangunan di Kelantan kerana khuatir rakyat negeri itu tidak menyokong BN. Saksikan: |
Penagih Larikan Kereta Peronda Polis Posted: 18 Feb 2012 04:33 AM PST Lari guna kereta peronda BUKIT BERUANG – Polis Melaka meminta keprihatinan orang awam untuk mengesan seorang suspek yang terlibat melarikan kereta peronda polis. Suspek berasal dari Kampung Baru Kanan, Kemasek, Kemaman, Terengganu juga dikehendaki membabitkan dua kes dadah. Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dalam kejadian jam 9.50 malam semalam, suspek ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk membuat laporan kemalangan jalan raya berlaku pada 14 Februari lalu. "Tetapi nama suspek disenaraikan sebagai orang dikehendaki yang bersangkutan dua kes dadah di Pengkalan Chepa, Kelantan dan Tanjung Minyak, Melaka. "Apabila mengetahui dirinya dikehendaki polis, suspek melarikan diri sebelum ditangkap semula. Dia tidak digari kerana tangan kanannya bersimen akibat kemalangan," katanya. Menurutnya, ketika dimasukkan ke dalam kereta peronda, suspek berjaya ke tempat duduk pemandu dan mengunci kesemua pintu sebelum melarikan kereta terbabit. "Kereta peronda berkenaan ditemui pada jam 2.30 pagi semalam, di Kampung Panchor, Alor Gajah. "Bagaimanapun, suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau menghilangkan diri," katanya. Ghee Lye berkata, suspek mempunyai ketinggian lima kaki dan berbadan kurus, dipercayai akan mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital kerana kecederaan dialaminya. "Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi IPK Melaka 06-2851999 atau Ibu Pejabat Polis Alor Gajah, 06-5564153," katanya. -SH Ulasan GB Yang peliknya apakah polis cuai meninggalkan kunci di dalam kereta sehingga mudah ianya dilarikan? |
Gadis Tayang Tubuh Bogel Depan Penguatkuasa Posted: 18 Feb 2012 03:13 AM PST Bogel depan penguat kuasa BATU PAHAT – Tergamam! Demikian reaksi sekumpulan pegawai penguat kuasa agama selepas tubuh yang membuka pintu sebuah bilik di hotel bajet di sini, tidak dibaluti waima dengan seurat benang sekalipun. Lagak selamba si gadis yang terus menayangkan tubuhnya itu, diburukkan lagi selepas dengan tidak semena-mena gadis itu meracau kepada pegawai penguat kuasa agama yang ketika itu sedang menjalankan operasi banteras maksiat. Timbalan Penguatkuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pegawai bertugas berulang kali mengarahkan gadis itu supaya mengenakan pakaian, namun tidak diendahkan dan berterusan membiarkan tubuhnya diperhatikan tanpa sedikit pun rasa malu. Katanya, ketika serbuan dalam operasi banteras maksiat kira-kira jam dua pagi kelmarin, gadis berusia 26 tahun itu dipercayai berdua-duaan bersama pasangannya di dalam bilik hotel bajet berkenaan sebelum diserbu. "Melihat keadaan gadis terbabit tanpa pakaian, kami mengarahkannya mengenakan pakaian lengkap, namun dia berlagak selamba dan tidak mengendahkan arahan itu. "Anggota wanita yang bertugas kemudiannya memberikan tuala sebelum gadis itu mengenakan pakaian lengkap sebelum berulang kali mengatakan dirinya hanya berseorangan di bilik hotel itu," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, turut ditemui sekeping nota penuh contengan bersamanya dan berdasarkan nota itu, gadis berkenaan dipercayai mengalami masalah kemurungan. "Antara isi kandungan kertas itu termasuk, 'aku tertekan kejar akhirat', serta beberapa contengan lain yang agak sukar difahami malah tulisannya seperti individu yang berada di bawah pengaruh dadah yang kebiasaannya sering berimaginasi. "Turut ditemui bersama gadis terbabit satu kotak berisi kondom dipercayai digunakan bagi tujuan hubungan seksual," katanya. Bagaimanapun katanya, pasangan gadis itu dipercayai mengetahui kehadiran unit penguat kuasa lebih awal, sebelum meloloskan diri menerusi tingkap tingkat dua hotel terbabit. "Hasil siasatan mendapati gadis terbabit merupakan warga tempatan, malah turut mendakwa dirinya anak yatim piatu. "Malah, dia mula menangis serta meracau sejurus diperiksa anggota bertugas sebelum diberikan kaunseling," katanya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan